Wednesday, October 31, 2012

Nizar masuk rumah UMNO

Baru-baru ini penulis bersama DS Nizar,Ustaz Idris Ahmad dan Hj Zainuddin Hamzah  pergi berjalan bertemu penduduk dalam Parlimen Bukit Gantang.Pada kali ini, salah sebuah rumah yang bertuah berada di Kg Matang Gelugor,Matang dalam DUN Kuala Sapetang. Salah sebuah rumah yang bertuah  rumah ini.Rumah orang UMNO dan ahli UMNO.  Kampung ini dipilih untuk menerima seekor lembu ibadah qurban daripada masyarakat yang berkemampuan melalui Pusat Khidmat Ahli Parlimen.

DS Nizar  dilayan penuh mesra oleh tuan rumah sekeluarga. Mereka berbangga Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak pilih kasih dalam menyantuni rakyat. 

Tuesday, October 30, 2012

SB ikut dan tekan pemberi maklumat RM207 BILION-DS Nizar

DS Nizar menunjukkan surat Zety Aziz,Gabenor Bank Negara yang menyatakan terdapat transaksi  dua kali bernilai RM207 bilion  hasil wang pampasan kerajaan Jepun untuk mangsa landasan keretapi maut di Burma,dalam Perang Dunia -2   
DS Nizar menyatakan transaksi bernilai RM207 bilion pada tahun 2004 itu,semasa itu Gabenor Bank Negara,ZETY AZIZ.   

Salah seorang mangsa landasan keretapi maut yang masih hidup tinggal menetap di Terengganu.

Menurut DS Nizar ,pemberi maklumat pampasan dari kerajaan JEPUN untuk mangsa landasan keretapi  maut telah diekori polis dan diganggu. Dakwa Nizar PIHAK SB  mendesak pihak jawatankuasa tuntut pampasan kerajaan Jepun supaya tidak memberi maklumat dan mendedahkan kepada DS Nizar. DS Nizar mendakwa kebanyakan mangsa orang India,dan rakyat Malaysia yang terlibat sebanyak 70,000 orang.Setakat ini menurut DS Nizar,Indonesia ,Thailand dan Burma sudah membayar pampasan kepada mangsa atau waris.  

Monday, October 29, 2012

FOTO:Haram jadah punya AES!!! 60 km/j

Foto diambil sewaktu  mengikuti program ibadah qurban peringkat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang  pada 27 Oktober lalu.Lokasi bertempat Batu 7,Changkat Jering.Kelihatan seorang anggota terpaksa menjalankan tugas AES. ORANG kampung yang lalu di sini setiap hari terpaksa membayar denda .Wang br1m belum terima ,surat saman sudah mula terima.Menurut Ustaz Idris Ahmad,KERETA LEMBU pun berkelajuan 63 km/j..Orang kampung cakap Haram Jadah punya AES.

Sunday, October 28, 2012

Jawab tau, Hishamudin Husein usah pusing-pusing.

Soalan DS Nizar di Parlimen.Soalan nombor 39
 
39. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta  MENTERI DALAM NEGERI  menyatakan apakah rasionalnya PDRM menubuhkan skuad khas bagi menyiasat kenyataan tweet saya 
bertarikh 28 Mei 2012 mengenai pembidaan plat kereta WWW1 oleh Sultan Johor sehingga pejabat-pejabat saya digeledah, 2 buah laptop saya diambil dan telefon bimbit dirampas. Berapa ramai anggota yang terlibat dalam siasatan kes ini serta kos yang ditanggung menghantar anggota dari Skudai Johor ke Ipoh serta Kuala Lumpur.

Orang UMNO pun getik dengan Ustaz Kazim alias.

Baca sms orang umno yang cukup  getik dengan Ustaz Kazim Alias.Dia pula cadang boikot Ustaz Kazim.JADI orang PAS pun kena boikot dia!!
 
Kazim Alias dalam ceramah di rumah bendahari Umno bgn Serai pada 27 oktober telah menyerang PAS secara terang-terangan.Kazim Alias menaikkan imej kerajaan syaitan yang dikenali buat kata Dr Mahathir.Kazim juga memburukkan imej PAS dan cuba menjatuhkan imej PAS di mata masyarakat. Kazim didakwa telah menghina AbbyAbadi  dan menyerang imej baru Abby Abadi.Dengan bangga mendakwa Malaysia negara Islam  walaupun tanpa laksana hukum hudud.

Boikot Kazim .
sumber SMS orangUMNO

Apabila DS Nizar masuk Taman,esoknya UMNO mengamuk.

Forum Perdana ,TUNTUTAN QURBAN'  Anjuran Surau al ikhlas Taman Simpang Bakti,SIMPANG  Parlimen Bukit Gantang pada malam kelmarin 27 Oktober,  dengan penalis Ds Nizar dan Ustaz Idris Ahmad  mendapat sambutan penduduk Taman. ramai yang duduk mendengar penjelasan dua tokoh tadi dari perkarangan rumah. Banyak yang didedahkan oleh DS Nizar  dan Ustaz Idris Ahmad.Namun esok paginya  banyak risalah telah diedarkan ,antaranya marahkan DS NIZAR.Risalah itu juga marah dengan pihak Surau yang memanggil dua tokoh itu.Kononnya surau sudah berpolitik.Mereka tidak mahu parti politik menggunakan surau.Kalau nak pun kena jemput YB UMNO dan Ustaz umno.     

Saturday, October 27, 2012

Lembu ibadah Qorban DS Nizar ditumbang ahli UMNO.

Dekat Kg Salak Baru ,Trong DS Nizar menyumbang seekor lembu .Apa yang menarik lembu ibadah Qurban DS Nizar dtumbangkan oleh ahli UMNO dan orang UMNO. Mereka pakat berebut-rebut  untuk membantu menguruskan lembu ibadah qurban DS Nizar. Di kampung ini Pusat Khidmat Ahli Parlimen dan MTD Trong menyumbangkan tiga ekor lembu.Kampung yang sampai sekarang penduduk kebanyakannnya masih belum menerima hak milik tanah.Dulu kubu kuat UMNO ,kini hampir 3 tahun PAS telah mempunyai cawangan.  

DS Nizar sedang menyembelih lembu ibadah Qurban beliau pada tahun ini.DS Nizar menyembelih dua ekor lembu ini di perkarangan Markaz PAS Kg Salak Baru Trong.

Friday, October 26, 2012

Tok Guru Nik Aziz pun harap Ustaz Idris Ahmad jadi YB

Ustaz Idris Ahmad sedang menyampaikan sumbangan daging Qurban kepada penduduk Taman Mewah Kamunting,petang tadi.

Ustaz Idris Ahmad sedang memimpin doa untuk kesejateraan umat Islam.
Penulis pernah mendengar Tok Guru Nik Aziz juga mengharapkan Ustaz Idris Ahmad menjadi wakil rakyat.Dengan jawatan dalam PAS sebagai Pengarah Tarbiyyah PAS Malaysia yang dilantik oleh Dato Presiden Tok Guru Haji Hadi ,jelas Ustaz Idris Ahmad merupakan pilihan calon terbaik  untuk bertanding di mana-mana. Pemimpin bertaraf nasional itu perlu diberi peluang.

Thursday, October 25, 2012

Lembu Yb Zahir,Adun Kamunting(UMNO) didakwa dicuri orang UMNO

Panas dan heboh satu Pekan Kamunting Taiping seekor lembu sumbangan YB Zahir Khalid Adun Kamunting  untuk Masjid  Kg Expo hilang dan disyaki dicuri.

Pada malam kelmarin ada ditambat oleh AJK Masjid Expo, datang untuk Solat Subuh pagi tadi ,ahli jemaah melihat seekor lembu ,sumbangan YB Dato' Zahir ,Exco Kerajaan Perak itu telah dicuri orang.

Ahli Jemaah Masjid Expo ,berasa sesuatu tak kena.jika hendak curi lembu kenapa seekor lembu sumbangan YB UMNO tu hilang sedangkan seekor lagi elok ditambat.

Berikutan kehilangan lembu itu, didakwa Timbalan Pegerusi Masjid Expo telah membuat laporan polis.Jika mereka yang mencuri itu tidak pulang balik lembu itu,pihak Masjid akan buat solat hajat dan baca yassin untuk keselamatan.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai,yang memberitahu penulis  ,lembu YB Dato Zahir ,Adun Umno itu telah dicuri oleh orang UMNO juga.Pencuri yang didakwa Ahli UMNO itu tidak suka YB Umno memberi sumbangan lembu kepada Masjid Expo ,kerana Masjid Expo,Kamunting dikatakan pro-PAS. 

Nombor tidak dikenali minta Pergerakan DS Nizar.

Selamat Hari Raya Aidil Adha dan Selamat Menjalani Ibadah Qurban kepada pembaca blog ini.Bagi penduduk Parlimen Bukit Gantang ,DS Nizar akan bersama kita pada 27 Oktober ini (Sabtu,11 Zulhijjah) bermula  pada 10 pagi di Dun Kuala Sapetang, bermula 1- 5 petang di Dun Trong dan bermula 6 petang-hingga 11.malam di Dun Changkat Jering.Bagi mereka yang ingin bertemu DS Nizar bolehlah berurusan dengan Pegawai Khas DS Nizar di Parlimen Bukit Gantang.Pergerakan penuh DS Nizar akan diberitahu kemudian.

Wednesday, October 24, 2012

Gambar bogel Rozita Che Wan akan saman,tapi Chua Soi Lek dia suka porno!!!

SAYA akan saman!," itulah pendirian aktres cantik, Rozita Che Wan ketika ditanya Zass mengenai penyebaran gambar seksi miripnya yang kini bertebaran di laman sosial.

Sering diekori pelbagai gosip liar dan kontroversi mengenai hubungan cintanya bersama lelaki muda, kini kisah terbaru Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, kembali memanaskan atmosfera seni hiburan tempatan.

Penyebaran gambar seksi mirip pelakon Miss Octopus ini di laman sosial menimbulkan pelbagai spekulasi walaupun empunya diri menafikan sekeras-kerasnya mengenai gambar itu.

"Saya akan cari mereka yang terlibat dalam perkara ini kerana ia sangat memalukan. Saya tidak teragak-agak untuk mengemukakan tuntutan saman kepada mereka yang biadab ini.

"Perkara ini mengaibkan saya walaupun ia bukan gambar saya. Saya tidak tahu apa motif mereka, mungkin ingin memalukan saya atau menjatuhkan karier saya.

"Kali ini, saya akan bertegas demi maruah saya yang tercalar. Mungkin dengan cara ini boleh menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja yang berniat buruk kepada saya," katanya.

Tidak pernah terlintas untuk membuat rakaman sedemikian, Rozita turut memberitahu bahawa dia sendiri 'buta' dalam menggunakan aplikasi telefon.

"Saya difahamkan, gambar itu dirakam menggunakan video chat atau webcam yang saya sendiri tidak tahu menggunakannya.

"Saya bukanlah muda untuk explore benda-benda macam ni. Lagipun, saya tak pasti, telefon saya ada fungsi itu atau tidak.

"Namun, saya percaya, jika ia bukan pelanduk dua serupa, mungkin ada individu yang menggunakan teknik super impose dengan menempek muka saya. Namun, yang pasti, ia bukan saya," tegasnya lagi.

Tuesday, October 23, 2012

Musnahkan baner provokasi

Kepada semua ahli dan Penyokong PAS  diminta musnahkan risalah dan baner provokasi yang tiada maklumat penerbit.Kumpulan ini kumpulan yang ingin merosakkan keharmonian penduduk.Kumpulan ini yang inginkan operasi lalang 1987 berlaku lagi. 

Risalan ,CD dan banner tanpa penerbit yang diedarkan dalam Parlimen Bukit Gantang semuanya memburukkan Pakatan Rakyat terutama DAP yang difitnah menolak hukum hudud.

Musnahkan risalah,cd dan baner sebelum menjadi barah . 

Himpunan Bantah Chua Soi Lek Pelakon Filem Porno.


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS menganjurkan himpunan aman dan serahan memorandum bagi membantah kebiadapan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terhadap Islam pada hari Rabu, 24 Oktober.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, ia akan diadakan jam 2.30 petang  di hadapan Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumput.

Himpunan ini diadakan ekoran kebiadaban Dr Chua Soi Lek yang menyerang Islam habis-habisan dan secara berterusan.

Terbaru, Chua berkata, negara yang melaksanakan hudud adalah negara yang paling tinggi gejala rasuahnya.

Ekoran itu, pelbagai pertubuhan khasnya PAS telah membantah kenyataan ini kerana ia bukan lagi menyerang PAS atau DAP yang menjadi musuh politiknya, tetapi menyerang Islam selaku agama rasmi negara ini.

Turut membuat bantahan terhadap kenyataan Chua adalah Abim, Ikram dan pelbagai pertubuhan Islam lagi.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam kenyataannya berkata, selama ini pemimpin Umno yang paling banyak menghina Islam.

"Kerja jahat itulah yang kini disambung oleh Chua sekarang dengan restu Umno yang sengaja berdiam diri dengan perbuatan Presiden MCA itu menghina Islam," katanya.

Mohamad bagaimanapun menolak dengan tegas untuk menghina agama Chua.

"Kita tidak akan hina agama Presiden MCA itu seperti dia menghina agama kita kerana perbuatan itu dilarang di dalam al-Quran.

"Kita adalah manusia yang bertamaddun yang tidak akan melakukan kejahatan seperti yang dilakukan oleh Chua," tegas beliau.



Monday, October 22, 2012

Mesyuarat Dewan Negara tangguh dakwa DS Nizar

DS Nizar dalam ucapannya dalam Program Perakite 21 Oktober lalu,dekat Ipoh  mendakwa bahawa Ahli Dewan Negara  tidak akan bermesyuarat pada ketentuan masa yang telah ditetapkan. Menurut DS Nizar Yang Berhormat Ahli Dewan Negara telah menerima notis ,bahawa mesyuarat ketiga penggal kelima Parlimen ke 12  Dewan Negara telah ditangguh ketarikh lain.

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012.
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Hudud ,jaga-jaga ops 1987 kata YB Dr Hatta.

Najib mana boleh lupa ops lalang 1987. Kerana mulut dia dan Lim Kim Sai  ramai pemimpin PAS dan DAP ditangkap?

YB Dr Hatta Ramli, Pengarah Pilihanraya Pas Pusat mengingatkan pemimpin-pemimpin supaya cermat dan tidak terpengaruh dengan isu Hudud yang dimainkan Chua Soi Lek .

Dr Hatta menasihatkan pemimpin PAS semua peringkat supaya berhati -hati dan tidak terperangkap dengan isu "hudud "yang dibawa oleh Chua Soi Lek dari MCA itu.


Dalam pada itu ,kita seharusnya tahu,pada tahun 1987 ,terdapat ops lalang yang menankap ramai pemimpin PAS dan DAP . Isu   yang dimain pemimpin MCA dan disambut DS Najib pada masa itu Ketua Pemuda UMNO telah menyebabkan seolah-olah masalah perkauman boleh menjahanakan negara.

Jadi Dr Hatta Ramli dalam taklimat kepada peserta Perakite kelmarin 21 Oktober ,anjuran PAS Perak ,meminta pemimpin PAS dan ahli serta penyokong supaya   jangan melatah dengan isu yang dimainkan oleh Chua Soi Lek itu.  

Sunday, October 21, 2012

Tarik diri dari dicalonkan- DS Nizar.

DS Nizar sedang berucap kepada jentera Pilihanraya PAS Perak ,kelmarin 21 Oktober ,dekat Taman Meru,Jelapang,Ipoh.

Peserta Perakite sedang mendengar amanat DS Nizar.
Ipoh,21 Oktober-Ucapan DS Nizar kelmarin 21 Oktober ,amat menarik. Beliau meminta untuk calon-calon yang ada masalah untuk menarik diri daripada dicalonkan,

Beliau memberitahu musuh politik  UMNO akan menggunakan apa saja untuk memburukkan dan membongkarkan perbuatan bakal-bakal calon PRU 13.DS Nizar memberitahu peserta Perakite, contoh dalam PRK Bukit Gantang ,gambar fitnah beliau  bersama wanita Siam pun diedarkan.Jadi Nizar menasihat bakal-bakal calon PRU,jika ada masalah lebih baik tarik diri.

Disamping itu DS Nizar meminta bongkar lebih awal calon -calon PRU Pakatan Rakyat jika mereka sememangnnya tidak layak untuk bertanding. 

 

Friday, October 19, 2012

Konsert Amal "Tiger" dirasmikan Setiausaha Politik Zambry Kadir

Gambar: Aku snap disebuah lokasi berhampiran stesyen bas pekan Taiping... Arak bagi MCA memang biasa,tapi bagi Pemimpin UMNO ibarat burung gagak dan bulunya...mesti hitam...hahaha....(Gambar kecil...itulah Datuk Hj Shalimin...hehehe...) foto dan berita: orang ni


Patutlah Chua Soi Lek baru-baru ini mengatakan jika hukum hudud dilaksanakan maka 1.2 juta rakyat hilang perkerjaan.

Salah seoarang yang hilang kerja ialah Datuk Haji Ahmad Shalimin Setiausaha Politik kepada MB Zambry yang tidak berpeluang lagi merasmikan konsert amal konon-nya tapi ditaja syarikat arak di Taiping Perak.
Kat luar bangunan tu hanya tertera "konsert amal Tiger", didalam dewan tak tahulah camana rupa program tersebut..hehehe..

Aku bukan anti kepada hiburan pada kaum cina dinegara ini,itu hak kaum masing-masing dan aku hormatinya, tapi yang merasmikanya mengapa perlu seorang yang berbangsa melayu dan berugama Islam.
Tiada pimpinan BN lainkah di Perak khususnya diTaiping..?? Atau memang kerja rasmi program tajaan kompeni arak adalah kegemaran Shalimin yang juga sepol Zambry...hahaha....

Slogan gagasan NAJ1B memang membawa maksud tersirat dalam slogan terbaru Perak yang dirasmikan Najib semalam di Lumut. NAJ1B. NAJ1B bemaksud Negeri (Perak) Akan Jahanam  1 Bencana...semuanya kerana pimpinan UMNO. foto dan berita:orang ni 



Hari Raya Haji Tak cuti Ma!!!!! Mau jumpa Nizar.

Kita orang hari raya haji tak dak cuti. Program tetap berjalan. 11 Zulhijjah ini atau 27 Oktober ini ,saksikan Forum Perdana . Ahli Panel DS Nizar dan Ustaz Idris Ahmad.

Thursday, October 18, 2012

Rumah Perak Zambry sudah marah sama Salman

DS Zambry menggunakan blog-blog umno untuk mempertahan dirinya berkaitan isu Rumah Perak di Batu Feringgi,Pulau Pinang. Rumah perak itu dikatakan tidak dijual tetapi didakwa sebuah syarikat, Al Creative Developers sdn bhd diberi hak untuk mengurus selama 30 tahun. Persoalan saya seterusnya ialah kenapa syarikat ini yang dipilih? Apa keistimewaan syarikat ini? Dan siapa dibelakang syarikat ini???sumber salman

Wednesday, October 17, 2012

ADUN UMNO tak buat kerja,terpaksa Nizar tanya soalan di Parlimen.


Soalan DS Nizar untuk jawapan lisan:

10. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan kenapa Pejabat Pos Trong, dalam DUN Trong, Parlimen Bukit Gantang masih mempunyai kerani pos dalam "kontrak", sedangkan di situ banyak sekolah, kampung dan masyarakat Melayu Luar Bandar. Kenapa di Pejabat Pos Trong, operasi Jabatan 
Pengangkutan Jalan hanya beroperasi hanya pada hari Rabu sahaja.   

AES di lokasi 831 diteruskan,hanya kuasa undi mampu ubah!!!


KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak berhasrat memansuhkan pemasangan kamera Sistem Pelaksanaan Automatik (AES) di 831 lokasi seluruh negara, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abd Rahim Bakri.

Beliau berkata langkah itu diteruskan kerana kerajaan melihat AES sebagai tindakan holistik bagi mengurangkan kadar kemalangan maut, sekali gus merealisasikan hasrat murni kerajaan untuk membela majoriti rakyat.

"Pada masa ini kadar purata adalah 19 kematian sehari atau purata 448,000 kemalangan setahun dan kos sosial yang terpaksa ditanggung kerajaan adalah tidak kurang RM 9 bilion setahun, maka jika tidak ada langkah drastik maka kita takut ianya akan menjadi serius," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2013 pada peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, di sini hari ini. 

Sistem itu yang beroperasi pada fasa percubaan sejak 23 Sept lepas telah merekodkan sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara. 

Abd Rahim menegaskan pelaksanaan AES melalui kajian terperinci dengan kerjasama agensi berkaitan termasuk Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros). 

Beliau turut menekankan inisiatif itu dipraktik dan terbukti berjaya di 92 negara. - Bernama

Tuesday, October 16, 2012

Mana pergi pampasan 207 bilion dari kerajaan Jepun- Nizar

DS Nizar ,Ustaz Idris Ahmad dan Ustaz Nordin Jaafar dalam lawatan kerja di Sungai Sapetang.
Simpang-DS Nizar mendakwa kerajaan Jepun telah membayar pampasan sebanyak 207 bilion ringgit kepada mangsa landasan keretapi maut dekat Burma lalu.Malangnya menurut Nizar sehingga kini mangsa dan waris rakyat Malaysia  belum menerimanya .Sedangkan Indonesia dan Thailand yang telah menerima pampasan dari kerajaan Jepun  telah memberi pampasan kepada mangsa landasan keretapi maut Burma semasa Perang Dunia 2 itu..Kerajaan Malaysia menurut DS Nizar masih tidak mahu menyerahkan gantirugi itu.

Menjelajah ke seluruh kawasan bersama Nizar

Jom jelajah Perak bersama DS Nizar. 

Monday, October 15, 2012

Bajet baju hijau,40 juta ringgit dan Ustaz Nasha.-tanya rakyat kepada DS Nizar.

DS Nizar menggunakan i Phad sewaktu menyampaikan kuliah di Surau Taman Simpang,Simpang,Taiping.

Jemaah surau yang sedang mendengar tazkirah DS Nizar.




Simpana,Taiping- DS Nizar sewaktu menyampaikan tazkirah ,beliau membacakan Surah Al Haj.Beliau mengharapkan mereka yang menunaikan haji ,kembali dengan fitrah yang bersih.Semuanya menyokong perjuangan Islam.

Menarik sekali ,terdapat tiga soalan yang dikemukakan ahli jemaah surau. Soalan bajet baju hijau,yang membentangkan bajet dari pukul 4 hingga 6.45 petang,mereka bertanya tentang solat DS Najib.Kedua wang pengubahan  wang haram RM40 yang diterima Musa Aman   ,yang dianggap betul dan sah oleh Najib.Soalan ketiga, pandangan DS Nizar tentang Ustaz Nasha.

Semuanya dijawab baik oleh DS Nizar.

Sunday, October 14, 2012

Lepas satu,Utusan fitnah DS Nizar

Kelmarin (13 Oktober) DS Nizar memberitahu ,UMNO guna SPRM untuk membuat siasatan ke atas projek jalan kampung di bawah PLB di Dun Pasir Panjang.Semuanya untuk menjejaskan imej DS Nizar.UMNO dia guna apa saja untuk memfitnah DS Nizar. Utusan pula amat suka disaman dan membayar saman. Belum habis kes bayar saman atas kes WWW1 ,kini Utusan ,Jumaat buat fitnah DS Nizar terlibat rasuah.

Thursday, October 11, 2012

UMNO tak dapat Nizar ,Pegawai Khas pula difitnah.

DS Nizar bersama penerima sumbangan .Turut sama Ustaz Nordin Jaafar dan Pegawai Khas DS Nizar,Hj Zainuddin Hamzah
DS Nizar menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kg Sungai Petai,baru-baru ini.

UMNO kini sudah mula menyerang Pegawai Khas DS Nizar. Turut jadi sasaran van pusat khidmat DS Nizar. Mereka takut Van Pusat Khidmat bergerak,masuk kampung.

Barua UMNO pula mula bikin fitnah sama Pegawai Khas DS Nizar.Kini tak dapat tanduk telinga yang cuba dipulas.Mereka tuduh Pegawai Khas DS Nizar  makan gaji buta dan ada yang fitnah lebih teruk lagi.

UMNO Bukit Gantang pula bertambah marah ,apabila sambutan rakyat semasa kehadiran Mat Sabu pada 7 Oktober lalu diluar jangkaan mereka. 

Wednesday, October 10, 2012

Harap Adun UMN0 tak merasa lah rumah ini.




oleh Qoorata

TERIMA KASIH USTAZ,TERIMA KASIH DATO’ NIZAR,TERIMA KASIH PAS,..harapkan Adun kami (Yb Trong ) maka tak merasa lah saya rumah ini...itulah ungkapan yang terkeluar oleh Puan Juwita setelah beberapa tahun berada didalam rumah yang serba daif ala pondok (dangau durian),bekalan sumber air harian terpaksa mengunakan air perigi yang di pam masuk,Akibat JANJI TAK DI TEPATI,,,

ini kisahnya,,Puan Juwita seo
rang ibu yang mempunyai 3 orang anak sebelum ni hanya tinggal didalam rumahnya yang dibaluti bendera Bn,,gambar yang diatas berplawood selepas pihak Pas sg Kerang (DUN TRONG) bergotong royong membantu membeli playwood,selepas itu perkara itu dibawa oleh Pusat Khidmat Ds Nizar untuk perhatian Pihak baitulmal,



,akhirnya berjaya mendapatkan kerjasama bagi membina rumah yang lebih selesa kepada keluarga beliau,,,untuk pengetahuan pembaca semasa perkara ini di uruskan oleh pihak pembantu Ds Nizar sdr Hj Zainuddin Hamzah piihak JKKK menganggu proses tersebut dengan member amaran serta mengugut puan juwita agar tidak bekerjasama,malah selepas berjaya dibina punn pihak JKKK sanggup tidak memberi pengesahan untuk urusan memasukkan meter air...ini yang dikatakan "dasar membantu Melayu cara melayu yang di CAPATI..

Tuesday, October 9, 2012

Nurul Jannah ,6 tahun hidap neuroblastoma atau kanser saraf tahap 4.



Ustaz Anuar  bersama anak beliau.

                               


"awal bln 9 baru ni anak ana demam.....

setiap mlm dia menangis, ambil ubat pun x jd apa....bawa pi hospital baru dpt kesan dia kena penyakit neuroblastoma atau kanser saraf tahap 4...."
Cerita ust Anuar Murad,Ketua Pemuda Pas Kampar pd saya ttg penderitaan anak beliau...



"Skg ni dia terlalu lemah, x dpt berjalan...

Dah sebulan ana ulang alik bawa dia ke hospital KL, hospital Alor Star dan hospital Ipoh...." 
Katanya lg ttg adik Nurul Jannah (6thn) anak ke 3 dr 4 adik beradik..


Kesian......
Sama2 lah kita bantu mengurangkn bebanan beliau....
sama2 lah kita doa agar adik jannah segera sembuh...



Kpd yg ingin menyumbang boleh bank in ke akaun maybank 558211313335 atas nama khairat assyabab dan maklum sumbangan anda pd ust firdaus 0196004963.....
atau boleh terus ke rumah ust Anuar 0194293287 di maahad tahfiz wal qiraat addin tualang sekah, malim nawar, kampar....



Jazakumullah.....sumber facebook Ustaz Akmal

raya kedua,Ibadah Qurban bersama DS Nizar

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang akan menganjurkan ibadah Qurban pada hari raya kedua,11 Zulhijjah , Sabtu (27 Oktober 2012).

Setakat ini tiga ekor lembu telah disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat Parlimen Bukit Gantang.Bagi mereka yang ingin menyertai ibadah Qurban ini,satu bahagian RM400.00 dan untuk seekor lembu RM2800.00.Pada tahun ini sekretariat Ahli Parlimen mengharapkan  6 ekor lembu untuk diagihkan kepada penduduk miskin

Mereka yang berminat boleh berhubung dengan Mohd Fadhil Idris 019-5403449 dan Hj Zainuddin Hamzah 019-5205025. Boleh terus masukkan penyertaan ke Akaun May Bank 558051300273.

Monday, October 8, 2012

Himpunan 3 November tangguh,ke Januari tahun depan-Mat Sabu

Simpang Taiping-7 Oktober-Mat Sabu dalam ucapannya memberitahu penduduk Parlimen Bukit Gantang dan kawasan sekitar supaya bersedia untuk himpunan sejuta orang Himpunan Bersih 4.0 ,bulan Januari 2013 di Stadium Bukit Jalil. "Kita akan minta Stadium Bukit Jalil" ucap Mat Sabu ."Kalau tak boleh kita buat dekat luar Stadium"tegas Mat Sabu.
Add caption
Mat Sabu ,menegaskan sebagai ganti, satu perhimpunan besar-besaran akan dibuat di Negeri Sembilan pada 3 November ini.Himpunan 3 November ini ditangguhkan kerana Stadium Nasional,Bukit   Jalil akan digunakan untuk Pertandingan Bolasepak  Piala Suzuki AFF bermula November ini.

Salahkan Najib, 8000 lulusan jururawat mengganggur?.


Rupa-rupanya 8000 orang lulusan jururawat tak dak kerja.Majoriti sudah tentu orang Melayu.Sudah tentu kena bayar PTPTN antara 45 ribu-60 ribu ringgit.Bajet mesra rakyat apa? Bagi rebet telefon RM 200,bagi BRIM 250 untuk golongan belia dibawah pendapatan RM2000 dan macam-macam lagi. Tau-tau 8,000 perempuan Melayu tak dak kerja lagi.

Menganggur pula sampai tiga tahun. 

KUALA LUMPUR -KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kajian Kementerian Kesihatan menunjukkan ketika ini, kira-kira 8,000 lulusan kolej kejururawatan menganggur.

Beliau berkata, sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kesihatan akan berbincang untuk mencari penyelesaian menyeluruh supaya wujud keseimbangan antara jumlah lulusan kejururawatan yang dikeluarkan dan keperluan semasa.

"Ada lulusan kolej kejururawatan swasta yang terpaksa menganggur sehingga tiga tahun.

"Masalah ini berlaku kerana tidak ada keseimbangan di antara jumlah pelajar yang mengikuti latihan kejururawatan dan peluang pekerjaan yang ada," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat tahniah kepada 60 lulusan kejururawatan kolej swasta yang mendapat pekerjaan melalui My Career Fair 2012 anjuran Pasukan Petugas Pelaksanaan Khas di Wisma Perkeso hari ini.

Beliau berkata, selain terpaksa menganggur, lulusan itu juga terpaksa menanggung beban hutang pendidikan.

Justeru, Subramaniam menasihatkan lulusan kejururawatan yang masih menganggur agar mengubah cara pemikiran dan cuba mencari peluang pekerjaan di tempat lain selain hospital swasta.

"Antara tempat lain yang memerlukan khidmat jururawat ialah rumah penjagaan warga emas dan rumah penjagaan kanak-kanak kurang upaya," katanya.

Beliau berkata menerusi My Career Fair 2012 yang bertema 'Menyatukan Bakat Dengan Peluang', satu temuduga terbuka diadakan pada 24 Mei lepas untuk graduan sektor kesihatan di Shah Alam.

Sesi temuduga itu diadakan dengan kerjasama beberapa hospital iaitu Pusat Perubatan Sime Darby, Hospital Pantai Cheras, Hospital Pantai Ampang, Hospital Damai dan Hospital Assunta.

Subramaniam juga berkata selain menyampaikan surat tahniah kepada lulusan kejururawatan berkenaan, majlis hari ini diadakan bagi menghargai jasa baik hospital yang terlibat dalam sesi temuduga. - Bernama

PMR cukup makanpun boleh masuk Form 4.

Selamat menduduki Peperiksaan PMR kepada pelajar-pelajar tingkatan tiga.Jangan takut PMR cukup makanpun boleh masuk tingkatan 4.

Tahun ini  mungkin markah lulus pun direndahkan. Semuanya untuk pilihanraya.Apabila "greding "diturunkan,Result pun bagus. Yang dapat nama TS Muhyiddin Yassin.

Saturday, October 6, 2012

Khianat tetap khianat ,PAS Perak jangan tukar kerusi.

Maaf,PAS Perak dan PAS Kawasan di Perak,pastikan 6 kerusi kita yang menang dalam PRU 12 lalu  tidak ditukar.

Dengar cerita untuk dapat Changkat Jering dan Bagan Serai,begitu juga jika nak kerusi Behrang  ,PAS Perak kena bagi kerusi yang menang..Contohnya nak dapat Bagan Serai dari PKR,PAS kena tukar dengan Parit Buntar atau Bukit Gantang.Jadi Pas Kawasan kena ambil berat dan prihatin ,jangan kali ini pengorbanan PAS dikhianati lagi .

PAS Perak ,menang 6 kerusi DUN,Lubuk Merbau,Selinsing,Semanggol,Titi Serong,Pasir Panjang dan Changkat Jong. Jadi ,janganlah kita bagi kerusi ini kepada PKR,untuk hanya kita bertanding 21 kerusi DUN.Changkat Jering ,apa nak jadi pun PAS kena dan tetap bertanding. 

Dah lah 1999 dan 2004 PAS bertanding banyak .2008 kita pula sanggup serah kerusi sama banyak,sedangkan kita tau ,kita kuat. Ambil contoh ,Changkat Jering.Dah tu khianat pula.


Mat Sabu di Padang Fun Fair,Simpang Taiping.

Mat Sabu di Padang Fun Fair esok 7 Oktober,Simpang,Taiping ,Ahad.Dulu Padang ni ayik program BN .Najib dan Muhyidin Yassin saja. 

Apabila taukeh tapak boleh bagi sewa,kita pun guna Padang Fun Fair.Mana tau,insyaAllah , pemimpin yang berucap boleh menjadi wakil rakyat .Mana tau,InsyAllah ada juga yang jadi menteri.

Friday, October 5, 2012

Baguslah Mazlan Aliman,hang tak takut dengan Ahmad Maslan

oleh Mazlan Aliman

ANAK akan terus dedah salahguna kuasa!

Felda buat rombongan ke Belanda dari 29 jun hingga 3 julai 2012. Salah seorang anggota rombongan ialah Faizoull Ahmad. Ikut sama ialah isteri Faizoull, Azizah. 

Best International College yg mengurus perjalanan atas nama Latihan Kemahiran telah menuntut bayaran kepada Faizoull selaku Timbalan Pengarah Besar Felda(Pembangunan Komuniti Felda) pada waktu itu.

Faizoull arah buat pembayaran kepada bhg Kewangan Felda termasuk kos perjalanan isterinya seperti dlm invois yg dilampirkan. Adakah betul dan beramanah, lawatan rasmi Felda tapi kos isteri ditanggung sekali?

Ada banyak lagi korup Faizoull yang saya akan terus dedahkan. Kalaupun Polis dan SPRM tidak bertindak apa2 sebab dia dah jadi Pengarah Besar, sekurang2nya rakyat tahu.

Dalam wawancara bersama Utusan Malaysia(sisipan Felda), kata Faizoull, ' melalui Felda kita bukan sahaja membangunkan tanah ladang tetapi juga membangunkan MODAL INSAN'
Terima amanah(jawatan Pengarah Besar) dengan rasa penuh rendah diri dan penuh keinsafan'.

Muhasabah diri banyak2 Faizoull kalau nak bercakap pasal modal insan.....

Kalau Ahmad Maslan hentam saya dan kata saya buat fitnah saya tidak hairan sebab beliau hanya berani berkokok saja. Dua kali saya cabar dia debat, tak berani pun. Dia pulak cabar saya dialog, saya setuju, dia juga yg penakut. Saya ada bukti surat2 dan sms yg saya hantar pada dia mengenai debat dan dialog.

Kalau debat dan dialog pun tak sedia, tak payah nak berkokok lah wahai Ahmad Maslan!
Dia ugut nak saman saya bukan sekali dua, banyak kali dah. Kalau dia heret saya ke Mahkamah, lebih mudah saya dedah bagaimana korupnya Najib, Isa Samad, Ahmad Maslan, Faizoull dan Sabri Ahmad dengan bukti2nya sekali. 

' Sekiranya kamu menolong Agama Allah, Allah pasti menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu'- maksud Firman Allah.

Alumni bekas Kakitangan Felda telah dilancarkan di Temerloh baru2 ini. Ada bekas pegawai kanan, pengurus Felda dll staf jadi ahli. Insyaallah, tidak lama lagi akan masuk beberapa bekas pegawai kanan Felda dlm alumni ini sekaligus mengistiharkan penyertaan dlm PAS.

Beberapa pemimpin Majlis Belia Felda Kebangsaan juga akan masuk PAS. Saya sedang dapatkan tarikh Presiden PAS utk majlis bersejarah kemasukan tokoh2 penting Felda dlm PAS.
Bukan itu shj, tokoh2 ini akan buat road show di seluruh Tanah Rancangan Felda dalam kempen ' KEMBARA OREN SELAMATKAN FELDA'

Penyelewengan dan salahguna kuasa yg selama ini Pakatan Rakyat dan ANAK dedahkan; akan dibantu pula secara agresif oleh tokoh2 penting Felda. Gandingan dan kombinasi ini dilakukan demi menyelamatkan Felda dari hancur oleh perasuah dan parasit. Tunggu, pasti gempakkkkk!

Saguhati untuk Leftenan Adnan @ Hairi Osman tak banyak manapun!!!

Penduduk kampung sekitar Sungai Petai dan Changkat Ibol berpuashati dengan ucapan bernas daripada Artis Hairi Osman. Mereka kagum dan senang dengan saguhati yang diberi oleh penganjur.Hairi Osman pun tidak berkira. Rupanya mudah berkira dengan Hairi Osman,cukup dengan panggilan telefon .Terus sahaja berurusan dengan beliau. Syabas Hairi Osman. 

Maaf kami hendak DUN Changkat Jering dan tiada tukar-tukar.

Maaflah PKR ,kami hendak Changkat Jering.Janganlah nak bagi Changkat Jering dengan bersyarat.PAS mesti bertanding di DUN Changkat Jering dan tiada sebarang pertukaran kerusi.PAS kawasan kena peka dan sensitif ,jangan kerusi sekarang ditukar ganti.

Hormatilah perasaan orang lain. Jangan guna kita lawan UMNO .soal kerusi dan calon soal kedua, untuk berhujah.

PAS dari dulu dah bertanding lebih kerusi. 1994 dan 2004 kita dah bertanding banyak.PRU12  PAS bagi peluang bertanding di kerusi tradisi PAS.Tapi  hangpa khianat. 

Sorry lah .

Thursday, October 4, 2012

Polis sama orang kampung didakwa pukul budak umur 15 tahun.

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang menerima aduan rakyat. Aduan pula datang dari Kg Padang Stang,Kerunai Gerik,Perak.

Penduduk yang melihat kejadian itu memberitahu budak 15 tahun yang akan mengambil PMR tahun ini dikatakan dibelasah orang kampung dan didakwa dua anggota polis juga terlibat memukul sama.Budak itu diikat dan dituduh mencuri getah skrap. Budak lelaki 15 tahun itu menafikannnya.Dia tetap mempertahankan dia tidak mencuri,tetapi sebaliknya dipijak,dipukul malah akan diugut lokap jika tidak mengaku.

Penjaga budak itu didakwa telah membuat laporan polis.Namun begitu orang kampung dan dua anggota polis itu didakwa telah meminta penjaga budak itu menarik balik laporan polis.

Pak Wahab keluhannya tidak dipeduli Exco Hamidah Osman

Lokasi Jeti  Kelip-kelip Kg Dew,Taiping,Pak Wahab  seorang Ketua Umno di Kg Dew ,perkampungan yang terletak di pinggir Sungai Sapetang yang kaya dengan Habitat Kelip-kelip dan juga udang galah.Beliau mengadu kepada DS Nizar kerosakan alam yang dibuat oleh orang UMNO sendiri .Beliau berjuang bukan untuk perut tetapi untuk generasi akan datang.foto diambil pada 22 september 2012.

Pak Wahab(depan) merenung nasib masa depan anak cucu. Beliau kesal kolam udang haram yang terletak di gigi sungai Sapetang ini tidak dipeduli oleh pihak berkuasa Pejabat Tanah LMS.'Rezab sungai diceroboh" tapi tak dak sape berani untuk ambil tindakan 'kata Pak Wahab.

Sdr Rahim Ismail, NYDP Bukit Gantang melihat kesedihan Pak Wahab.Ahli UMNO yang berjuang untuk kesehateraan anak cucu tetapi Pemimpin UMNO Bukit Gantang hanya untuk perut.
Kg Dew, habitat kelip-kelip kini terjejas teruk.Exco pelancongan YB Hamidah Osman tidak peduli. DO LMS pun tidak peduli .Yang peduli DS Nizar. Pak Wahab bersabarlah Pakatan Rakyat jadi Kerajaan Perak,nasib Pak wahab dan orang Kampung Dew ini akan dibela.Percayalah.!!!!!

Kes Saman Fitnah Nizar TV3, 2 Januari 2013.


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tiga hari bermula 2 Januari depan untuk perbicaraan kes saman fitnah RM50 juta yang difailkan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3).

Hakim Datuk Yeoh Wee Siam menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Mohd Fitri Asmuni yang mewakili Mohammad Nizar dan peguam Lim Qi Si mewakili pihak TV3.

Lim, ketika ditemui pemberita memberitahu beliau mendapat arahan daripada anak guamnya untuk meneruskan perbicaraan kes itu walaupun Mohammad Nizar bersedia untuk menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah.

Mahkamah turut menetapkan 10 Disember untuk pengurusan kes tersebut. Mohammad Nizar memfailkan saman itu terhadap TV3 kerana menerbitkan pernyataan fitnah berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000.

Sementara itu, bagi saman berjumlah RM50 juta yang difailkan Mohammad Nizar terhadap Utusan Melayu berkaitan pernyataan fitnah yang sama, mahkamah menetapkan 24 Oktober ini untuk mendengar permohonan Utusan Melayu bagi mengetepikan penghakiman ingkar yang diperintah oleh mahkamah pada 8 Ogos lepas.

Mohd Fitri memberitahu pemberita bahawa pendengaran kes itu ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof. Pada 10 Julai lalu, Mohammad Nizar memfailkan dua saman tersebut secara berasingan (terhadap Utusan Melayu dan TV3) dan dalam pernyataan tuntutannya beliau menamakan Utusan Melayu dan TV3 sebagai defendan.

Katanya beliau telah mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Twitter miliknya pada 28 Mei lepas berhubung nombor plat itu.

Mohammad Nizar yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang mendakwa pada 30 Mei lepas, TV3 telah mengeluarkan berita melalui Buletin Utama pukul 8 malam, berhubung kenyataannya itu.

Beliau berkata keesokannya pada 31 Mei, Utusan Melayu menerbitkan satu artikel di halaman 11, akhbar Utusan Malaysia berhubung kenyataannya itu.

Mohammad Nizar mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor. - Bernama

Wednesday, October 3, 2012

Tuan OCPD ,Dato Fauzi Shaari mai tempat kami.

Esok Jumaat Tuan Fauzi Shaari dan Hairie Othman mai Bukit Gantang untuk menyampaikan mesej-Mesejnya Mesej Tolak UMNO.

Tuesday, October 2, 2012

Pemimpin PKR mau pi Negara Mozambique jika kalah PRU 13

Dr Mohamad Nor Manuaty  sedang berucap mewakili PKR dalam Seminar Persiapan PRU 13,baru-baru ini,30 September.


Baru-baru ini penulis pergi ke Seminar Persiapan PRU 13 ,Pakatan Rakyat. Tapi berasa kecewa dan hampa dengan kenyataan seorang penalis PKR. Bagaimana seorang penalis yang dulunya UMNO kemudian dipecat dan  masuk PKR untuk bersama rakyat .Tetapi boleh buat ucapan jika kalah PR dalam PRU 13 ini mahu lari ke negara Mozambique untuk cari makan.Beliau sudah beritahu isteri dan anak-anak ,jika kalah beliau tak boleh cari makan di Malaysia.

Langsung tiada semangat patriotik dan nampak betul seolah-olah berjuang untuk perut.Kita orang harap, DS Wan Azizah,jangan pilih  "dia" sebagai calon PRU 13 .Bikin malu saja...