Friday, April 6, 2012

Sekali lagi bakal calon UMNO , kempunan nak lobi jadi calon.

Pesta-pestaan dengan 126 artis yang dijadual dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO,Zahid Hamidi memberi tamparan hebat kepada bakal calon BN khususnya UMNO kerana Zahid tidak dikatakan tidak datang .

Tempat beliau,digantikan seorang Panglima Angkatan Tentera.Difahamkam bakal-bakal calon UMNO sudah bersedia untuk bertemu Zahid Hamidi,setelah gagal bertemu Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Jika betul seperti didakwa,anggota tentera seolah sesuai untuk memenuhi program hiburan semata-mata.Hiburan yang memungkin perkara maksiat dilakukan.

Thursday, April 5, 2012

PTPTN RM7000 setahun ,biaya seorang pelatih PLKN RM6,931 untuk 3 bulan.

SEREMBAN, 6 April: Kerajaan lebih besar membelanjakan wang rakyat untuk menampung kos melatih pelajar di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) berbanding dengan kos memberikan pinjaman melalui PTPTN.


Ini kerana kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM6,931 bagi seorang pelatih untuk menamatkan kursus yang mengambil masa 3 bulan di PLKN.


Sedangkan untuk ijazah pertama, PTPTN hanya memberikan pinjaman RM7,000 setahun manakala diploma hanya RM5,000 setahun.


Demikian kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani yang mengulas kenyataan kerajaan baru-baru ini.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini memaklumkan, seramai 629,052 pelatih PLKN direkodkan sehingga 29 Februari lepas.


Beliau menambah sebanyak RM4.36 bilion telah dibelanjakan untuk PLKN sejak dilaksanakan.


Berdasarkan angka itu, kata Taufek, kos untuk seorang pelatih PLKN selama 3 bulan yang diberi percuma adalah bersamaan dengan kos pembiayaan pinjaman PTPTN seorang mahasiswa peringkat ijazah selama 1 tahun.


Jumlah RM4.36 bilion itu pula, katanya, boleh menampung kos pembiayaan pinjaman PTPTN untuk seramai 622,857 orang mahasiswa serta mahasiswi ijazah pertama di IPTA selama setahun.


Kenyataan beliau dipercayai untuk mewajarkan cadangan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat negara ini.


Antara tunggak utama perbelanjaan pelajar IPTA adalah yuran pelajaran, asrama dan makan.

Kem PLKN ditutup,bukan kerana kencing tikus.

KUALA LUMPUR -- Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Terkok di Sungai Siput, Perak telah ditutup operasinya susulan kematian seorang pelatih pada 12 Mac lepas.


Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata semua jenis latihan air di semua kem PLKN di seluruh negara turut dihentikan serta-merta.


"Kita tidak berkrompomi dan sedaya upaya melaksanakan program bersandarkan 'Standard Operating Procedure' (SOP) serta kita akan pastikan jika wujud sebarang permasalahan di mana-mana kem PLKN, tindakan tegas akan ditentukan.


"Justeru saya ambil keputusan bukan sahaja menghentikan latihan-latihan pengairan malah kem PLKN Terkok ditutup dan tidak mengambil peserta untuk pengambilan kali akan datang," katanya menjawab soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) di Dewan Rakyat, di sini hari ini.


Fong ingin tahu tindakan kementerian terhadap kes tersebut dan sama ada akan akan menangguhkan PLKN untuk meneliti dan mengkaji pelaksanaannya.


Ahmad Zahid berkata kematian R.Vinoth, 18, itu bukan disebabkan oleh kencing tikus dan perkara tersebut disahkan selepas pemeriksaan makmal dan juga Jabatan Kesihatan Perak, mendapati air kolam di kem itu bebas bakteria Leptospira.


Namun katanya, tindakan menutup kem Terkok dan menghentikan latihan air adalah bagi menjaga keberkesanan PLKN dan bagi memastikan tidak akan berlaku masalah kesihatan disebabkan oleh kelemahan pentadbiran dan kebersihan.


"Diingatkan, kami tidak akan berkompromi sama ada dengan komandan, jurulatih atau pihak yang menjadi operator mana-mana kem berkenaan sekiranya mereka melanggar SOP," katanya.


Beliau menyifatkan cadangan untuk menangguhkan atau menghentikan terus PLKN hanya kerana berlaku beberapa kematian, adalah sebagai langkah ke belakang.


"Seramai 629,052 pelatih PLKN direkodkan sehingga 29 Feb lepas dan 19 pelatih meninggal dunia atas faktor lain-lain yang bukan kecuaian kem," katanya sambil menambah sebanyak RM4.36 bilion telah dibelanjakan untuk PLKN sejak dilaksanakan.

Budak mabuk dekat sekolah,cakappun berbelit-belit.



Apa dah jadi Muhyiddin Yassin budak sudah mabuk,minum wiski dekat kawasan sekolah.Budak sudah jadi pening kerana banyak sangat eksperimen. Mereka jadi pening dengan satu sukan satu murid.

Waduh,rupanya jika rasa bersalah,mereka cakap merapu.Kemudian macam-macam cakap.Tuhan suka sama mereka.

Mereka juga sudah buat silap,rampas kawasan ,mereka jumpa orang,minta maaf.Minta maaf kerana mereka tau mereka berdosa.Mereka juga tawar macam-macam.

Selalunya budak yang minum ini,bapa mereka juga kaki minum.

Macam juga Najib rampas Perak,macam Tun Razak rampas Kelantan.

Ada budak cakap, kalau banyak dosa ,cakapnya berbelit-belit,"Ada corner,cikgu" kata anak murid.

Zambry Kadir tak tau beza antara jemput melabur dengan lulus kilang.


“Zambry perlu dedahkan semua dokumen termasuklah minit-minit mesyuarat, dan perjanjian antara kerajaan dan pihak Vale,” kata DS Nizar dalam sidang media di Sidang Dewan Undangan Negeri Perak, hari ini.


IPOH 4 April - Zambry Kadir mengeluarkan surat DS Nizar menyokong projek hab pengagihan bijih besi Vale International (Vale) dibina di Teluk Rubiah, Lumut, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini hari ini.




Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ,sebagai MB pada masa itu mengakui menandatangani satu surat bertarikh 17 Disember 2008 menyokong projek tersebut.



Mohammad Nizar menjelaskan, surat yang didedahkan oleh Dr Zambry semalam hanyalah surat meraikan pelabur untuk melabur dan bukannya surat kelulusan.


Tetapi seperti kata,Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham surat itu tidak menunjukkan bahawa kerajaan pembangkang meluluskan projek tersebut di Teluk Rubiah sebaliknya hanya surat mengalu-alukan pelaburan Vale ke negeri ini.

Wednesday, April 4, 2012

'Task force' pengundi warga asing diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak'-Mahfuz Omar.

KUALA LUMPUR, 4 April: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mendedahkan wujudnya 'task force' yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti.


Menurut Mahfuz 'task force' tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.


Bukan itu sahaja, Mahfuz turut mendedahkan beberapa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikatakan terlibat sama antaranya, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah, Nik Norashikin Nik Mansur, Rashid Basiron, dan Shahrul Anwar Ahmad Zahidi,


Jelas Mahfuz, isu ini amat serius seolah-olah memperlihatkan kerajaan mahu menjual negara kepada rakyat asing.

"Kerajaan BN tidak boleh berhadapan dengan politik terdesak dengan mengatasi, membawa warga asing untuk mengundi BN.

(Wan Ahmad [kiri] dan Tajuddin Wahab, dua tokoh penting di belakang task force, dakwa Mahfuz)

"Apabila lonjakan kebangkitan rakyat negara ini mahu menolak BN, tidak boleh diatasi dengan membawa warga asing untuk diberikan kerakyatan bagi memastikan mengundi Umno BN. Ini sangat berbahaya!" katanya.



Kebimbangan ini, katanya akan menafikan hak rakyat di mana hak itu diboloti oleh warga asing akhirnya masa depan negara akan di tentukan oleh mereka.



"Saya percaya keputusan rakyat selepas ini akan dimanipulasi oleh warga asing," katanya dalam sidang media hari ini di bangunan Parlimen.



Katanya, kerajaan boleh memanggil ketiga-tiga mereka serta pegawai JPN berkenaan bagi menjawab dakwaan itu melalui Suruhanjaya Diraja yang dibentuk.



"Sebab itu kita desak kerajaan bentuk Suruhanjaya Diraja bagi menjawab segala dakwaan yang timbul dan suruhanjaya itu boleh memanggil mereka yang terlibat.



"Kalau sekarang hendak panggil mereka, siapa yang berani? Perdana Menteri pun tidak," katanya.


Tambahnya, Suruhanjaya Diraja amat penting dibentuk dengan segera bagi mengenalpasti tentang semua dakwaan yang dibuat berhubung pemberian taraf kerakyatan bagi membolehkan warga asing mendaftar dalam daftar pemilih.



Mahfuz berkata, suruhanjaya ini harus di bentuk sebelum pilihan raya umum ke-13.



"Sebelum report dikemukakan kepada awam pilihan raya ke-13 tidak boleh diadakan sama sekali," katanya.


Tuesday, April 3, 2012

Dua suspek bunuh pesara kerajaan,Khairon Bee 59 tahun,ditahan.

Taiping- Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping,Superintendan Mohd Ismon menyatakan dua ditahan reman tujuh hari untuk membantu siasatan kes terbunuhnya Allahyarhamah Khairon Bee bekas pekerja pembantu am sekolah itu.

Mereka yang ditahan seorang lelaki dan seorang perempuan berumur 40-an.Kes itu disiasat di bawah seksyen 302,kanun kesiksaan.

Pihak polis masih menyiasat motif pembunuhan.Wanita itu maut akibat cedera parah di leher.

Sehubungan dengan itu mereka yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan IPD Taiping,05-8080222.