Saturday, April 6, 2013

Ustaz Abu Bakar sahkan PAS bertanding di 22 kerusi DUN.

Pesuruhjaya  PAS Perak,Ustaz Abu Bakar Husein sekali lagi menegaskan  kepada Jentera Pilihanraya Kawasan-kawasan  PAS akan bertanding di 22 kerusi Dun dan 7 kerusi parlimen.

Sehubungan itu, Ustaz Abu Bakar Husein meminta semua pihak menghormati status quo itu.

Lenggong,6 April- Pesuruhjaya PAS Negeri Perak,Ustaz Abu Bakar Husein  dalam ucapan di Ijtimak Jenteru PRU 13 negeri Perak,menjelaskan PAS akan bertanding di 22 kerusi DUN dan 7 kerusi parlimen. InsyaAllah perkara ini akan disahkan dalam mesyuarat Pas Malaysia pada 9 April ini.

Lantas ,kini jelas DS Nizar akan bertanding  di DUN Changkat Jering dalam PRU 13. 

Friday, April 5, 2013

Laksamana Pertama(B) Haji Imran ,calon Lumut,masih ahli PAS.


Laksamana Pertama(B) Hj Imran Abdul Hamid masih merupa ahli Pas walaupun beliau diumum calon PKR untuk kerusi Lumut oleh DS Anwar. Menurut PJ Perak,Ustaz Abu Bakar Husein,Dato Presiden telah memberi restu untuk Laksamana Pertama(B) Hj Imran untuk bertanding atas tiket PKR di Parlimen Lumut.Perkara ini dijelaskan oleh Ustaz Abu Bakar Husein di majlis Liqa alfikri Negeri Perak ,malam kelmarin. 

Thursday, April 4, 2013

Calon Pas,ikut arahan kalau ada arahan.

Calon PAS  mesti wala' dengan parti.Ikut arahan kalau ada arahan.

Negara tak bankrap jika Pakatan Rakyat perintah- Musa Hitam

Pada 12 Mac 2013,dalam Dialog Survival Ekonomi Melayu ,di Kompleks Karangkraf,Kuala Lumpur  Tun Musa Hitam memberi penegasan  Negara tak akan bankrap jika Pakatan Rakyat memerintah.

Dua tokoh,Ustaz Idris Ahmad dan DS Nizar tanding di Bukit Gantang.

Ustaz Idris Ahmad bakal calon Parlimen Bukit Gantang.

DS Nizar bakal calon di DUN Changkat Jering.

Dua tokoh nasional ini,bikin UMNO sudah kecut perut.

Kita humbankan Pakatan Rakyat jika nanti mungkir janji.

Lima  tahun akan datang jika Pakatan Rakyat  mengamalkan rasuah dan berlaku ketirisan ekonomi kerana penyelewengan,kita humban PR . Untuk kali ini,kita kena bagi peluang dekat PR.Kita undi untuk pastikan pinjaman PTPTN dimansuhkan,tol dihapuskan secara berperingkat,pimpinan PR akan turunkan harga minyak.Di samping anak muda boleh berkereta baru kerana kurang hutang.Agenda  kebajikan untuk rakyat ini,kita kena pastikan dilaksanakan bermula bulan Mei 2013 ini. 


Kami sudah bersedia- YDP Bukit Gantang.

Changkat Jering-Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang ,Ustaz Nordin Jaafar menyatakan keyakinannya dengan calon yang dipilih  oleh PAS Perak untuk Parlimen Bukit Gantang dan dua DUN yang diperuntukkan kepada PAS.PAS insyaAllah akan meletakkanUstaz Idris Ahmad,AJK PAS Malaysia sebagai calon parlimen.Sementara itu untuk DUN Trong,bakal calonnya Ustaz Nor Azli Musa dan Dun Changkat Jering,DS Nizar Jamaluddin.Dengan sokongan yang berterusan kepada PAS,YDP Bukit Gantang berkeyakinan ,PAS akan menang DUN Trong,Changkat Jering dan mengekalkan parlimen Bukit Gantang.

"Kami sudah bersedia"ulas Ustaz Nordin Jaafar sewaktu mengulas pembubaran parlimen.