Thursday, April 18, 2013
Wednesday, April 17, 2013
Calon UMNO,Changkat Jering di "boo " di kubu kuat UMNO.
![]() |
| Calon BN Datuk Rosli Husin ,Cangkat Jering,,Dr Zabry Wahid,Dun Trong ,JP Low,Gerakan Kuala Sepetang dan Ismail Sapian ,Parlimen Bukit gantang.UMNO mengganggap inilah barisan terkuat mereka. |
Changkat Jering- Teman-teman UMNO di Kg Pauh,daerah mengundi Bukit Gantang memberitahu calon mereka Datuk Rosli Husin kena boo di sini.Mereka tidak berpuashati Datuk Rosli Husin yang bertanding. Bagi mereka,Rosli Husin,bukan buat kerja pun di Dun Trong.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO dan Naib Ketua tidak bertanding,Najib hina wanita.
SHAH ALAM – Tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita, kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.
Menurutnya, ia menunjukkan BN tidak beri pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13.
Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.
“Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN,” katanya kepada Sinar Harian.
Kamilia berkata, beberapa ketua Wanita Umno negeri tidak diberikan tempat dalam PRU13, antaranya di Kedah, Johor dan Terengganu, termasuk Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
“Kami banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat. Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan yang kami ada. Kebanyakan kami golongan profesional,” katanya.
“Pucuk pimpinan parti jangan menganggap wanita tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat wanita tidak ada perasaan,” katanya.
Kamilia, seorang peguam, berkata, hakikatnya, wanita membuat kerja bersungguh-sungguh untuk membantu parti sejak tiga tahun lalu.
Beliau, bagaimanapun berkata akan 'berjuang habis-habisan' walaupun tidak terpilih di saat akhir.
“Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.
“Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” katanya.
Beliau juga tidak menafikan, rata-rata wanita di seluruh negara mempersoalkan calon-calon yang ditampilkan.
“Saya akan mencabar sehingga ke akhir untuk membantah kerana saya merasakan ini tidak adil. Selama ini saya bersabar, saya berjuang bersama-sama selama enam penggal dan melalui enam kali pilihan raya.
“Tunggu dan lihat, Saya tidak mengugut, tetapi saya menunggu keputusan parti.
“Saya ada perjuangan dan tidak akan berputus asa. Dunia ini luas, mesti teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara. Terpulang apa yang akan ditafsirkan,” katanya ketika ditanya adakah beliau akan menjadi calon Bebas sekiranya tidak
dicalonkan oleh BN dalam PRU13.
Kamilia disebut-sebut untuk bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, tetapi pada Selasa lepas, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan Adun Bukit Chandan, Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad bertanding untuk Parlimen tersebut.sh
UMNO gadai tanah di Perak.
Ismail Sapian Kg Kubu lawan Idris Ahmad Sungai Petai
IPOH: AJK PAS Pusat Idris Ahmad optimis mampu mempertahankan kemenangan di kerusi parlimen Bukit Gantang yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.
Menurutnya, pengalaman bertanding di Dun Changkat Jering disamping pernah menggalas tugas sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan itu selama dua penggal menyebabkan beliau tidak kekok dengan masyarakat di sini.
Anak Jati Bukit Gantang itu berkata, rekod baik ahli parlimen PAS terdahulu iaitu Allahyarham Ustaz Roslan Shaharom sebelum diganti oleh DatUK Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam perkhidmatannya kepada masyarakat ternyata menjadi penyumbang utama kekuatan sokongan rakyat kepada PAS.
“Saya hadir untuk meneruskan perkhidmatan baik delegasi bekas YB itu Allahyarham Ustaz Roslan Shaharom serta Datuk Seri Nizar Jamaluddin itu sendiri,” katanya ketika ditemui Harakah di Majlis Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat Perak di sini, semalam.
Anak kelahiran Sungai Petai itu berkata, kekuataan jentera disemua peringkat terutama pemuda dan muslimat sangat mantap dan mereka sudah melakukan gerak kerja sejak awal lagi.
“Saya bersama jentera kerap turun berjumpa masyarakat di semua peringkat umur dan kaum sejak awal lagi selepas diamanahkan oleh parti untuk bertanding di situ.
“Respon masyarakat dari pelbagai kaum khususnya orang Melayu dan kaum Tionghua sangat baik dan ini memberi petanda positif kepada PAS,” jelasnya lagi.
Katanya, peluang yang diberikan oleh kepimpinan untuk bertanding disambut baik dan beliau akan melaksanakan amanah itu dengan mempertahankan kemenangan di Bukit Gantang.
Pada pilihanraya 2008 lalu, calon PAS, Ustaz Roslan Shaharom menang di parlimen ini apabila menewaskan calon BN, Abdul Azim Zabidi dengan majoriti 1566 undi.
Ustaz Roslan menghembuskan nafas yang terakhir pada 9 Februari 2009 dan diganti oleh Nizar apabila menang pada pilihanraya kecil parlimen ini dengan mengalahkan calon BN, Ismail Saffian dengan majoriti 2,789 undi.
Tuesday, April 16, 2013
Pejabat Pelajaran Daerah didakwa tayang video lucah.
Bukit Gantang,16 April- Datuk Mahfuz Omar dalam ceramahnya malam tadi mendakwa PPD dan agensi kerajaan seperti MARA dan BTN menayang video lucah kepada kakitangan mereka. Datuk Mahfuz Omar mendakwa,pengetua,penolong kanan dan beberapa guru daripada sekolah-sekolah dipanggil ke PPD untuk menonton video lucah yang memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat.
Pelajar-pelajar universiti juga ditunjukkan video lucah oleh pihak berkenaan.dakwa Datuk Mahfuz Omar.
Mahfuz Omar akan ulas isu VCD lucah malam ini.?
Subscribe to:
Posts (Atom)




