Wednesday, November 9, 2011

Mat Sabu bakal Perdana Menteri- Nizar


Baru-baru ini penulis mengikuti program DS Nizar bertemu penduduk parlimen Bukit Gantang. Penulis mendengar DS Nizar berbual dengan Abang Long Rosli,supaya menjaga Mat Sabu jika dia datang ke Bukit Gantang.

Abang Long Rosli menerangkan mereka mengawal Timbalan Presiden PAS ,Mat Sabu semasa berceramah di Sungai Tinggi pada 25 Oktober lalu. "Bagus"kata DS Nizar lagi.

DS Nizar menyatakan Hj Mat Sabu ,Timbalan Presiden ,bakal Perdana Menteri,jika sesuatu berlaku kepada DS Anwar dan TG Hj Hadi."Mat Sabu,orang nombor dua dalam parti"kata DS Nizar.

Justeru itu menurut DS Nizar ,Haji Mohamad Sabu perlu dijaga keselamatannya daripada provokasi pihak musuh politik PAS.

No comments:

Post a Comment