Saturday, July 11, 2009

Cikgu Rogol Pelajar 9 tahun?

Berita terkini dari sumber tidak rasmi ,menyatakan Polis Daerah Kuala Kangsar sedang menahan reman seorang guru sekolah rendah.Guru itu ditahan sejak 9 Julai atas tuduhan merogol seorang pelajar berumur 9 tahun.

Pelajar perempuan itu kini trauma dan memerlukan kaunseling. Peristiwa itu difahamkan berlaku di Manong ,Kuala Kangsar.

Harapan kita agar kes ini ditangani segera dan dipandang serius pihak PPD dan JPN supaya ada batas guru dan murid.

Ustaz Nasharudin mula kempen.

Kelihatan YB Ustaz Nasharudin bersama Ustaz Ahmad Awang,YAB Tuan Lim Guan Eng.YB Tuan Kamaruddin Jaafar.Tengah YB DS Nizar Jamaludin ,pada 29 Mac 2009,sewaktu penamaan calon.


Syukur,YB Nasharudin Mat Isa mula berkampung di Manek Urai.Sebagai Pengarah Induk PRK P059,tentulah pengalaman beliau amat berguna.

Setahu penulis YB Ustaz mempunyai idea yang cemerlang.YB Ustaz amat sabar,tidak cepat melatah,yang penting beliau amat mementingkan jamaah.

Friday, July 10, 2009

Bicara Kes Ketua Kampung Kerajaan Pakatan Rakyat


Bicara Kes Ketua Kampung Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat lawan Kerajaan Zamri UBN akan berlangsung pada 22 Julai 2009.Kes itu akan berlangsung pada pukul 9 pagi ,Bilik Nombor 4,Mahkamah Tinggi, Ipoh.


Sehubungan dengan itu ,Pas Kawasan melalui Lajnah Penerangan Kawasan akan memberi satu taklimat afidavit pada 19 Julai 2009,bertempat di Markaz Pas Negeri Perak,Air Kuning Taiping.Taklimat akan berlangsung pada pukul 8.00 malam.

Ketua Kampung dalam Kawasan Parlimen Bukit Gantang diminta hadir .
Bagi yang berminat dijemput hadir,khususnya bagi Ketua Kampung berdekatan Bukit Gantang.Untuk keterangan lanjut bolehlah berhubung Pusat Khidmat Ahli Parlimen 05-8483950.

Thursday, July 9, 2009

1 SEPANDUK 1 MALAYSIA TAHU ZALIMNYA UMNO

Pengundi P059 Bukit Gantang tolak UMNO kerana tak mahu rasuah.Harapan kita pengundi Manek Urai juga tolak UMNO kerana PPSMI hanya mansuh pada 2012. Masa hendak perkenal memerlu masa 6 bulan. Semasa mansuh dasar memakan masa 3 tahun.

Sebagai bapa yang anaknya terlibat dengan PPSMI tetap akan memberitahu anak cucu betapa jahatnya UMNO. Mereka bunuh bahasa Melayu.,mereka bunuh tulisan jawi.,mereka biayai pendidikan melalui PTPTN bukan biasiswa untuk semua.

Sebagai bapa saya akan beritahu anak cucu betapa Ketua Pengarah Pelajaran dan Menteri Pendidikan masa itu pembohong besar,apabila setiap kali mengumumkan prestasi baik dan cemerlang peperiksaan UPSR,PMR dan SPM.

Sejarah,tetap sejarah.

Ustaz Nasharudin Mat Isa Turun Manek Urai Mulai Sabtu ini


Ustaz sedang menerima rawatan pembedahan kecil usus. Beliau dirawat di Hospital Serdang.InsyaALLAH akan mula berkampung di Manek Urai mulai hari Sabtu


Wednesday, July 8, 2009

Dengar-dengar dari Sisi-Kami Sokong PPSMI

1. Guru-guru pro PPSMI khuatir hilang elaun 5 %/10% apabila tidak lagi mengajar PPSMI dalam BI.Hatta pengetua kerugian lebih kurang RM 500-1000,sebulan.

2.Pembekal Laptop/ABM kerugian , kamus dwi bahasa tidak dapat peluang mendapat kekayaan dalam gandaan Ringgit Malaysia.

3.Guru Bahasa Inggeris kerugian lebih kurang RM 100, sejam,dah tak mengajar guru PPSMI

4.Katering rugi satu kepala RM 4.00, sebab kursus PPSMI telah dimansuhkan mulai 2012.

5.Pihak berkenaan tak boleh buat tuntutan perjalanan ,kerana tidak ada lagi untuk dipantau.

6.Tiada lagi persidangan meja bulat/kajian antarabangsa UNESCO,ratusan /malah juta ringgit tidak dapat dibawa balik untuk pertukaran wang asing.

7.Dr Mahathir,kerana projek mega bunuh Bahasa Melayu di sambut 1 Malaysia .

PPSMI-SATU DASAR YANG BUNUH BAHASA KITA

PPSMI akan diteruskan sehingga 2011. Pada tahun 2012 PPSMI akan berkubur,itu menurut Timbalan Perdana Menteri.Malangnya nasib kita H1NI dan satu Najib,masalah datang bertimpa.Semuanya merugikan orang Melayu,nanti dikatakan kita perkauman.Mungkinkah UMNO boneka MCA dan MIC?
Nampak gayanya kita kena terus bekerja untuk menjadi kerajaan pada PRU 13.PRN Perak juga kita perlu mengajar UMNO.