Friday, November 11, 2011

Penduduk mendakwa YB suruh pinjam ALONG?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisoMeC0C4f_JvEtkzjjOvcvZNlmA6n4phARMktg_tERzYYPspykKWrCVu-VMadoOk2MZ3SYr3cMWblplh8_-TiOR5wYi2u9RfNHOAbtQ7H65zrNYBSWvc5TtYtOIY6dCoxZvH09sWmTWq-/s1600/11112011%2528002%25291.jpg

11 November lalu,lebih kurang 40 orang penduduk mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Pejabat Tanah Taiping meminta Kerajaan BN menunaikan janji mereka.Penduduk mempersoalkan ke mana perginya duit RM11 juta yang diberi Kementerian Pengangkutan.

Penduduk mendakwa sewaktu Pejabat Tanah memberi borang 5 A, mereka mendengar seorang wakil rakyat menyuruh mereka ,penduduk meminjam ALONG.

Penduduk meminta premium dan duit ukur berjumlah lebih kurang RM600 itu dimansuhkan.Tetapi dakwa penduduk pula diberi "jalan" pinjam ALONG oleh ADUN .

InsyaAllah penduduk berjanji akan memberi rakaman ucapan YB itu.

Zambry Kadir tipu bekas prajurit,hidup-hidup.

Bekas Tentera Sdr Abdul Rahman dan Sdr Bad Ali menunjukkan borang tawaran untuk memiliki tapak rumah dan rumah bernilai dari RM80,000 ke atas, RPT Perwira Negeri Perak.
RPT Perwira Negeri Perak bernilai dari RM80 ribu.
Borang mohon Rancangan Kampung tersusun Perwira Negeri Perak.

Kerajaan BN ,Zamry Kadir telah menipu bekas tentera hidup-hidup.Rancangan Perkampungan Tersusun(RPT) Perwira yang ditawar kepada bekas tentera bernilai dari RM80 ribu,ke atas.

Kerajaan UMNO bukannya memberi satu lot seorang kepada bekas tentera,tetapi menawarkan bekas tentera untuk menduduki RPT Perwira jika mampu untuk membayar dari RM80 ribu ke atas.

Hebahan di masjid sekitar Parlimen Bukit Gantang Jumaat lalu,borang untuk memiliki tanah lot telah dibuka dan dikeluarkan ,boleh didapati di Pejabat Tanah LMS,tapi habuk pun tiada.

Bekas tentera telah ditipu oleh Setiausaha Masjid dan juga Setiausaha Persatuan Bekas Veteran Tentera.Pagi tadi Pejabat Tanah tidakpun mengeluarkan borang tanah lot.

Kasihan bekas tentera ditipu hidup-hidup Kerajaan Haji Zambry,dakwa Sdr Abdul Rahman dan Sdr Bad Ali.

Mengapa Khairy Jamaluddin bermati-matian mempertahan Shahrizat Jalil?

Sehari dua ini Khairy Jamaluddin sibuk mempertahankan Shahrizat Jalil dan anak beranak. Selesai lembu kini kondo.Khairy Jamaluddin membela DS Shahrizat bagai nak rak . Mengapa Khairy Jamaluddin bersungguh sangat membela Shahrizat?


Marilah kita baca artikel di bawah untul membuktikan Khairy Jamaluddin wira Shahrizat.Khairy boleh menjadi peguam untuk DS Shahrizat.



Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta.



Pembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, kata ahli parlimen Rembau itu dalam tulisan di blognya, rembau.net.



"Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa dibangunkan?



"Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis," kata Khairy lagi.



Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang ditimbulkan ahli parlimen PKR Saifuddin Nasution dan juga pengarah strategik parti itu, Rafizi Ramli berhubung pembelian hartanah yang disifatkan sebagai penyelewengan dana awam.

Thursday, November 10, 2011

Malang buat Khairi Jamaludin ,BN letak calon Kitar Semula.

BN tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat bagi calonnya pada pilihan raya umum ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Haji Najib mengakui pilihan raya umum akan datang sebagai sengit.Justeru itu, Perdana Menteri menyatakan apa yang penting ialah individu berkenaan adalah calon terbaik untuk Barisan Nasional.


"Calon boleh menang ini boleh merangkumi semua, tidak kira muda atau tua, tidak ada had umur, tidak ada had berapa kali menjadi wakil rakyat. Kesimpulannya, calon boleh menang," kata Haji Najib.


"Tidak kira umur, tidak kira berapa kali jadi wakil rakyat, tidak kira jika orang kata kitar semula, yang penting sekali ialah calon boleh menang, sebab kita nak BN menang dengan cemerlang dalam pilihan raya umum nanti," kata Haji Najib kepada bekas ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia di Seri Perdana di sini.


PRU 13 dikatakan bermula dengan 11/11/2011.Tapi nampaknya tidak menepati ramalan .


Najib seolah-olah tidak melihat pimpinan muda untuk menjadi calon PRU 13. Malah ,kerap kali mengemukakan idea meletakkan calon calon boleh menang ,termasuk calon kitar semula pada pilihan raya umum kali ini.

Will you be the strongest?

Wednesday, November 9, 2011

Kawalan polis untuk guru besar dan pengetua supaya duit selamat.

Bermula minggu depan , selewat-lewat pada 18 November 2011 ,semua pelajar sekolah akan mendapat RM100 seorang dari sekolah masing-masing.


Duit untuk pelajar akan masuk melalui akaun sekolah. Pihak pentadbir akan mengarahkan guru tingkatan untuk memberikan RM100 kepada setiap pelajar.


Untuk Guru Besar atau Pengetua ,mereka diminta bersama PK Hem untuk mengambil duit itu dibank-bank . Soal keselamatan tanggungjawab sendiri.


Justeru itu dijangka pihak polis diminta untuk membuat kawalan keselamatan untuk Guru Besar dan Pengetua. Takut duit hilang dan menjamin nyawa guru besar dan pengetua.


Hishamuddin Husein pula ,jangan beri alasan bukan tanggungjawab polis.

Tak guna pegang Putrajaya jika Selangor ditangan Pakatan Rakyat.

By hook by crook ,UMNO mesti dapatkan Selangor kata Ustaz Idris Ahmad.Justeru itu tidak hairan Selangor selalu diserang UMNO melalui Perdana Menteri dan Timbalan Menteri.

Lawatan ke Selangor sudah menjadi rutin pemimpin UMNO.Menurut Ustaz Idris Ahmad,DS Najib sudah memberitahu pemimpin UMNO Selangor tidak guna memegang Putrajaya ,jika Selangor masih milik Pakatan Rakyat.

Tidak guna mendapat Perlis sedangkan Selangor masih terlepas.Lantas PAS ditempat lain perlu kuat untuk menghalang jentera UMNO pergi ke Selangor.

Mat Sabu bakal Perdana Menteri- Nizar


Baru-baru ini penulis mengikuti program DS Nizar bertemu penduduk parlimen Bukit Gantang. Penulis mendengar DS Nizar berbual dengan Abang Long Rosli,supaya menjaga Mat Sabu jika dia datang ke Bukit Gantang.

Abang Long Rosli menerangkan mereka mengawal Timbalan Presiden PAS ,Mat Sabu semasa berceramah di Sungai Tinggi pada 25 Oktober lalu. "Bagus"kata DS Nizar lagi.

DS Nizar menyatakan Hj Mat Sabu ,Timbalan Presiden ,bakal Perdana Menteri,jika sesuatu berlaku kepada DS Anwar dan TG Hj Hadi."Mat Sabu,orang nombor dua dalam parti"kata DS Nizar.

Justeru itu menurut DS Nizar ,Haji Mohamad Sabu perlu dijaga keselamatannya daripada provokasi pihak musuh politik PAS.