Monday, December 31, 2012

Berjuang bukan kerana Haji Hadi- Ustaz Idris Ahmad.

Uztaz Idris Ahmad menasihatkan ahli PAS tidak berjuang kerana orang."Bukan kerana TG Hj Hadi atau kerana Ustaz Nordin."Beliau menasihatkan berjuang biar betul nawaitu.

Ustaz Idris menyatakan jika PAS buang Islam kita pun akan tinggalkan PAS.Dengan kita duduk dalam PAS , semoga itu dapat dijadikan amal soleh.Nasihat Ustaz Idris Ahmad lagi,masuk PAS(politik)bukan untuk jadi kaya. Nak  jadi kaya  buat kerja lain.Lantas dengan masuk PAS ,insyaAllah amalan kita akan berpanjangan.

Di samping itu Ustaz Idris Ahmad menjelaskan apabila kita berjuang bersama PAS ,apabila bertemu dengan Allah s.w.t kita mendapat keberkatan.

Justeru itu perlu kita hidup berjamaah.Jadi ini dapat menampung kelemahan diri kita.Nasihat Ustaz Idris jangan mesyuarat dia tak  mahu datang,kemudian tak setuju keputusan mesyuarat.Kemudian tak ada idea,idea orang dia bangkang. Orang lain buat dia tentang.Ustaz Idris Ahmad MEMBERI SUNTIKAN MOTIVASI UNTUK PETUGAS Pilihanraya Parlimen Bukit Gantang,30 disember lalu.  

Macamana akhlak kerajaan ,tanam mayat 15 inci?


                                                          Kubur yang didakwa setakat 15 inci dalamnya.

berita & foto:oleh Mazlan Aliman

Untuk pengetahuan, pendedahan yang saya buat mengenai kerja2 mengorek kubur dan memindah mayat berlaku di Tanah Perkuburan Islam Kg Jawa Laut, Kg Jawa Darat dan Kg Sebong yang terletak di Parlimen Pengerang.


Ahli Parlimennya ialah Dato' Seri Azalina Othman Said, juga Ketua Umno Bahagian Pengerang.
Lesen untuk menggali semula mayat di bawah Seksyen 10(B) Enakmen Perkuburan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dikeluarkan kepada PIJ Holdings Sdn Bhd.

Mengikut kenyataan Penolong Pengarah Wakaf, Majlis Agama Islam Johor, Mustapahayuddin Abd Halim, syarat yang perlu dipatuhi untuk tapak tanah kubur yang baru ialah samada ia mesti lebih luas daripada tapak yang hendak diambil atau nilai tanah tapak kubur baru itu mesti lebih tinggi daripada tapak sedia ada atau kedua2nya.

Realiti sebenarnya sangat menyedihkan. Tapak baru seperti dlm lesen di Plot PTD 54492, Punggai, becak, bergenang air dan tanah lembik. Mayat yang di tanam pula hanya kedalaman 15 inci sahaja!
Ia diukur sendiri oleh Skuad Pemantau Ngo Pengerang yg diketuai sdr Zaaba.

Kerja pemindahan yang sepatutnya dipantau hingga selesai oleh Pihak Berkuasa Agama, Jabatan Kesihatan, Polis, Ketua Kampung dan Imam terbabit telah tidak dilakukan.

Skuad pemantau telah menegur secara baik kontraktor terbabit, namun jawaban balas sangat menyedihkan. Langsung tiada sensitiviti agama!

Laporan polis dibuat pada 25 Dis lalu di Balai Polis Sg Rengit dan aduan juga dilakukan kpd Pihak Berkuasa Agama agar kerja2 mengorek dan memindah mayat2 dihentikan serta merta!

Susulan dari episod menyedihkan ini, 4 Jan ini, saya akan mengiringi deligasi penduduk Pengerang dan Ngo2 untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Mufti Johor. Kami mohon penjelasan dan tindakan segera dari pihak Mufti. 

Dakwa kontraktor itu kubur tanpa waris. Skuad Pemantau akan menyegerakan referandum menjejaki waris2 semua 11 tanah perkuburan Islam di kampung2 yg terlibat. Kita akan dedah pembohongan Kontraktor dan membuat gesaan agar hentikan samasekali kerja gila mengorek dan memindah semua Tanah Perkuburan!
Kita yakin majoriti waris tidak akan setuju kubur dan mayat keluarga mereka diperlaku demikian.

Rakyat boleh nilai sendiri, macamana akhlak Kerajaan Johor mengurus mayat2 tersebut. Adakah mereka boleh berlepas tangan?

Selamat tahun baru dan Selamat mengundi PR-Nizar.

Dlm tweet nya DS Nizar  mengucap Selamat Tahun Baru"Kpd semua pengundi muda slamat sambut tahun baru 2013, slamat mengundi dan pilih PR dan tolak BN buat perubahan besar2an slamat berhijrah!"tweet Nizar.

Kes saman Nizar ke atas TV 3, Rabu ini.



DS  Nizar Jamaluddin dijangka akan memberi keterangan sebagai saksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Rabu, berhubung saman fitnah RM50 juta ke atas TV3 berhubung isu nombor pendaftaran WWW1.

Pengurusan kes tersebut dijalankan di hadapan Hakim Datin Yeoh Wee Siam hari ini.

DS Nizar merupakan satu-satunya saksi bagi plaintif, manakan dua saksi lain akan tampil bagi pihak stesen televisyen tersebut.

Pendengaran kes tersebut ditetapkan selama tiga hari bermula hari Rabu,2 Januari, 3 Januari dan 4 Januari.

DS Nizar memfailkan saman berasingan ke atas stesen TV tersebut dan juga akhbar milik Umno Utusan Malaysia yang menggunakan kenyataannya di Twitter berhubung isu nombor pendaftaran WWW1.

DS Nizar mendakwa kenyataan fitnah dua pihak terbabit menjejaskan imejnya dan boleh ditafsirkan sebagai bermaksud bahawa beliau seorang pengkhianat kepada Raja-raja Melayu, terutama kepada Sultan Johor.



Di samping itu ,beliau juga mendakwa kenyataan fitnah itu boleh ditafsirkan sebagai bermaksud beliau seorang yang anti-raja dan menghasut orang lain untuk membenci Sultan Johor.

Nizar mendakwa TV3 melaporkan tulisannya di Twitter secara fitnah, dan turut mendakwa Utusan memutar belit tulisannya di Twitter pada keesokan harinya.Bagi Nizar laporan TV3 berniat jahat.



Sunday, December 30, 2012

UMNO sepatutnya sudah lama kalah- Sheikh Kadir

TS Sheikh Kadir  bersama NYDP Taiping Ibrahim Ismail,sebelum beliau menyampaikan ceramah kenapa beliau tinggalkan UMNO.

Kamunting-,30 Disember: TS Kadir  pada mlm kelmarin berucap menerangkan perbezaan perjuangan UMNO semasa zaman Tunku berbeza dengan zaman UMNO perintah sekarang.Beliau meninggalkan UMNO kerana kini UMNO bukan berjuang untuk rakyat,seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman atau seperti Dato' Senu.  

Seusai berceramah ,sempat  juga mendengar TS Kadir memberi pendapat.Beliau meminta PAS  menterjemah kehendak rakyat dengan menyusun gerakerja."UMNO  sepatutnya sudah lama kalah,tapi sebab UMNO punya jentera tersusun,UMNO menang"    kata TS Kadir.

"PAS parti tunggak dalam negara" tegas TS Kadir."Inilah peluang untuk tukar kerajaan' kata TS Kadir lagi.

C.N .Al-Afghani , otaknya dimasuki air.

Cikgu Non atau  C.N.al-Afgani  pernah ditahan akta ISA. Jadi dia merupakan contoh tahanan yang gelong daripada  prinsip perjuangan .Dia seperti juga Ezam Mohd Nor yang gelong daripada prinsip perjuangan.Orang yang kena ISA ada dua kategori,pertama otaknya betul seperti Mat Sabu dan YB Mahfuz  .Di samping yang kedua otaknya dimasuki air, seperti C.N.

 Bukunya Kafirkah Aku dibagi percuma di Parlimen Bukit Gantang. Mungkinkah UMNO yang menaja buku itu di Bukit Gantang.

Deepak,Rosmah Mansor,Amanat Hj Hadi malam ini.

Pada malam ini, isu Amanat Hj Hadi, Deepak dan Rosmah Mansor serta UMNO sudah hilang jati diri,akan  diketengahkan oleh TS Kadir ,Mantan Menteri Kabinet  . Sementara itu Ustaz Idris Ahmad akan menjelaskan isu amanat Hj Hadi yang sekarang dimainkan UMNO.

UMNO Bukit Gantang semakin "seram sejuk" kemunculan tokoh TS Sheikh Kadir, pernah duduk dalam UMNO begitu lama, di Bukit Gantang. Pada 24 Disember lalu, Tamrin Ghafar Baba   berkunjung ke Trong,habis orang UMNO tempatan mendengar.Pada malam ini TS Kadir ,akan mendedahkan UMNO sudah sebusuk-busuknya. 

Saturday, December 29, 2012

K.Kupusamy ,Ketua MIC dakwa anak dia tak dak salah!!!

Berada bersama waris depan Mahkamah Taiping, yang anak mereka dihan reman sehingga 2 Januari dibawah seksyen 506. Dua budak muda itu ditahan kerana didakwa mengeluarkan perkataan ugutan .Mereka berdua  mempertahankan hak tanah yang ibu bapa teroka sejak tahun 1986.(klik) 

K.Kupusamy Ketua MIC Sg Rotan,ditipu YB Rafidah Aziz(klik),Tajol Rosli dan Zambry Kadir. Beliau sebagai pengerusi bertindak peneroka Tanah Sg Rotan,Trong(Parlimen Bukit Gantang) berasa peristiwa ini berlaku,padahal beliau sudah mengadu sama Ketua MCA Bukit Gantang,Zambry Kadir.Akhirnya beliau meminta tolong DS Nizar,membantu. 

K.Kupusamy Ketua MIC Sg Rotan,Bukit Gantang bersama dengan Fadhil Idris,S/U Pas Bukit Gantang yang juga Pegawai Khas DS Nizar.

Punca gaduh,cakap Ketua MCA , Zambri Kadir tak dengar pun.

Surat Ketua MCA Bukit Gantang ,Dato Ho Cheng Wang kepada Zambry Kadir supaya mengambil berat dengan masalah peneroka tanah Sg Rotan(Dun Trong) pun Zambry Kadir tak mau dengar.Beliau minta Zambry Kadir menyelesaikan  isu penerokaan tanah ini supaya pergaduhan  tidak berlaku antara  peneroka asal dan pemilik baru.Tapi akhirnya apa yang diberitahu  berlaku apabila seorang daripada pemilik baru buat report polis kerana berlaku ugutan ke atasnya.Kemudian pagi tadi 10 orang peneroka asal  sejak 1986  daripada 160 orang membuat laporan polis mendakwa tanah mereka telah diceroboh. 

Penduduk membuat report polis tanah mereka juga diceroboh sehingga mencetuskan susana  tidak harmoni sesama  penduduk. Dua rakan mereka ditahan polis,kini dilokap atas dakwa seksyen 506 ,mengugut kepada "pemilik baru".Zambry Kadir langsung tak bikin  kerja untuk menyelesaikan masalah tanah Sungai Rotan,Trong.DS Nizar pun sudah membangkitkan isu 160 peneroka tanah ini.Tapi HAMPEH  Zambry Kadir  seperti sengaja mahu penduduk bergaduh.

Cuepacs mahu kerajaan umum segera jadual gaji


KUALA LUMPUR - Cuepacs hari ini mahu kerajaan mengumumkan jadual gaji yang lengkap untuk pekerja sektor awam secepat mungkin bagi memastikan mereka dapat menikmati pergerakan gaji yang mantap.
   
Setiausaha Agungnya, Loke Yim Pheng berkata, dengan adanya jadual gaji yang baru, ia juga dapat mengatasi masalah pekerja yang akan menghadapi masalah mencapai tahap gaji maksimum atau 'gaji mati' tahun depan.
   
"Awal tahun depan, dianggarkan hampir 50,000 penjawat awam akan menikmati gaji maksimum, kalau mereka tidak ada jadual gaji yang lengkap, bermakna mereka tidak dapat pergerakan gaji," katanya kepada Bernama di sini.
   
Sementara itu, Loke yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berkata, cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil guru dari India yang mahir dalam Bahasa Inggeris mengajar di sini merupakan cadangan yang baik.
   
Beliau berkata kemasukan guru dari negara luar dapat berkongsi kepakaran dan idea serta amalan baik dengan guru di negara ini bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.
   
"Tetapi, untuk jangka panjang, kita perlu membina dan membentuk satu kumpulan guru yang betul-betul berkualiti dan bertaraf antarabangsa, justeru mereka juga boleh berkongsi idea, kefasihan dalam Bahasa Inggeris dengan negara luar," katanya. - Bernama

Friday, December 28, 2012

Mufti Perak , Awie buka kelab malam,ada arak.

foto otai reformasi

Awie buka kelab malam dekat Perak, TS Harusani.Tok Mufti Perak tak bising pun..Cerita Awie buka kelab malam di sini.Siap pula jadi duta  Persekutuan Seruan Islam Perak(PSIP).

Saya memang membuka sebuah kelab di Ipoh. Ini bidang saya iaitu hiburan dan kami ada live band di kelab tersebut. Kelab dengan nama Malai Rock Station (MRS) ini sudah tiga bulan dibuka. Sejak itu orang mula menfitnah dan menipu saya. Persepi manusia memang begitu dari zaman 80an, kalau rock sahaja mesti jual dadah.(kosmo)

Cerita aktiviti dan foto Malai Rock Station di sini.Awie juri Maharaja Lawak , kelab malamnya ada jual arak,bukan dadah.

Pakej promosi 2 bertarikh 16hb. Disember, 2012: Hi there MRS lover !!! Its a ROCK NITE TONITE... 16th Dec 2012 @ Malai Rock Station ... Come on party people , Hop in n have some fun here @ MRS !!! BEST ROCK ATTIRE will get PRIZES from us !!! Come on dress it up as Rock n Roll superstar !!! Hey People its worth it ... Tell ur frens n be here 2nite ... Local band (ipoh) Holy Snake is super good ...let's Rock with them... There's a few package of drink is ready for u guys... 2bottles of chivas/black label = rm588 only... 2bucket of Tiger Beer = rm138 only ... 1 long island Tower = rm158 only ... What r u waiting for !!! Enter if dare !!! From the management of MRS "we love u we serve u". "Rock Is Everyone Style". Pls kol +6055485036... >>> PESTA ARAK MURAH DERRR.. sumber kelab greenboc

Apabila Rafidah Aziz tinggal taik,orang kampung jadi mangsa.

Peneroka Tanah di  Sungai Rotan,Trong menunjukkan tanah yang mereka usaha  telah dimusnahkan  oleh  orang yang tidak bertangungjawab.

Penduduk meminta  nasihat dengan Pegawai Khas DS Nizar,Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Kerajaan UMNO  zaman Tajol Rosli  dan sekarang Zambry Kadir langsung tak mau tolong selesai  masalah penduduk. Mereka lebih suka penduduk bergaduh sesama sendiri.Bagi tanah bukan pada peneroka asal. Akhirnya penduduk sesama penduduk bergaduh,semuanya gara-gara kerajaan UMNO tak bersikap adil dengan rakyat.

Adun Trong  YB Rosli Husein,sudah jadi tikus hitam(klik).angkara Rafidah Aziz. Pemilik asal report polis, pemilik baru(kroni UMNO) report polis. Semuanya angkara YB Rafidah Aziz,meninggalkan taik.Dulu mereka 160 penyokong tegar MCA,Gerakan.MIC dan UMNO.Tapi sudah kena klentong dengan YB.

Leman Raja Lawak,,,awat mai ,,YB Rosli Husein marah!!!

Leman Raja Lawak,mai Bukit Gantang.YB Rosli Husein ,nanti marah.Nanti UMNO kena JUAL.

Thursday, December 27, 2012

Apa itu MMI, Muhyiddin aku pun tak tau.

Satu istilah baru,aku pun tak faham diperkenalkan tahun ini, MMI. Melindungi masa instruksional. Apa binatang dia. ?? Sudah ada  P & P dan istilah bahasa Melayu. Sudahlah tranformasi digunakan. Makin lama BN UMNO perintah Bahasa Melayu makin jadi kelas tiga.

AES ditangguh,Cuepacs tak berganjak.

Syabas dan tahniah Cuepacs  ,berjaya memberi tekanan kepada kerajaan. Kasihan kakitangan kerajaan  ada yang satu hari dapat dua saman AES.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO ,Najib tak lantik orang Siam pun.

Tamrin Ghafar   bersama YB Sivakumar seusai  berceramah di Trong Bakti,DUN Trong,Parlimen Bukit Gantang.pada 24 Disember 2012 lalu.

Tamrin Ghafar  dalam ceramahnya menyatakan UMNO merupakan parti yang tidak adil kepada ahlinya. Hujah Tamrin Ghafar,Ahli Majlis Tertinggi UMNO pun tiada orang Kadazan,Siam atau Portugis ,walaupun mereka merupakan ahli parti yang layak. Najib pun tak lantik mereka Ahli Majlis Tertinggi.Tak ade pula  orang UMNO komplen , orang Kadazan,Siam dan Portugis dipinggirkan.   

Kami mau calon ada hieraki dalam parti..

Tamrin Ghafar  pada 24 Disember berceramah di DUN Trong. Beliau duduk dalam UMNO selama 40 tahun. Anak TPM Tun Ghafar Babaini, kini sudah bersama PAS. Ramai orang UMNO yang mendengar penjelasan Tamrin Ghafar. Nampak gaya  YB Rosli Husein sudah panas punggung. Dah lah ,nama dia DS Najib pun tak berkenan. Kemudian dia boleh guna  hujah,,kami mau calon ada hieraki falam parti. 

Wednesday, December 26, 2012

smart phone Rm500 kebawah?? haha..Janji sudah di Capati..!!!


Dua orang anak belia aku ,sudah kena tipu dengan Si Najib. Janji dicapati!!!!!Smart phone  hanya bawah Rm500,untuk dapat rebat!!!!

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa rebat RM200 untuk telefon pintar  yang diumumkan dalam Bajet 2013 hanyalah untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500.

SKMM telah menerbitkan kriteria berikut dalam lamanwebnya:
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah.
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500.
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru.
  • Hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.

Menurut notis yang disiarkan semalam, program rebat di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) telah diperuntukkan sejumlah RM300 juta oleh kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.

Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember 2013 dan para belia yang berminat boleh memohon melalui lamanweb SKMM.

Lu pun tak dak pakai ini topi bulan.

"Lu pun tak dak pakai ini topi." kata apek..Apek  penyokong tegar  PAS bersalaman dengan  penulis.Apek ini sungguh berani, MCA atau Gerakan dia  sudah benci. Dia  100 peratus sokong Pakatan Rakyat. "Ini YB Trong,kita kasi kalah sama dia"."Lu jangan takut ma! tempat Cina gua kasi kempen sama lu"


Spad: 1.5 juta pelajar dilindungi insurans bas

Budak jln kaki,budak naik teksi,budak naik van dan macam-macam tak dapat. Orang luar bandar tak dilindungi sebab jln kaki dan naik basikal serta bapak dia hantar naik motorsikal..

 Kuala Lumpur - Kira-kira 1.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah akan diberi perlindungan skim insurans bermula Januari depan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), Tan Sri Syed Hamid Albar.


Syed Hamid berkata, skim dikenali sebagai skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian dengan had sebanyak RM100,000 seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013.
Katanya, SPAD telah membuka tender kepada syarikat insurans yang berminat untuk menghantar kertas cadangan yang disertakan dengan sebut harga untuk perlindungan skim insurans itu.
"Kita akan memilih syarikat insurans yang mengemukakan kertas cadangan yang terbaik serta sebut harga yang munasabah bagi tujuan itu sebelum dilantik sebagai penyedia skim insurans.
"Kita sasarkan apabila sekolah dibuka tahun depan, semua pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara akan diinsuranskan sebagai perlindungan sekiranya berlaku kemalangan," katanya 

Pasar Minggu Changkat Jering,Muhyiddin belum tunai janji.


Tahun 2013 sudah hampir menjelang Muhyiddin masih belum tunai janji untuk peniaga Melayu,Pasar Minggu Changkat Jering.Pasar Minggu masih belum dibangunkan,duit 3 juta ringgit ,tak tau dekat mana. Dalam bajet zamry kadir,.baru-baru ini pun tak sebut pun.

16 Jun 2012:Muhyiddin umum RM3 juta bina semula pasar minggu Changkat Jering

TAIPING - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM3 juta bagi membina semula pasar minggu Changkat Jering.


Ia diumumkan ketika Timbalan Perdana Menteri mengadakan rangka lawatan ke negeri Perak hari ini.



Muhyiddin membuat keputusan itu dalam tempoh yang singkat selepas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Trong Datuk Rosli Husin memohon bagi peruntukan membina semula pasar minggu yang berusia lebih 100 tahun dan dipercayai tertua di negara ini.



Rosli kemudiannya mengumumkan kelulusan daripada Muhyiddin itu melalui pembesar suara di pasar itu dan mendapat tepukan gemuruh golongan peniaga serta hadirin yang hadir.



Laporan Bernama menyebut, pada tinjauan mesra itu, Muhyiddin, yang tiba pada 9.40 pagi, ditemani



Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan pemimpin tempatan bersarapan bersama-sama rakyat setempat dengan menikmati pelbagai juadah antaranya nasi lemak, sate, kuih tempatan dan teh tarik.



Beliau melawat pasar berkenaan selama sema sambil bertanya khabar masyarakat peniaga di situ sebelum bergerak untuk menghadiri Program Jelajah Janji Ditepati di Advance Technology Training Centre (ADTEC), Kamunting di sini.



Pasar yang dimiliki Koperasi Pasar Minggu Changkat Jering Bhd ini mula beroperasi seawal tengah hari pada Sabtu hingga ke malam dan berakhir tengah hari Ahad setiap minggu.



Pasar Minggu Changkat Jering terletak di antara Kuala Kangsar dan Taiping, hanya satu kilometer dari plaza tol Changkat Jering, Lebuh Raya Utara-Selatan.



Lebih 100 peniaga yang terdiri daripada anggota koperasi menjana pendapatan daripada perniagaan antaranya pelbagai jenis makanan tempatan, kraf tangan dan hasil tanaman kampung di pasar minggu yang terkenal itu.



Peruntukan akan digunakan untuk memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung pasar berkenaan di samping mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi seperti tempat letak kenderaan yang terhad.



Sementara itu, Setiausaha koperasi berkenaan Yahya Mohd Yusuf melahirkan rasa syukur dengan kelulusan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri itu dan ia akan memberi manfaat yang lebih baik kepada golongan peniaga di situ.



"Timbalan Perdana Menteri pernah datang ke sini tapi tiada pengumuman yang besar seperti hari ini. Lebih 100 peniaga meraih rezeki di sini," katanya.sumber

Tuesday, December 25, 2012

Laptop dan 5 persen gagal meningkatkan kualiti Bahasa Inggeris


Gara-gara tidak patriotik Najib terpaksa mengumumkan pengambilan guru Bahasa Inggeris dari India ,bagi menunjukkan sikap diplomasi.Mungkinkah untuk dapat projek buat lebuhraya di India Samy Vello menjadi pelobi yang kuat???

Jadi rancangan kerajaan untuk mengimport guru bahasa Inggeris dari India bukan jalan penyelesaian terbaik. Kerajaan seharusnya menangani masalah lambakan guru terlebih dahulu.

 “Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak memberikan alasan kukuh untuk mengimport guru-guru dari India ini .”Adakah Najib sudah berbincang dengan NUTP atau Kesatuan guru  yang lain.Adakah Najib juga sudah berbincang dengan Muhyiddin Yassin.

Kerajaan di bawah Menteri Pelajaran tidak sedarkah lambakan graduan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua TESL dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ISMP masih lagi belum diselesaikan.Sekarang  kerajaan mahu melaksanakan rancangan ini.“Kerajaan sewajarnya mengutamakan graduan-graduan TESL tempatan berbanding dengan mengemukakan rancangan sedemikian “Malahan hingga kini graduan ISMP masih lagi ramai yang belum mendapat penempatan sebagai guru di sekolah .

 Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi yang mengesahkan seramai 7000 graduan ISMP belum diberi tawaran kerja pada Mac 2012 .Kerajaan seolah-olah tidak peka dengan bilangan  graduan ISMP daripada institut pengajian tinggi swasta IPTS yang paling ramai mengganggur kerana terpaksa bersaing dengan graduan institut pengajian tinggi awam IPTA .

 Najib minggu lalu berkata kerajaan bercadang untuk mengambil tenaga pengajar dari India untuk mengajar bahasa Inggeris.Sementara itu  Timbalannya  Muhyiddin Yassin menjamin bahawa kementerian pelajaran akan melihat dari segala sudut untuk memastikan cadangan pengambilan tenaga pengajar ini akan mengambil kira permintaan negara ini dari sudut pendidikan sebagai respon kepada Kesatuan Perkhidmatan Guru Kebangsaan NUTP.

NUTP meminta kerajaan mengkaji secara mendalam sebelum mengambil tenaga pengajar asing .Seramai 70 000 guru bahasa Inggeris di Malaysia mengikut kenyataan timbalan pengarah Kementerian Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, dimana dua pertiga dari mereka gagal untuk mencapai standard yang diinginkan .

Dalam pada itu untuk menyelesaikan masalah ini kerajaan mewajibkan guru untuk lulus Ujian Kedudukan Cambridge pada 2015 atau dipindahkan ke bidang lain .Guru yang gagal akan diwajibkan untuk menghadiri kursus intensif selama lapan minggu dan pembelajaran selama 30 jam secara online setiap minggu.Projek PPSMI yang mana guru yang mengajar mendapat 5 persen atau 10 persen daripada gaji  gagal untuk meningkatkan kualiti guru Bahasa Inggeris.Di samping itu projek beri laptop kepada guru PPSMI juga gagal untuk membantu pelajar.Amat malang duit rakyat habis begitu saja!!!!Natijahnya guru dari India terpaksa di bawa masuk. 


Sekarang ramai menteri sudah cium tangan Muhyiddin-Tamrin

Ustaz Idris Ahmad mendoakan kesejateraan penduduk Trong,agar berani menyokong  perjuangan  Islam.
Penduduk mengaminkan doa yang dipimpin Ustaz Idris Ahmad.
Tamrin Ghafar malam kelmarin 24 Disember, berceramah di DUN TRONG,di Tmn Trong Bakti.Beliau memberitahu tahu penduduk Trong, bahawa Najib terlibat dengan kes Altantuya. Tamrin juga memberitahu kenapa Najib dan Rosmah diam sahaja dengan isu  Deepak, penjual karpet itu.Tamrin juga beritahu ,sekarang ramai MENTERI sudah mula cium tangan Muhyiddin Yassin. Apabila berjumpa Muhyiddin ,pemimpin UMNO itu akan cium tangan TPM itu.Mereka pun sudah tidak peduli dengan Najib. 

Monday, December 24, 2012

Polis silap orang,pemuda diterajang,hingga cedera.


Fauzi Mat Wahi  mendakwa diterajang polis,dipijak dan ditumbuk anggota  polis daripada Balai Polis Selama,Perak.Dia ditahan pada 30 November  2012,pada 4 pagi. Semasa ditangkap dia hanya bersama ibunya beusia 60 an .Dia tinggal di Kg Chengal Jantan(Parlimen Bukit Gantang).Dia mendakwa tidak dibawa ke mahkamah untuk direman.Polis juga tidak menunjukkan surat waran untuk menahan beliau.Dia mendakwa dipukul   di balai polis untuk mengaku kesalahan yang tidak dia lakukan. Akhirnya setelah diuji air kencing,dia mendakwa bebas dari pengaruh dadah.Setelah selesai polis Selama memukul dan menyiasat dia dibebaskan,dengan menuruh balik sendiri.Setakat ini Fauzi Mat wahi masih menerima rawatan doktor kesan dipukul dibetis kanan.

Ustaz Idris Ahmad,AJK Pas Malaysia sedang meneliti  dokoumen rawatan  Fauzi Mat Wahi.Turut hadir bertanya khabar sdr Fadhil Idris S/U Kawasan dan Pengerusi Kebajikan PAS Bukit Gantang,Hj Zainudin Hamzah.Sementara itu S/U Kawasan ,Fadhil Idris ,PAS akan membantu menyelesaikan masalah beliau. 

Lagi ADUN Trong tak buat kerja........



24 Disember 2012
Baik pulih sungai bengkok elak banjir
Abdul Rahman (kanan) dan dua Pegawai Khas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Shahruddin Ahmad Sani (kiri) dan Zainuddin Hamzah (tengah) ketika membuat tinjauan di Sungai Trong,di sini
TRONG – Bimbang berlakunya runtuhan tebing, penduduk menggesa jabatan berkaitan membaik pulih laluan Sungai Trong bagi mengelak kejadian sama berulang.

Abdul Rahman Hassan, 64, berkata, keadaan aliran sungai yang bengkok menyebabkan paras air naik mendadak setiap kali berlakunya hujan lebat.

Menurutnya, sebagai individu yang tinggal hampir dengan sungai berkenaan, keadaan itu dikhuatiri akan mengancam keselamatan mereka sekeluarga.

“Mac lalu, satu banjir besar sudah berlaku menyebabkan penduduk kampung panik, aliran air deras menyebabkan hakisan tanah berlaku termasuk pada bahagian tepi jalan raya.

“Kita bimbang, jika keadaan seperti ini berterusan akan memberi kesan lebih buruk,” katanya ketika ditemui, di sini.

Sinar Harian difahamkan, akibat hakisan itu juga, beberapa tiang elektrik terpaksa dipindahkan bagi mengelak berlakunya insiden tidak diingini.

Abdul Rahman berkata, risiko berkenaan boleh dikurangkan apabila laluan sungai berkenaan diluruskan agar aliran deras tidak menyebabkan hakisan sungai.

“Saya amat berharap agar pihak berkenaan dapat meluruskan sungai ini sekali gus memasang batu dalam sangkar bagi mengelak masalah sama berulang.

“Masalah bertambah rumit kerana musim hujan dan air boleh naik dengan cepat,” katanya.sumber sinar harian

Sunday, December 23, 2012

Saman AES,pegawai JPJ tak mau daftar.

HJ Asmuni  ,Peguam PAS bersama  NGO Kase .Turut hadir beri sokongan kepada responden saman AES di Mahkamah Majistret ,Taiping ,pagi tadi. Malangnya,kerana kecuaian JPJ ,kes tidak didaftarkan ,responden saman AES balik gitu saja!Buang masa,duit,buang macam-macam"

Hj Asmuni sedang diwawancara wakil  Harakah.

Haji Asmuni Awi,Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS Malaysia  menyatakan perasaan kesal kerana  Pegawai JPJ tidak mendaftarkan kes di Mahkamah Majestriet Taiping. Menurut Asmuni Awi, Peguam responden, pegawai JPJ tidak mendaftar kes,walaupun hakim sudah datang.Sebanyak 5 anak guam,balik saja. "Bazir masa.,kos , dan bazir kes tertunggak" kata Asmuni Awi, peguam Responden.JPJ seolah-olah tidak bersedia dengan AES.

AES Kes pertama di Taiping.

Sebentar lagi , pagi ini ,Isnin ,24 Disember 2012  Saman AES ,kes pertama  di Mahkamah Majistret Taiping.Peguam PAS dan pimpinan akan turut serta. Bagi mereka yang berkelapangan boleh pergi ke Taiping untuk kita bantah AES itu. Masa pada 8.45 pagi. Kita jumpa di  sana.

Ketua Bahagian UMNO cantas calon pilihan Najib.


oleh blog orang ni

Gempar..!!! YB Rosli Hussin zalimi Rosli Isa bakal calon UMNO Bukit Gantang

YB Rosli yang zalim 

Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang YB Datuk Rosli Hussin yang juga ADUN Terong memang zalim,memang tak patut dan memang-memang menginaya rakan sepasukan dalam UMNO di Perak.


Sebab apa aku kata macam tu..? 
Sebabnya hari ini terbongkarlah segala pergolakan sebenar didalam UMNO di Parlimen Bukit Gantang. Nama YB Rosli Hussin sememangnya ramai ahli UMNO dah tahu yang dia (YB Rosli) disingkirkan dari bertanding dalam PRU akan datang. DUN atau Parlimen memang dah tiada tempat bagi YB Rosli Hussin lagi di Perak ini...kat negeri lain kot mau terima aku tak tau la...hahaha...

Keadaan menjadi kecoh dalam UMNO Bukit Gantang apabila dikatakan segelintir ahli UMNO masih mahukan YB Rosli bertanding,namun khabarnya UMNO diperingkat pusat ( Najib la tu...haha..) dah senaraikan  nama seorang anak tempatan dari Kg. Sungai Kerang  iaitu Haji Rosli bin Isa sebagai bakal calon Parlimen Bukit Gantang.

Rosli Isa ini memang anak tempatan tapi amat jarang balik kampung sebab berjawatan tinggi di Purtajaya dan memang orang di Parlimen Bukit Gantang tidak mengenali beliau...hatta orang UMNO sendiri pun tak kenalinya.

Nak jadi cerita hari ini aku ke sebuah majlis kenduri kahwin kat kawasan DUN Terong,di-dalam ramai-ramai tetamu yang hadir dimajlis tersebut rupanya terchonggok bakal calon tersebut...Haji Rosli Isa dengan seorang rakan (Gambar bawah: Berbaju merah) yang membawanya dari Putrajaya.

Kesian aku tengok...hahaha...Ada ke patut seorang bakal calon UMNO untuk parlimen Bukit Gantang dibiar berseorangan menjelajah untuk menyantuni rakyat disini tanpa di-iringi anak tempatan atau AJK UMNO Bahagian. 

Sudah-lah beliau tu muka baru dalam politik,masih mentah,orang pun tak kenal dia dan dia pun tak kenal orang...YB Rosli Hussin boleh relex je....biar Hj Rosli Isa sorang-sorang...hahaha...tak kezalim nama-nya tu..??

Patutlah dalam laporan Isu, Wishlist & Aktiviti UMNO Bukit Gantang P- 059 dikatakan AJK UMNO Bukit Gantang tidak komitmen dalam tugas.

Apa yang jelas disini ialah YB Datuk Rosli Hussin menzalimi bakal calon sendiri. Dek kerana tidak tersenarai bertanding YB Rosli sanggup menzalimi rakan sendiri. Inilah perjuangan UMNO hanya mementingkan diri sendiri dan kroni dikeliling pinggang saja.

Gambar Kiri: Haji  Rosli B. Isa, ini wajah bakal calon UMNO untuk Parlimen Bukit Gantang bagi PRU-13 .
Gambar kanan: Ustaz Idris Hj Ahmad AJK PAS Pusat bertanya khabar kepada Rosli Isa kebetulan hadir sama dimajlis tersebut.

Saturday, December 22, 2012

Lagi cerita orang UMNO kena tipu,YB UMNO tak tolong





Kisah Abang Mohd Akhir seorang OKU pendengaran menerokai tanah seluas 0.75 hektar ditepi jalan keKuala Trong masih berterusan.

Beliau telah mengusahakan tanah tersebut sejak 1998 ditanam pisang ,sayur dan pokok buah buahan.Hasil dari tanah tersebut hampir menjadi pendapatan utama menanggung keluarga beliau.Di samping itu , isteri beliau membuka warung minuman berdekatan Masjid Pekan Trong.

Menurut apa yang dikatakan oleh Mohd Akhir bin Shafii melalui anak dan isterinya,pada tahun 2002 beliau telah ke PDT Taiping dan dimaklumkan bahawa tiada sebarang permohonan keatas tanah itu .Lantas beliau me majukan permohonan,tarikh sebenar beliau tidak dapat meingatinnya dan sekali lagi dalam tahun 2007 beliau ke PDT untuk mengetahui perkembangan permohonan beliau . Dimana beliau terkejut dengan makluman pegawai tiada sebarang permohonan keatas tanah itu ,beliau terus membeli plan dan sekali lagi pada tahun 2007 Mei beliau mengemukakan permohonan sekali lagi dimana (ada salinan dokumen ).

Beliau yang yakin sebagai Ahli UMNO permohonan akan dilayan turut juga mendapatkan surat sokongan dari ADUN BN Datuk Rosli pada tahun 2009 .

Difahamkan berlaku satu kejadian seorang pegawai dari PDT bersama seorang lagi yang dikenali anak beliau sebagai Polis dan seorang lagi yang tidak dikenali datang ke gerai isteri beliau, ingin berbincang mengenai tanah tersebut pada hari Ahad 27 Mac 2011.

*Pegawai PDT itu memberitahu isteri beliau tiada sebarang permohonan keatas tanah itu sehingga 2003 oleh sesiapa pun,mendengar itu isteri beliau bersama anaknya terus ke PDT pada 29 Mac 2011.

Setelah berbincang di Pejabat PDT mereka diberitahu permohonan ditolak oleh pegawai atasan bernama Encik Harun dengan tidak memberi alasan.

Akhir sekali ,datang lagi 2 orang bersama pegawai PDT yang sama pada Mac lalu menawarkan RM5ribu kepada Mohd akhir sebagai penyelesaian isu tanah tersebut..

HAK MILIK SEMENTARA TELAH PUN DIKELUARKAN ATAS NAMA Mohd Asri yang beralamat diTaman semarak Pokok Asam.Taiping.pada 25 ogos 2011.

Adun UMN0, cakap berdegor-degor,kawasan sendiri tak jaga!!!!!

INI bukti YB Rosli Husein ,tak buat kerja. Dahlah menipu di DUN ,tuduh Nizar 3 bulan sekali baru jumpa penduduk.(lagi ADUN makan gaji buta)

Tidak tahan bau busuk najis
Norazian bersama penduduk menunjukkan kawasan kebun sayur dan buah-buahan didakwa menyebabkan pencemaran bau di Kampung Baru, Jalan Kuala Trong.
TAIPING – “Kami sudah tidak tahan untuk berhadapan dengan pencemaran bau yang sangat teruk sehingga menyebabkan penduduk rasa sesak nafas,” katanya Norazian Mat Lateh, 40.


Dia berkata, dalam tempoh dua tahun ini penduduk Kampung Baru, Jalan Kuala Trong terpaksa menghadapi masalah pencemaran bau baja yang digunakan pihak pengusaha kebun buah-buahan dan sayur-sayuran di kawasan berkenaan.



Menurutnya, kawasan perkampungan itu didiami kira-kira 200 penduduk yang majoritinya beragama Islam.



"Kami merasakan baja yang digunakan pengusaha itu ialah najis babi kerana baunya seperti bangkai menyebabkan penduduk terpaksa menutup hidung ketika berada di dalam atau di luar rumah.



“Oleh itu, rasanya baja yang digunakan pihak pengusaha perlu ditukar agar dapat menyelesaikan masalah pencemaran bau ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.



Norazian berkata, perkara ini bukan sesuatu yang baru dan aduan juga sudah dibuat kepada pihak berkenaan namun sehingga kini masalah masih belum selesai. Jelasnya, penduduk tidak menghalang projek tanaman berkenaan, namun tidak bersetuju dengan baja yang digunakan.



"Setiap kali baja tersebut dibawa masuk, kami akan berhadapan dengan masalah pencemaran bau dalam jangka waktu hampir seminggu.



“Bayangkanlah keadaan kami di sini yang terpaksa menghidu bau busuk sepanjang hari,” katanya.



Kata Norazian,  penduduk berharap masalah berkenaan segera diselesaikan demi kesejahteraan mereka.