Wednesday, August 14, 2013

SOP polis seorang anggota jaga lokap,suspek pun boleh bolos..


Suspek bolos,apabila  hanya seorang anggota polis jaga lokap.
DIKEHENDAKI...Osuji Kelly Prince, 25 dari Nigeria merupakan suspek yang melarikan diri dari lokap Balai Polis Jinjang, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.-foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat Koperal digantung kerja dan disiasat kerana disyaki menerima sogokan wang bagi membebaskan seorang tahanan warga Nigeria dari lokap Balai Polis Jinjang, di sini Isnin lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata anggota polis berusia 52 tahun itu ditahan di kediamannya di Jinjang bagi membantu siasatan polis kerana dipercayai dengan sengaja membebaskan suspek berkenaan.
"Polis menahan reman suspek selama tiga hari bermula Selasa, dan polis sedang mengumpul bukti bagi mendakwa anggota polis itu di mahkamah, kemungkinan esok," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Rabu.
Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan lokap, semasa hari kejadian anggota polis berkenaan bertugas seorang diri dan disyaki telah membawa suspek keluar dari kawasan lokap.
Ku berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan anggota polis berkenaan menerima wang sogokan daripada suspek.
Sehubungan itu polis turut melancarkan gerakan memburu warga asing, Osuji Kelly Prince, berumur 25 tahun yang ditahan pada 2 Ogos lepas bersabit kes dadah.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Hamsan Hadi (012-2771619) atau ASP Mohd Akmal Abdullah (012-5829300) atau Pusat Kawalan IPKKL 03-21460585. - BERNAMA

Tuesday, August 13, 2013

Semasa kempen PRU beria-ria mahu ziarah orang sakit.

Ustaz Ahmad bin Abdullah,mantan Yang Di-pertua Abim  Perak sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh. Beliau ditempatkan di Wad 7C,katil 1..Ustaz Ahmad Abdullah  pada hari kelmarin masih belum sedar lagi.Beliau telah dibedah bahagian kepala kerana pendarahan di kepala.  Ustaz Ahmad Abdullah bertugas di PPD Taiping dan kini di JPN Ipoh. Beliau juga merupakan Pengerusi Masjid Kampung Air Kuning,Taiping.

Welcome!

YDP PAS Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar  menjemput tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga  ke Majlis Rumah Terbuka  Pas Kawasan dan Wakil Rakyat pada 15 Ogos bermula 8 malam.Majlis berlangsung di  Dewan MPT Changkat Jering.  

Hampir setengah juta ringgit PAS Perak bayar kalah petisyen PRU.


Pas Perak dijangka akan mengeluarkan setengah  juta ringgit untuk membayar kos petisyen  6 kawasan pilihanraya yang gagal dibicarakan.Kesemuanya tanpa sempat dibicarakan.setakat ini hanya DUN Manjoi yang dibuat rayuan.
Petisyen yang dikemukakan didakwa tidak mengikut Peraturan 4(1)(b) Peraturan-peraturan Petisyen Pilihan Raya(EPR) 1954.
Yang terbaharu calon PAS Dun Selama terpaksa membayar kos Rm50 ribu kepada setiap responden.
Sementara itu  Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS,Raja Dr Ahmad Iskandar al-Hiss dilaporkan mendakwa Mahkamah Pilihanraya tidak adil.Semuanya gara-gara ditolak tanpa sebab dibicarakan. 

BN Kekal Kemenangan DUN Selama, Tolak Petisyen PAS
IPOH: Mahkamah Pilihan Raya di sini mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Selama selepas menolak petisyen yang difailkan calon PAS Mohd Akmal Kamaruddin.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dalam keputusannya berkata pempetisyen gagalmengemukakan permohonan petisyen yang lengkap dan tidak mematuhi Peraturan 4(1)(b) Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya (EPR) 1954.
"Peraturan 4(1)(b) EPR memerlukan pempetisyen menyatakan fakta dan alasanberhubung petisyen itu," katanya.
Hakim memerintahkan Mohd Akmal membayar kos masing-masing RM50,000 kepada responden pertama, anggota DUN Selama Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff daripada BN dan responden kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Mohd Akmal diwakili tiga peguam diketuai N.P. Ramachandran manakala responden pertama diwakili barisan peguam diketuai Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin manakala Peguam Kanan Persekutuan Norinna Bahadun dan Hanim Abd Rahman mewakili responden kedua.
Pada pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lepas, Mohamad Daud menewaskan Mohd Akmal dengan majoriti 619 undi. - BERNAMA

Sunday, August 11, 2013

SB polis sibuk tanya kenapa YB Idris Ahmad berbuka puasa di masjid.

Ustaz Idris Ahmad ,Ahli Parlimen Bukit Gantang dan YB Chua Yee Ling,Adun Kuala Sepetang menyantuni penduduk termasuk  penyokong tegar UMNO pada  29 Ramadhan lalu.Pihak polis melalui  cawangan khas(SB) sering bertanya pergerakan DS Nizar dan  Ustaz Idris Ahmad.Sehingga hendak berbuka puasa bersama penduduk pun mereka hendak tahu sebab apa?  

Changkat Jering-12 Ogos :PAS Kawasan Bukit Gantang berasa kesal dengan pihak SB(Cawangan Khas) yang bertanya pergerakan Ahli Parlimen Bukit Gantang untuk berbuka puasa(iftar),dalam bulan Ramadhan lalu  bersama penduduk di Masjid-masjid dalam Parlimen Bukit Gantang.  

PAS Kawasan Bukit Gantang mengharapkan pihak polis lebih baik bekerja keras menangkap penjenayah atau suspek yang telah membunuh beberapa orang penduduk dalam Bukit Gantang.Setakat ini dalam tempoh sebulan dua ini kerap benar berlaku kejadian pembunuhan menggunakan senjata api di sekitar Simpang dalam DUN Changkat Jering.  


Ketua UMNO Bukit Gantang kaya raya,penduduk papa kedana.

YB Bukit Gantang ,Ustaz Idris Ahmad pada 29 Ramadhan lalu  berbuka di rumah "orang UMNO'  ,Kampung Setia dalam DUN Kuala Sepetang.Penghuni rumah ini pengundi tegar UMNO.Rumahnya agak uzur,pada PRU 13 ,lalu UMNO berjanji ingin membaik pulih rumah beliau. Tetapi sudah tiga bulan berlalu ,UMNO Bukit Gantang ,tidak peduli nasib penduduk di Kampung Setia ini.
Pandangan luar rumah wanita penyokong tegar UMNO . YB Ustaz Idris Ahmad meninjau dari luar rumah.
Lima tahun akan datang  UMNO akan datang lagi ke kawasan ini,merayu undi .Dahulu dan kini penghuni rumah ini terus ditipu UMNO. Penghuni rumah ini ,juga penyokong tegar UMNO.Beliau memberitahu pada kempen PRU 13,calon Gerakan  untuk DUN Kuala Sepetang datang berkempen untuk menolong membaiki rumah ibu beliau(foto atas).Sudah kalah terus senyap.Begitu juga calon Parlimen UMNO,tetapi semuanya janji "dicapati".Rumah emak dia terus menunggu masa untuk rebah.

Rumah Ahli UMNO yang paling besar di Bukit Gantang

Rumah Ahli UMNO Bahagian Bukit Gantang di Kg Setia Simpang  paling  besar .Mereka tetap undi BN  selagi mereka  tetap ditipu orang UMNO Bukit Gantang.