Gua punya kampung dulu ada satu olang bilang,ini Pas tak boleh menang ,ini Bukit Gantang. Boleh cakap boleh hilang kaki.. Tau-tau dia sudah hilang kaki,,kerana kencing manis..Ini Adnan Yaacub pun,, boleh hilang ,,telinga ma! kerana kencing manis atau kanser ma ?????
Friday, November 30, 2012
Penduduk Kamunting,Taiping menunggu Datuk Adnan potong telinga
Ribuan penduduk Dun Kamunting,Taiping mendengar ucapan pimpinan seperti Hj Mat sabu,YB DS Nizar dan YB Nga Kor Meng, malam kelmarin. |
YB Nga Kor Meng dalam ucapannya pada malam kelmarin menyatakan "kita semua menunggu Datuk Adnan Yaacub memotong telinga dan terjun Sungai Pahang." Jadi untuk melihat Datuk Adnan potong telinga dan terjun sungai, YB Nga Kor Meng mengharap jentera Pakatan Rakyat kena bekerja keras menangkan Perak dan Putrajaya."video cut off my ears" |
Thursday, November 29, 2012
Lihat Ustaz UMNO (PAU) dihimpit susu.!!!!!
Pampasan RM207 bilion: Perwakilan PAU ada berani!!!!
IPOH: Pemuda PAS mencabar perwakilan Perhimpunan Agung Umno (PAU) membangkitkan isu pampasan RM207 bilion untuk mangsa keretapi maut jika benar parti itu memperjuangkan hak orang Melayu.
Ini kerana, selepas lebih lapan tahun wang itu diterima kerajaan, sehingga kini wang pampasan dari kerajaan Jepun itu tidak diserahkan kepada mangsa atau waris mereka.
"Kami sekali lagi mencabar perwakilan Umno untuk membangkitkan persoalan ini di dalam ucapan-ucapan mereka di dalam POU 2012!" kata Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mendakwa, kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan mangsa atau waris yang terlibat dalam pembinaan landasan keretapi maut di Nong Pladuk di Kanchanaburi, Thailand ke Thanbyuzayat di Burma (kini Myanmar).
Landasan itu dibina sepanjang tempoh 1942 hingga 1946 yang melibatkan rakyat Malaysia dan hampir 70 peratusnya adalah berbangsa Melayu masih belum mendapat pembelaan.
Landasan keretapi sepanjang 415 kilometer dibina selepas penaklukan negara Jepun di Tanah Melayu dan Singapura dahulu.
Sebagai tanda kekesalan, kerajaan Jepun telah membayar wang itu sebagai pampasan kerana memaksa penduduk negara ini terlibat dalam pembinaan landasan itu.
Namun, walaupun diterima pada tahun 2004 lalu, sehingga kini wang itu tidak diserahkan kerajaan kepada mangsa atau waris.
"Dewan Pemuda PAS tertunggu ucapan di dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) Malaysia 2012 kali ini yang akan membangkitkan keluh kesah rakyat negara ini kerana yang pernah terlibat menjadi mangsa seramai 72,000 orang," kata Raja Iskandar (gambar).
Ini bermakna Umno yang dikatakan membawa slogan ‘Janji Diterpati’ perlu memastikan pampasan yang telah diberikan oleh kerajaan negara Jepun pada tahun 2004 perlu diberikan kepada mangsa ataupun waris keluarga yang terlibat.
"Kami mendesak Umno yang menjadikannya sebagai teras membela bangsa Melayu membawa isu besar ini yang masih tiada kesudahan jika benar-benar ingin mengotakan janji-janji mereka," katanya.
Apa yang telah didedahkan oleh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin di dalam Dewan Rakyat tempohari berkaitan sejumlah pampasan RM207 Bilion menjadi persoalan sehingga kini yang masih tidak terjawab, tambah beliau.
"Persoalan kami, dimanakah ‘wang darah’ yang telah diserahkan oleh kerajaan negara Jepun tersebut sebagai pampasan kepada semua mangsa dan juga waris keluarga mereka yang terlibat sebagai buruh paksa ketika itu?
"Kenapakah Kerajaaan Malaysia tidak menjawab persoalan ini termasuk di dalam Dewan Rakyat sehingga kini?
"Kami mendesak mana-mana perwakilan Umno membangkitkan perkara ini," katanya.
Jesteru, jika tiada mana-mana perwakilan yang berani untuk membawa isu ini, terbukti Umno tidak mampu membela rakyat yang tertindas dan juga gagal menepati janji-janji mereka selama ini yang telah lebih 55 tahun memerintah negara, tegas beliau.sumber
Wednesday, November 28, 2012
Ini bukti tazkirah ringkas Nizar untuk SB.
Sg Rotan,Trong, 25 November:DS Nizar sedang memberi "TAZKIRAH RINGKAS" kepada SB ..dari IPD Taiping. DS Nizar menjelaskan,beliau memang menghasut penduduk ,supaya penduduk menolak kerajaan yang zalim yang tidak memberi hak yang sepatutnya kepada rakyat."Memang benar saya hasut pendudu,tapi supaya mereka tolak BN dan sokong Pakatan Rakyat.foto qoorata
Keputusan UPSR,gred A diturunkan markah- DS Nizar.
![]() |
Singgah gerai pisang goreng,bertanya khabar? |
DS Nizar memberitahu penulis, result UPSR untuk gred cemerlang A diturunkan markah .Sebab itu menurut DS Nizar keputusan UPSR lewat sehingga 19 November baru keluar. "Ada ibu bapa jumpa ,bagitau tak percaya anak dia dapat 5 A" kata DS nizar.
Tuesday, November 27, 2012
Walaupun ada SB,orang India tetap sokong Nizar.
![]() |
Bersabar untuk mendengar ucapan DS nizar yang ingin membela nasib rakyat tanpa mengira kaum. |
Nizar temu Pak Hashim ,buruh paksa landasan maut.
Monday, November 26, 2012
YB Idham Lim nafi tutup pusat khidmat.
PARIT BUNTAR - Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim menafikan dakwaan pejabat pusat khidmatnya, di Taman Kerian Permai, di sini ditutup untuk memberi tumpuan kepada kawasan baru bakal ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Khalil berkata, dakwaan kononnya beliau mengabaikan pengundi di kawasannya kerana mahu memenangi hati pengundi di kawasan Parlimen Kuala Kangsar, kerusi bakal ditandingi pada PRU13, sebagai spekulasi tidak berasas.
"Tuduhan saya meninggalkan kawasan untuk menumpukan perkhidmatan di Parlimen Kuala Kangsar tidak tepat memandangkan pengurusan parti peringkat negeri mengarahkan saya membantu PR (Pakatan Rakyat) memenangi kerusi Parlimen itu pada PRU13," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, beliau kini mengagihkan jadual perkhidmatannya iaitu memperuntukkan masa tiga hari di Dun Titi Serong dan empat hari di Parlimen Kuala Kangsar demi memastikan tanggungjawabnya tidak diabaikan.
“Sejak dulu lagi, saya dengar banyak dakwaan menuduh saya menutup pejabat pusat khidmat, malah ada yang tuduh saya tinggalkan kawasan dan abai kebajikan rakyat.
“Sebenarnya, selepas isu rampasan kuasa pentadbiran pada tahun 2009, pejabat pusat khidmat saya dan beberapa Adun lain kembali suram dan kurang dikunjungi rakyat.
“Bagaimanapun, sehingga kini, saya menerima banyak permohonan mendapatkan sokongan dan bantuan daripada rakyat Titi Serong dan senario ini membuktikan saya benar-benar memberikan komitmen untuk membela nasib rakyat kawasan ini,” katanya.
Ditanya adakah sahih beliau bakal dicalonkan di Parlimen Kuala Kangsar, Khalil Idham menyerahkan perkara itu kepada pucuk kepimpinan parti dan hanya melaksanakan arahan mereka untuk mengatur jentera pilihan raya Pas dan PR di kerusi Parlimen itu.sumber sinar
“Sekiranya saya diputuskan sebagai calon, saya terima dengan hati terbuka dan berjanji akan bekerja kuat untuk memenangi kerusi yang kini diduduki bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz.
“Saya juga yakin dengan keupayaan sesiapa sahaja yang dicalonkan di kawasan Dun Titi Serong, dengan syarat calon dan jentera parti perlu bekerja kuat untuk memenangi hati rakyat,” katanya.
“He [Chua] is a liability to BN -Nizar
TAIPING: PAS is claiming that MCA is using the hudud issue to drive away the Chinese from voting for the opposition.
But the Islamist party adds that MCA chief Dr Chua Soi Lek’s constant questioning of hudud will be a liability for Barisan Nasional.
PAS state deputy chief Mohammad Nizar Jamaluddin said, “He [Chua] is a liability to BN and the more he criticises hudud, the more plus points for Pakatan Rakyat in winning the coming general election.”
“Chua’s statement on the hudud issue has angered the Muslim community as religion is a very sensitive issue to Muslims,’’ he said.
This will drive Malays who are equally divided in loyalty to both BN and Pakatan, to make a U-turn and give more support to Pakatan in the coming polls, he claimed.
He told this to FMT after attending a function in Changat Jering on Sunday.
Nizar said that support for MCA from the Chinese community is eroding fast as seen in the recent two protest marches.
He was referring to the United Chinese Schools Committees Association of Malaysia or Dong Zong mammoth gathering in Petaling Jaya to protest against the National Education Blueprint
The other gathering was the 300km march from Kuantan by the Himpunan Hijau group protesting against the Lynas Advanced Material Plant in Gebeng (Kuantan) .
Nizar said that MCA which had depended on the Malay votes for winning its seats will receive a double blow from both the Chinese and Malay voters in the coming polls.
“MCA is using an old school of thought on hudud to frighten the Chinese community into voting against PAS and Pakatan, which is not working as they have recognised us as a party for all,” said Nizar, a former menteri besar.
He pointed out that even the Minister for Islamic Affairs, Jamil Khir Baharom, had stated recently that hudud will not have an impact on non-Muslims in Malaysia.
Jamil had been reported as saying that the punishments under the Islamic penal code comes under the jurisdiction of the Syariah Court which applies only to Muslims. humayun kabir( fmt)
Sunday, November 25, 2012
K.Kupusamy,Ketua MIC ,hanya DS Nizar boleh tolong.
![]() |
K.Kupusamy bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah tanah kerajaan di Sungai Rotan Dun Trong,yang juga Ketua MIC untuk Sungai Rotan ."Dulu masa mintak tanah,cakap Malay Reserve,sekarang orang Melayu sudah dapat boleh jual sama orang Cina"kata K.Kupusamy.'Ini 25 orang sudah dapat geran tanah"kata Kupusamy kepada DS Nizar."Ini orang takdak usaha punya"kata Kupusamy lagi."Sekarang ini ,mereka sudah dapat geran,kita tanam orang lain kasi dapat."kata Kupusamy. Foto -foto: Qoorata
Kes Tanah,SB pun tumpang dengar hasutan Nizar.
Saturday, November 24, 2012
Changkat Jering:UMNO lawan PKR ,UMNO menang.
Friday, November 23, 2012
Cikgu-cikgu tahun depan dapat imbuhan RM500.oo
Kerajaan Baru Pakatan Rakyat, tahun depan dapat imbuhan RM500.oo. Buat pelajar-pelajar U PTPTN mansuh. Minyak turun harga. Bayaran tol dekat PLUS dimansuhkan.Hanya Najib ,Muhyiddin, Shafei,Hishamudin dan Zahid je tak ndak????
Thursday, November 22, 2012
Jumpa Nizar di lima kampung!SB sudah siap booking.
Pada 25 November Ahad ini ,bermula 11.30 pagi hingga petang ,penulis akan mengikuti DS Nizar dan pimpinan seperti Ustaz Idris Ahmad ke walimahtulurus penduduk ,dalam Parlimen Bukit Gantang.
Program yang padat itu dijadual akan berakhir pada lewat petang,dengan program ziarah penduduk.Terdapat dua program dialog bersama peneroka tanah.Jumpa DS Nizar di sana!!!!
Wednesday, November 21, 2012
Beranikah Najib pasang kamera AES di Pekan?
PAS Perak menjemput semua mangsa saman AES untuk mendengar sesi taklimat dengan PEGUAM PAS dan Nab Presiden PAS ,Datuk Mahfus Omar pada hari AHAD 25 November 2012,di Pejabat PAS ,nombor 13,Medan Istana 3,Bandar Ipoh Raya,Ipoh ,jam 10 pagi.MANGSA kerakusan BN diminta membawa saman AES bersama.
Persoalannya ,beranikah Najib dan Muhyiddin memasang AES di Pekan dan Pagoh???????
KUALA LUMPUR: Beranikah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memasang kamera AES di Pekan untuk menunjukkan sokongan kepada keputusan kabinet yang diketuai beliau bahawa sistem ini adalah baik untuk rakyat?
Sumber dalaman Umno yang berang dengan keputusan kabinet untuk meneruskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berkata sepatutnya Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin patut menunjukkan model contoh dengan memacak beberapa kamera AES di Pekan dan Pagoh.
“Bagi ahli parlimen BN yang menyokong juga sepatutnya membawa 4 kamera seorang untuk balik ke kawasan masing-masing untuk mengurangkan kadar kemalangan. Sudah tentu rakyat di kawasan parlimen mereka sokong.
Bagi Menteri Besar negeri-negeri BN pula tunjukkan sokongan kamera AES yang Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang tidak mahu pasang, semua dibawa ke negeri masing-masing. Kena bermula dengan Pahang dan Johor, negeri kelahiran Najib dan Muhyiddin,” sindir beliau yang ternyata sangat berang dengan keputusan tersebut.
Ketika ditanya Harakahdaily, mengapa kabinet Umno BN masih meneruskan hasrat untuk memasang kamera AES meskipun tahu ia bakal mengundang kehilangan undi di PRU13, sumber dalaman Umno tersebut tidak menjawabnya secara direct.
“Lu pikirlah sendiri. Apa yang Umno dewakan sehingga tidak sanggup menarik balik AES. Mengapa AES tidak seperti juga GST (cukai barangan dan perkhidmatan) yang ditangguhkan sehingga PRU13 selesai. Lu pikirlah sendiri lagi,” jawabnya sambil berseloroh.
Mengenai perhimpunan Umno akan datang, sumber dalaman Umno itu berkata pasukan Muhyiddin kini sedar kemungkinan tuan mereka menjadi Ketua Pembangkang adalah amat tinggi.
“Jikalau Umno kalah pilihanraya, anta ingat Rosmah sanggup digelar sebagai isteri Ketua Pembangkang? Sudah pasti, Muhyiddin yang bakal jadi Ketua Pembangkang masa itu. Siapa lagi yang sanggup jadi Presiden Umno yang pertama yang jadi Ketua Pembangkang, tiada yang sanggup, tapi next in line ialah Muhyiddin,” kata beliau.
Ditanya apa pandangan dalam Umno mengenai Muktamar PAS ke-58 yang baru berlangsung baru-baru ini, sumber dalaman Umno berkata ada satu perkara penting yang ingin ditutup Umno dan medianya.
Perkara paling penting katanya ialah deklarasi harta oleh Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, yang disambut oleh Timbalan Presiden Mohamad Sabu.
“Yang paling kita tidak sangka, pada ucapan penggulungan Abdul Hadi (Tuan Guru Presiden PAS) turut menyatakan sokongan terbuka kepada tindakan Nasrudin. Jika PAS betul dapat mewajibkan deklarasi harta untuk semua calonnya di PRU13, Umno akan sangat tertekan, kerana calon-calon yang dipilihnya ramai yang tidak sanggup melakukannya, terutamanya sekarang dengan kewujudan Rafizi (Ramli) dan NOW yang fokusnya untuk mencungkil maklumat kroni Umno,” kata beliau.
Deklarasi harta Nasrudin, katanya menjadikan keadaan perbandingan Umno dengan PAS menjadi 8-0 untuk pimpinan atasan – di mana Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dibandingkan dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, Najib dibandingkan dengan Tuan Guru Abdul Hadi, Muhyiddin dengan Mohamad Sabu, Hishamuddin, Ahmad Zahidi, Shafei Afdal dibandingkan dengan Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Husam Musa, Ahmad Maslan dengan Datuk Tuan Ibrahim dan terkini Nasrudin dibandingkan dengan Khairy.
“Bagi Dewan Muslimat PAS, kalau Siti (Zailah) dapat buat deklarasi harta dan menekan Shahrizat Jalil, akan terus jadi 9-0,” kata sumber dalaman Umno itu lagi.sumber harakah daily.
Anggota polis bawa telur,siasat kes pecah rumah.
Heboh satu kampung Changkat Ibol dan kampung berdekatan ,anggota polis pergi siasat kes pecah rumah dekat Changkat Ibol ,datang bawa telur sahaja,
Penulis diberitahu penduduk yang mengetahui kes pecah masuk di rumah dekat Changkat Ibol,baru-baru ini ,anggota polis dari Balai Polis datang siasat tanpa membawa senjata "pistol". Seorang penduduk mendakwa boleh pulak suruh orang kampung yang tolong kepung kawasan rumah yang dirompak.
"Kena gaya, penyamun tarbus ada senjata ,boleh kena tembak"kata seorang penduduk kampung.
Penduduk kampung juga mendakwa , anggota polis ,boleh cakap janji .selamat cukup.Polis tak kisahpun penyamun tarbus itu masih ada di dalam di rumah." Polis bawak ,telur saja" kata seorang pesara kerajaan dari Changkat Ibol.
Tuesday, November 20, 2012
Tiada elaun untuk guru laksana PBS
Sejak diperkenalkan, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah menimbulkan pelbagai polemik, masalah, rungutan dan sebagainya. Yang paling ketara ialah kelemahan persediaan prasarana Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam melaksanakannya. Akibatnya, timbullah pelbagai rungutan daripada para guru yang turut merasai bebannya.
Oleh itu, PAS sebagai parti yang perihatin masalah rakyat. Segala aduan ini diambil kira dan telah ketengahkan di dalam Dewan Rakyat agar diberi perhatian yang sewajarnya.
Dalam sidang parlimen pada 7 November yang lalu, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bukit Gantang telah mengemukakan pertanyaan lisan tentang isu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Beliau meminta Menteri Pelajaran menyatakan kenapa PBS diperkenalkan di sekolah-sekolah kerajaan, sedangkan banyak sistem operasi on-line tidak berkesan dan lambat.
Beliau juga bertanya mengapa Kementerian Pelajaran tidak mahu memberi elaun tambahan untuk guru-guru yang terpaksa memasukkan (key-in) markah dan maklumat di rumah, yang melibatkan masa bersama keluarga dan terpaksa membayar bil elektrik yang tinggi serta para guru terpaksa melanggan broadband untuk membuat kerja sekolah.
Timbalan Menteri Pelajaran II, Dr Mohd Puad Zarkashi menjelaskan bahawa buat masa ini, Kementerian Pelajaran Malaysia belum bercadang untuk menyediakan elaun khas kepada guru-guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Menurut beliau lagi, KPM mengambil maklum kesulitan yang dihadapi oleh guru dalam mengakses Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) online sebelum ini. Justeru, KPM telah menyediakan hosting khas yang berasingan bagi SPPBS dan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Proses migrasi hosting bagi sistem tersebut telah selesai dilaksanakan pada akhir September 2012 dan sistem tersebut pada masa ini adalah lebih stabil dan boleh diakses.
Dr Puad juga memberitahu bahawa, Kementerian sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan capaian internet di semua sekolah di seluruh negara. KPM sedang memperluaskan perkhidmatan capaian internet melalui Projek 1BistariNet secara berperingkat-peringkat sehingga Mac 2013 bagi menggantikan SchoolNet di semua sekolah dengan kelajuan antara 4Mbps hingga 20Mbps.
Dalam hal ini, jelas bahawa KPM tidak bersedia sepenuhnya dari segi perkhidmatan on-line, sedangkan sepatutnya sistem ini telah mantap sebelum sistem ini dilaksanakan. Kelemahan ini boleh merencatkan kelancaran kerja para guru. Di samping itu, pelbagai persoalan lain timbul ialah tentang kesediaan para guru itu. Mereka terpaksa menyediakan peralatan komputer dan internet sendiri di rumah. Pada masa yang sama, sememangnya diketahui umum bahawa kemudahan internet jalur lebar khususnya dikawasan luar bandar amat ketinggalan.
Para guru bukan sahaja terpaksa menanggung bebanan tugas yang semakin bertambah malah terpaksa menanggung peningkatan kos bil elektrik dan internet, membeli peraalatan komputer dan mengorbankan masa tambahan untuk kerja-kerja pengkeranian.
Berdasarkan jawapan Menteri Pelajaran ini, para guru diharap mendapat mesej yang jelas bahawa KPM belum bercadang atau mungkin juga tidak bercadang untuk memberi elaun tambahan, walau bebanan tugas dan kos bertambah.
Para guru juga terpaksalah bersabar dengan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Umno-BN ini kerana proses penambahbaikan capaian internet akan selesai sepenuhnya pada tahun depan.
Dalam hal ini, Pakatan Rakyat dalam Buku jingganya berjanji akan memberi imbuhan RM500 sebulan kepada setiap guru jika memerintah. Tawaran ini dibuat setelah mengambil kira peningkatan kos, bebanan tugas serta tanggungjawab guru yang amat besar, berbanding kerjaya lain.sumber harakahdaily
Monday, November 19, 2012
Mufti yang didakwa bertaubat sepuluh kali sehari?????
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ,mufti yang melaku taubat sepuluh kali sehari seperti yang didakwa dilaporkan????Melihat kesungguhan sebagai seorang mufti yang tawaduk dan zuhud.Tapi mengapa ye, menjadi suratkhabar sebagai bahan rujukan.???Rujukan pula Utusan???
Keputusan UPSR menurun ,UMNO tak bising le!!!!
IPOH - Seorang calon kelainan upaya (OKU) dan dua anak Orang Asli antara pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Perak, tahun ini.
Mereka antara 3,718 calon yang berjaya memperoleh A dalam kesemua mata pelajaran diambil.
Sementara itu peringkat nasional juga keputusan UPSR menurun.Keputusan merosot,pada tahun 2011 ,mereka yang dapat semua A 46,012 . Walhal pada tahun ini 45054 . Gred Purata Nasional pun menurun ,tahun 2011 2.30 ,sedangkan tahun 2012 ialah GPN 2.31.(sumber buat UMNO tak riuh)
Cinta facebook.
Hasmadi (kiri) tersenyum setelah tangannya dikucup Norazizan sewaktu majlis akad nikah di rumah keluarga pengantin perempuan, Taman Seri Serai, Bagan Serai kelmarin.Majlis akad nikah disempurnakan jurunikah,Ustaz Mohd Sabri Sabran lebih kurang jam 5 petang sambil disaksikan sanak saudara kedua-dua mempelai..sumber
Sunday, November 18, 2012
Walaupun dah terlambat ,mau buat ,kira ok le!!!!
KOTA BHARU: Setelah dikritik di dalam Muktamar Dewan Muslimat Khamis lalu berhubung masalah gaji atau elaun guru-guru Pasti yang rendah, hari ini Dewan Pemuda PAS Pusat mengambil inisiatif menubuhkan dana khas bagi membantu nasib mereka.
Ketuanya Nasruddin Hassan ketika ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan PAS berkata, dengan adanya dana ini beliau percaya ia boleh mengatasi masalah gaji guru-guru Pasti.
Malah beliau juga mencadangkan agar mana-mana kerajaan dalam Pakatan Rakyat menyumbang satu dana khas melalui dana pendidik terus kepada Pasti.
Jelasnya, guru-guru Pasti pada asasnya diberi gaji antara RM400 hingga RM800 sebulan bagaimanapun ia tertakluk kepada pengurusan cawangan Pasti masing-masing.
"Gaji mereka ini bergantung kepada jumlah murid dan jumlah yuran yang dibayar oleh murid.
"Sebab itulah ada yang dapat gaji lebih dan ada yang dapat gaji kurang," katanya.
Tambahnya, Pemuda juga memberi kenaikan elaun sebanyak lima peratus malah juga memberi bonus hari raya dan permulaan masuk sekolah kepada guru-guru Pasti.
Khamis lalu, Dewan Muslimat di dalam penggulannya mendesak Dewan Pemuda agar mengambil serius berhubung masalah gaji guru-guru Pasti memandangkan 99.9 peratus yang terlibat di dalam Pasti adalah di kalangan muslimat.sumber harakah daily.
Friday, November 16, 2012
Azmin Ali dan ahli Pas yang wala'
Musim buah ini,pi meronda-ronda jumpa kawan. Musim cuti ,banyak terima jemputan kenduri kawin.Banyak soalan dan banyak maklumat yang diberi.
Banyak maklumat . Bab kerusi DUN Changkat Jering banyak yang dikongsi.Mereka beritau, kerusi DUN Changkat Jering,Azmin Ali yang berkeras tak mau bagi.Pimpinan lain dah ok!
Kemudian,ada orang kampung ,bagitau. Pimpinan PKR jual air liur. "Dun Changkat Jering milik kami" .Orang Pas ,wala' punya. Ikut arahan parti.Parti sudah tetap, orang PAS mesti ikut. wala' punya. Orang PAS tak kan boikot punya. ..Biar betul?????
Tindakan tegas kepada duri dalam daging
PENGKALAN CHEPA: Perwakilan Perak meminta PAS mengambil tindakan tegas kepada kepimpinan yang menjadi 'duri dalam daging'.
Wakil Perak Tn Hj Razman Zakaria berkata, mereka yang disifatkan 'duri dalam daging' ini sedikit sebanyak akan menyukarkan PAS untuk mencapai matlamat dan tujuannya.
Ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, beliau juga berharap PAS lebih berani dalam membuat keputusan diluar kotak agar diyakini oleh semua kaum.
Malah katanya, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) juga hendaklah diperkasakan dengan memberi latihan kepimpinan bagi memperkuatkan sayap parti PAS ini.
"Dalam memperkasakan dominasi dewan masing-masing perlu ditangani dengan cermat, dewan-dewan lebih menonjolkan ikon yang berkebolehan bagi menyaingi parti lawan," katanya.
Pegawai kerajaan tidak akan dizalimi dan didendami- TG Hj Hadi
![]() |
TG Hj Hadi memberi jaminan, Pegawai Kerajaan tidak akan dizalimi dan membalas dendam kepada pegawai kerajaan yang mengikut dasar kerajaan yang memerintah(BN). |
Kota Bharu-TG Hj Abdul Hadi menegaskan bahawa parti itu "percaya dan yakin bahawa peralihan kuasa dari BN ke Pakatan Rakyat akan berlaku dengan lancar dan aman sekiranya rakyat memberikan amanahnya kepada Pakatan Rakyat.
"Kepada rakyat keseluruhannya, jangan takut untuk berubah kepada yang lebih baik. Maka sekiranya kita gagal melaksanakan amanah itu, rakyat bolehlah menghukum kami dalam pilihanraya yang seterusnya," kata TG Hj Hadi.
TG Hj Abdul Hadi berkata PAS memberikan suatu jaminan bahawa jentera kerajaan Pusat atau Negeri yang terdiri dari pegawai berbagai peringkat, tidak akan dizalimi atau dibalas dendam kerana mereka yang akan melaksanakan dasar kerajaan semasa yang dipilih oleh rakyat.
"Hubungan yang baik dengan institusi Raja berpelembagaan akan dipertahankan, sebagaimana komitmen bersama Pakatan Rakyat yang kita ikrarkan," tegas TG Hj Hadi.
Thursday, November 15, 2012
PRU ini ,perang siber- Hj Hadi
![]() |
Tok Guru Hj Hadi sedang berucap. Pru kali ini libatkan Perang Siber. |
Memandangkan pilihan raya kali ini merupakan pilihan raya yang melibatkan perang siber, persiapannya bukan lagi seperti pilihan raya yang pernah dilalui sebelum sebelum ini.
Sebaliknya, petugas di semua peringkat mesti melakukan reformasi cara bekerja dengan menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terutamanya dalam menghadapi fenomena perang siber menerusi media baru ICT sekarang ini.
"Kerjasama penerangan dan ICT perlu diperkukuhkan segera untuk menghadapi PRU-13 ini dengan mewujudkan satu urusetia berkaitan media baru sebagaimana yang diresolusikan dalam Persidangan ICT dan Media Baru 2011 pada tahun lepas.
"Saya menyeru kepada semua pimpinan PAS terutamanya yang terlibat dengan Lajnah Penerangan dan Jabatan Pilihanraya disemua peringkat melihat potensi ICT dan Media Baru ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan kempen dan dakwah melalui laman sesawang, youtube, facebook, twitter, webtv, selain dari ceramah dan bahan-bahan media cetak," katanya.
Pemuda selesaikan dulu imbuhan Guru Pasti.
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Pusat dibidas kerana dilihat mengambil pendekatan defensif berhubung gaji atau elaun yang diberikan kepada guru-guru Pasti.
Perwakilan Johor Rosnani Jusoh berkata, 99.9 peratus tenaga pendidik Pasti adalah muslimat.
Namun, beliau mempersoalkan apakah kebajikan yang diperjuangkan oleh Pemuda PAS terhadap guru-guru Pasti yang terdiri daripada Muslimat.
"Kita selalu ke Pasti, sebahagian besar kita adalah Pasti, kita mendidik tanpa prejudis.
"Adakah imbuhan minima yang diterima guru-guru Pasti selaras dengan gaji minima yang diperjuangkan Pakatan Rakyat!," tegasnya yang diikuti sokongan para perwakilan.
Difahamkan hampir keseluruhan perwakilan Muslimat yang hadir dalam dewan KTC ini adalah warga pendidik.
Rosnani juga melahirkan keluhan walaupun sudah 25 tahun berada di dalam Pasti namun tidak wujud usaha hatta membuat caruman kepada guru-guru Pasti.
"Adakah perancangan serius ke arah itu? Apakah benefit yang diberi? Bertahun-tahun di Pasti dan apakah dan berapakah caruman yang dirancang mereka dengan serius?" soalnya.
Justeru, beliau meminta Pemuda PAS khususnya bersedia bersaing dengan sihat memandangkan tadika Islam yang kini tumbuh bangaikan cendawan.
"Kini banyak tadika Islam tumbuh, jika kita tidak bersedia kita akan dikeluarkan atau tidak disenaraikan dalam senarai kegemaran masyarakat, kita perlu terbuka dan berlapang dada," katanya.
Sementara itu, dalam sesi penggulungan Exco Lajnah Pendidikan DMPP Dr Halimah Ali turut menggesa agar Dewan Pemuda berbuat sesuatu ekoran keluahan dan rintihan yang diutarakan oleh Muslimat ini.
"Muslimat PAS Pusat akan duduk bersama pemuda dan Ajk PAS Pusat untuk membincangkan luahan rasa Muslimat kita yang rata-rata menjadi guru Pasti," katanya diikuti tepukan para perwakilan.
Pengerusi Lajnah kebajikan dan Kemasyarakatan DMPP Dr Najihatussalehah Ahmad menggesa Dewan Pemuda PAS membuat solusi dengan segara dan meneliti semula permasalagan guru Pasti yang diluahkan pada hari ini.
"Berapa kali guru Pasti yang terdiri daripada Muslimat dijemput sebagai pemerhati dalam Muktamar Pemuda? Di mana perjuangan untuk guru Pasti?," soalnya yang diikuti laungan tidak oleh perwakilan. SUMBER HARAKAH DAILY
Calon pilihan Najib ,Bukit Gantang,sudah kena kencing!!!!
![]() |
Salah satu baner yang dipasang bakal calon Umno di Bukit Gantang. Cuba tengok dekat mana yg salah tulisan ini. Mungkin baru hendak belajar tulis jawi dan Arab. |
Calon pilihan Najib,Haji Rosli Bin Isa langsung tidak dipeduli UMNO Bahagian Bukit Gantang.Beliau bergerak sendiri.Pengurus Kempen beliau,tidak berapa pandai membina imej Tn Haji Rosli Isa.Banyak baner yang dikeluar oleh pasukan kempen beliau tidak mesra pengundi. Mungkin juga beliau sudah kena kencing dengan penyokong YB Rosli Husein,Ketua UMNO Bukit Gantang?????
Wednesday, November 14, 2012
PBS :mengharap perwakilan PAS memberi jalan keluar.
Monday, November 12, 2012
NURUL Izzah telah teraniaya seperti bapanya Anwar Ibrahim.
NURUL Izzah telah teraniaya seperti bapanya Anwar Ibrahim.
Sama ada ucapannya tentang tiada paksaan dalam agama tersilap, keliru atau kurang jelas, maka dia telah dipelupuh hingga hampir mati oleh orang yang benci kepada anak beranak itu.
Saya mengambil sikap melayan Izzah sebagai mana-mana orang yang didakwa belum bersalah selagi mahkamah
Misalnya seorang ustaz bercakap tentang Firaun dan Nabi Musa a.s. Dalam ucapannya itu dia terkata Nabi Musa itu kejam. Orang yang mendengarnya tahu cakapnya tidak betul. Biasanya orang tahu ustaz itu tersasul dan bukan itu yang dimaksudnya. Yang dia hendak kata kejam itu ialah Firaun, bukan Nabi Musa.
Jika ustaz itu sedar dia tersasul, dia akan betulkan. Jika dia tidak sedar, dia rasa dia betul. Kecualilah sepanjang ucapannya itu terus menerus dia kata nabi itu begitu. Yang itu bukan silap tetapi dia benar-benar jahat.
Apabila berlaku tersasul dan kekeliruan biasanya orang akan bertanya minta penjelasan. Jika yang bercakap tidak bermaksud seperti yang dicakapkannya, dia akan membetulkan kesilapannya dan menjelaskan apa yang kurang jelas.
Tok-tok guru pondok yang mengajar agama pun kadang-kadang tersasul. Maka itu dia minta murid-muridnya bertanya apa yang kurang jelas.
Saya yang terlatih sebagai wartawan, diminta bertanya kepada orang yang membuat kenyataan apabila ada perkara yang kurang jelas atau salah maksud itu. Tidaklah nanti kita membuat laporan yang tidak betul.
Tidaklah pemberita itu dikira salah lapor apabila dia melaporkan cakap yang salah cakap dari seseorang. Beritanya itu betul tetapi dia benar-benar pandir kerana dia tidak minta penjelasan dari orang yang bercakap.
Kekeliruan boleh berlaku bila-bila dan oleh sesiapa. Nabi SAW pernah membuat kenyataan yang mengelirukan seorang tua. Orang tua itu bertanya adalah dia boleh masuk syurga. Baginda menjawab, mana ada orang tua masuk syurga. Lalu menangislah orang tua itu. Nabi pun menjelaskan maksudnya betapa dalam syurga nanti semuanya muda-muda belaka. Orang tua seperti Nabi Nuh a.s. yang seribu tahun usianya, di syurga nanti jadi muda juga.
Jika pemberta dengar cakap Nabi seperti itu dan tidak minta penjelasan, dia buat berita seperti yang didengarnya, maka huru haralah sekalian orang tua.
Makhluk pertama melakukan maksiat ialah iblis apabila dia enggan sujud kepada Adam. Allah tanya dulu iblis menggapa dia begitu? Allah tidak terus laknat dia. Setelah dia jelaskan mengapa dia memusuhi Adam, maka barulah dia dilaknat.
Tetapi mungkin wartawan pandir itu hendak memberi rezeki kepada Izzah dengan membuat laporan begitu tanpa minta penjelasannya. Izzah lalu menyaman mereka. Jika nasib Izzah baik, dia menang saman dan dapat bayaran berjuta.belum mendapatinya bersalah.
Sebagai manusia dia terdedah dengan segala macam kelemahan. Dia boleh melakukan kesilapan dan kekeliruan dan dia juga boleh jadi jahat.
Tetapi semua dikehendaki adil terhadap semua sebagaimana kita mahu semua adil terhadap kita.
Pertama dia bercakap tanpa teks. Walaupun ucapan itu dirakamkan tetapi ia tidak menghalang dia membuat kesilapan. Eloknya rakaman itu memungkinkan kita tahu kesilapan dan boleh dibetulkan.
Sesiapa saja yang berucap khusus yang bukan nabi mesti ada kata-kata tersasul dan kesilapan dan ada yang tidak jelas yang memerlukan penjelasan.
Subscribe to:
Posts (Atom)