Wednesday, June 5, 2013

Safwan Anang duduk mencangkung tanpa seurat benang!!!!

Aku(Safwan Anang) dibawa ke bilik saringan seterusnya. Nah, di sinilah aku betul-betul teruji. Cikgu H (aku hanya sebut huruf depan shj) menyuruh aku duduk betul-betul berhadapan sebuah kerusi besi. Kerusi besi ni cukup unik. Hanya yang pernah masuk penjara Sg Buloh dia akan tahu. Ya, itulah kerusi yang setiap banduan tanpa seurat benang di badan akan duduk mencangkung sambil batuk (membatukkan) diri, “Ehek, eehek, eheek..” Di bahagian bawah kerusi tu pula disediakan satu camera perakam bertujuan melihat setiap (saya terpaksa cerita terus terang) lubang dubur banduan. Dan aku pula diletakkan betul-betul berhadapan setiap kali banduan duduk mencangkung! (sumber facebook safwan anang)

No SMPP Safwan Anang 31302770

Pencerahan minda sesuai dengan musim pemilihan ini.

Pencerahan minda sesuai dengan musim pemilihan ini.

Tuesday, June 4, 2013

Najib pun pening kepala pilih Ketua Pembangkang di DUN Selangor.


Di negeri Selanggor semua ADUN BN menolak hendak menjadi Ketua Pembangkang.Semua yang dicadangkan tidak berani menonjolkan diri.Ketua Pembangkang di Selangor pun kena ada senioriti. Negeri lain jawatan Menteri Besar ataupun Ketua Menteri tidak berdasarkan senioriti.Tapi di Selangor,tiada senioriti tiada jawatan Ketua Pembangkang di DUN Selangor. DS Najib pun pening hendak pilih siapa sebagai Ketua Pembangkang.


PETALING JAYA - Barisan kepimpinan BN Selangor telah menyenarai pendekkan dua nama wakil rakyatnya untuk menggalas jawatan ketua pembangkang di negeri itu.


Dua calon tersebut ialah Adun Jeram, Datuk Amiruddin Setro dan Adun Sungai Burong, Datuk Shamsudin Lias.



Menurut Adun Kuang, Abdul Shukur Idrus, pemilihan calon ketua pembangkang itu dilakukan berdasarkan kepada senioriti setelah mereka berjaya mempertahankan kerusi selama tiga penggal berturut-turut di Selangor.



"Kita utamakan dua calon senior dan dua nama wakil rakyat BN kami telah pilih iaitu Adun Jeram dan Adun Sungai Burong.



"Kita anggap dua calon itu layak mengisi jawatan Ketua Pembangkang dan Timbalannya pada penggal kali ini serta akan dibawa perkara ini untuk diputuskan pucuk pimpinan BN Selangor nanti," katanya  semalam.



Sebelum ini, jawatan tersebut telah dikosongkan penyandangnya, Datuk Satim Diman pada penggal lalu setelah tidak bertanding pada PRU13, 5 Mei lepas.



Dalam pada itu, menurut laporan MStar semalam, terdapat lima nama Adun BN Selangor telah diluluskan kepimpinan parti perikatan itu untuk mengisi jawatan itu.



Antaranya ialah Datuk Amiruddin Setro (Jeram), Datuk Shamsudin Lias (Sungai Burong), Abdul Shukur Idrus (Kuang), Datuk Johan Abdul Aziz (Semenyih) dan Sulaiman Abdul Razak (Permatang).



Sementara itu, Abdul Shukur berkata, wakil rakyat BN Selangor yang lain termasuk beliau sendiri akan memberi sokongan sepenuhnya kepada dua calon terbabit untuk memenuhi agenda dan melaksanakan tugas parti di negeri itu.(sumber)

Kejadian mati ditembak,adakah Simpang,Taiping tidak selamat lagi?

Simpang,Taiping-Kejadian ditembak mati berlaku lagi di Kawasan Simpang dalam Dun Changkat Jering. Pada bulan April   berlaku kejadian tembak juga melibatkan kematian di Kedai Kopi berdekatan Pasar Simpang.Kelmarin,4 Jun belaku peristiwa kena tembak sewaktu minum pagi di sebuah Restoran Taman Kota Jaya.,dalam Dun Changkat Jering. Pada kali ini seorang mati dan seorang lagi cedera parah dengan tiga das tembakan.Seolah-olah kawasan Simpang bukan lagi kawasan selamat.Kes dahulu pun kita tidak tahu kesudahannya,adakah suspek ditangkap?

Hampas,kena tunggu lama di Bank Islam!

Mengambil nombor giliran  pada masa 2 .46 petang(14:46).Tapi  sehingga  4.11 petang masih belum dipanggil.

Taiping,4 Jun-Jam penulis menunjukkan  4.11 petang .Lebih kurang  1 jam 25 minit  urusan di kaunter Bank Islam Cawangan Taiping masih tidak selesai. Apabila ditanya sistem off line.Langsung tidak efisyen,tetapi kerana kena buka  akaun Bank Islam terpaksa juga layan.Sudah tahu,musim ini musim pelajar masuk IPTA,murnikanlah sistem  agar semua pelanggan berasa senang untuk menjadi pengguna Bank Islam.  

Perayu undi UMNO Dun Trong,cemerlang,kita kena belajar.

Dr Zabri Abdul Wahid ,kini wakil rakyat Dun Trong,dalam parlimen Bukit Gantang,sedang menyampaikan pesanan kepada wanita UMNO semasa kempen PRU 13.. Beliau dibantu  perayu undi wanita dan putri  yang berkesan.Kemampuan untuk mendapat majoriti sehingga 1804 menunjukkan jentera UMNO di  sini agak tersusun berbanding di Dun Changkat Jering.Dun Changkat Jering,Ketua UMNO Bahagian pun bungkus.Jadi PAS perlu belajar daripada gerakerja UMNO ini,untuk kita tawan Trong dalam PRU 14 nanti.

Monday, June 3, 2013

Bekalan beras mampu bertahan untuk tempoh sebulan- Prof Dr Che Fauziah.


PARIT BUNTAR - Hasil kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) menunjukkan, jaminan mengenai bekalan makanan negara masih membimbangkan berikutan prestasi pengeluaran padi di lapan jelapang padi utama negara masih di tahap rendah dan gagal mencapai sasaran ditetapkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT).

Timbalan Dekan (Akademik) Fakulti Pertanian UPM, Profesor Dr Che Fauziah Ishak memaklumkan, bekalan beras negara hanya mampu bertahan untuk tempoh sebulan sekiranya berlaku krisis makanan atau sekatan import antarabangsa.

Sehubungan itu, beliau menggesa petani berganding bahu dengan agensi kerajaan untuk mempertingkatkan hasil pengeluaran padi bagi memastikan stok bekalan beras negara mencapai keperluan 95 peratus penduduk negara ini.

"Malaysia masih perlu mengimport 30 peratus beras dari luar negara untuk memenuhi keperluan lebih 28 juta rakyat. Saya khuatir negara akan mengalami masalah kebuluran sekiranya tiada inisiatif penanaman padi berskala besar direncanakan oleh kerajaan.

"Melalui dasar jaminan bekalan makanan, kerajaan perlu menyasarkan negara mencapai sasaran pengeluaran itu tanpa perlu bergantung kepada beras import. Saya harap petani ambil peluang keemasan ini untuk mempertingkatkan hasil pengeluaran padi," katanya ketika ditemui di Titi Serong, di sini.

Sebelum itu, beliau mengetuai rombongan pakar penyelidikan dari UPM menganjurkan program Klinik Pengembangan Pertanian Putra dengan kerjasama Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kerian yang turut dihadiri Pengarah IADA Kerian, Zahimi Hassan.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan purata hasil pengeluaran padi di setiap jelapang padi hanya mampu mencapai tiga hingga 4.5 tan metrik sehektar pada setiap musim sedangkan sasaran kerajaan adalah sekurang-kurangnya mencapai tujuh hingga lapan tan metrik sehektar.

"UPM dengan kerjasama Majlis Profesor Negara sedang cuba mengkaji punca sebenar hasil padi negara ini tidak mencapai tahap yang diharapkan. Kajian turut mendapati prestasi hasil padi berbeza antara setiap jelapang padi.

"Salah satu faktor wujudnya perbezaan ini adalah tahap kesedaran petani dalam memastikan ilmu pertanian mereka sentiasa dipertingkatkan selaras dengan kepekaan mereka dalam mengaplikasikan teknologi pertanian terbaru," katanya. sumber