Saturday, September 3, 2011

Marilah kita doakan kesihatan yang baik untuk OBJ Larut Matang ,& Selama- Ustaz Idris Ahmad.



Y.Bhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato' Dr. Haji Wan Mohd. Isa b. Dato' Seri Haji Wan Ahmad, D.P.C.M., A.M.P., P.P.T. Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama bersama Ustaz Idris Ahmad,Pengarah Tarbiyyah Pas Malaysia.



Kelmarin 3 September bersamaan 5 Syawal,penulis bersama Ustaz Idris Ahmad,Pegawai Khas DS Nizar,Sdr Mohd Fadhil Idris mengunjungi Orang Kaya Paduka Tuan LMS.



Ustaz Idris Ahmad yang mendapat maklumat OBJ Pak Tok tidak sihat mengajak kami untuk menziarahi Orang Besar Jajahan LMS ,di Kediaman Rasmi,di Bandar Taiping.



Pak Tok ,memberitahu kami,beliau hilang selera makan.Pak Tok ,sewaktu mengerjakan umrah pada Bulan Ramadhan baru-baru ini dilaporkan jatuh ditolak jemaah umrah di luar masjid dekat Mekah.



Ustaz Idris Ahmad mendoakan kesihatan Pak Tok cepat pulih dan meminta penduduk Larut ,Matang dan Selama mendoakan juga agar Allah s.w.t memberi kesihatan yang baik kepada Pak Tok.

No comments:

Post a Comment