Showing posts with label fikirkan. Show all posts
Showing posts with label fikirkan. Show all posts

Monday, October 25, 2010

Bila masjid main politik UMNO-makmum perlu dikira untuk Solat Jumaat.

Kita diberitahu teman-teman sebuah masjid ,Masjid Bt 9 ,Jalan Trong dalam Parlimen Bukit Gantang ,makmun akan dikira untuk menentukan cukup jemaah buat Solat Jumaat. Hal ini mungkin berlaku kerana masjid ini terlalu fanatik UMNO?

Apabila muaazin hendak melaunkan azan,imam akan mengira cukup bilangan jemaah. Sepatutnya tidak timbul masalah cukup jumlah makmum kerana bilangan kampung banyak.

Kariah masjid terdiri kampung berikut,Kg Bt 9,,Kg Kepala Bukit,Kg Chengal Jantan,Kg Bt 10 dan Kg Sg Limau.

Namun jumlah makmun sukar hendak diramalkan.Kebanyakan ahli kariah pergi masjid berdekatan.Justeru kerana AJK masjid kuat dengan politik UMNO,ahli UMNO pun bersolat Jumaat di masjid berdekatan.Penyokong PAS dan Ahli Pas lebih baik pergi Masjid Bt 8 dan Masjid Changkat Ibol lebih harmoni dan mesra rakyat.

Nak bawa DS Nizar untuk bersolat Jumaat dan Solat Teraweh, pun mereka macam tak bagi? AJK masjid ini perlu bersikap terbuka untuk menarik minat golongan muda mendekati masjid.

Saturday, October 23, 2010

NUTP PSKPP dan guru kerja hari Sabtu masih tak selesai.

Sekolah hari Sabtu sudah menjadi kebiasaan.Namun keberkesanan NUTP dalam memperjuang isu kerja hari Sabtu langsung tidak kedengaran.Tahun pemilihan semuanya menarik.


Kini tahun 2010 sudah selesai guru mengajar mengikut sukatan dan huraian.Sudah juga dilaksana kerja hari Sabtu.Dengan Ladap,dengan persatuan dan kelab,semuanya sudah selesai tahun persekolahan 2010.


Tahun depan isu kerja hari Sabtu tetap didendangkan NUTP.Cikgu juga jadi mangsa.

Dalam pada itu tahniah Hashim Adnan belum terlambat rasanya NUTP menghantar permohonan kepada Kementerian Pelajaran agar meneliti pengurusan kewangan Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Perguruan (PSKPP).


Memang betul sehingga kini tidak ada satu laporan yang jelas mengenai pengurusan kewangan persatuan tersebut yang diletakkan di bawah Jabatan Pelajaran negeri.


Program PSKPP yang seronok orang JPN dan kroni mereka.


Apabila NUTP menerima aduan daripada para guru yang dipaksa membayar yuran antara RM3 dan RM5 setahun oleh persatuan tersebut walaupun ia sebenarnya tidak wajib.NUTP seharusnya berani untuk bersuara dari dulu lagi. Namun ini belum terlambat.


Kita diberitahu Pengetua yang kuat PSKPP seolah mengugut para guru.Mereka yang tidak membayar yuran PSKPP dinafi hak untuk diberi pertimbangan prestasi cemerlang." Guru tak boleh dipaksa bayaran yuran. Jabatan Pelajaran tak ada hak (memaksa guru). Ini sukarela,” kata Presiden NUTP itu lagi.


Hashim Adnan,Presiden NUTP turut menegur tindakan Jabatan Pelajaran daerah di sebuah negeri yang bertindak di luar batas profesional apabila mengedarkan senarai nama guru dan butiran peribadi mereka termasuk gaji, kepada sekolah tempat guru terbabit mengajar untuk menuntut tunggakan yuran PSKPP.

Friday, October 22, 2010

Najib Ceo yang akan bersara- Nizar

Menurut DS Nizar Perdana Menteri sekarang merupakan Ceo yang akan bersara.Apabila hendak bersara Najib terpaksa memberi macam-macam kepada anak buah.

Najib mahu anak buah mengenang beliau sebagai Ceo yang terbaik berbanding 5 Ceo yang lain.

Nizar juga memberitahu jikalau di Dubai terdapat bangunan tertinggi ,162 tingkat .Bangunan Burj Al Khilafah yang baru disiapkan itu hanya bernilai RM 4.2 bilion.Tetapi Najib hendak bina bangunan 100 tingkat bernilai RM 5 bilion.Hal ini mungkin boleh bertambah seperti mana kos membina kompleks Istana Negara.

Kita lihat Najib apa peduli dengan Rosmah.Bukankah Rosmah telah menghina Islam dengan menjadi penaung pertunjukan jahiliyah.

Tuesday, August 10, 2010

Jadikan Bulan Ramadhan Ini Untuk Kita Hancur Leburkan Kezaliman.

Marilah kita jadikan bulan Ramadhan kali ini Ramadhan terakhir kita untuk bersama-sama menentang kezaliman dan menolak kebatilan.

Dengan semangat bulan Ramadhan kali ini membangkitkan keazaman kita untuk bersama kumpulan yang menentang kebatilan dan menentang penindasan ke atas rakyat.

Perjuangan kita pada bulan ini dapat membantu kita menyusun kerja untuk mencari kemenangan pada PRU 13.Kita mesti menyakinkan rakyat kerajaan rakyat telah dirampas melalui tipu muslihat dan penggunaan kaedah yang menjijikkan seperti peras ugut dan seks.

Bagi kita bazar iftar Ramadhan boleh dijadikan medium untuk menentang kezaliman dan penindasan ke atas rakyat.

Tugas kita menerangkan kepada keluarga kita,jiran kita dan komuniti masyarakat setempat.Tugas kita bukan syok sendiri,memuji masjid atau surau yang mengadakan program tazkirah,sedangkan kita langsung tidak menyantuni masyarakat.

Ayuh kita bersama-sama bulan Ramadhan penuh berakah ini untuk kita berdoa.Doakan supaya mereka yang bersama kumpulan yang berada dalam kumpulan kebatilan hancur lebur.Kita doakan perjuagan menegakkan keadilan beroleh kemenangan pada PRU 13!

Thursday, August 5, 2010

Isu Gempar:Pegawai PTD Larut Matang Lebih Percaya Pemimpin MCA.

Kelmarin satu pertemuan penduduk dengan pihak berkuasa tanah di Pejabat Penghulu Matang.Amat menarik dan dikatakan panas.Isu berkaitan rumah mereka yang diminta untuk diroboh di Kg Baru Kuala Sapetang.

Apa yang menarik kata-kata Pegawai Kanan itu yang menyatakan hanya Dato Ho(Bekas Adun Pokok Assam) sahaja yang boleh menyelesaikan masalah penduduk.

Dengan agak angkuh Pegawai Kanan itu memberitahu Dato Ho(Adun yang kalah ditangan YB Yew Sue Kai -DAP) yang boleh menolong mereka.

Dato' Ho pula menyakinkan penduduk bahawa beliau akan meminta Menteri Pengangkutan dari MCA untuk membantu mereka.

Bunuh Diri Atau Pembunuh Upahan

Seorang penjaja memanggil kita ,semata-mata untuk meminta pendapat berkaitan kes dua pimpinan UMNO Selangor yang ditemui mati dalam kereta berdekatan Sg Buluh baru-baru ini.

Kita memberi jawapan biar polis selesai siasat baru kita buat keputusan.Kita juga mengingatkan Pak Cik Penjaja itu ,kita pun tak mahu kaum keluarga kita dituduh membunuh diri.

Jadi lebih baik kita mengambil pendekatan,mungkin terdapat pembunuh upahan yang membunuh pimpinan UMNO itu.?

Lebih baik kita bersangka baik terhadap kedua -dua mangsa kemalangan itu.Jadi kita juga berharap Pihak Polis membuat siasatan dengan teliti dan pantas.Jadikan kes Aminulrashid untuk pihak berkuasa berhati-hati untuk membuat rumusan.

Marilah kita minta perlindungan Allah s.w.t supaya kaum kerabat kita tidak dituduh membunuh diri.

Monday, August 2, 2010

Pegawai Kerajaan Taiping Tidak Iktiraf DS Nizar Sebagai Ahli Parlimen

Kita diberi maklumat terdapat segelintir pegawai kerajaan di Larut Matang Selama tidak mengiktiraf DS Nizar sebagai Ahli Parlimen.

Satu kes yang dikhabar kepada kita terdapat seorang Pegawai Kerajaan di sebuah jabatan tidak mahu menerima surat daripada DS Nizar,Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Seorang penduduk memberitahu permohonan beliau untuk mendapat jalan tar untuk masuk ke rumah beliau seperti penduduk lain tidak dilayan.

Jadi apabila beliau ingin melaporkan kepada SPRM,barulah mereka mula berasa ngelabah.Pegawai itu pula meminta individu yang berkenaan menulis surat itu sendiri,bukannya Ahli Parlimen.

Bagi pegawai itu ,tidak perlu melalui Ahli Parlimen,dan pegawai itu kelihatan seperti seorang ahli UMNO yang bekerja untuk mendapat komisen?

Sunday, August 1, 2010

Tamsil:UMNO ibarat kereta rosak.

DS Nizar dalam ucapan dalam Program Ceramah anjuran PKR malam tadi memberi satu tamsil yang menarik.

Beliau memberi contoh yang boleh dikuti untuk kita berwaspada dan berhati-hati dalam hubungan dengan UMNO.

DS Nizar memberi perumpamaan bahawa UMNO sebuah kereta rosak.Kita merupakan penumpang.Apabila kereta rosak kita yang menjadi penumpang disuruh turun nmenolak kereta untuk menghidupkan enjin kereta.

Kereta sudah bergerak laju,kita ditinggalkan keletihan.Itulah Umno ibarat kereta rosak.Apabila sudah teruk dan tiada sambutan rakyat,mereka UMNO mula untuk mencari kawan.Tetapi apabila kuat kita yang menjadi mangsa dan musuh.

Saman Ekor Pemandu Kereta Kerajaan Jadi Mangsa

Seorang teman yang bertugas sebagai Pemandu Kenderaan dengan agensi kerajaan memberitahu kita terdapat ramai rakan beliau menerima saman ekor.Bukan sedikit tetapi banyak.

Mereka yang menerima saman ekor ini terpaksa dipotong gaji untuk melunaskan denda RM300.00.

Beliau menyatakan keluhan rakan yang terpaksa memandu laju kerana arahan "Boss".Pengarah yang dibawa perlu cepat sampai ke destinasi.Apabila dapat saman ekor,pemandu yang membawa kenderaan yang menjadi mamgsa.Boss yang mengarah bawa melebihi had laju ,boleh tersenyum sehingga ke telinga.

Beliau meminta kita bersimpati dengan nasib pemandu yang berpendapatan rendah.Jika dipotong gaji berapa sangat yang tinggal?

Friday, July 30, 2010

Ling Leong Sik Tipu Kerajaan Pergi Mahkamahpun Tangan Tak Bergari.

Ling Leong Sik diringi isteri dan anak datang ke Mahkamah untuk didakwa atas menipu Jemaah Menteri .Tersenyum macam tidak ada apa.Tanganpun tidak bergari . Gambar Rohaizat Md Darus- The Star.


Beberapa orang penduduk yang mengenali kita memberitahu Ling Leong Sik yang dituduh menipu kerajaan tidak pun bergari apabila di bawa ke Mahkamah.


Jika curi telur ayam,curi beberapa tin susu dekat Pasaraya atau pecah masuk rumah orang siap tangan bergari apabila dibawa ke Mahkamah untuk didakwa.


Mereka juga memberitahu kita nilai penipuan Ling Leong Sik bernilai juta ringgit .Perdana Menteri dan Menteri-menteri ditipu hidup-hidup.



Itu bezanya,orang biasa atau ikan bilis yang belum didapati bersalah oleh mahkamah ,dibawa ke Mahkamah tangan mesti bergari.Orang besar ,siap tersenyum dan berbangga tidak perlu bergari tangan.

Thursday, July 29, 2010

PRU Semakin Dekat UMNO Gempur Bukit Gantang.

UMNO Bukit Gantang menggunakan agensi kerajaan untuk menggempur Bukit Gantang.Program yang bermula 31 Julai hingga 1 Ogos ini di Dataran Pekan Bukit Gantang.

Dijangka 45 buah agensi kerajaan mengambil bahagian untuk menarik orang ramai datang.Program Rapat 1 Malaysia itu peringkat Perak itu kononnya untuk meraikan bulan kemerdekaan.

UMNO ingin melihat sambutan rakyat khususnya untuk menguji pengaruh mereka dalam kalangan orang Melayu.Jika berjaya ini satu isyarat kepada BN dan Najib untuk mengadakan pilihanraya umum.

Parlimen Bukit Gantang merupakan tanda aras untuk UMNO Perak.Mereka ingin menguji sokongan orang Melayu.

Bagi kita yang telah menetap di sini,kita tahu pengaruh Pakatan Rakyat cukup tinggi .UMNO terpaksa menggunakan pelbagai agensi kerajaan untuk memenangi hati rakyat.Umno tahu rakyat Bukit Gantang tidak bersama mereka. Mereka hanya berharap dengan UMNO kerana ada kuasa.Hilang kuasa UMNO tidak berbafas lagi di Bukit Gantang,insyaAllah.

Wednesday, July 28, 2010

Minum Kedai Orang UMNO.

Kita baru-baru ini minum di Kedai Orang UMNO.Kita pergi ke Kedai Orang UMNO itu menggunakan kereta Pick Up Pusat Khidmat Ahli Parlimen,sudah tentulah terdapat gambar DS Nizar.

Sebagai petugas Pusat Khidmat Ahli Parlimen,kita kadang-kadang berehat dan berhenti minum di mana-mana gerai yang berdekatan dengan tujuan kita.Namun begitu jika kita minum di kedai atau warung orang UMNO kita akan ditegur.Sehingga kita sudah disyaki rapat dengan Orang UMNO itu.

Baru minum sahaja,deringan telefon akan berbunyi.Kita seperti biasa memberitahu kita bertugas dengan Sekretariat Parlimen ,bertemu masyarakat .Imej yang kita bawa mendekati masyarakat bukan setakat musim pilihanraya sahaja.

Begitu juga apabila kita melawat anak yatim bersama DS Nizar baru-baru ini ,kita juga diberitahu keluarga mereka menyokong UMNO dan mempunyai masalah.Tergamak orang kampung memberitahu DS Nizar ,tetapi DS Nizar tetap bersedia membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Justeru itu kita berasa simpati dengan Dato' Hasan Ali yang menerima ujian dan dihentam banyak pihak sekadar bertemu Tok Mufti selaku Exco Kerajaan Selangor.

Bersabarlah Dato'Hasan Ali ,Tok Guru Nik Aziz lagi hebat ujian yang dihadapi.

Monday, May 10, 2010

Surat Minta Derma Dari Rakyat Tolong Kerajaan BN.

Surat minta tolong dengan rakyat,minta derma! Dekat Sibu cerita bukan main hebat.Tapi rakyat pula diminta tolong untuk isi tabung rakyat miskin!

Saturday, May 8, 2010

Mungkin Datuk Osman Salleh sesuai jadi Ketua Polis Negara.

Tahniah Ketua Polis Negeri ,Negeri Sembilan.Fikiran anda dan tindakan anda taraf kelas dunia.Pertama kali dalam sejarah polis moden Malaysia ,seorang Pegawai Polis bertanggungjawab dengan tindakan anak buah mereka.

Syabas,anda tidak seperti Musa Hassan yang cepat melatah dan marah.Moga-moga anda boleh dicalonkan sebagai Ketua Polis Malaysia.

Kita baca petikan di bawah,yang diambil melalui malaysiakini.

Seorang konstabel polis digantung tugas dan ditahan selepas didakwa menembak remaja remaja berusia 17 tahun yang enggan memberhentikan motosikalnya ketika dikejar kereta peronda di persimpangan Kampung Ujong Pasir, Jalan Seremban-Jelebu, 3.30 pagi tadi.

Anggota polis itu dipercayai baru berkhidmat kira-kira setahun.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota polis berkenaan digantung tugas serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam.

“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa," katanya.

Friday, May 7, 2010

Renungkan!

Wahai orang-orang Yang Beriman !Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan(musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya,dan sebutlah sertaingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak,supaya kamu berjaya( mencapai kemenangan). Al-Anfaal-45 maksud.

Wednesday, May 5, 2010

Tingginya ilmu mantik YB Mahfuz-Guru Besar dari Amerika jumpa Najib

Bagi Mahfuz, jika benar dakwaan kononnya Obama yang mahu berjumpa Najib, "ia tidak ubah seperti guru besar memanggil pelajar bermasalah untuk berjumpanya".

"Kalau pelajar bermasalah dipanggil berjumpa guru besar, biasanya dia dipanggil untuk dirotan.

"Kalau pemimpin negara angkuh seperti Amerika Syarikat memanggil pemimpin negara kecil mengadapnya, biasanya pemimpin negara kecil itu dileteri dan diberi amaran mengenai pelbagai perkara antaranya mengenai perbuatan memperdagangkan manusia (human trafficking)," katanya.

Monday, May 3, 2010

Kata Nizar Dalam Parlimen Sokong Yahudi Luar Parlimen Anti Yahudi.

DS Nizar juga dalam ceramah menyentuh isu Ahli Parlimen UMNO yang menyokong APCO ,satu syarikat Yahudi yang menasihat kerajaan Najib.

Apabila DS Anwar Ibrahim menyentuh kaitan kerajaan Najib dengan syarikat yahudi itu ,mereka bermatian mempertahankan Najib.

Bajet untuk syarikat yahudi-APCO diluluskan 77 juta ringgit oleh Ahli Parlimen BN.Sedangkan PR menentang kerajaan menggunakan APCO untuk menasihat kerajaan.

Dalam parlimen menyokong Yahudi luar parlimen anti yahudi jelas DS Nizar.Dalam ucapannya DS Nizarberhujah satu undi untuk BN seolah satu peluru untuk membunuh rakyat Palestin .Jadi DS Nizar meminta kita tidak terus menyokong BN,kerana menyokong BN kita menyokong kerajaan yang mempunyai penasihat Yahudi.

Beliau menyentuh bagaimana terdapatnya syarikat APCO menyebabkan dua bilion royalti minyak untuk Kelantan dinafikan oleh BN."Saya difahamkan,APCO menasihatkan jangan bagi royalti kepada Kelantan"kata lagi.

Sunday, May 2, 2010

Beza SJKC Sin Min Parlimen Bukit Gantang Dengan SJKC Rasa Parlimen Hulu Selangor

Bijaknya dua daerah mengundi ini.Satu dalam Parlimen Bukit Gantang ,sementara sebuah lagi dalam Parlimen Hulu Selangor!

Dua daerah mengundi majoriti pengundi Tionghua.Dua-dua mempunyai sekolah jenis kebangsaan Cina.Dua-dua dapat peruntukan pada musim pilihanraya kecil.Dua-dua daerah memberi undi kepada PR.

SJKC Sin Min mendapat sejuta ringgit yang disampaikan Muhyiddin Yasin dan SJKC Rasa cek 3 juta ringgit disampaikan Najib Razak.

Pengundi yang bijak tidak menerima rasuah.Pengundi yang memberi sokongan kepada perjuangan rakyat.Daerah mengundi yang mempatkan SJKC Rasa 75 peratus pengundi mengundi Zaid Ibrahim dan daerah mengundi Simpang Lama dan Baru menempatkan SJKC Sin Min Simpang 85 peratus memberi undi kepada DS Nizar.

Jadi Sibu satu harapan baik untuk DAP,satu harapan baik untuk PR.

Monday, April 26, 2010

PAS Perak perlu bijak-DUN banyak Felda Kena Kerja berjuta kali.

Melihat keputusan PRK Hulu Selangor peratus yang mengundi BN amat tinggi. Kpg Soeharto (66.1 peratus mengundi BN), Gedangsa (60.6), Sungai Tengi (68.4), Batang Kali (61), Hulu Kali (62.7) dan Sungai Buaya (73.5).

Analisa di atas, perlu PAS Perak ambil kira untuk menyusun kerja di DUN banyak FELDA.Pas Perak perlu membuat percaturan bijak dalam pRU 13.Pas Perak perlu mendengar kehendak rakyat.

Hajat untuk menambah kerusi dalam PRU 13 boleh dilaksanakan,jika Pas Cawangan dan Pas Kawasan menggandakan aktiviti masyarakat.Untuk Kawasan Felda seperti Tanjung Malim dan Lenggong atau Grik ,kerja mendekati masyarakat perlu berjuta-juta kali.Jangan putus asa bertemu peneroka,jangan mewujudkan "gap"untuk tidak bertemu masyarakat Felda.

Petugas kita bukan setakat bertugas atau berusaha apabila tiba musim kempen pilihanraya.Sesudah selesai PRU kita cuci tangan .Kita tidak perlu bangga dengan jumlah kehadiran ceramah kita beribu orang.Tetapi bukan pengundi yang kita sasar.

Namun Pas Perak perlu bijak,jangan kerana hendak bertanding semua kerusi ,kita membiarkan rakyat yang mengharapkan kita.

Sunday, April 25, 2010

Jika betul seperti diberitahu PR menang!

Seorang teman melaporkan sehinggi kini kita menang.Beliau memberitahu daripada peratus yang keluar mengundi Zaid mendapat undi 51 peratus.BN melalui calon Kamal-Alan-Nathan mendapat 49 peratus undi.

Harapan kita keputusan tidak rasmi ini berkekalan hingga pukul 8.00.Jika berterusan Zaid Ibrahim insyaAllah diisytihar menang!