Tuesday, October 22, 2013

Dua Penjuru di DUN Sungai Limau.


YAN: Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menyaksikan saingan dua penjuru apabila hanya wakil Barisan Nasional (BN) dan PAS menyerahkan borang pencalonan masing-masing sehingga proses penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi Rabu.
Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Limau,  Abd Rashid Othman mengumumkan Dr Ahmad Sohaimi Lazim daripada BN dan Ustaz Mohd Azam Samat yang mewakili PAS disahkan layak bertanding.
Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.
Ustaz Azizan memegang kerusi itu selama lima penggal sejak 1995.
Beliau mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada Barisan Nasional (BN), Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.

Mesej dari Mahfuz Omar kekalkan yang ada.

Ustaz Azam diiringi Tok Guru Haji Abdul Hadi dan Datuk Mahfuz Omar ke pusat penamaan calon  . Tag line  "kekal" digunakan. Mesej dari   Sungai Limau mempunyai serampang dua mata. Kekalkan Dun Sungai Limau dan Kekal"kan jawatan tertinggi parti PAS seperti UMNO yang masih Presiden ,Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden orang yang sama.

Berita Harian cuba matikan kerjaya politik Husam Musa.


"Bagi saya, ia tindakan penakut tidak amanah dan tidak beretika apabila seorang sumber dalaman PAS yang cuba menyerang dengan secara terbuka ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Kamarul yang mempunyai Ijazah Sarjana melalui tesis “PAS di bawah Kepimpinan Ulama” berkata, perbuatan sumber mendedahkan perjumpaan yang berlaku hari ini kepada media juga disifatkan pendedahan berat sebelah yang tidak adil.
“Dalam laporan tersebut sumber cuba mengkritik Husam dengan berkata Husam sebagai bekas Exco kanan negeri sepatutnya lebih memahami dan mengikut prosedur teguran ketika dalam Sidang Dewan Rakyat (DUN).
“Namun adakah sumber itu sendiri mengikut prosedur yang betul mendedahkan perjumpaan tanpa kebenaran pemimpin parti kepada media?” soalnya.
Pengkaji politik itu berkata lagi, laporan tersebut cuba memberi gambaran buruk dan memusnahkan kerjaya politik Husam seolah-olah pemimpin itu melakukan kesalahan dan bakal dihukum kerana kritikan terbuka.
"Pada pendapat saya Husam cuba membawa pembaharuan bersuara dengan lantangnya demi kebaikan, itu perkara biasa dan ia mencerminkan ketelusan pentadbiran.
"Mungkin kerana budaya kita yang tidak biasa begitu, bila kita cuba mengkritik meluahkan kebimbanga mereka akan anggap kita menentang tapi saya pasti niat Husam ingin meningkatkan lagi kecemerlangan pentadbiran kerajaan negeri namun ia telah disalah anggap," katanya.
Kritikan terbuka Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar) ke atas pentadbiran kerajaan negeri Kelantan merupakan perkara biasa dalam amalan demokrasi dan ia tidak seharusnya diperbesarkan dan digambarkan secara negatif, kata pengkaji politik Dr Kamarul Zaman Yusoff.
Kamarul membidas laporan Berita Harian yang mengatakan kononnya Husam diminta memberi penjelasan kepada pucuk pimpinan PAS ekoran kenyataannnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dalam satu perjumpaan hari ini.

Malah kata Kamarul sumber juga tidak amanah kerana dengan beraninya mendedahkan kandungan perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 10 Oktober lalu biarpun tidak diberikan mandat untuk berbuat perkara demikian.
Hari ini dalam laporan akhbar Berita Harian bertajuk "PAS minta penjelasan Husam: Kritikan terbuka Adun Salor terhadap Kerajaan Kelantan cetus kontroversi" memetik sumber yang berkata Husam telah diminta untuk membuat penjelasan dalam perjumpaan khas hari ini di Kota Bahru di mana ia akan diketuai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Nada suaranya (Husam) seolah-olah beliau menjadi ketua pembangkang, parti tidak kisah berdepan teguran ahli sendiri, tetapi sekurang-kurangnya buatlah dengan cara lebih berhemah," katanya.
Sumber berkata lagi, serangan secara terbuka bekas Exco kanan kerajaan negeri itu merupakan kecaman pertama oleh pemimpin sendiri sejak PAS memerintah negeri itu selama 32 tahun.
Pada 8 dan 9 Oktober Husam dikatakan mengkritik kerajaan negeri secara lantang ketika membahaskan belanjawan negeri 2014 dan mencelah penggulunggan pada sidang DUN.
Beliau menyentuh beberapa isu membabitkan kepincangan pengurusan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), kelulusan 1,400 hektar tanah di Hutan SImpan Kekal Ulu Sat di Machang, projek pembinaan lebuh raya rakyat, pelaksanaan hukum syariah dan pelantikan anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) negeri.
Kamarul pernah menulis tesis bertajuk "PAS Dalam Era Kepimpinan Ulama, 1982-2004" manakala untuk tesis master beliau bertajuk "PAS Dalam Era Mohd Asri Muda, 1965-1982". – sumber 22 Oktober, 2013.

Raja,Ketua DHPP Bukit Gantang cedera kemalangan jalanraya.

Sdr Raja @Thanggaraja,Ketua DHPP Bukit Gantang kemalangan  lewat malam tadi.Kereta yang beliau pandu  bertembung dengan kereta merah.Beliau dalam perjalanan balik ke rumah dari menutup kedai runcit berdekatan dengan SMK Simpang,Taiping.

Kelihatan anggota bomba sedang membantu   menenangkan keadaan.  

Sdr Raja dibawa ke Hospital Taiping untuk menerima rawatan.Beliau kini ditempatkan Di Wad 14,Hospital Taiping,Perak

Kes sarjan tertembak budak,Ketua Polis Negara tak minta maaf pun.


  • Peluru sesat: Bapa kanak-kanak kecewaSekumpulan doktor pakar diketuai Dr Chee Keong (tiga, kiri) dalam sidang media di HRPB, semalam.



    • IPOH – Mangsa peluru sesat, Mohd Amar Mohd Azizi, 10, dijangka dibenarkan pulang dalam tempoh dua atau tiga hari selepas melalui pembedahan mengeluarkan peluru di kerongkongnya, kelmarin.

      Bapanya, Mohd Azizi Abdullah, 48, bagaimanapun memberitahu, anak bongsunya itu masih trauma.

      “Kami gembira apabila dia selamat menjalani pembedahan. Doktor nasihat Mohd Amar diberi air dingin supaya tidak menjejaskan luka dalaman.

      “Kami ahli keluarga pun tidak banyak bertanya mengenai kejadian itu, tetapi memberi dia semangat supaya cepat pulih,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam.

      Pada masa sama, menurutnya, dia kecewa apabila tiada seorang pun wakil anggota polis yang dipercayai terlibat dalam kes itu menemui keluarganya untuk menyatakan rasa simpati atau meminta maaf.

      Dalam kejadian14  Oktober lalu, seorang polis berpangkat sarjan didakwa sedang membersihkan pistol di tangga rumah mertuanya di Kampung Belanja Kiri, Parit, dipercayai tertekan picu senjata itu dan pelurunya mengenai Mohd Amar yang berada kira-kira 40 meter dari  tempat tersebut.

      Sementara itu, sekumpulan doktor pakar diketuai Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Jabatan Neurosurgeri, Dr Cheang Chee Keong dilaporkan menggunakan kaedah ‘endoscope’ bagi mengeluarkan peluru berkenaan.

      Dr Chee Keong berkata, Mohd Amar perlu memakai pendakap leher selama beberapa bulan akibat  terdapat retakan pada tulang lehernya.

      “Mohd Amar perlu buat rawatan susulan dan pemantauan berterusan dalam masa dua bulan bagi menstabilkan lehernya. Saya jangka tiada pembedahan diperlukan selepas ini.

      “Keadaan Mohd Amar  dilihat masih trauma. Semua pihak diminta untuk tidak mengganggunya," katanya pada sidang media dikendalikan oleh Exco Kerajaan Negeri, Nolee Ashilin Mohd Radzi, di sini.

      Menurutnya, kejayaan pembedahan berisiko tinggi melibatkan beberapa pakar dari Jabatan Neurosurgeri dan Otorinolaryngiologi (ENT) serta Anaestesiologi, diadikann sebagai satu kajian (study case).(sumber sh)

      Monday, October 21, 2013

      Jika kalah di Dun Sungai Limau,jangan mimpi ambil semula Kedah-Mat Sabu

      BIODATA CALON PILIHANRAYA KECIL N 20 SUNGAI LIMAU (PAS)

      NAMA : USTAZ MOHD AZAM BIN ABD SAMAT

      UMUR: 37 TAHUN

      KELAHIRAN : DI KAMPUNG GELAM 2, DAN DIBESARKAN DI PONDOK BUKIT BESAR

      TEMPAT TINGGAL: NO 1, TAMAN MARKISA, 08800 GUAR CHEMPEDAK, KEDAH DARUL AMAN.

      STATUS : BERKAHWIN DAN MEMPUNYAI 5 ORANG ANAK

      PENDIDIKAN: -SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN BUKIT BESAR.
      - SEKOLAH MENENGAH AGAMA AN-NAHDZAH.
      - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KEDAH.
      - IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH ISLAMIYAH, UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR.
      - PENGAJIAN TALAQQI DI SYRIA. 
      - DIPLOMA PENDIDIKAN PENGAJIAN ISLAM (KPLI)

      PENGALAMAN : - PENOLONG SETIAUSAHA PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR 
      (PMRAM)
      - PANEL PENGUBAL SOALAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) .
      - KETUA PEMERIKSA STAM PERINGKAT KEBANGSAAN DI BAWAH 
      KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.
      - PENCERAMAH BAGI MATAPELAJARAN PEPERIKSAAN STAM.

      PEKERJAAN: PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA, 
      AN-NAHDZAH, BUKIT BESAR

      PENGLIBATAN DALAM PAS : 1- KETUA PEMUDA PAS JERAI, 2- EXCO PEMUDA PAS NEGERI KEDAH DARUL AMAN, 3- PENGARAH JABATAN PASTI PAS KEDAH (2007-SEKARANG)

      LATAR BELAKANG KELUARGA :

      - Calon merupakan cucu kepada 3 orang Tokoh Ulama Besar Kedah. Datuk beliau Haji Abdul Hamid Bin Ibrahim (Dikenali Pak Mid Bukit Besar) adalah adik kepada Tuan Guru Haji Aziz Pendang, dan juga Tuan Guru Haji Abd Razak (Haji Daq)

      - Datuknya Pak Mid Bukit Besar adalah Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerai. Pernah bertanding di DUN Sala pada PRU pertama 1959.

      - Ayah beliau, Abd Samat Bin Abd Hamid pernah menjadi aktivis peringkat cawangan manakala ibunya, Mariani Binti Haji Hamid juga merupakan aktivis Muslimat PAS Cawangan Bukit Besar.

      Banjir ,UMNO Bukit Gantang guna duit YBU,PAS guna duit rakyat.

      Petugas Unit Amal Kawasan Bukit Gantang bersama  Pasukan Khidmat Wakil Rakyat dan PAS Kawasan Bukit Gantang menyantuni  masyarakat yang terlibat banjir pada 20 Oktober lalu di Simpang Halt dan Matang Pasir. PAS menyediakan nasi bungkus  dan air minuman kepada keluarga yang terlibat.Peruntukan diambil melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat dan Lajnah Kebajiikan Kawasan Bukit Gantang.Semua sumbangan ialah melalui derma masyarakat Bukit Gantang dan dana PAS Bukit Gantang.

      UMNO Bukit Gantang juga turut menyumbang tetapi dari tabung Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan,bukannya dari  duit UMNO Bahagian sendiri.Timbalan Ketua UMNO Bukit Gantang,Kamarudin Abu Bakar berbangga dengan sumbangan  YBU kepada penduduk yang terlibat banjir.