Wednesday, January 26, 2011

Bini Baru ,Taib Mahmud Tidak Patriotik-Nizar

Nizar dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang.


Simpang,26 Januari-Nizar memberitahu wartawan ,kemungkinan besar PRU 13 berlaku serentak dengan Sarawak.Menurut Nizar lagi,jika berasingan BN akan susah.Jadi bagi mengelakkan simpanan tetap tidak hilang mereka mahu PRU serentak.Nizar juga memberitahu Taib Mahmud menyebabkan rakyat Sarawak susah,sedangkan dia kaya raya."Taib Mahmud adakan PRU serentak kerana tak mahu kehilangan kuasa"kata Nizar.

'Hilang Sarawak,hilang Sabah,itu yang UMNO takut"dakwa Nizar pagi tadi.

isteri taib mahmud,isteri muda taib mahmud

Gambar isteri baru ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud, 74 tahun, wanita ni berasal dari Lubnan namanya Puan Sri Ragad Waleed Al Kurdi. Umurnya baru 29 tahun.

Menurut Nizar Taib Mahmud tidak patriotik.Banyak gadis-gadis di Malaysia ,Taib Mahmud masih mencari gadis dari Lubnan untuk dijadikan isteri."Bukannya rakyat Malaysia,"jelas Nizar ."Taib Mahmud tidak patriotik." kata DS Nizar lagi.

Tenang: Polis Banyak Ambil Gambar Saya -Nizar

i
Pagi tadi kita bersama Sdr Fadhil Idris,Setiausaha Pas Bukit Gantang bersama DS Nizar dalam program bersama wartawan akhbar berbahasa Mandarin.Sebaik selesai sidang akhbar kita sempat bersarapan pagi bersama DS Nizar di Taman Kaya,Taiping.


Banyak perkara yang kita tanya DS Nizar.Kita bertanya Nizar banyak tak pihak polis.Nizar menyatakan terlalu ramai.Kita bertanya watak Ketua Polis Daerah."Terlalu cengih"kata Nizar.

Nizar memberitahu polis yang merakamkan pergerakannya di Tenang lebih ramai berbanding di Bukit Gantang."Lebih sepuluh orang,"ujar Nizar. "Sini(Bukit Gantang) sikit.dua tiga orang",kata Nizar lagi.

"Dekat Tenang ,banyak 'sudut' polis ambil gambar."kata Nizar."Kita yang sedang berceramah tak tahu semasa mana dia ambil gambar"tambah Nizar."Mereka nak guna gambar itu untuk burukkan saya semasa PRU nanti"dakwa Nizar.

"Tuan Haji,kita kena hati-hati",saran kita kepada DS Nizar.

Tuesday, January 25, 2011

Tahun Baru Kita tinggalkan kerajaan yang rasuah-Nizar

Nizar bersama Fadhil Idris ,Setiausaha Pas Bukit Gantang dan Chua Tiong San ,Ketua DAP Kuala Sapetang dalam sidang akhbar pagi tadi.

Pada pagi tadi 26 Januari DS Nizar mengucapkan Gong Xi Fa Cai -Selamat Tahun Baru Cina kepada penduduk Bukit Gantang .

Nizar meminta kita semua meninggalkan mereka yang rasuah,pilih kasih,perkauman dan menyalahguna wang rakyat.

"Inilah masanya kita berubah menyokong kumpulan yang memberi kebaikan dan mengurus negeri dengan baik"ujar Nizar.

"Kerajaan yang rasuah perlu ditinggalkan"kata Nizar ."Kerajaan yang merampas kuasa rakyat ,perlu kita tolak."ulas Nizar berkaitan Black Perak 6 Februari 2009.

BN sukar untuk menang dan PAS sukar untuk kalah -Nizar

Nizar ditemua bual wartawan Sin Jit Poh Taiping di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang 26 Januari 2010.

DS Nizar ditanya banyak soalan oleh wartawan akhbar berbahasa Mandarin ,peluang PAS untuk menang di PRK Tenang.

Jelas Nizar," BN sukar untuk menang,PAS sukar untuk kalah" .Wartawan bertanya,adakah 50:50..Nizar menjelaskan ,setakat hari ini ,begitulah.

Nizar juga memberitahu pengundi Melayu sudah mula meninggalkan BN kerana celuparnya mulut Chua Soi Lek.

Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia-Nizar

Photobucket

Terkini:Cikgu Mala sedang mendahului Calon BN

Cikgu Mala sedang mendahului Calon BN. Syabas.!

"Baru sebentar tadi Portal Rasmi Calon N.05 Tenang dilancarkan. Diharapkan dengan pelancaran ini sedikit sebanyak memberi maklumat terkini di DUN Tenang. Diharapkan kepada pembaca untuk terus mengikuti perjalanan semasa saya sebagai calon di DUN Tenang."tulis Cikgu Mala.

Kita tabik hormat kepada Cikgu Mala kerana mampu mempunyai blog sendiri semasa PRK ini.Setahu kita beliau satu-satunya calon wanita PR dalam pilihanraya kecil.

Di samping mampu membina blog atau Portal Rasmi Calon N05 Tenang. Seingat kita DS Nizar bertanding di PRK Bukit Gantang pun tidak mempunyai laman portal sendiri khusus untuk Bukit Gantang.

Apa yang kita tahu setakat ini penggunaan ICT ,Cikgu Mala sedang mendahului UBN.Syabas dan tahniah Cikgu Mala.

Kelas pemulihan untuk budak Ahmad Maslan


Sebentar tadi oleh Penolong Kanan meminta kita untuk mencalonkan pelajar yang agak lembab dan singkat akal untuk diberi pemulihan.

Kita mencadangkan lima orang pelajar ,Pra,Elija,Meg,Pravi dan Jami.Mereka ini agak lemah,tetapi kerana mereka ini orang kuat parti politik,budak-budak ini tidak masuk kelas pemulihan.Budak-budak ini juga tidak masuk kelas peralihan(remove class) kerana pengaruh politik MIC pada tahun sebelumnya.

Tetapi kita pula terlupa untuk mencadangkan Ahmad Maslan yang bodoh sombong itu untuk masuk kelas pemulihan . Kuasa subsidi,petronas dan pelbagai macam agensi semuanya di bawah kerajaan pusat.Ahmad Maslan boleh meminta Kerajaan Pakatan menurunkan harga barang dan petrol ,sedang isu pokok kegagalan BN mengurus dana negara di letak di bawar tikar getah Felda Tenang.

Esok kita akan bertemu Penolong Kanan untuk memaksa Najib Razak meminta Ahmad Maslan masuk kelas pemulihan.