Friday, April 12, 2013

Peguam Negara subahat dengan Mahathir,jika tak bertindak.

Abdul Aziz Mustapha,13 Apr 2013


KUALA LUMPUR: Peguam Negara akan dituduh bersubahat jika enggan bertindak ke atas tulisan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat boleh mencetus konfrontasi perkauman, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.



Sambil mengecam tulisan Dr Mahathir yang disifatkannya mengapi-apikan perkauman, Mahfuz mendesak Peguam Negara segera mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan.



"Jika Peguam Negara enggan mengambil tindakan dan memilih untuk berdiam diri, beliau akan dianggap berkerjasama dengan Dr Mahathir jika tercetus konfrontasi kaum akibat tulisan bekas Presiden Umno itu," tegas beliau lagi.



Serentak dengan itu, Mahfuz memberi jaminan PAS akan berusaha sedaya upaya untuk melindungi dan menjaga keselamatan semua rakyat negara ini jika pihak tidak bertanggungjawab mencetuskan konfrontasi kaum.



"PAS bukan sahaja sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalang percubaan mencetuskan huru-hara akibat sentimen perkauman yang diapi-apikan oleh Umno seperti yang terbukti dalam tulisan Dr Mahathir di dalam blognya yang bertajuk 'Gelang Patah'.



"Malah, kita memberikan komitmen untuk melindungi dan menjaga keselamatan semua rakyat Malaysia, tidak kira Melayu, Cina atau India jika berlaku konfrontasi kaum seperti yang cuba diilhamkan oleh Dr Mahathir di dalam blognya itu," tegas beliau.



Mahfuz menyifatkan tulisan Dr Mahathir itu sebagai satu lagi bukti bahawa beliau berada dalam ketakutan untuk menghadapi kemarahan rakyat terhadap Umno Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei ini.



"Bukan rahsia lagi Dr Mahathir sangat takut menghadapi pilihan raya kali ini malah beliau pernah dilaporkan berkata bahawa beliau lebih bimbangkan keselamatan anak cucunya berbanding keselamatan dirinya sendiri jika Pakatan Rakyat (PR) menang.



"Tulisannya itu jelas merupakan usaha terdesak Dr Mahathir untuk menyebarkan ketakutannya itu kepada rakyat dan mengajak rakyat berkongsi ketakutan peribadinya," kata Mahfuz.



Menulis dalam blognya, bekas Perdana Menteri berkata, "Apabila Kit Siang memutuskan untuk bertanding kerusi majoriti Cina di Gelang Patah, ia adalah disebabkan beliau mahu orang-orang Cina di situ dan di Johor menolak untuk berkerjasama dan berkongsi dengan orang-orang Melayu.



"Konfrontasi kaum yang tidak sihat akan menggantikan kerjasama Cina-Melayu yang menyebabkan Malaysia stabil dan makmur. Kerjasama itu akan berakhir jika Kit Siang menang di Gelang Patah".



Mahfuz seterusnya mengingatkan Dr Mahathir, hanya orang salah sahaja yang takut kepada perubahan.



"JIka kita tak buat salah apa-apa, kita tidak takut berlaku perubahan kerajaan yang berlaku melalui sistem demokrasi dan mengikut lunas undang-undang.



"Jika berlaku perubahan kerajaan sekalipun, perlembagaan tetap sama, sistem perundangan tetap sama, bukan senang hendak menganiayai sesiapa pun jika tidak bersalah.



"Apa yang bekas Presiden Umno itu takut sangat jika beliau tidak bersalah dan jika perniagaan anak-anaknya dibuat dengan cara yang sah di sisi undang-undang?" beliau mempersoalkan.



Diminta mengulas lanjut mengenai jaminan untuk memberi perlindungan jika berlaku huru hara, Mahfuz berkata, PAS tidak bercakap kosong malah telah dibuktikan dengan tindakan kerajaan PAS di Kelantan ketika berlakunya rusuhan 13 Mei 1969 lalu.



"Sebaik sahaja tercetus percubaan untuk merebakkan rusuhan di Kuala Lumpur ke Kelantan, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Tan Sri Asri Muda terus mengumpulkan pemimpin-pemimpin masyarakat berkumpul di kediaman Menteri Besar Kelantan di JKR 10.



"Beliau memberi amaran, jika berlaku kejadian menganiaya kaum Cina di mana-mana tempat di Kelantan, beliau akan pegang penghulu tempat berkenaan," kata beliau.



Malah, kata Mahfuz, Asri turut memberi jaminan kepada wakil masyarakat Cina yang turut datang ke perhimpunan itu, Chua Say Paw bahawa tidak ada apa-apa yang akan berlaku ke atas kaum Cina di Kelantan.sumber HD

UMNO Bukit Gantang, mana ada premis,jadi tanah surau di bina pos PRU

UMNO di Kg Pecah Batu,Jelutong,Parlimen Bukit Gantang guna perkarangan surau untuk dijadikan pos PRU.

UMNO Bukit Gantang mana ada bangunan sendiri, mereka guna dewan orang ramai dan sekarang tanah surau.Lokasi di Kg Pecah Batu,Jelutong(Jln Changkat-Kuala Kangsar) 

Surau Kampung Pecah Batu,Jelutong,didakwa oleh ahli jemaah tanah wakaf,tapi UMNO didakwa  sesuka hati bina POS PRU .

Ada juga penduduk mendakwa, "duit"sudah masuk ,sebab itu POS  PRU  UMNO didirikan di sini.

Soalnya kenapa UMNO/BN  Bahagian Bukit Gantang boleh benar cawangan dia ,guna tanah  surau buat pos PRU.

Thursday, April 11, 2013

Kita ada doa,UMNO ada bendera.

Munajat rakyat Parlimen Bukit Gantang akan berlangsung pada 14 April ini,bermula Solat Maghrib berjamaah.Munajat Rakyat pada PRU 13  ini dibuat di kubu kuat UMNO Bukit Gantang.Buat kata Ustaz Nordin Jaafar,"UMNO sudah menang ,dengan bendera dan duit""Tapi PAS ada doa dan munajat"Ayuh,penduduk Bukit Gantang dan kawasan sekitar  ,kita bermunajat di Parlimen Bukit Gantang. Mungkin doa dan munajat tuan-tuan dan puan-puan yang dimakbulkan Allah s.w.t. 

UMNO Bukit Gantang sudah menang bendera dan duit.

YDP Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar sedang menyampaikan pesanan dan nasihat kepada Petugas Pemuda  PRU ,Unit Peti Undi Jelutong,Dun Changkat Jering.Beliau menjelaskan dari sudut bendera dan duit ,kita sudah kalah. Tapi PAS ada senjata paling mustajab,doa .Beliau meminta petugas Unit Peti Undi setiap malam solat hajat.Di samping itu,meminta petugas PRU  jangan tinggal kubu(pos)untuk merayau-rayau. Terus bekerja. Jangan mengikut rentak UMNO yang suka buat huru-hara dan  provokasi.Ustaz Nordin Jaafar juga menjelaskan, PR sudah menghampiri untuk memerintah Putrajaya.

Wednesday, April 10, 2013

Kontraktor UMNO sudah yakin UMNO Perak,kalah.

Setakat ini sudah dua orang saudagar orang UMNO datang , jumpa kita orang,tanya siapa Menteri Besar Perak.Mereka yakin PAS boleh dapat kerusi DUN paling kurang 20 kerusi.Mereka yakin ,pada kali ini  UMNO akan bungkus.Mereka yakin orang PAS terutama DS Nizar jadi MB.Semuanya cakap UMNO tak boleh pakai.

Wanita UMNO Perak usah dengki,muslimat PAS sudah ada kerusi.

Hajjah Rohawati Abidin, salah seorang calon Muslimat ,PAS Perak. Puan Rohawati akan bertanding di DUN Pasir Panjang.Selain beliau,Ketua Dewan Muslimat Perak,Dr Najihah dijangka bertanding di Dun Belanja,dan Ustazah Norhayati di Parlimen Gerik.

UMNO setakat ini belum berjaya untuk mengemukakan lagi senarai calon wanita mereka.

Angka 13 ,insyaAllah milik Pakatan.

Ustaz Abu Bakar ,PJ Perak mengumumkan DS Nizar bakal calon DUN Changkat Jering pada 9 /4.DS Najib umum bubar parlimen pada 3/4/2013. Negeri yang terdapat di Malaysia 13 buah.Jumlah kerusi PAS bertanding diperingkat Parlimen 76 buah kawasan.DYMM  Yang di-Pertuan Agong  yang akan menerima mengadap Perdana Menteri ,Sultan Kedah.DYMM Agong berumur 85 tahun. Pilihanraya umum pada kali ini ,kali 13. Semuanya melibat angka 13 apabila dicampur.InsyaAllah PRU 13 menyaksikan Kerajaan baru yang dipimpin PR.Dengan PRU  pentingnya angka,13 insyaAllah angka untuk PR.