Friday, October 25, 2013

Ahli Parlimen PAS tumpu sidang Parlimen tak payah sangat Sungai Limau.

Ini foto sebelum bajet,Wakil Rakyat  PAS didapati tidak ada didewan.Jadi  masyarakat mengharapkan Ketua Whip Parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar kena pastikan anak buah hadir sepanjang sidang parlimen kali ini. Banyak isu yang boleh dibahaskan. Tak perlulah semua ahli parlimen PAS pergi kempen di Sungai Limau. Pas ada Hj Mat Sabu, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man,ada Husam Musa ,ada Salahuddin Ayob  banyak lagi.Kalau pemuda ,PAS ada  Ku Is.Jadi ahli Parlimen PAS mesti berani dan bersedia untuk bersidang dan berbahas.

Thursday, October 24, 2013

Nizar rakam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Norazita yang mati ditembak.

DS Nizar turut serta memberi penghormatan terakhir ke atas jenazah Allahyarhamah Puan Norazita Abu Talib Pegawai Bank Ambank yang dibunuh kejam oleh Pengawal Keselamatan "haram" sebentar tadi.
Jenazah Allahyarhamah Puan Norazita selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kg Air Itam Labu, Kampar Perak.

Sanak saudara,sahabat handai dan jiran tertangga turut menzahirkan perasaan simpati .Memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhaman Puan Norazita Abu Talib di tanah perkuburan Kg Air Itam Labu,Kampar,Perak.
Kampar,24 Oktober-Dato'Seri Nizar Adun Changkat Jering,merangkap Pengerusi Pakatan Rakyat Perak merakamkan ucapan takziah kepada suami,anak-anak dan kaum keluarga Allahyarhamah Norazita Abu Talib.DS Nizar mengharapkan mereka yang bersalah dihukum .Beliau juga mendoakan semoga roh Allahyarhamah Norazita Abu Talib ditempatkan bersama orang soleh dan beriman.

Pembunuh Norazita Abu Talib jaga haram .

30,000 jaga haram terdapat di Lembah Klang,kalau seluruh Malaysia berapa pula?Siapa tuan punya syarikat  kawalan keselamatan ini?Mungkinkah orang kuat UMNO,yang mempunyai hubungan rapat dengan Menteri Dalam Negeri.

Wednesday, October 23, 2013

30,000 jaga haram,Lembah Klang sudah tidak selamat

Rentetan seorang Pegawai Bank mati ditembak oleh Pengawal Keselamatan  ,Lembah Klang juga dilaporkan mempunyai 30,000 jaga haram. (kes pegawai bank mati ditembak)"Tembakan  dari jaga yang tak diketahui identiti itu mengenai wajah salah seorang pekerja, Norazita Abu Talib, 37, menyebabkan hampir separuh mukanya berkecai," "Polis dalam proses memastikan identiti suspek kerana kad pengenalan dirinya didapati tidak wujud dalam rekod.

Pegawai Bank mati ditembak ,pengawal keselamatan sendiri.

Berita 1:
Slmt mlm tuan.kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank no.5&7, jln usj sentral2 usj sentral subang jaya. Mangsa kerja sebagai opration officer ambank nama Noazita bt abu talib u/37thn.kerja selama 16thn dgn ambank. Kejadian pada 23.10.13 jam l/kurang 1818hrs di bilik kebal telah berlaku kejadian tembakan daripada saspek nama Ardi bin Hamza u/37thn beralamat jalan apas batu 2 no70 tawau sabah, senjata jenis pumpgun, sebanyak 1 das tembakan mengenai muka mangsa ketika sedang membuka peti kebal dan melarikan wang dlm jumlah yng tidak diketahui, kenderaan saspek gunakan sedang di kesan disyaki motosikal, pihak forensik ipk selangor telah dimaklumkan dan dlm perjalanan.senasa kejadian seramai 5 staf termasuk saspek, laporan lanjut akan menyusul.
Berita 2:

SUBANG JAYA: Seorang pegawai bank maut selepas ditembak seorang pegawal keselamatan bank yang mahu merompak wang di dalam bilik kebal bank terbabit.


Kejadian berlaku di cawangan bank berkenaan di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.


Menurut sumber polis, mangsa seorang wanita berusia 37 tahun, difahamkan bersama suspek serta empat lagi pegawai bank  berada di dalam bilik kebal dipercayai mahu menyimpan sejumlah wang kira-kira pukul 6.18 petang.


Bagaimanapun suspek yang berasal dari Sabah yang bersenjatakan 'pump gun' itu telah melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa.


Suspek kemudiannya telah melarikan diri bersama sejumlah wang dengan menaiki motosikal.


Bagaimanapun, jumlah wang yang dilarikan tidak diketahui.


Foto Ahli Parlimen Malaysia tidur .

Noh Omar Wakil Rakyat Kawasan  Tanjong Karang boleh tidur  apabila  Ahli Parlimen lain sedang berbahas.Dia hanya mahu wakil rakyat mendengar  hujah beliau,beliau tidak peduli dengan pandangan wakil rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat.Beliau akan kembali"melalak"apabila jaga.

Tuesday, October 22, 2013

Sungai Limau, gambar Presiden MCA , MIC juga Hishamudin tak perlu ada.

Pemimpin utama UMNO,Hishamudin pun tak boleh dekat dengan Mukhriz  ,Bertambah lagi Presiden MCA dan Presiden MIC.Mukhriz pun senyum tawar,kalau BN kalah ,masa depan dalam UMNO makin suram.Begitu juga Presiden MCA,Chua Soi lek,kalau BN kalah boleh kasi taruk sama Tiong Lai,Timbalan Presiden.