Friday, February 21, 2014

PBS:Cikgu Nor Izzat ditukar Kementerian Pendidikan kerana bela cikgu.

Cikgu Mohd Nor Izzat Bin Mohd Johari(baju putih)  Pengerusi NGO SGMM(Suara Guru Masyarakat Malaysia) telah ditukar 24 jam pada 17 Februari lalu.Cikgu Mohd Nor Izzat,bukan tokoh guru yang menentang kerajaan,beliau memimpin NGO yang mahu SPPBS(Pentaksiran Berasakan Sekolah dimansuhkan).Zalimnya kerajaan dasar yang pincang tidak boleh dikritik.Zalimnya Kementerian Pendidikan yang mahu  murid dan guru jadi Tikus Makmal. (klik beban PBS)

Foto menunjukkan seorang guru menyusu anak sambil siapkan fail PBS.

Foto seorang guru yang juga seorang ibu sedang menyusukan anak  untuk mengemaskini fail PBS yang pelbagai.

Fail -fail PBS  guru wanita terpaksa menggunakan tangga untuk menyusun fail-fail showcase.Hari Sabtu pun terpaksa buat kerja ,anak-anak juga perlu dibawa.Bayangkan jika guru wanita itu hamil.

Guru yang senyum dalam terpaksa kerana PBS.


Guru Pendidikan Seni terpaksa meminta bantuan pelajar untuk memasukkan kerja murid (band terbaik) ke dalam fail show case

Guru tension dan stress, suami dan anak jadi mangsa. 

Projek Pangsapuri di Changkat Jering,langkah UMNO kalahkan Nizar.

Kelmarin Kerajaan BN menyerahkan kunci rumah kepada penduduk yang layak untuk menduduki Rumah Pangsapuri Simpang Perdana,Jalan Simpang,Taiping.Kedudukan ini baik untuk rakyat yang tidak mempunyai rumah.Namun begitu hal ini boleh menjejaskan PAS dari sudut undi.

UMNO dijangka mengambil kesempatan untuk memindah pengundi Melayu atau India dari DUN-DUN lain  seperti Aulong dan Pokok Asam(Parlimen Taiping) ke Daerah Mengundi  JKR Bt 2 1/2 (Dun Changkat Jering) bagi mengalahkan DS Nizar.Kedudukan ini juga boleh menjejaskan peluang PAS menguasai Parlimen Bukit Gantang dalam PRU14 nanti.

Justeru PAS perlu menyantuni penduduk Rumah Pangsapuri Simpang Perdana,Jalan Simpang agar mereka menyokong PR dalam PRU 14 .

Thursday, February 20, 2014

Karpal Singh idola budak sekolah,sudah kena penjara 3 tahun.

Anak-anak  murid penulis jika ingin menjadi peguam,mereka mahu menjadi seperti Karpal Singh.Karpal Singh idola mereka. 

Tapi kini Karpal Singh didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana dituduh menghasut ke atas  DYMM Sultan Perak atas krisis perlembagaan pada 2009. YA Hakim Azman Abdulah menyatakan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.

YB Karpal Singh, juga mungkin kehilangan kerusi parlimen jika rayuan ke Mahkmah Persekutuan juga gagal.

"Cikgu,lawan,kita sokong mansuhkan PBS"

TENTATIF :


1.00 tgh - 2.00 petang : Taklimat & Berkumpul di Masjid Al- Hasanah ,Seksyen 9,Bandar Baru Bangi .Program bermula dengan Solat Zuhor & Solat Hajat Perdana.

2.00- 4.00 petang : Ucapan pelbagai NGO & Tokoh Akademik serta tetamu jemputan di lokasi yang diaturkan.

4.00- 5.00 petang : -Deklarasi & Ikrar Bersama NGO 
-Penurunan tandatangan Membantah Kezaliman 
Terhadap Pendidik & Memorandum Mansuh PBS.
- Simbolik penyerahan memorandum.

5.00 petang : Solat Asar Berjamaah..

"War Room " tanda gagalnya Menteri Pelajaran

Jangan  kerana Prk Kajang ,PBS ditangguhkan sehingga April.Sebaik selesai dasar ketinggalan zaman itu diteruskan.


Dahulu ,PPSMI   (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) diperkenalkan .  Mengambil tenaga import dari British dan India  untuk mengajar Bahasa Inggeris ,kononnya untuk  membantu sistem PPSMI,juga gagal.Sebelum PRU13 dimansuhkan kerana takutkan  kehilangan undi rakyat.

War Room atau Bilik Perang  ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran untuk menghadapi masalah Pentaksiran Berasaskan Sekolah.Satu sistem yang gagal.Hal ini juga tanda aras gagalnya Menteri Pelajaran.Nampaknya Menteri Pelajarannya dan timbalannya mendapat Band 0.5.jika PBS dilaksanakan untuk menteri.

Suara Guru Masyarakat Malaysia akan meneruskan aktiviti Himpunan 222 membantah PBS pada 22 Februari ini.

Wednesday, February 19, 2014

Mangsa dipukul,tapi kertas siasatan motor dicuri yang dibuka.

Kertas siasatan kehilangan motor  telah dibuka.Akan tetapi  kertas siasatan perihal pemuda dipukul samseng belum  dibuka(klik)
Changkat Jering- Keluarga seorang  pemuda,Mohd Zaki Osman yang dipukul dua kali oleh samseng  berasa hairan kerana kes Mohd Zaki dipukul samseng belum lagi dibuka kertas siasatan.Sedangkan motor pemuda tersebut yang dicuri(hilang) oleh samseng-samseng itu dibuka kertas siasatan oleh IPD,Taiping.Mereka mendakwa polis lebih pentingkan motor   berbanding nyawa seorang manusia.