Thursday, February 28, 2013

"Polis suruh tangkap sendiri suspek curi dompet"


IPOH - Seorang tukang urut mendakwa kecewa dengan sikap seorang anggota polis yang mengeluarkan kenyataan ‘tidak disenangi’ ketika membuat laporan di sebuah balai polis di bandar raya ini pada 18 Februari lalu.


Mangsa, Razazi Alias, 42, berkata, dia membuat laporan polis apabila mendapati dompetnya hilang selepas singgah membeli barangan di sebuah kedai runcit di Jalan Mustapha Al-Bakri, di sini.



Bagaimanapun, sewaktu laporan dibuat, anggota polis berkenaan didakwa menyuruhnya untuk mencarinya sendiri memandangkan dia sudah mengetahui wajah dan nombor telefon suspek yang diperolehi daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai tersebut.



Menurutnya, dalam kejadian jam 6.40 petang itu, dia terlupa untuk mengambil semula dompet yang diletakkan berhampiran kaunter bayaran dan terus keluar menuju ke tempat kerjanya di Gerbang Malam.



“Saya hairan, kenapa saya perlu mencari suspek terbabit sedangkan itu adalah kerja polis malah saya telah membantu memberikan nombor telefon yang dipercayai digunakan suspek kepada mereka (polis) untuk memudahkan  siasatan.,” katanya. sumber SH

Rumah Ketua Bahagian UMNO tak macam musim PRU.

                           
Rumah YB Datuk Rosli Husein,Adun Trong merangkap Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang tidak seperti PRU 12 2008..Tidak meriah.Tanpa bendera UMNO atau BN . Tanpa Kanopi  BN.Tidak semeriah PRU 12,pada 8 Mac 2008..Dulu sebelum pengundian  2008  Rumah Ketua UMNO Bukit Gantang ini,banyak aktiviti.Tapi sejak nama didakwa tak "NAIK",Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang  ini seolah-olah merajuk. 
Laluan rumah YB Datuk Rosli Husein,  bendera UMNO dan BN tidak berkibar .seperti di kawasan lain dalam Bukit gantang..Foto diambil pagi tadi 28 Februari 2013,Jln Changkat Jering-Air Kuning.. "Kata penduduk Kampung  Banggol Pasir,Changkat Jering'duit tak masuk lagi,budak-budak pun malas nak gantung bendera BN/UMNO.

Wednesday, February 27, 2013

MB Selangor bila nak bayar caruman takaful????

MB Selangor ,bila nak bayar  caruman takaful?  Kasihan pak cik mak cik ni. Mereka belum mati sudah tuntut wang caruman takaful.Yang akan dapat caruman takaful ini nanti,waris mereka bukannya mereka..UMNO betul-betul parti yang sudah nazak. Buat cerita,semuanya tak kena!!!! 
Sampai ternganga mulut  ,tak faham apa yang diperjuangkan!!!!Sejak DS Najib jadi Pengarah Pilihanraya Selangor,semakin kemetot "otak"  beliau.

Ajal UMNO sudah sampai,Surau Wakaf Orang jadi Pos UNDI.


Sebuah surau dalam Parlimen Bukit Gantang di Kampung Banggol Rendang,Changkat Jering telah dijadikan pos BN oleh ahli UMNO di sini.Surau ini wakaf orang kampung dan bukan terletak di tanah persendirian.Walaupun telah ditegur supaya membuangkan bendera BN itu, Ketua UMNO di sini tidak peduli.Ketua UMNO Bahagian pun tidak ambil pusing ,sejak nama beliau digugurkan daripada senarai calon di Bukit Gantang. Orang UMNO kini semakin derhaka dengan Sultan Perak.

Zambry Kadir penduduk tak puas hati,tanah lot sudah kecil!

TAIPING  – “Kami  memang tak puas hati sebab kini tanah lot milik penduduk di sini  dipecah-pecahkan kepada lot yang lebih kecil berbanding sebelum ini,” kata Pengerusi Surau Nurul Huda, Kampung Aulong Lama, Syed Abu Hassan Syed Hamid.

Beliau berkata, penduduk mendakwa lot tanah mereka menjadi kecil apabila menerima geran baru-baru ini.

Menurutnya, di kampung ini terdapat kira-kira 60 rumah dengan jumlah penduduk seramai 300 orang, kebanyakan mereka berhadapan dengan masalah tersebut.

"Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang penduduk kerana menyebabkan keluasan tanah lot milik mereka menjadi semakin kecil berbanding sebelum ini.

“Masalah ini memberi kesan kepada semua penduduk kerana apabila lot tanah mereka semakin kecil menyebabkan sebahagian rumah telah masuk ke tanah orang lain ,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Syed Abu Hassan berkata, tindakan yang diambil pihak berkenaan adalah tidak wajar kerana hanya akan memberi masalah kepada penduduk.

“Kami telah tinggal di kampung ini hampir 30 tahun, jadi memang tak wajar tindakan seumpama ini dilakukan,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Ahmad Badri Shafie berkata, dia difahamkan lot tanah yang masih kosong telah dijual kepada orang luar.

“Tindakan seumpama ini memang tidak boleh berlaku kerana orang luar mendapat untung tetapi penduduk yang terpaksa berhadapan dengan masalah.

“Kami dah lama duduk di kampung ini, jadi tak wajarlot tanah itu dijual begitu sahaja,” katanya.

Sementara itu, Adun Aulong, Yew Tian Hoe berkata, beliau mengakui perkara tersebut memang berlaku.

Jelasnya, perkara tersebut berlaku sejak Pakatan Rakyat (PR) mula memerintah lagi dan masih berlarutan hingga kini.

“Oleh itu, siasatan lanjut daripada pihak SPRM perlu dilakukan kerana difahamkan ada sebahagiannya diberikan kepada kroni-kroni.

“Ini kerana ia bukan sahaja melibatkan Kampung Aulong Lama tetapi beberapa kampung lain seperti Aulong Baru, Aulong Baru Tambahan dan Kampung Tekah,” katanya. sumber sinar

Tuesday, February 26, 2013

Anggota polis berlakon sebagai perusuh,kalah PRU.

Anggota polis berlakon sebagai anggota polis.

Anggota polis ,terdapat juga berkopiah putih  berlakon (macam orang PAS?) sebagai perusuh.

Perusuh ,pelakonnya anggota polis bersedia untuk merusuh.

Anggota polis yang berbakat besar yang mungkin boleh menyamar sebagai Ahli PAS?

UTK /FRU  dari Kulim  ,Kedah bersiap sedia untuk menangkap  anggota polis yang berlakon sebagai perusuh.

Changkat Jering,25 Februari- Polis Taiping mengadakan latihan  kononnya untuk menghadapi rusuhan akibat kekalahan parti politik tertentu dalam PRU 13 ini.

Apa yang menarik 2008, anggota polis  berrlakon sebagai perusuh di premis sendiri. Tahun 2013 ini di tempat awam. Contohnya di Pasar Mini Saborthan,Changkat Jering.

Menariknya anggota polis berlakon sebagai perusuh.Nampak seolah-olah Parlimen Bukit Gantang kerusi panas untuk UMNO.  

Monday, February 25, 2013

Ustaz Idris mengatasi YB Rosli Husein.

Ustaz Idris Ahmad  pemimpin terawal ziarah  rumah terbakar di Kg  Kuala Trong,baru -baru ini.YB Rosli Husein tak datang lagi,kata penduduk kepada kami sewaktu kami datang menyantuni mereka.
Rumah hangus terbakar.

Tidak ada perkauman,tidak ada rasuah-Nizar.

DS Nizar pada 24 Februari  memberitahu penduduk Kuala Sapetang ,Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya dan negeri Perak tidak ada fahaman perkauman dan menentang rasuah.Pakatan Harapan Rakyat berjanji antara lain memberi pendidikan percuma daripada peringkat tadika hingga ke ijazah pertama.

DS Nizar berucap kepada penduduk Tionghua di Kuala Sapetang dalam Jamuan Tahunan Baru Cina  anjuran PAS Bukit Gantang dan YB Tai Sing Ng. 

Ustaz Idris Ahmad calon Parlimen Bukit Gantang- DS Nizar.

Kelmarin 24 Februari   sekali lagi DS Nizar mengumumkan Ustaz Idris Ahmad sebagai bakal calon Parlimen  Bukit Gantang kepada penduduk Bukit Gantang.DS Nizar mengumumkan perkara Ustaz Idris Ahmad sebagai calon dalam program Rumah Terbuka Tahun Cina Pas Bukit Gantang. 


Sunday, February 24, 2013

Ahli DHPP palsu akan tunjuk perasaan depan Pejabat PAS Perak.

Panas,UMNO Bukit Gantang terdesak. Teman-teman ahli DHPP Bukit Gantang mendakwa YB Rosli Husein,Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang ,Adun Trong telah bertemu mereka untuk menyuruh keluar dari menjadi Ahli DHPP.  Seorang Ahli DHPP berketurunan India mendakwa.,YB Rosli Husein meminta  mereka turun ramai-ramai dekat Pejabat PAS Perak,di Ipoh,tunjuk perasaan .Mereka diminta bakar baju DHPP,sijil ahli dan bendera PAS.

UMNO Bukit Gantang sudah hilang punca,orang Melayu,Cina dan India kini terus meningkat menyokong PAS /PR  di Bukit  Gantang.

Di samping itu ,YB Rosli Husein didakwa sampai sanggup meminta orang India mengaku ahli DHPP Bukit Gantang ,supaya kononnya PAS Bukit Gantang ditolak oleh orang India.

Tarikh baru bubar Parlimen 16 Mac,undi 18 April- YB Nga Kor Meng.

YB Nga Kor Meng  kelmarin  23 Februari memberitahu peserta Harapan Rakyat atau Impian Malaysia di Taiping,  beliau mendapat maklumat dari "perisik" pegawai kerajaan kanan kerajaan  ,Dewan Rakyat atau Parlimen dijangka dibuarkan pada 16 Mac 2013 dan pengundian pada 18 April ,Khamis.

UMNO /BN sengaja mengadakan pengundian pada hari kerja dengan cubaan menghalang pengundi luar Perak untuk balik mengundi.YB Nga Kor Meng memberi contoh ,terdapat lebih 180,000 pengundi Cina yang bekerja di Singapura,yang terpaksa balik dua kali pada 18 April dan hujung bulan April untuk perayaan kubur nanti.Sudah tentu majikan tidak akan memberi cuti dua kali dalam tempoh sebulan. 

Saturday, February 23, 2013

YB Nga Kor Meng derma gaji AP RM10,000 ,kepada calon PAS.

                            
                                                           
Bakal Calon PAS Kamunting,Ustaz Ahmad Fakharuddin  disokong penuh YB Nga Kor Meng untuk bertanding di DUN Kamunting. Sebagai tanda sokongan Ahli Parlimen Malaysia  Kawasan Taiping ,YB Nga Kor Meng berjanji akan memberi   elaun wakil rakyat beliau untuk bulan Februari 2013 ini sebanyak RM10,000  untuk jentera Pilihanraya PAS  Dun Kamunting.YB Nga Kor Meng akan memastikan pengundi Tionghua pada kali ini akan memberi undi kepada Calon PAS.

Friday, February 22, 2013

Kecoh,Ketua Bahagian UMNO tak pegang duit daerah mengundi.


HJROSLI BIN ISA Timbalan Setiausaha Bahagian • TSUB (P) P Bahagian Pembangunan SEKSYEN PEMBANGUNAN  .  Kementerian Pengajian Tinggi seolah-olah menyindir Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang ,YB Rosli Husein.

Hj Rosli ,orang pilihan DS  Najib Razak,diberitakan akan membuat satu rancangan bandar tersusun untuk Parlimen Bukit Gantang dan bandar  IPT jika terpilih mencadi wakil rakyat Parlimen Bukit Gantang.

Jelas sekali wakil rakyat Trong ,tidak ada visi dan misi.Justeru itu tidak menghairankan Ketua UMNO Bukit Gantang didakwa  tidak terpilih sebagai calon lagi.

Bertambah pula Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang dikatakan kononnya tidak lagi memegang "duit peruntukan" untuk Pusat Daerah Mengundi lagi. Yang memegang duit atau habuan pilihanraya UMNO ,ialah orang kepercayaan DS Najib Razak,Ismail Sapian. Calon Prk 2009 yang kalah dulu.

Orang UMNO di mana ada gula di situ mereka ikut. Ketua UMNO sudah tidak ada apa lagi,jadi orang UMNO sudah cabut daripada Ketua Bahagian.Mereka sudah sokong Ismail Sapian.

Lapor ke SPRM,kerana UMNO ingat dewan harta bapak dia!

Sdr Fadhil Idris ,Setiausaha PAS Kawasan Bukit Gantang menunjukkan laporan SPRM yang dibuat ke atas penyalahgunaan  Dewan Orang Ramai oleh UMNO @ BN.Sebanyak 6 laporan polis dibuat Sdr Fadhil Idris berkaitan  penyalahgunaan  DEWAN Orang Ramai dengan bendera parti UMNo @BN. Dalam laporannya Sdr Fadhil memberitahu  duit pembayar cukai yang digunkan untuk membina dan menyelenggara dewan orang ramai itu.Turut bersama ke Pejabat SPRM taiping ,TYDP Ustaz Zulkifli Ahmad dan Pegawai Khas DS Nizar,Hj Zainuddin Hamzah.
Sebuah dewan orang ramai yang disalahguna UMNO @ BN Bahagian Bukit Gantang.(Lagi DOR disalahguna-klik)

UMNO parti miskin,DOR macam harta emak bapak dia. .












UMNO  Bahagian Bukit Gantang menyalahguna kuasa.  Dewan   Orang Ramai  hasil duit pembayar cukai telah disalah gunakan. UMNO ingat harta emak bapak dia. Memerintah lebih 55 tahun.satu bangunan pun tak boleh dibina. UMNO rupanya parti miskin. Bangunan dan tanah  ,habuk pun tak dak. UMNO Bukit Gantang rupanya miskin. UMNO BUKIT GANTANG cakap-cakap berdegar-degar,rupanya  harta pun tiada.

Thursday, February 21, 2013

UMNO Bukit Gantang bergolak,Ketua Bahagian tak jadi calon?

Hj Rosli  Isa  ,didakwa  calon UMNO  untuk Parlimen Bukit Gantang.Hj Rosli Isa kini sudah giat bertemu pengundi.Hj Rosli selalu dilihat tidak bersama YB Rosli Husein,Ketua UMNO Bahagian,dalam perjumpaan dengan pengundi.Di Bukit Gantang ,"beliau lone ranger". Bertambah pula Najib pula didakwa tidak menyokong Rosli Husein untuk bertanding di Parlimen Bukit Gantang,Trong dan Changkat Jering. Mengikut sumber dari orang Ismail Sapian calon UMNO PRK 2009,duit untuk PDM(Pusat Daerah Mengundi) pun bukan dipegang Ketua UMNO Bukit Gantang,tetapi Ismail Sapian.Ismail Sapian orang kepercayaan Najib.


Hj Rosli Isa lebih suka berkawan dengan YB Pengkhianat  Rakyat Osman Jailu.No way untuk YB Rosli Husein?

Penaklukan Tentera Filipina di Lahad Datu?-Cikgu Bard


Kerajaan Malaysia lemah dan SAMM gesa Manila segera tarik pasukan tentera keluar dari kawasan kedaulatan Malaysia

Saya dan teman -teman SAMM baru pulang dari Sabah dalam siri lawatan kerja 4 hari (14 - 15 Febuari) di sana. Kesempatan berada di Sabah telah memberi peluang memerhatikan kejadian ' Penalukan Tentera Filipina' di Lahad Datu secara dekat.

Apayang berlaku dari saksi hidup yang ditemui menyatakan sekitar 400 - 500 tentera lengkap berseragam dan antaranya jelas berseragam tentera Filipina bersama perbagai senjata dari peralatan separa berat seperti M16, M14 (grenade launcher) sehinggalah bom tangan serta Colt 45 Pistol.

Persoalan penting bagaimana 400 - 500 orang lengkap bersenjata dan berpakaian tentera boleh mendarat di Pantai Malaysia melalui Tanjung Labian dan berjalan dan menakluki Kampung Tunduo. Menurut saksi semua berlaku secara aman dan tanpa berselindung.

Semua juga seperti terancang di mana secara teratur kemudian pasukan keselamatan negara datang dan membuat operasi mengeluar dan 'menasihatkan' penduduk kampung berpindah ke kawasan selamat.

Tidak ada apa berlaku kecuali sekatan jalan raya tentera dilakukan. Amat 'pelik sekali' apabila pasukan tentera bersenjata negara jiran masuk ke dalam negara tetapi kita boleh berunding sahaja. Tidak akan ada pihak akan menyalahkan negara ini jika kita menembak tentera jiran yang menceroboh jauh ke dalam tanah kedaulatan negara.

Satu lagi persoalan bukankah perairan negara di kawasan tersebut telah dilengkapi sistem pertahanan paling mahal yang terkait trajedi pembunuhan warga Monggolia. Mana perginya scorpene, kapal selam canggih negara tersebut ?

atau adakah ini antara perkara yang dibincangkan apabila Najib Ketua Regim Bn berkunjung ke Filipina baru - baru ini ?

Banyak yang misteri, untuk terus menjadikannya misteri wartawan Al jazeera dan beberapa aktivis muda dari Sabah dutahan konon kerana menghampiri kawasan konflik. Tentera asing dibiarkan dan mengatakan keadaan aman tetapi wartawan dan aktivis tempatan ditahan. Amat Pelik ! 

SAMM menyimpulkan perkara ini kepada dua kemungkinan:

Regim lemah, gagal selesai masalah persempadanan dan ini hasil malapetaka pemberian Kad Pengenalan.

sememangnya Filipina menuntut Sabah sebagai tanah kedaulatanya antara asasnya ialah sejarah Kesultanan Sulu yang menguasai sebahagian besar Sabah dan pusat Kesultanan berada di bawah tanah kedaulatan Filipina kini. Regim ini juga terlalu lemah dan terlalu mengambil mudah isu persempadanan negara, isu tuntutan Sabah masih banyak tidak diselesaikan dan diselindungkan. Tahukah kita Kuala Lumpur masih membayar USD 5,000 setahun kepada Manila dan bagi mereka yang terlibat mendesak tuntutan Sabah menganggap ia bayaran sewaan Kuala Lumpur terhadap Sabah. Keadaan menjadi lebih parah apabila terlalu banyak dan tanpa kawalan pemberian Kad Pengenalan kepada warga Filipina khususnya keturunan Sulu kerana untuk memenangkan Barisan Nasinal di sana.

Kejadian ini mengingatkan kita dengan Rusuhan Sabah 1986 yang terjadi kerana kekalahan mengejut Parti Berjaya kepada PBS yang baru ditubuhkan menjelang dalam PRU ke 1985. Berjaya yang menjadi sekutu Umno dalam Bn telah mencipta huru - hara menggunakan pendatang asing bagi merampas semula Sabah. Persoalanya kini mungkinkah operasi ketenteraan yang sengaja dibiarkan dan dilindungi di Sabah ke arah persedian untuk Bn mencipta semula keadaan ke arah rusuhan 1986 kerana maklumat jelas Bn akan kehilangan Sabah dalam PRU ke 13.

Apa pun dengan kejadian ini ternyata secara jelas BN gagal menjaga kedaulatan negara. SAMM juga menggesa Manila untuk mengambil tanggungjawab menarik semula pasukan tentera dari negaranya keluar dari tanah berdaulat Malaysia.

SAMM menggesa Regim Bn supaya berhenti bermain api sandiwara, mencipta ugutan demi ugutan demi menyelamatkan nyawa akhir mereka. Bn perlu sedar mereka bermain strategi politik risiko tinggi kepada masa depan negara yang akhirnya Bn sendiri gagal kawal.

Malah menurut Philippine Daily Inquirer juga memetik Danny Virtudazo (Pimpinan Kanan Negeri Palawan) berkata beberapa bot telah mendarat di Sabah dengan seramai kira-kira 1,500 lelaki, tetapi pihak berkuasa Malaysia tidak tahu di mana mereka berada.

Kepada pasukan keselamatan (tentera dan polis) kami yakin kamu punya maklumat lengkap dan bertindaklah dengan bijak bukan sekadar mengikut telunjuk regim hujung usia. 

SAMM akan ke kedutaan Filipina danjuga menghantar nota kepada seketeriat ASEAN berikutan perkembangan ini yang bukan sahaja mampu membawa negara tetapi zon ASEAN yang aman ini ke kancah konflik berpanjangan.


Sekian


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Treler ini akan bawa kita ke Putrajaya-DS Nizar

‎"Treler ini akan bawa kita menuju ke Putrajaya,"DS Nizar.

Wednesday, February 20, 2013

Kalau Pengerusi Masjid ini PAS,sudah tentu dituduh derhaka kepada Sultan Perak

Kalau perkara ini berlaku kepada ahli PAS dan Pengerusinya pula orang PAS,sudah tentu isu ini dimainkan tiap-tiap malam oleh media arus Perdana dan Suratkhabar.Tapi Pengerusinya didakwa Ketua UMNO cawangan . Semuanya diam saja.

 Surat tuduhan palsu dan tanpa peluang membela diri di atas ditujukan kepada IMAM Abdul Kadir Yaacob.Surat pemecatan Imam Abdul Kadir Yaacob  daripada menjadi  Imam Surau Diri Jumaat atau kini Masjid  Taman Yayasan,Kamunting,dalam Parlimen Bukit Gantang. Surat ditandatangani  Pengerusi Pembinaan  atau Pengerusi Surau Diri Jumaat  ,Abdul Hamid bin  Saad .Pengerusi Surau ini didakwa Ketua UMNO Cawangan  Taman Yayasan,Bahagian Bukit Gantang. Didakwa sumber rujukan pula daripada  YB Rosli Husein,Ketua UMNO Bukit Gantang.
Surat daripada MAIPk  notis pemecatan yang tidak mengikut prosedur dan undang-undang. Surat daripada  Ketua Penolong Pengarah,Bahagian Pengurusan Masjid Haji Saiful Azizi bin Abdul Manap yang menjelaskan pemecatan Pegawai Masjid hanya atas perkenan DYTM Raja Muda,Raja Nazrin  Shah ,Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat  Melayu Perak. 
Notis meminta Imam Abdul Kadir Yaacob bertugas seperti biasa.

Polis hukum anggota kurang ajar,pengundi hukum kerajaan rasuah!

Polis hukum anggota 'kurang ajar'
Paramasivam sedang menjawab soalan orang awam pada majlis tersebut.

Datuk A. Paramasivam ,Timbalan Ketua Polis Negeri Perak begitu berani menghukum anggota yang kurang ajar dan rasuah.  Sementara itu para pengundi pula akan menghukum kerajaan yang rasuah.
 
 
IPOH - Anggota polis yang melakukan kesalahan tidak akan dilindungi dan tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam berkata, pihaknya tidak akan berkompromi anggotanya yang didakwa bersikap ‘kurang ajar’ terhadap orang awam tanpa sebab yang munasabah.

“Dalam dialog tadi (semalam) saya ada menerima beberapa aduan daripada orang awam yang mendakwa ada dalam kalangan anggota kita yang bersikap tidak baik terhadap mereka.

“Selain itu, ada juga dakwaan daripada orang awam yang memberitahu terdapat juga segelintir anggota yang terbabit dalam gejala rasuah.

“Berdasarkan maklumat tersebut, kita akan mengumpul nama dan akan mengambil tindakan seterusnya supaya mereka (anggota polis) menerima hukuman setimpal dengan perbuatan tidak bermoral itu,” katanya.

Terdahulu beliau mengadakan dialog bersama orang awam dalam program High Profile Policing-Walkabout, Meet and Greet di Kelab Rekreasi India, Buntong, semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh Deputi Superitendan Wan Sharudddin Wan Omar

Majlis turut dihadiri Penyelaras Dun Buntong, S Jeyagopi, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dan Adun Buntong, A Sivasubramaniam.

Dalam perkembangan lain, Paramasivam berkata, polis akan berusaha habis-habisan dalam membanteras jenayah untuk meningkatkan keselamatan orang ramai serta mengekalkan undang-undang dan ketenteraman di sekitar bandar raya ini.sh

Tuesday, February 19, 2013

Nyonya Cina tak panas punggung dengar Surah Yassin

"Apa pasat mau takut. "  kata seorang nyoya. "Itu olang baca Islam ma"ujar nyoya tua.Dialog itu dibualkan oleh dua orang wanita warga emas berbangsa Tionghua kepada penulis dalam satu program "Tautan Kasih"dalam karnival Perakite anjuran Unit Peti Undi PAS Pengkalan Aor( Dun Changkat Jering)  pada 17 Februari lalu.Sementara menunggu pemeriksaan rawatan percuma oleh NGO Papisma,dua orang wanita Cina ini sanggup tunggu sambil mendengar bacaan surah Yassin oleh penduduk Taman Simpang. Mereka tidak rasa panas  dan tersinggung tidak seperti Abdul Malik Arifin(Tmn Berkat,Taiping-klik)

Jangan balas balik samseng tu- Ustaz Idris Ahmad.

Pagi tadi 19 Februari   dipanggil penolong  Pegawai Penyiasat(IO) IPD Taiping  berhubung kes  "samseng ' ketuk corong kereta  Pick Up Tata pada 7 Februari lalu.  Penulis tetap menyebut nama Abdul Malik bin Arifin berbaju hitam memukul mengguna  senjata keras besi atau kayu berukuran 6 kaki panjang.
Taiping- Penulis memberitahu penolong Pegawai Penyiasat (IO)  ,bahawa Ustaz Idris Ahmad melarang membalas tindakan pihak Samseng di syaki orang  bernama Abdul Malik Ariffin itu. Penulis juga beritahu penolong  tidak menghasut pemuda -pemuda untuk membalas tindakan samseng itu .

Monday, February 18, 2013

Orang India masuk PAS ,orang Melayu UMNO lu pikirlah sendiri!

Pada 17 Februari lalu, PAS cawangan Taman Kuning Sar,Kawasan Bukit Gantang  telah menerima 6 Ahli baru PAS dan juga 8 orang ahli baru DHPP, Majlis penyerahan borang tersebut disampaikan oleh wakil masing-masing  kepada AJK PAS Malaysia Ustaz Idris Ahmad. Kelihatan Sdr Kuna menyerahkan borang kepada Ustaz Idris dan disaksikan S/U DHPP Perak,Sdr Nelli dan Naib Pengerusi DHPP Perak,Sdr Richard Wong.

"Orang India masuk PAS ,orang Melayu UMNO lu pikirlah sendiri"  ujar Ustaz Idris Ahmad.

Sabah hak milik Kesultanan Sulu ?


MANILA: Pengikut Sultan Sulu yang menceroboh masuk ke Sabah minggu lalu tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, kata Sultan berkenaan pada Ahad berhubung insiden yang berlaku.
Sultan Jamalul Kiram berkata kira-kira 400 pengikutnya termasuk 20 penembak – tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, serta desakan kerajaan Malaysia yang mahu kumpulan itu pulang ke Filipina.
"Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami)
"Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami,” katanya kepada pemberita di Manila.
Kesultanan Islam yang berpangkalan di Selatan Filipina pernah mentakluki Borneo dan menerima pampasan nominal tahunan dari Malaysia di bawah satu perjanjian lama kerana memiliki Sabah.
Kiram berkata beliau memutuskan untuk menghantar kumpulan pengikutnya ke Sabah selepas kesultanan itu dipinggirkan dalam satu rangka kerja perjanjian yang ditamatkan pada Oktober antara Manila dan kumpulan pemberontak Islam di selatan Filipina.
Perjanjian itu membuka jalan perdamaian di selatan Filipina yang merupakan rumah kepada kumpulan minoriti masyarakat Islam dan sebahagian besar orang Kristian.
Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani kemudian berkata adik kepada sultan, Raja Muda Abimuddin Kiram, yang mengetuai kumpulan ke Sabah telah menyatakan kepada beliau melalui telefon bahawa mereka akan tinggal di sana.
"Objektif untuk tinggal di Sabah adalah untuk selama-lamanya, dengan mengambilkira hak kedaulatan kami ke atas Sabah," katanya kepada AFP.
Idjirani berkata terdapat kira-kira 400 pengikut Kesultanan Sulu, termasuk 20 orang yang membawa senjata.
Pada Khamis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah mereka yang bersenjata adalah 80 hingga 100 orang.
Idjirani berkata kumpulan berkenaan tidak akan bertindak ganas namun mereka akan menentang jika ada provokasi.
"Kami mengiktiraf keupayaan Malaysia. Kami tidak mempunyai senjata dan keupayaan namun kami mempunyai kebenaran sejarah," katanya sambil menambah bahawa kumpulan itu 'sanggup mati demi mempertahankan hak nenek moyang mereka'.
Idjirani berkata pembantu kanan Presiden Benigno Aquino telah menghubungi sultan dan mereka sedia menghantar surat kepada kerajaan Malaysia bagi pihaknya dalam urusan perundingan. -AFP

Lahad Datu dan peristiwa al- maunah sama, melancarkan perang.



Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar kumpulan warga asing bersenjata yang dikepung pihak berkuasa di Lahad Datu, Sabah ditangani dengan keras seperti tindakan ke atas kumpulan al-Maunah dalam insiden tahun 2000 di Sauk, Perak.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim memberi alasan, situasi yang berlaku di Kampung Tandou, Lahad Datu itu tidak banyak berbeza dengan peristiwa di Bukit Jenalik itu.

"Jika kes Sauk boleh diklasifikasi sebagai 'melancarkan atau cuba melancarkan perang ke atas Yang Di-Pertuan Aong atau Yang Di-Pertua Negeri', yang merupakan kesalahan ke atas Negara, maka rakyat boleh menuntut agar undang-undang sama dikenakan ke atas penceroboh Sulu ini.

"Jika rakyat kita sendiri terlibat dalam insiden Sauk boleh dilucutkan senjata atau dibunuh oleh pasukan keselamatan dan kemudiannnya didakwa di mahkamah dan beberapa orang daripadanya dihukum gantung, maka rakyat berhak untuk menyuarakan kemarahan mereka sekiranya perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) yang menjadi menteri pertahanan semasa insiden Sauk, menangani penceroboh ini dengan tindakan ringan," katanya.

Katanya, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang bertindak sebagai ketua pendakwa dalam perbicaraan kes melibatkan kumpulan al-Maunah, seharusnya menasihati Yang Di-Pertuan Agong dan perdana menteri berhubung peruntukan undang-undang dalam menangangi kumpulan di Lahad Datu.

Tambahnya, Abdul Gani "pasti dapat mengingati ramuan untuk membuktikan kes yang berlaku di kampung halamannya".

Beliau juga memberi amaran bahawa golongan yang cuba mengeksploitasi insiden Lahad Datu untuk kepentingan politik Najib tidak akan berjaya berbuat demikian.

"Sekiranya tindakan yang diambil ke atas penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datuk kurang berat berbanding tindakan ke atas rakyat kita sendiri dalam insiden Sauk, maka tindakan berkenaan akan dianggap memalukan, khianat, dan pengecut oleh perdana menteri," katanya lagi dalam satu tulisan hari ini.mk

Sunday, February 17, 2013

Pengarah ROS dan Hishamudin Husein menipu untuk haramkan DAP?

Anthony Loke mengemukakan bukti  Hishamuddin Husein Onn menipu.

Cubaan untuk menjadikan ROS sebagai salah satu lagi komponen BN selepas SPR dan PDRM nampaknya gagal. Itupun setelah  Anthony Loke dapat mengemukan bukti bertulis atas pembohongan ROS dan Menteri KDN.
 
KUALA LUMPUR, 17 FEB: Makin lama makin benar kata-kata “kalau tak menipu, maka bukan UMNO namanya”. Pembohongan terbaru datangnya dari Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, merangkap Naib Presiden UMNO, yang menuduh DAP tidak menghantar laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) seperti yang diarahkan sebelum ini.

Sedangkan laporan yang diperlukan itu sudah pun dihantar oleh DAP kepada ROS pada 8 Februari lalu, sekali gus membuktikan Hishammuddin telah tidak bersikap profesional dan menipu.

Menyifatkan kenyataan Hishammuddin itu sebagai satu pembohongan, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, bahawa DAP telah menghantar semua dokumen yang diperlukan kepada ROS.

“Saya sendiri pergi bersama pegawai saya dan serahkan borang dan dokumen yang diperlukan itu melalui kaunter dan ia telahpun dicop terima. Kita telah hantar seminggu lebih awal sebelum cuti tahun baru Cina.

“Pihak DAP amat berdukacita dengan kenyataan Hishammuddin ini telah merosakkan imej dan kredibiliti parti di mata umum. Dia adalah menteri yang tidak profesional,” katanya.

Justeru, Loke mempersoalkan sama ada kesungguhan Hishammuddin serta para pecacai UMNO-BN yang sanggup berbohong itu merupakan satu konspirasi untuk membatalkan pendaftaran DAP.

“Kita ada bukti kita dah hantar. Adakah ini satu konspirasi oleh Barisan Nasional untuk pastikan DAP dibatalkan pendaftarannya?

“Kita tak ada masalah untuk ROS siasat. Tapi bagaimana kita boleh bergantung kepada ROS jika mereka pun tidak profesional? Ini membimbangkan kita sama ada kita akan dilayan dengan adil,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah.

Tambah beliau, sekiranya isu ini timbul akibat kesilapan pegawai ROS, ia adalah urusan dalaman mereka dan menteri perlu bertindak jika pegawai itu bersalah.

Menurut Loke, antara dokumen yang telah diserahkan kepada ROS ialah dua salinan minit mesyuarat agung, dua salinan Borang 9, dua salinan penyata kira-kira parti bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 dan tiga salinan senarai nama-nama Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi Pusat (CEC) bagi tahun 2012 dan 2015.

Loke juga hairan mengapa Hishammuddin serta UMNO-BN rakus dalam soal teknikal DAP sedangkan bersikap takut-takut apabila Malaysia berada dalam keadaan bahaya di mana segerombolan pendatang asing bersenjata telah menceroboh masuk ke Sabah.

“Beliau (Hishammuddin) patut bagi perhatian kepada isu yang berlaku di Lahad Datu di mana 100 orang pendatang asing menceroboh kedaulatan negara kita. Tapi nampaknya beliau lebih bagi perhatian terhadap pemilihan DAP,” katanya.

Turut bersama beliau dalam sidang media hari ini ialah Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Vincent Wu Him Ven.

Raja Kubu Gajah panggil Zambry Kadir untuk "cover line"

                                        Nazri Din bakal calon PAS untuk Dun Kubu Gajah. 

Raja Kubu Gajah terpaksa memanggil DS Zambry Kadir untuk menutup serba kekurangan beliau di DUN Kubu Gajah. DUN Kubu Gajah yang akan ditandingi calon PAS ,Ustaz Nazri Din. Beliau tidak menang kerana kalah dengan majoriti kecil itu pada 2008,kini bukan kubu kuat Raja Kubu lagi.Kononnya Raja Kubu bagitau dekat penduduk Kubu Gajah,tak ada orang miskin dekat Kubu Gajah atau Larut.Terbukti salah,apabila Zambry terpaksa "cover line" untuk menutup kelemahan Raja Bola itu.Kehadiran Ustaz Nazri Din  amat dirasai pengundi kini.

Zambry Kadir seolah-olah menyindir Raja Kubu kerana  Ijok dan Kubu Gajah  tidak juga membangun. Zambry pula bagi harapan kepada penduduk. Mungkin ini satu isyarat supaya Raja Kubu Gajah berundur saja dari politik. 



IJOK - Kehadiran Menteri Besar, Datuk  Seri Dr Zambry Abd Kadir ke kawasan Dun Kubu Gajah, baru-baru ini disambut mesra penduduk setempat.


Beberapa program diadakan di beberapa lokasi sekitar Dun berkenaan dengan diiringi Adunnya, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar serta isteri, Datin Seri Sabaiah Ahmad Sabri.



Dalam kunjungan berkenaan, Zambry turut mengumumkan beberapa inisiatif kerajaan negeri bagi penduduk.



Zambry ketika berucap menegaskankerajaan negeri sentiasa memberikan perhatian bagi membangunkan pekan-pekan kecil termasuk Ijok dan Kubu Gajah.



Pada masa yang sama seramai 59 peneroka menerima Surat Hak Milik ke peneroka Felda Ijok selain turut menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan bujang berusia 21 tahun ke atas.



Beliau juga menyampaikan mok cek RM265,000 Felcra kepada Raja Ahmad Zainuddin bagi bantuan baiki rumah penduduk di sekitar Dun Kubu Gajah

UMNO Bukit Gantang bagi bendera tapi tak tolong dapat tanah.

Rumah penduduk di Kampung Matang Jambu, Sungai mati,Simpang,Taiping   yang menumpang di tanah  taukeh Cina.Sudah berpuluh tahun duduk,ada cawangan UMNO,"tapi hampeh" UMNO Bukit Gantang tak menolong menyelesaikan masalah mereka. Penduduk di sini tidak ditolong untuk dapat tanah hak milik atau diberi hak milik di Rancangan Kampung Tersusun.  

Rumah penduduk dulunya rumah pekerja estet  getah dan kelapa sawit.Kini menjadi rumah kediaman  majorirti ahli UMNO dan orang UMNO.Mereka dibekalkan bendera UMNO bernilai RM5.00.. UMNO Bukit Gantang  langsung tidak peduli masalah mereka. Penduduk kampung ini boleh dikeluarkan bila-bila masa jika "taukeh" mahu buat pembangunan di kawasan ini. UMNO suka rakyat miskin dan  tidak berilmu,mudah untuk mereka dikotak-katikkan.

UMNO Bukit Gantang hanya mampu bagi bendera berharga RM5.00

  Ustaz Idris Ahmad sedang bertanya khabar dengan seorang ibu tunggal.Menumpang duduk tanah taukeh estet. Rumahnya dipasang bendera UMNO.UMNO Bukit Gantang hanya mampu beri bendera bernilai Rm5.00 ,tapi tak mahu selesaikan masalah penduduk.Foto diambil di Kg Matang Jambu,dalam DUN Kuala Sapetang. 

Baru-baru ini 16 Februari  melawat dan menyantuni penduduk dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang. Pada kali ini kampung yang terpilih ,Kg Matang Jambu,Sg Mati,Simpang.Kampung ini dulunya tanah estet.Tanah ini telah dibeli oleh orang Tionghua sejak berpuluh tahun dulu.Majoriti penduduk kampung ini orang Melayu. Banyak yang masih miskin.Sudah tanah bukan hak milik sendiri.Menumpang di Tanah Penyokong Pakatan Rakyat,tanpa bayar sewa.Tapi penyokong tegar UMNO Bukit Gantang.UMNO  Bukit Gantang berjuang satu rumah satu bendera.Bukannya  satu keluarga satu hak milik tapak kediaman. Hampir 40 tahun ditipu UMNO.UMNO tolong dengan beri bandera.UMNO buat dua kaedah di sini. Biar penduduk terus miskin dan biar penduduk terus jahil dengan ilmu Islam.

Saturday, February 16, 2013

SPR mungkin lanjut masa mengundi jika BN didapati kalah?

 
                         

  Awang Ahmad Khadree ,AJK PAS Malaysia,kelmarin 16 Februari   menerangkan kepada petugas Pilihanraya PAS Bukit Gantang bahawa tempoh pengundian boleh  ditentukan oleh SPR tanpa diberi notis. Cukup sekadar pengumuman biasa sahaja. Jadi tempoh mengundi boleh dipanjangkan sehingga 7 malam,jika SPR merasakan perlu untuk berbuat demikian.Justeru itu beliau meminta pengundi yang mengundi  PAS mesti dipastikan telah keluar mengundi.

Awang Ahmad Khadree yang juga seorang Peguam juga menjelaskan celup jari ke dakwat bukannya  ada dalam perlembagaan,ia cuma peraturan sahaja. Jadi SPR juga mungkin bersikap seperti tahun 2008 mencipta isu,faktor keselamatan untuk menidakkan keperluan celup jari ke dakwat.