Saturday, August 10, 2013

Isteri Mursi:suami saya akan kembali,InsyaAllah.


isteri mursi
Kehebatan Dr Mursi  mempunyai penyokong setia. Mereka menyokong Dr Mursi bukan kerana batang tubuh ,tetapi kerana prinsip perjuangan yang dibawa. 

Kini isteri kesayangan Dr Mursi, Puan Naglaa Mahmoud  muncul  di khalayak ribuan pendukungnya.

Beliau  menyatakan  untuk tetap bersama rakyat  menentang  kerajaan kudeta  yang didukung oleh  tentera . “ Dr Mursi akan datang kembali, insya Allah.”kata Puan Naglaa Mahmoud.

Naglaa Mahmoud membuat penampilan pertamanya sejak kudeta tentera, mengenakan jubah   dan hijab menutupi tubuhnya, Naglaa berbicara kepada khalayak ramai  yang berkumpul di Masjid Rabaa al-Adawiya di Nasr City.
Pada peringkat awalnya isteri Dr Mursi juga dikatakan ditahan. Beliau kini bersama anak-anak  sudah bersedia untuk menentang kerajaan kudeta.

Taukeh Lemang UMNO dudukpun rezab jalan.

Seorang pakcik taukeh lemang  berbangga berniaga lemang  berpuluh tahun lamanya .Dia  menjadi  ahli UMNO tegar.Dia tak sedar duduk menetap di tanah rezab jalan .Tanah pun tiada hak milik atau bergeran. Dia tak tahu tanah dia tidak boleh diwarisi.UMNO masih tidak peduli  dengan penduduk Kawasan Parlimen Bukit Gantang yang tidak mempunyai geran tanah. 

Taukeh Lemang ahli UMNO tegar, mempersoal kenapa ahli parlimen (YB Ustaz Idris Ahmad)tak bantu bangunkan kampung dia.Dia tanya mana pergi peruntukan Ahli Parlimen,dia tanya kenapa tanahnya masih rezab jalan tidak digazetkan sebagai kawasan petempatan. .Dia seperti ditipu UMNO Bahagian Bukit Gantang,yang  mereka perintah Perak.

Wednesday, August 7, 2013

Ucapan raya, Najib tak pesan solat YB Ustaz Idris,pesan solat.

Ustaz Idris kelmarin  pada  malam raya bersama Unit Amal Bukit Gantang  membawa  satu keluarga membeli baju raja di TS  Taiping.YB Ustaz Idris Ahmad sempat  menasihat  dua remaja   anak yatim ini supaya bersolat."Sembahyang tau,jangan tak sembahyang"nasihat Ustaz Idris Ahmad.

Tuesday, August 6, 2013

Orang baik-baik saja masuk PAS,orang jahat masuk UMNO?

Ustaz Idris Ahmad menyampaikan duit raya kepada Guru Pasti Puan Zulina  ,Cawangan Taman Kaya,Changkat Jering  pada 3 Ogos lalu.

Changkat Jering- YB Ustaz Idris Ahmad ,Ahli Parlimen Malaysia,Kawasan Bukit Gantang dalam Tazkirah Maghrib di Kg Berchat,Bukit Gantang menyatakan orang yang masuk  PAS  orang baik-baik.Orang jahat yang duduk dalam PAS tidak lama.Orang jahat ini akhirnya meninggalkan PAS Menurut Ustaz Idris Ahmad ,orang jahat banyak duduk dalam parti lagi satu.(UMNO?)   

Monday, August 5, 2013

Petisyen Dun Manjoi ,PAS buat rayuan di Mahkamah Persekutuan.


KUALA LUMPUR: PAS hari ini memfailkan rayuan ke atas enam petisyen yang tolak melibatkan empat kawasan parlimen dan dua bagi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Kawasan tersebut adalah Parlimen Kuala Selangor, Sungai Besar, Titiwangsa dan Pulai di Johor.

Manakala bagi kawasan Dun pula melibatkan Manjoi, Perak dan Selising di Kelantan.

Peguam Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi yang dihubungi memberitahu pihaknya telah memfailkan rayuan tersebut di Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini.

"Kita telah bermesyuarat semalam dan keputusan telah diambil untuk memfailkan rayuan beberapa kawasan petisyen yang telah ditolak.

"Hari ini kita telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi enam kawasan iaitu melibatkan empat bagi parlimen dan dua Dun," jelasnya kepada Harakahdaily.

Jelasnya lagi, dari 16 petisyen yang dikemukakan 12 daripadanya telah ditolak dan masih ada empat petisyen yang belum didengari serta dibuat keputusan.

Ketika ditanya mengenai keputusan PAS yang ingin membuat laporan polis berhubung kesalahan pengisian di dalam Borang 14 oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM).

Jelasnya, laporan tersebut akan dilakukan selepas cuti Hari Raya nanti.(sumber)

Pilihanraya lambat lagi harga gas naik RM1.00 pun takpa!!!


Penjual gas beritahu harga gas sudah naik seringgit mulai hari ini(5 Ogos) .Pada  1 Ogos KPDNKK menafikan kenaikan harga gas petroleum cecair(LPG).Mana satu betul? Orang kampung pun beritahu benda yang sama,harga gas naik seringgit ,walaupun dibawa sendiri .

Tapi orang kampung beritahu lagi, pilihanraya lambat lagi,kerajaan BN nak takut apa? 

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan berlakunya kenaikan harga gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi seperti didakwa oleh beberapa laman blog dan laman sosial.

Pengarah Bahagian Perdagangan Dalam Negeri KPDNKK, Dr. Noor Zari Hamat berkata, tidak berlaku sebarang kenaikan harga untuk gas memasak kerana ia merupakan barangan kawalan.

"Perkara sebenar yang berlaku ialah apabila kadar bayaran dikenakan ke atas perkhidmatan penghantaran tong gas LPG dari kedai ke rumah pengguna.

"Walau bagaimanapun, kadar bayaran ini adalah hak individu dan pengguna boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan tersebut atau tidak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kelmarin, beberapa laman blog dikesan menyebarkan surat notis daripada Potensi Cerah Sdn. Bhd. iaitu stokis gas Petronas Perak tentang harga baharu jualan gas Petronas.

Kandungan surat itu jelas menyatakan bahawa harga gas memasak adalah harga kawalan kerajaan dan hanya upah penghantaran sahaja dikenakan.

Sementara itu, Pengurus Jualan Stokis Gas Petronas Perak, Khor Kien Hua berkata, dakwaan beberapa buah blog yang mengatakan kenaikan harga gas bermula hari ini adalah tidak benar.
"Gas memasak yang dijual pada harga RM1.90 bagi setiap kilogram adalah kekal sama seperti harga gas memasak di negeri lain.

"Hanya kos upah penghantaran sahaja dinaikkan oleh pihak kami dan negeri Perak adalah negeri terakhir yang menguatkuasakan kos upah ini," katanya.

Kien Hua berkata, kenaikan harga itu adalah disebabkan pelaksanaan gaji minimum RM900 untuk setiap pekerja swasta seperti diumumkan pihak kerajaan.




Lionel Messi pro-Zionis Israel.


messi paul
Foto-foto  bintang bolasepak Barcelona, Lionel Messi, mengenakan topi Yahudi «Kibah» sambil berdiri di depan Tembok Ratapan Jurusalem, beredar  di laman  sosial Facebook.

Seperti yang dijadualkan, Barcelona melakukan "tour- perlawanan pra-musim  ke Israel dan Tebing Barat.
Media Israel berharap dengan foto pemain terbaik dunia ini dapat meningkatkan  sokongan positif bangsa Israel dalam kalangan masyarakat Arab.