Tuesday, December 31, 2013

DSP,ASP dan sarjan antara 40 polis disiasat pengubahan wang haram.

Seorang pegawai kanan polis di Kuala Lumpur adalah antara 40 anggota polis yang sedang disiasat kerana mengubah berjuta-juta ringgit wang haram yang diperoleh sindiket pelacuran di Malaysia, sumber-sumber memberitahu The Malaysian Insider.
Difahamkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga memperluaskan siasatannya termasuk pengubahan wang haram dan amalan rasuah oleh beberapa dozen anggota polis di seluruh negara."Mereka sedang disiasat kerana pengubahan wang haram, dan sekurang-kurangnya rasuah," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
"Anggota polis ini boleh didakwa kerana sebab-sebab tersebut. Bergantung kepada bukti yang kita kumpul," tambah sumber itu.
Sumber lain pula berkata operasi pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit dan dikesan selepas beberapa peristiwa tembak menembak antara polis dengan penjenayah pada tahun 2013 di mana beberapa gangster yang disyaki ditembak mati di beberapa bandar utama.
"Kami sedang menyiasat hubungan antara tembak menembak ini dengan operasi pengubahan wang haram," kata sumber itu.
Pada 26 Disember, SPRM mengesahkan bahawa seorang pegawai kanan polis bergelar 'Datuk' telah memberikan satu kenyataan, berkaitan kes pengubahan wang haram yang bernilai lebih RM6 juta.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali  berkata, pegawai polis berkenaan telah memberi kenyataan di pejabat SPRM Putrajaya seminggu sebelum ini.
"Sebenarnya, kita telah memanggil pegawai kanan polis itu untuk mengambil kenyataan dan dan merakam perbualan.
"Beliau memberi kerjasama dengan baik dan kami mencatatkan kenyataan itu. Tiada tangkapan telah dibuat," beliau dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Bernama.
Mustafa yang enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ia berkaitan dengan siasatan kes rasuah kerana wang telah ditemui di rumah pegawai itu dan berkemungkinan pegawai polis yang lain akan dipanggil untuk membantu dalam siasatan kes itu.
Sebuah akhbar melaporkan minggu lepas bahawa seorang pegawai kanan polis telah dipanggil untuk memberi kenyataan bagi  membantu SPRM dalam siasatan terhadap tiga pegawai polis berhubung kes pengubahan wang haram.
Pada bulan November, akhbar harian itu juga melaporkan bahawa ketiga-tiga pegawai polis, berpangkat DSP, ASP dan Sarjan, ditahan secara berasingan oleh SPRM dan semasa penangkapan itu, SPRM menjumpai RM500, 000 dalam bentuk wang tunai, tiga jam tangan Rolex dan juga barang kemas.
Dua daripada pegawai ditangkap itu telah dipindahkan ke Johor dan yang ketiga ke Negeri Sembilan katanya, sambil menambah bahawa salah seorang pegawai telah disyaki terlibat dalam pengubahan RM1.7 juta wang haram dan RM4.3 juta. – 1 Januari, 2014.(sumberMI)

Selamat Tahun Baru, Najib sudah terguling.


Najib mana suka nak turun ,,dia nak naik,tak percaya tanya Rosmah.

Najib mana suka nak turun ,dia nak naik je.La ni macam-macam ada,penasihat ini,penasihat itu.Yang Najib nak semua naik. Dia mana peduli dengan orang lain.PRU 14 lambat lagi.Setakat himpunan TURUN dekat KL bukannya boleh gulingkan kerajaan.Kerajaan Najib ada 4 tahun  7 bulan lagi. Seminggu sebelum PRU 14 ,bagi macam-macam dekat rakyat,rakyat pun diam,undi BN lagi.Yang penting kerajaan PR di Kelantan,Selangor dan Pulau Pinang kena tunjuk contoh dan mendahului zaman.

Komputer riba ganti buku teks itulah janji Muhyiddin.

Tahun hadapan komputer riba ganti buku teks,itulah janji TS Muhyiddin Yassin untuk menyakinkan pengundi untuk memilih kerajaan BN.Akan tetapi habuk pun tak dak.Semua janji BN hanya retorik. (sumber)

Monday, December 30, 2013

RM484 perlu untuk belanja seorang anak bersekolah.

Anggaran belanja seorang anak yang bersekolah di Lembah Kelang RM484.Tidak termasuk sekolah,agama,yuran PIBG,bas sekolah dan tuisyen. DS Najib umur tiga tahun sudah naik kapal terbang,mana beliau tahu kesengsaraan rakyat.Datin Rosmah Mansor pun dia bukan ada anak kecil lagi,beliau tak tahu harga baju sekolah dan peralatan sekolah.

Ahli UMNO mungkin semua percuma,tak payah keluar duit untuk beli apa-apapun.Ahli UMNO  mungkin jikalau pergi kedai,tunjukkan kad Ahli UMNO,semua percuma.

Sunday, December 29, 2013

Barang naik, Rosmah-Najib ada jawapan.

Otak buntu,semua naik.Macamana nak turun barang naik,hanya Najib Razak ada jawapan.

Patutnya beri BRIM tahun ini,boleh tolong rakyat beli peralatan sekolah

Foto 29 Disember:YB Ustaz Idris Ahmad,Ahli Parlimen Kawasan Bukit Gantang dan isteri Ustazah Kamariah bersama pelajar PASTI dan Tahun Satu  dalam Program Penyampaian Beg Sekolah anjuran Pas Cawangan  Jelutong,Kawasan Bukit Gantang.  Turut kelihatan Ustaz Nordin Jaafar,YDP Pas Bukit Gantang dan TYDP Ustaz Zulkifli Ahmad.  
Changkat Jering-Ibu-bapa pelajar yang ditemui dalam Program Bantuan Beg sekolah Pas Cawangan Jelutong,Bukit Gantang  berasa kecewa kerana kerajaan hanya memberi BRIM pada tahun hadapan.Begitu juga bantuan persekolahan RM100 untuk seorang pelajar turut diberi tahun hadapan."Patutnya diberi sekarang"kata seorang Pak Cik."Kalau kerajaan betul-betul nak tolong orang kampung,sekarang le beri"kata seorang ibu."Dengan duit itu,kita boleh beli barang keperluan sekolah anak"

Saturday, December 28, 2013

Terima kasih semua,Nurul Atiqah Liyana telah ditemui.

Syukur Alhamdulillah,terima kasih kepada ,kaum keluarga,jiran tetangga ,sahabat handai,rakan taulan dan pihak  yang berkenaan termasuk pembaca blog serta facebook,dengan berkat pertolongan,doa,solat hajat dan bacan yassin ,Nurul Atiqah Liyana telah selamat ditemui.

Nurul Atiqah Liyana yang didakwa dipukau telah ditemui di Kuala Lumpur   malam tadi dan selamat sampai ke rumahnya  jam dua pagi tadi.

"Lepaskan anak saya,Nurul Atiqah Liyana"rayu seorang ibu.

GADIS hilang disyaki dipukau dan diculik.
Pengkalan Pegoh,Ipoh- Puan Marzita Ahmad Sani, ibu  gadis hilang yang disyaki dipukau sebelum diculik merayu mereka yang "menyimpan"Nurul Atiqah Liyana bt Mohd Jaafar  memulangkan kembali anak beliau.Mereka bukan keluarga kaya. Ayah Nurul Atiqah meninggal dunia tahun lepas.

Gadis ini mempunyai tujuh adik- beradik.Tiga belajar di IPTA ,tiga sekolah menengah dan yang bongsu di sekolah rendah. 
Nurul Atiqah pelajar Diploma UITM Sri Iskandar,Perak.Kini dalam bercuti.

"Anyah,pulanglah"kata Puan Marzita."Lepaskan anak saya" rayu Puan Marzita ,seorang ibu tunggal.

Bagi mereka yang mengenali dan bertemu dengan gadis ini sila lapor kepada Balai Polis Berdekatan.

Friday, December 27, 2013

Rakyat sokong naik harga kata Datuk Seri Hasan Malek.

Otak menteri BN semua sama.
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia menyokong kenaikan harga berikutan kurangnya aduan yang dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), kata Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek pada Jumaat.
"Kita tidak menerima apa-apa aduan. Rakyat tidak mengadu, ini bermakna terdapat sokongan. Kita tidak mengawal harga, tetapi pengguna yang mengawalnya," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen 'Kembali Ke Sekolah' AEON.
Hasan turut menggesa supaya semua perniagaan untuk bertimbang rasa.
"Tolong bantu kementerian dan tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya."
Beliau berkata, pegawai kementerian akan membuat pemantauan, dan meminta pengguna yang menyedari tentang kenaikan harga melampau supaya membuat aduan.
"Kita merancang untuk bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan lain-lain lagi," katanya.
Mengenai kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Kerajaan seharusnya mengurangkan kos berbanding menaikkan harga, Hasan berkata, beliau menghormatinya tetapi tidak bersetuju dengan pandangan itu.
"Kita akan melihat pandangan Tun serta rakyat. Kita mahukan sistem yang terbaik."
Sesiapa yang ingin membuat aduan boleh menghubungi talian hotline kementerian di 1-800-886-800, atau emel kepada e-aduan@kpdnkk.gov.my.

Thursday, December 26, 2013

Ustaz Ramli Tusin masa jadi YB,mudah angkat telefon.

Ustaz Ramli Tusin,mantan wakil rakyat Gunong Semanggol(2008-2013),bersama rakan-rakan Kolej Islam,Klang.
Ustaz Ramli Tusin,YDP PAS Bagan Serai,pernah jadi wakil rakyat. Beliau antara peminat blog Sisi Bukit.Sewaktu menjadi wakil rakyat amat mudah dihubungi.Apabila dihubungi melalui telefon,cepat mengangkat.Jika tak sempat, mantan YB ini akan memanggil balik kepada siapa yang "miss call" tadi.Amat disenangi penduduk Bagan Serai.Oleh sebab itu apabila Ustaz Zawawi Hassan bertanding di Gunong Semanggol ,beliau menang mudah.Pengundi telah memberi kepercayaan kepada PAS kerana wakil rakyatnya sebelum itu Ustaz Ramli Tusin sudah bekerja dan berkhidmat untuk rakyat. 

Balai Polis Pasir Putih,Ipoh, simpan saja laporan gadis hilang.

Ipoh- Balai Polis Pasir Puteh,Ipoh didakwa tidak bertindak atas laporan yang dibuat oleh seorang ibu tunggal,Puan Marzita Ahmad Sani.Anak Puan Marzita didakwa hilang pada 24 Disember setelah aduan dibuat pada 24 Disember 2013 di Balai Polis Pasir Puteh.Laporan beliau hanya sampai kepada unit D8,apabila keluarga Marzita Ahmad Sani bertemu dengan ACP Ramli di IPD Ipoh.

Apa yang dikesalkan laporan aduan anak hilang ini tidak dipanjangkan kepada Unit D 8.IPD Ipoh.Pada kelmarin 26 Disember ,seorang pegawai polis ACP Ramli yang ditemui oleh keluarga pengadu memberitahu Unit D8 tidak mendapat laporan ini.Jadi selama dua hari laporan anak gadis hilang ini diperap di Balai Polis Pasir Puteh,Ipoh.Dakwa ACP Ramli(unit D8) ini merupakan kes culik.

Wednesday, December 25, 2013

Dua wakil rakyat UMNO Perak ,tidak jadi rakyat Perak semasa hari mengundi.

Dua wakil rakyat dari UMNO  di Perak semasa hari pengundian PRU 13 ,5 Mei lalu tidak menjadi rakyat Perak.Justeru dua ADUN UMNO,iaitu ADUN Manong dan ADUN Rungkup didakwa tidak layak untuk menjadi wakil rakyat kawasan tersebut.Kedua-dua wakil rakyat UMNO telah melanggar Artikel 30 ,Perlembagaan Negeri Perak. Berita lain dibawah yang dipetik dari akhbar portal MI

Tujuh bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dua calon PAS Perak mengambil tindakan mahkamah untuk menyingkirkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) kerana tidak menjadi penduduk negeri itu semasa hari pengundian, 5 Mei lalu.
Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai dan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 24 Februari 2014.
Salah seorang peguam dalam kes itu, Robin Lim, berkata saman difailkan terhadap Adun Manong dari BN, Mohamed Kamil Shafie dan Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya kerana melanggar Artikel 30 Perlembagaan Perak.
Katanya, Adun negeri tersebut mesti menjadi penduduk tetap Perak semasa hari pengundian.
“Mereka menetap di Lembah Klang dan pemilihan mereka sebagai Adun bertentangan dengan Perlembagaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Saman difailkan oleh Jamil Dzulkarnain yang tewas kepada Mohamed Kamil sementara satu lagi saman difailkan Misbahul Munir Masduki terhadap Shahrul Zaman.
Mohamed Kamil menang 231 undi majoriti sementara Shahrul Zaman menang dengan majoriti 613 undi.
Dalam tuntutan saman, plaintif Jamil dan Misbahul Munir berkata, Adun BN tersebut tinggal di luar Perak dan alamat di MyKad mengesahkan mereka bukan penduduk tetap negeri itu.
Plaintif mahu mahkamah mengisytiharkan Adun BN tersebut digugurkan daripada jawatannya sebagai wakil rakyat.
Mereka juga menggesa mahkamah mengeluarkan arahan bagi menghalang Adun berkenaan menghadiri mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN).
Bagaimanapun, Adun berkenaan berkata, penyingkiran seseorang wakil rakyat perlu dibuat melalui petisyen pilihan raya.
Jamil dan MIsbahul Munir dalam kenyataan balas berkata, mereka tidak mencabar keputusan pilihan raya tetapi kelayakan dua Adun tersebut.
Semasa pilihan raya umum lalu, BN berjaya mengukuhkan penguasaannya di Perak selepas menang 31 kerusi DUN sementara Pakatan Rakyat (PR) memenangi 28 kerusi dengan DAP 18 kerusi, PAS (4) dan PKR (6).
Selepas PRU13, PAS memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan pilihan raya di kawasan DUN Pasir Panjang, Manong, Selama, Lubuk Merbau, Rungkup dan Manjoi.
Selain Lubuk Merbau, petisyen tersebut gagal dibicarakan atas alasan teknikal.
Mahkamah Persekutuan pada Isnin mengarahkan hakim pilihan raya mendengar semula petisyen Lubuk Merbau.
The Malaysian Insider difahamkan permohonan sama difailkan terhadap Adun Manjoi dari BN kerana tidak menjadi penduduk tetap Perak.
Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi itu selepas menewaskan Asmuni Awi dengan majoriti 132 undi. – Berita MI-25 Disember, 2013

Tuesday, December 24, 2013

Gadis Hilang disyaki dipukau dan diugut.

Seorang gadis berumur 2o tahun Nurul Atiqah Liyana binti Mohd Jaafar didapati hilang setelah keluar rumah untuk membayar duit  pinjaman  kereta di Ambank dekat Ipoh.Adik Nurul Atiqah Liyana penuntut Diploma UITM Sri Iskandar ,Perak.Nurul Atiqah hilang bersama kereta Viva berwarna hitam AHQ  6534.Beliau disyaki dipukau  dan diugut. Menurut ibu beliau Marzita Ahmad Sani ,anaknya meminta nombor pin Kad ATM beliau.Tetapi beliau tidak memberi.Anak beliau memberitahu ibu beliau ingin ke rumah ibu angkat dekat Kuala Kurau pada hari Isnin 23 Disember yang dikenali semasa program keluarga  angkat UITM.Sehubungan dengan itu mereka yang melihat kereta VIVA hitam AHQ 6534 bolah memberitahu balai polis berdekatan.Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pasir Putih,Ipoh. Sejak 23 Disember hingga kini gadis ini belum ditemui.  Nurul Atiqah Jaafar merupakan anak saudara Cikgu Din,AJK Pas Kawasan Bukit Gantang.

Monday, December 23, 2013

Zahidi Hamidi lupakan isu Syiah untuk lawan petisyen Parlimen Bagan Datoh.

Zahid Hamidi tak perlu tunggu saman Mat Sabu.Petisyen untul membatalkan kemenangan beliau di Parlimen Bagan Datoh diterima oleh Mahkamah Persekutuan.
Empat Petisyen Pilihan Raya Akan Didengar Semula Di Mahkamah
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Isnin memerintahkan empat petisyen pilihan raya, bagi kerusi Parlimen Tapah dan Bagan Datoh, di Perak dan Ketereh di Kelantan serta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubok Merbau, diremit semula ke mahkamah pilihan raya untuk mendengar merit kes selepas membenarkan rayuan petisyen pilihan raya yang difailkan pembangkang.
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, yang mempengerusikan panel lima anggota terdiri daripada hakim-hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Seri Abu Samah Nordin, berkata mahkamah mengetepikan keputusan yang dibuat mahkamah pilihan raya yang menolak petisyen itu.
Dalam keputusannya, Md Raus menegaskan sesiapa saja boleh memfailkan petisyen dan pempetisyen tidak perlu hadir untuk memfailkan sendiri sesuatu petisyen itu.
Pada pilihan raya umum Mei lepas, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memenangi kerusi Bagan Datoh; Datuk M. Saravanan (Tapah); Tan Sri Annuar Musa (Ketereh) dan Datuk Siti Salmah Mat Jusak (Lubok Merbau).
Sementara itu, Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuan bagi empat kerusi parlimen Sungai Besar dan Kuala Selangor di Selangor serta Batu dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Mahkamah menolak rayuan oleh dua pengundi, Mat Ismail Nasir (Sungai Besar)dan Muhammad Rashid Muhammad Kasim (Kuala Selangor), berhubung keputusan mahkamah pilihan raya, sekali gus mengekalkan kemenangan Datuk Noriah Kasnon (Sungai Besar) dan Datuk Irmohizam Ibrahim (Kuala Selangor) daripada Barisan Nasional (BN).
Dalam keputusan sebulat suara, Md Raus berkata mahkamah tidak mempunyai sebab untuk mengganggu keputusan mahkamah pilihan raya yang telah menolak petisyen itu.
Mahkamah turut memerintahkan dua perayu, Mat Ismail dan Muhammad Rashid, supaya membayar sejumlah RM60,000 kepada enam responden, Noriah, Irmohizam, Suruhanjaya Pilihan Raya (bagi kedua-dua kes) dan dua pengawai pengurus pilihan raya.
Berhubung rayuan bagi kerusi parlimen Batu dan Lembah Pantai, Md Raus berkata mahkamah berpandangan petisyen itu kekurangan fakta material dan tiada kuasa tindakan terhadap responden.
Mahkamah menolak rayuan berhubung petisyen pilihan raya yang difailkan alon BN Dr Dominic Lau Hoe Chai untuk membatalkan kemenangan Chua Tian Chang (Tian Chua) daripada PKR dan pengundi parlimen Lembah Pantai Mohamad Sazali Kamilan untuk membatalkan kemenangan Nurul Izzah Anwar, juga daripada PKR. - BERNAMA

Petisyen Dun Lubok Merbau dibicara semula di Mahkamah Tinggi Petisyen.

Mahkamah Persekutuan Putrajaya yang membicara rayuan petisyen Lubok Membau  pada 23 Disember telah membuat keputusan memihak kepata pempetisyen.

RAYUAN Petisyen bagi DUN LUBOK MERBAU (Perak) yang difailkan oleh Pakatan Rakyat Perak DITERIMA & Mahkamah batalkan keputusan Mahkamah Tinggi serta mengarahkan BICARA SEMULA di Mahkamah Tinggi Petisyen

Sunday, December 22, 2013

Apa khabar Menteri Pertahanan,dah lama tak keluar tv????

Apa khabar DS Hishamuddin Husein Onn?Sudah lama tak masuk "paper" dan tv??Dengar cerita tahun hadapan Menteri Pengangkutan dipegang Presidem MCA  .Siapa boleh jelaskan ke mana perginya Hishamuddin Husein Onn,??Masih bercutikah????

Saturday, December 21, 2013

Pelajar tingkatan 3 Malaysia setaraf darjah 5 di Singapura.-Nurul Izzah.


Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mempersoalkan perbezaan persepsi dalam sistem pendidikan Malaysia dalam pengamatan kerajaan dan badan antarabangsa.


Beliau memberi contoh laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) yang mencerminkan keadaan yang membimbangkan dalam sistem pendidikan Malaysia.


"Pada tahun 2011, Laporan TIMMS melaporkan kejatuhan kedudukan Malaysia untuk subjek Matematik iaitu dari 16 (1999), 10 (2003), 20 (2007), dan 26 (2011) sementara subjek Sains pula ialah 22(1999), 20 (2003), 21 (2007), dan 32 (2011).


"Kejatuhan markah purata bagi subjek Matematik iaitu 519 (1999), 508 (2003), 474(2007) ke 440 (2011); jatuh 79 mata sementara subjek Sains iaitu 492 (1999), 501 (2003), 471 (2007) ke 426 (2011).


"Yang menghairankan adalah kontradiksi yang diperlihatkan menerusi Laporan Lembaga Peperiksaan - rekod pelajar yang mendapat A dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut semakin meningkat dari tahun ke tahun di dalam peperiksaan PMR. Apakah yang sebenarnya berlaku?" kata beliau dalam ucapan aluan di kongres pendidikan NGO 'Teach For The Needs' (TFTN) hari ini.


Izzah menambah laporan PISA tahun lalu turut menyebut kegagalan sistem pendidikan Malaysia yang menurutnya perlu 'diterbalikkan' bagi memastikan kualiti pendidikan dapat ditingkatkan.


"Menjelang 2013, sebuah lagi laporan pendidikan diterbitkan. Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) telah mengeluarkan laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012.

“Sekali lagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan prestasi pelajar Malaysia yang semakin merudum. Terkini, pelajar tingkatan 3 Malaysia setaraf dengan pelajar Darjah 5 dari Singapura dan Korea Selatan!"(lagi berita)

Yang bujang cepat kahwin,sebelum GST dikenakan-YB Rafizi Ramli.

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menasihatkan mereka-mereka yang masih belum berkahwin supaya menamatkan zaman bujang sebelum cukai barangan dan perkhidmatan (GST)  dilaksanakan pada 1 April 2015.

Jelas Rafizi yang juga merupakan ahli Parlimen Pandan, pelaksanaan GST akan memberi bebanan kepada bakal pengantin kerana terpaksa membayar lebih kepada katerer.

"Sekiranya GST dilaksanakan, semuanya turut akan terkesan, semua barang akan naik harga," katanya ketika majlis pelancaran kempen Faham GST - Tolak GST di Kelab Sulaiman, di sini, malam tadi.

Sementara itu, Rafizi menjelaskan hanya beberapa perkara sahaja dikecualikan GST sebaliknya hampir keseluruhan barang dan perkhidmatan akan dikenakan cukai tersebut, sekali gus akan menambah penderitaan rakyat.

"Hanya belacan, cencaluk, kacang dhal, beras, sektor pendidikan dan kesihatan sahaja yang akan dikecualikan GST, namun hampir keseluruhan barang dan perkhidmatan selain perkara itu akan dikenakan GST.

"Oleh itu, saya sarankan rakyat tolak GST kerana GST akan memberi bebanan kepada kita," katanya.

Friday, December 20, 2013

YB Chua Yee Ling ringankan beban ibu bapa.

Foto 20 Disember:ADUN Kuala Sepetang,YB Chua Yee Ling bersama kanak-kanak seusai membeli kelengkapan sekolah mereka.Program anjuran Pusat Khidmat ADUN Kuala Sepetang  bertujuan meringankan beban ibu bapa dengan  kos sara hidup yang semakin meningkat.Kumpulan kanak-kanak ini dipilih dalam kalangan keluarga miskin dalam DUN Kuala Sepetang.

Thursday, December 19, 2013

Dua penguatkuasa Majlis Perbandaran Taiping didakwa pukul taukeh restoran.

TAIPING - Seorang pemilik restoran mendakwa dipukul oleh dua anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Taiping (MPT) kerana dituduh cuba melanggar mereka di Jalan Chong Thye Phin, di sini.

Dalam kejadian sekitar jam 9.20 pagi itu, mangsa Low Kai Aik, 34, berkata, ketika tiba di Jalan Tupai 2, kereta dipandunya dilanggar secara tiba-tiba oleh seorang anggota penguat kuasa lengkap beruniform.

“Saya segera keluar dari kenderaan untuk mendapatkan penjelasan dan anggota penguat kuasa itu kata saya cuba langgar mereka ketika sedang menjalankan tugas berhampiran Plaza Perbandaran, namun saya menafikannya," katanya pada sidang media yang diadakan di Pejabat Adun Aulong, Leow Thye Yih semalam.

Kai Aik berkata, kemudiannya tiga lagi anggota penguat kuasa MPT yang menaiki kereta tiba dan dan beberapa orang daripada mereka terus membelasahnya tanpa belas kasihan.

“Apabila saya menjerit minta tolong, ramai datang cuba membantu namun dihalang seorang anggota.

“Tidak berapa lama kemudian datang kira-kira 30 anggota penguat kuasa MPT dan beberapa orang dari mereka bercakap kasar dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya serta memasukkan saya ke dalam kenderaan mereka,” katanya.

Peniaga itu berkata, dia terkilan kerana pada masa sama terdapat beberapa anggota berpangkat turut berada dalam kumpulan terbabit tetapi hanya berdiam diri dan tidak menghalang kakitangannya melakukan kekerasan terhadapnya.

“Apabila saya minta pegawai terbabit menghubungi pihak polis, ia tidak diendahkan dan mujurlah ada orang awam memaklumkan kejadian itu kepada polis.

“Setelah polis tiba di lokasi kejadian, saya terus dibawa ke balai polis Taiping untuk membuat laporan berhubung kejadian tersebut,” katanya.

Menurutnya, dia bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap penguat kuasa MPT terlibat.

Sementara itu, Thye Yih berkata, dia turut kesal dengan tindakan penguat kuasa MPT yang disifatkannya berlagak samseng dan memukul orang awam dengan sewenang-wenangnya.

“Sekiranya benar bersalah, mereka tidak sewajarnya memukul mangsa di khalayak ramai tetapi sebaliknya perlu melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

“Saya harap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kejadian ini kerana ia boleh menjejaskan imej MPT sendiri,” katanya.

Mengulas mengenai insiden itu, Yang Dipertua MPT, Shahrom Abdul Malik menjelaskan, pihak berkuasa tempatan itu menerusi bahagian penguatkuasaannya telah menjalankan Ops Halangan di sekitar Bandar Taiping.
Katanya, semasa mengadakan operasi di hadapan Plaza Perbandaran, kenderaan dipandu laju cuba merempuh anggota penguat kuasa bertugas.

“Kenderaan terbabit berjaya ditahan dan semasa menunggu kedatangan polis, berlaku sedikit pergelutan,” katanya.

Beliau berkata, lelaki terbabit di bawa ke IPD Taiping oleh pihak polis dan anggota penguat kuasa terlibat telah membuat laporan polis.

“Tidak dinafikan bahawa wujudnya kacau ganggu ketika penjawat awam sedang menjalankan tugas dan pihak polis juga sedang menjalankan siasatan,” katanya.

Referendum untuk tentukan PBS -YB Nasrudin Hassan

SHAH ALAM  - Kerajaan dinasihatkan tidak mengetepikan pandangan guru-guru berhubung Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

AJK Pas Pusat, Nasrudin Hassan, berpendapat, referendum perlu diwujudkan sebagai satu mekanisme untuk mendapatkan pandangan dalam usaha menambah baik pelaksanaan itu.

“Jangan menafikan pandangan golongan pendidik kerana mereka merupakan pihak pelaksana sistem dan pastinya tindakan mereka akan mencerminkan keberkesanan sistem berkenaan.

“Kita tidak mahu pihak kerajaan mengusulkan dasar yang tidak matang sehingga akhirnya akan berlaku 'flip flop' dan merugikan banyak perkara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Semalam, Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) melahirkan rasa kecewa apabila permohonan untuk berbincang dengan pihak Kementerian Pendidik Malaysia (KPM) berhubung kepincangan PBS dan SPPBS tidak dilayan sehingga kini.

Sehubungan itu, Pas mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mewujudkan referendum bagi menimbang kekecewaan yang dialami tenaga pendidik terhadap PBS dan SPPBS.

Menurutnya, sistem pendidikan sedia ada itu lemah dan membebankan dari aspek operasi serta pelaksanaannya.

“Prinsipnya kita bersetuju dengan sistem pentaksiran yang holistik bagi menggambarkan kualiti para pelajar, namun daripada aspek operasi dan pelaksanaannya ia dilihat lemah serta membebankan malah mengganggu tumpuan para pendidik kepada tugas asas mereka.

“Sejak pelaksanaannya pada tahun 2011 dan 2012, kita lihat banyak pihak mengeluh dengan sistem berkenaan sehingga wujud beberapa ‘task force’ yang membantah pelaksanaan tersebut. PBS sangat menyusahkan sehingga kemudaratannya jauh lebih banyak daripada manfaat yang dijangka,” dakwanya.

Wednesday, December 18, 2013

Calon PRU PAS Perak,biarlah hormat PAS Kawasan.

4 Bidang keberhasilan utama PAS Perak.
PAS PERAK melalui keberhasilannya,antara lain akan menguasai segmen masyarakat melalui NGO.Justeru,biarlah calon PAS dalam PRU 14 menghormati kawasan .Jangan bergerak "syok sendiri" tanpa peduli dengan PAS Kawasan yang mengatur kerja.

Tuesday, December 17, 2013

UMNO tertekan Ustaz Idris Ahmad jadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.

PAS Perak pada kali ini mempunyai pasukan dari PAS Kawasan Bukit Gantang . Timbalan Pesuruhjaya 2,disandang Ustaz Idris  Ahmad, ahli PAS Bukit Gantang merangkap Ahli Parlimen Bukit Gantang,Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Perak Sdr Khairul Ismail pula merupakan Pengarah Jabatan Pilihanraya  PAS Kawasan Bukit Gantang.Hal ini  secara tidak langsung mengiktiraf peranan PAS Kawasan Bukit Gantang  dalam usaha untuk menawan Perak dalam PRU 14.Dengan ADUN Changkat Jering ,DS Nizar sebagai TPJ1 ,usaha UMNO untuk menawan Parlimen Bukit Gantang dan dua DUN lain tidak akan berjaya,insyaAllah.Dengan kekuatan ini PAS Bukit Gantang insyaAllah mampu menawan DUN Trong dalam PRU 14 ini.Ada hikmah perlantikan jawatankuasa Harian PAS Perak. 

Monday, December 16, 2013

Sengsara lagi Zahid, Mat Sabu jadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Zahid Hamidi sengsara lagi apabila Haji Mohamad Sabu menjadi Pesuruhjaya Pulau Pinang. 

Anak menantu Presiden PAS biarlah terbaik.

Anak Presiden PAS Ustaz  Muhammad Khalil sekarang Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.Menantu Presiden PAS Ustaz Zaharuddin ,Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia .Sementara itu Ustaz Mohd Akmal ,Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak.Harapan masyarakat anak menantu Tok Guru Haji Abdul Hadi  prestasi  biarlah yang terbaik.Jaga tingkahlaku .Apabila bertutur jaga adab,jangan ikut perasaan.Jawatan ini memanglah glamour,Akan tetapi kita memimpin massa bukannya memimpin kelompok PAS sahaja.

Sunday, December 15, 2013

Kembalinya Tukang Urut Dato'Mahfuz Omar.

Foto kenangan    bertarikh 18 November 2013 ,DS Nizar datang ke rumah (kini Allahyarham)Pak Cik Ismail Ahmad untuk mengurut.DS Nizar  merupakan individu yang terakhir diurut oleh arwah.Pak Cik Mail meninggal dunia subuh tadi(16 Demsember)dan selamat dikebumikan pada 2.30 petang. Solat Jenazah berlangsung pada 2.00 petang di Masjid Jame'Changkat Jering.Pak Cik Mail ditengah-tengah. Kanan Haji zainuddin Hamzah,Pengerusi Lajnah Kebajikan Pas Kawasan Bukit Gantang.
Changkat Jering,16 Disember- Pak Cik Ismail Ahmad ,ahli veteran PAS Changkat Jering kembali menghadap Allah s.w.t subuh tadi.Allahyarham terkenal juga tukang urut. Pak Cik Mail  semasa hayat pernah mengurut Haji Mahfuz Omar sebaik Haji Mahfuz Omar dibebaskan daripada Penjara Kajang atas isu kriket pasukan Israel tahun 1990an.Arwah juga pernah mengurut Dato'Ismail Kamus sewaktu Dato Ismail Kamus datang ke Bukit Gantang dan banyak lagi.Di samping beliau sempat mengurut DS Nizar pada 18 November lalu. 
Al-fatihah.

Pemimpin pun perlu ditegur-Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan sewaktu menyampaikan ceramah di DUN Kamunting,Taiping pada 13 Disember lalu.
Taiping,14 Disember-Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Kuliah Dhuha di Masjid Lama Taiping memberitahu para jemaah  pemimpin pun perlu ditegur. "Rasulullah S.A.W pun ditegur oleh Allah s.w.t "kata Ustaz Tuan Ibrahim.Menurut Tuan Ibrahim Tuan Man ,imam solat pun boleh ditegur makmum di belakang jika berbuat silap.Jadi tidak menjadi halangan untuk menasihat pemimpin supaya bertindak dengan betul dan adil.

DS Nizar dan Ustaz Idris Ahmad Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.


Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Perak sesi 2013-2015

Pesuruhjaya : Hj Razman Zakaria

Timbalan Pesuruhjaya 1 : YB Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin

Timbalan Pesuruhjaya 2 : YB Ustaz Idris Ahmad

Timbalan Pesuruhjaya 3: Hj Noh Ahmad

Setiausaha : Dr Muhaimin Sulam

Penolong Setiausaha 1 : Sdr Ismad Shahril

Penolong Setiausaha 2 : Sdr Badrin Khalid

Penolong Setiausaha 3: Mazidah Ghazi

Bendahari : Ustaz Ismi Mat Taib

Ketua Penerangan : Ustaz Misbahul Munir Masduki

Pengarah Pilihanraya : Sdr Khairul Anuar

Ketua Dewan Ulamak : Ustaz Kamaruddin Awang Basir

Ketua Dewan Pemuda: Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss

Ketua Dewan Muslimat : Dr Najihatussolehah Ahmad

Ahli Jawatankuasa:
-YB Ustaz Abu Bakar Hussien
-Sdr Rahim Nordin
-Sdr Junaidin Yusof
-Hj Mohamad Rizal Ayub

Saturday, December 14, 2013

Pembentukan Kabinet PAS Perak hari ini.

PAS Perak dijadualkan bermesyuarat pada hari ini untuk membentuk pimpinan PAS Perak. Biarlah pemimpin yang dilantik boleh memimpin masyarakat Perak.PAS bukan parti untuk memimpin kelompok ahli sahaja.PAS mesti memimpin massa. Pesuruhjaya PAS Perak ,Hj Razman Zakaria perlu mempunyai pasukan pemimpin yang mampu untuk menyaingi UMNO. 

Friday, December 13, 2013

"Allah laknat mereka , kejutkan fitnah daripada tidur"-Tuan Ibrahim Tuan Man

Foto  13/Disember/2013:Ustaz Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man bersama YDP PAS Taiping,Ustaz Ahmad Fakharudin Abdul Aziz sebelum program ceramah di DUN Kamunting.
Taiping- Dato' Tuan Ibrahim Tuan sewaktu berkhutbah Jumaat di Masjid Telekom menjelaskan jangan kejutkan fitnah yang sedang tidur."Allah melaknat sesiapa sahaja yang mengejutkan fitnah daripada tidur"tegas Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man sewaktu berkhutbah Jumaat di Masjid Telekom,Taiping.Naib Presiden PAS itu juga menerangkan,sekarang merupakan zaman fitnah.Beliau mengharapkan kita sebagai masyarakat Islam tidak menjadi alat untuk menyebarkan fitnah.Ustaz Tuan Ibrahim meminta masyarakat tidak menjadi media baru seperti facebook untuk menyebarkan berita fitnah dan pornografi.

"Mungkin mereka yang menulis cerita fitnah itu telah bertaubat"ujar Ustaz Tuan Ibrahim."Jadi kita mungkin berdosa kerana meneruskan  berita itu walaupun benar"nasihat Tuan Ibrahim Tuan Man.

Thursday, December 12, 2013

Solat ghaib untuk assyahid Syeikh Abdul Kadir Mullah.

Sebentar tadi bersama jemaah Masjid Telekom ,Taiping solat ghaib untuk assyahid Syeikh Abdul Kadir Mullah diimamkan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man,Naib Presiden PAS.

Syeikh Abdul Kadir Mullah, pimpinan utama Jamaat Islami Bangladesh menemui Tuhannya apabila di hukum gantung oleh Kerajaan Bangladesh.

Yang menghukum, yg menjatuhkan hukuman dan yg menolak rayuan hukuman semuanya adalah org2 Islam sebangsa dgn beliau...

Beliau sempat bertemu isteri dan ahli keluarganya memberikan kata terakhir dan digantung dlm penuh ketenangan pada 12.01 mlm tadi.

Semoga Allah menggolongkannya di kalangan orang-orang yang mati syahid

Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun

Al Fatihah

Setelah Hishamuddin gagal,Zahid Hamidi digunakan untuk hancurkan PAS.

Mat Sabu pemimpin yang digeruni UMNO ,mungkin juga Amerika Syarikat juga tidak mahu Mat Sabu berada dalam politik arus perdana.Bagi UMNO orang Melayu perlu dijauhi dengan PAS   .Semua Menteri UMNO yang jaga Kementerian Dalam Negeri gagal memusnahkan perjuangan PAS dalam politik Malaysia.Misalnya Musa Hitam menjadikan isu Ibrahim Lybia untuk melumpuhkan PAS,tapi PAS terus subur berjuang.Hishamuddin Husein Onn juga gagal sewaktu menjadi Menteri Dalam Negeri,untuk melumpuhkan PAS. Mutakhir ini Zahid Hamidi digunakan untuk melumpuhkan PAS atas isu Syiah. Mat Sabu dijadikan mangsa .Setakat ini dua nama  disebut KDN ,seperti Dr Aziz Hanafi dan Tuan Guru Hj Abdul Rahim Pendang yang membantu KDN untuk membuktikan Mat Sabu menganut Syiah.PAS cuba dihancurkan sebelum PRU 14 sama ada melalui apa cara sekalipun.PAS bagi UMNO tidak boleh menggantikan mereka.Justeru UMNO mempelopori khurafat hanya UMNO sahaja tempat orang Melayu bergantung.

Zahid pernah cakap tembak dulu ,baru siasat.


KENYATAAN AKHBAR Mohamad Sabu

12 Disember 2013, jam 850 malam
Langkawi
--------
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada sidang akhbar khas petang tadi berkaitan bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS dengan Syiah terhadap saya adalah bersifat fitnah terhadap diri saya. Kenyataan beliau adalah lanjutan dari kenyataan Naib Presiden UMNO dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO.

Kenyataan Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi memang mempunyai rekod tidak bertanggungjawab. Pernah beliau mengeluarkan kenyataan di Melaka hal memerangi jenayah seperti 'tembak dulu, baru siasat'.

Kenyataan berulang kali oleh Naib Presiden UMNO berjawatan Menteri Dalam Negeri ini juga memberi imej buruk kepada kerajaan dan negara Malaysia.

Saya telah menghubungi peguam untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap fitnah Naib Presiden UMNO dan KSU Kementerian Dalam Negeri terhadap saya.

Sekian,

Mohamad bin Sabu
Timbalan Presiden PAS

Wednesday, December 11, 2013

Zambry Kadir dendam dengan Nizar sampai pencen jadi YB?

DS Zambry Kadir jelas masih berdendam dengan DS Nizar.Hal ini kerana kerajaan pimpinan  DS Zambry Kadir tidak memberi peruntukan kepada DS Nizar sebagai Ketua Pembangkang.

Rayuan DUN Selama ditolak: peguam pempetisyen Ustaz Akmal tak datang.

Peguam pempetisyen  Ustaz Akmal Kamaruddin(sekarang Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak)DUN Selama kelmarin 10 Disember tidak hadir ke Mahkamah Persekutuan.
Ke mana perginya peguam tersebut? Mereka yang mengikuti kes petisyen PRU 13 ini ingin tahu?  
Lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif turut menolak petisyen pilihan raya PAS bagi kerusi Dewan Undangan Selama.
Md Raus, yang bersidang bersama-sama Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Seri Abu Samah Nordin, membuat keputusan itu selepas peguam pempetisyen Mohd Akmal Kamaruddin tidak hadir ke mahkamah.
Mahkamah itu turut menetapkan 23 Disember ini untuk memutuskan petisyen pilihan raya bagi kawasan Parlimen Bagan Datoh, Sungai Besar, Tapah dan kerusi Dewan Undangan Negeri Lubok Merbau. -BERNAMA

Bekas YB UMNO duit saguhati pun dah habis.