Monday, June 3, 2013

Pitisyen mana yang lekat ni!!!!

Pitisyen PR PERAK mana satu yang lekat. Mana satu yang mungkin diadakan pilihanraya semula.Semuanya menanti dengan penuh harapan.Tempoh enam bulan ini terasa terlalu lambat.


Calon PR tewas majoriti 53 di Lubuk Merbau, Manjoi (132), Manong (231), Pasir Panjang (304), Rungkup (613), Selama (619), Tualang Sekah (2,046), Chenderiang (4,767) dan Parlimen Kuala Kangsar (1,082).


Sunday, June 2, 2013

Hebat Indonesia,7,317 rakyat pemegang saham di Malaysia.


JAKARTA - Seramai 7,317 warga Indonesia adalah pemegang saham dalam sejumlah syarikat yang didaftarkan di Malaysia pada masa ini.

Pada masa yang sama, pengarah syarikat dalam kalangan warga Indonesia di Malaysia pula berjumlah 10,989 orang, demikian menurut data yang dibentangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Mohd Naim Daruwish di forum perniagaan Malaysia-Indonesia di sini pada Sabtu.

Forum perniagaan itu dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia Datuk Hassan Malek.

Mohd Naim juga berkata sejumlah lapan syarikat Indonesia yang beribu pejabatdi Indonesia, telah mendaftarkan syarikat cawangan mereka di Malaysia.

Syarikat itu ialah P.N. Palajaran Nasional Indonesia; PT Merpati Nusantara Airlines; PT Lion Mentari; Rekayasa  Industri PT, PT Bank Syariah Muamalat Indonesia, TBK; KSO-SCISI; PT Riau Airlines dan PT Wings Abadi.

Empat daripadanya adalah dalam bidang pengangkutan dan penyimpanan masing-masing satu dalam bidang pembinaan, pendidikan; aktiviti profesional, saintifik dan teknikal (aktiviti profesional, saintifik dan teknikal) dan aktiviti perkhidmatan lain.

Setakat April tahun ini, sejumlah 1,033,709 syarikat telah berdaftar dengan SSM yang terdiri daripada 1,029,192 syarikat tempatan dan 4,517 syarikat asing.

Data daripada laporan itu juga menunjukkan bahawa syarikat-syarikat asing yang berdaftar dengan SSM dalam tempoh 13 tahun lalu meningkat setiap tahun daripada 3,896 syarikat pada tahun 2000 kepada 4,517 syarikat pada April, 2013. - Bernama

Harga Rokok Naik,berhenti beli berhenti merokok!!!!!

Harga Rokok Naik 3 Peratus
KUALA LUMPUR: British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya berkuat-kuasa Isnin.
Mengulas mengenai kenaikan harga tersebut, Datuk William Toh, Pengarah Urusan, BAT Malaysia berkata, "Sama seperti semua syarikat lain, BAT Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi".
Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok haram (pada 2012 berada pada 34.5 peratus), katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
"Bagi menangani peningkatan kos dan tekanan perdagangan rokok haram kami memutuskan untuk menaikkan sedikit harga sebanyak tiga peratus bagi semua jenama rokok kami," kata Toh.
Harga baharu rokok yang berkuat kuasa pada Isnin, 3 Jun adalah seperti berikut:
DUNHILL range RM10.50
KENT range RM10.50
BENSON & HEDGES RM10.50
PETER STUYVESANT range RM9.00
PALL MALL range RM9.00
PALL MALL Plain RM10.90
LUCKY STRIKE PLAIN RM10.90
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.90.
BAT Malaysia merupakan sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, kumpulan tembakau terkemuka dunia. BERNAMA

Pitisyen ada saksi takut????

Pitisyen  keputusan DUN Perak terdapat sedikit kesukaran kerana  saksi-saksi tidak berani  ke hadapan untuk membantu. Difahamkan mereka tidak mahu  pergi ke mahkamah. Ada saksi masih bertugas dengan pihak berkuasa,jadi  mereka takut identiti  terdedah.

Saturday, June 1, 2013

Ustaz Azizan Abdul Razak,satu-satunya tokoh PAS yang terima Tan Sri.

Tahniah ,Ustaz Azizan Razak ,satu-satunya tokoh Pas yang menerima pingat  Panglima Setia Mahkota daripada DYMM  Yang di- Pertuan Agong.  

Ustaz Azizan, yang juga bekas  Menteri Besar Kedah dan Pesuruhjaya Pas Kedah, adalah antara 45 individu yang menerima darjah kebesaran PSM, yang merupakan antara darjah kebesaran tertinggi negara dan hanya dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Betulkah ahli PAS tidak mengundi calon PAS di DUN Lubuk Merbau??????

PAS Perak mungkin boleh buat bedah siasat kenapa calon  PAS kalah majoriti sikit  .Difahamkan terdapat  pengundi   PAS  tidak mengundi calon PAS,di beberapa kawasan daerah mengundi.Antara yang didakwa DUN Lubuk Merbau dalam Parlimen Padang Rengas.

Adun Kamunting ,wakil rakyat undi pos-awal!!!!!

Jikalau  tidak ada undi awal dan unsi POS ,YDP Pas  Taiping yang juga calon  PAS DUN Kamunting,Perak  telah bergelar wakil rakyat. Tapi undi awal dan pos yang tidak sulit ini menyukar  pihak yang bekernaan takut untuk mengundi  Ustaz Ahmad Fakharuddin.

Jika undi biasa Ustaz Fakharudin sudah menang .Beliau mendapat 10,158 berbanding calon UMNO Datuk Zahir  ,yang kini YB undi awal dan pos  yang hanya mendapat 9,135. Undi awal dan pos PAS  hanya mendapat 739  dan calon UMNO 2,649.