Monday, September 30, 2013

Kerajaan Zambry Kadir patut malu,Perak negeri miskin.

IPOH – Statistik menunjukkan Perak sebagai negeri yang memiliki isi rumah miskin serta miskin tegar kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia baru-baru ini disifat mengejutkan.

Timbalan Pengerusi DAP Negeri, V Sivakumar berkata, statistik diperoleh daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri itu jelas membuktikan Perak tidak mempunyai pencapaian atau prestasi yang baik khususnya dalam menangani masalah kemiskinan.

Menurutnya, rekod diberikan juga mendapati, tahun lalu terdapat seramai 908 bilangan isi rumah miskin tegar di negeri ini, manakala jumlah isi rumah miskin di Perak iaitu 8,600 orang.

“Kita dapati jumlah ini sangat tinggi berbanding negeri lain dan agak membimbangkan.

"Perbandingan jumlah isi rumah miskin tegar di Malaysia Barat pula menunjukkan Perak mencatatkan peratusan memeranjatkan iaitu sebanyak 16.36 peratus.

“Begitu juga dengan jumlah isi rumah miskin di negeri ini yang mencatat 16.22 peratus daripada jumlah direkodkan untuk keseluruhan Semenanjung Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Berdasarkan statistik sama, Kelantan dikenal pasti memiliki bilangan isi rumah miskin tegar dan miskin paling ramai di Semenanjung Malaysia iaitu seramai 1,048 dan 8,800 orang.

Bagaimanapun, bagi kategori miskin tegar, Perak menduduki tempat kedua iaitu 908 isi rumah diikuti Pahang (720) dan Kedah (644).

Perak juga muncul di tempat kedua bagi kategori miskin dengan mencatatkan 8,600 isi rumah diikuti Kedah (7,400) dan Johor (7,000).

Sivakumar yang juga Ahli Parlimen Batu Gajah berkata, kerajaan negeri seharusnya mengambil langkah wajar bagi mencapai ‘miskin sifar’ untuk tempoh lima tahun akan datang.

Katanya, Perak pernah menjadi negeri terkaya dan termasyhur, tetapi malangnya pada hari ini menjadi negeri kedua mencatat jumlah isi rumah miskin dan miskin tegar.

“Kerajaan negeri sewajarnya malu kerana gagal mengembalikan zaman kegemilangan ekonomi di negeri ini kerana dalam keadaan sebegini pun, mereka (kerajaan negeri) dilihat masih ‘boros’ melaksanakan projek-projek yang tidak berfaedah kepada rakyat,” katanya.

Hairie Othman -kami tak mahu diguna hanya untuk kempen.


KUALA LUMPUR: Pelakon Hairie Othman mengakui kerjaya lakonannya sudah berakhir selepas mengambil keputusan untuk menyertai parti politik Pas sejak dua tahun lalu.
Hairie, 42, berkata, biarpun pihak stesen televisyen tidak pernah menyenaraihitamkan namanya namun kebanyakan pengarah dan penerbit masih mengamalkan diskriminasi terhadap parti politik.
"Saya sedar kerjaya saya memang sudah tamat selepas terlibat dengan politik dan menyertai Pas tapi perkara itu saya sudah fikirkan sebelum saya mengambil keputusan tersebut.
"Saya harap kerajaan negeri Kelantan dan pemimpin Pas dapat membantu artis-artis yang menerima nasib yang sama seperti saya, yang mana pendapatan saya semakin terdesak ketika ini," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti, yang diadakan di Hotel De Palma, di sini, Ahad.
TG Nik Abdul Aziz Nik Mat (kiri) dan Datuk Ahmad Yakob (tengah) memberi cenderamata kepada Hairie Othman
Turut hadir, Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah.
Majlis berkenaan adalah bagi meraikan para selebriti yang pernah membuat persembahan atau bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 2008 hingga 2013.
Tambah Hairie, pihak parti tidak hanya menggunakan selebriti dalam program ceramah dan kempen pilihan raya semata-mata.
"Sebagai pelakon cabang saya agak kecil berbanding penyanyi nasyid yang boleh membuat persembahan di majlis-majlis.
"Saya tidak mahu kami hanya digunakan untuk tujuan kempen atau ceramah sahaja tetapi banyak lagi khidmat yang boleh diberikan terutamanya dari segi kemasyarakatan," katanya.

Sementara itu, Wardina Safiyyah,32, yang turut berucap berkata, kedudukannya sebagai selebriti memberi kelebihan kepadanya untuk berdakwah.
"Secara realitinya dunia seni tidak begitu cantik dan tidak sesuai lagi dengan jiwa saya. Namun begitu saya gunakan status selebriti ini untuk menyedarkan manusia untuk kembali semula ke jalan Allah," katanya.
Wardina berkata, dengan kesedaran itu dia menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Mizan yang bertindak memberi khidmat nasihat kepada wanita.
Dalam pada itu, Ahmad Yaakob berkata pihaknya merancang untuk membina sebuah Akademi Seni Islam bagi membantu penggiat seni.
"Kerajaan Kelantan sedar dengan kepentingan seni dan selebriti bagi membantu membangunkan negara Islam kerana Islam itu sendiri adalah seni," katanya.
Antara selebriti yang hadir ialah Mustafa Kamal, Noryn Aziz, Bob Lokman, Yatt, Akhil Hyy, Waheeda, Rabbani dan Ainan Tasneen.mstar

YB Ustaz Zawawi ucap terima kasih kepada anggota Pertahanan Awam.

YB Ustaz Mohd Zawawi(ADUN Gunung Semanggol) menziarahi mangsa ribut di Tebok Panchur . Ribut yang melanda kawasan penduduk pada jam 4 pagi tadi mengakibatkan kerosakan harta benda dan beberapa buah rumah penduduk. Tindakan segera dari YB Gunong Semanggol dan dibantu pasukan Pertahanan Awam Bagan Serai berjaya membantu meringankan bebanan para penduduk.


YB Uztaz  Mohd Zawawi Hasan (Gunung Semanggol) mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pasukan Pertahanan Awam Bagan Serai yang membantu penduduk.  

Anggota JPAM membangtu membersihkan kawasan ribut.

Sunday, September 29, 2013

Ustaz Nordin Jaafar:Perjuangan bukan sekadar berlandaskan ijazah


UCAPAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN BUKIT GANTANG 2013

Assalamulaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera

الحمد  لله حمدا الحامدين , وحمدا الشاكرين , وحمدا يوافي نعمه ويكافي مزيده , يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجھك وعظيم سلطانك . 
أشھد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد وھو على كل شيء قدير . وأشھد أن محمدا عبده ورسوله , البدر الدجى والسراج المنير .
اللھم وصل وسلم وبارك على محمد أشرف الأنبياء والمرسلين , وعلى آله وصحبه أجمعين , ومن سار على نهجه الى يوم الدين. 



Saya ucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban bi kum, selamat datang dan selamat bermesyuarat, kepada semua para perwakilan, pemerhati dan tetamu yang memeriahkan Mesyuarat Agong  Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kawasan Bukit Gantang kali ke 46 pada tahun ini.

Marilah dengan penuh yakin kita memohon kepada Allah SWT akan keberkatan dan fadilat, serta pahala yang berlipat ganda daripada kelebihan ribat fi sabilillah, kerana keyakinan terhadap dasar dan matlamat perjuangan kita.

Firman Allah SWT

{Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka tidak ragu (dalam keimanan itu) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka serta diri mereka pada jalan Allah. Merekalah orang-orang yang benar (dalam menghayati keimanan/aqidah)}

(al-Hujurat : 15)

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Ayat di atas memperlihatkan kepada kita bahawa keimanan menghasilkan keyakinan kepada Allah dan Rasul serta mencetuskan jihad dan perjuangan dalam kehidupan seseorang yang beriman itu. 

Orang yang tinggi imannya mempunyai kesanggupan dan kesungguhan untuk berjuang atas nama jhad dengan tahap kesungguhan yang tinggi kerana mempunyai keyakinan bahawa segala pengorbanan yang dilakukan akan dibalas dengan ganjaran yang amat besar di akhirat nanti.

​Banyak orang yang boleh bercakap tentang perjuangan dan kewajipan berjemaah tetapi hakikatnya tidak banyak yang sanggup menempuh pelbagai halangan dan cabaran dalam mengharungi cabaran yang dihadapi oleh jemaah. 

Perjuangan bukan sekadar berlandaskan ijazah atau kelulusan yang tinggi tetapi perlu disertakan dengan keyakinan, kesanggupan, ketahanan, kesungguhan, kepatuhan, ketaatan, keikhlasan dan pelbagai lagi resepi yang perlu dimiliki oleh pejuang.          

Firman Allah SWT:

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?"

 Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.
(as-Saff 14) 

 Para hadirin dan hadirat sekalian,

Berdasarkan keterangan di atas, kita seharusnya amat bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dipilih untuk berada dalam jemaah PAS yang secara prinsip dan pelaksanaannya adalah untuk berjuang dan menegakkan agama Allah di bumi Malaysia yang kita cintai ini. 

Keberadaan kita dalam perjuangan suci ini perlu dihayati dan diterjemahkan dalam bentuk perlakuan dan tindakan kita. 

Kita perlu memastikan kefahaman dan penghayatan kita terhadap perjuangan ini sentiasa ditingkatkan melalui peningkatan ilmu dan pengetahuan.

 Pendukung PAS semestinya sentiasa kasih dan cinta akan ilmu agama dan sentiasa berusaha untuk mendalami pengetahuan mereka kerana dengan adanya kefahaman dan pengetahuan, segala tindak-tanduk yang diambil akan berdasarkan panduan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT melalui ktab suci-Nya Al-Quran Nur Karim.

Selain itu, pejuang PAS juga perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti kerja dan sumbangan kita kepada perjuangan PAS dalam apa juga kedudukan dan keadaan. 

Kita seharusnya sentiasa membuat koreksi diri untuk menilai tahap dan kualiti sumbangan kita untuk menguatkan PAS di semua peringkat yang kita diamanahkan. 

Refleksi diri yang kita lakukan akan memberi kesan positif kepada kualiti amalan kita dan secara tidak langsung akan membina kekuatan dan keupayaan PAS untuk berhadapan dengan cabaran yang berada di luar. 

Kita perlu faham dan sedar bahawa segala kerja keras dan kesungguhan yang kita lakukan adalah untuk bekalan kita sendiri apabila berhadapan dengan Maha Pencipta. 
Refleksi dan koreksi diri ini akan mengurangkan sikap negatif yang sentiasa melihat dan mencari kelemahan orang lain tetapi akan menerima kelemahan dan kekurangan rakan sebagai suatu proses lengkap-melengkapi.

Perkara paling penting sebagai pejuang ialah keikhlasan dan keupayaan kita meletakkan segala penat lelah dan pengorbanan kita dalam perjuangan hanya sesungguhnya kerana Allah SWT. 
Kita perlu sentiasa dalam keadaan sedar untuk menilai bahawa landasan yang kita pilih merupakan laluan yang betul dan tidak tidak terbabas daripada tujuan dan matlamat asalnya. Amatlah malang sekiranya segala cabaran dan susah payah kita dalam perjuangan ini tidak dapat kita persembahkan kepada Allah SWT hanya semata-mata kerana hilangnya keikhlasan kita dalam perjuangan suci ini. 

Aspek populariti, keagungan, kehebatan dan kelebihan yang dianugerahkan kepada kita sekiranya tidak diatur dengan baik akan menegelamkan kita ke jurang kebinasaan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada semua jentera pilihan raya di semua peringkat kerana telah berjaya mempertahankan kemenangan kita di Parlimen Bukit Gantang, DUN Changkat Jering dan DUN Kuala Sapetang. Namun Allah SWT masih menangguh kemenangan kita di DUN Trong.

Kejayaan yang diraih ini merupakan kejayaan kita bersama-sama. Kejayaan ini hasil daripada keikhlasan semua jentera yang bekerja dengan penuh sistematik dan berstrategi di samping doa dan munajat. 

Hal ini kerana kerja-kerja pilihan raya merupakan suatu seni yang memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi untuk mengatur strategi bagi mengalahkan musuh yang juga dilatih dan dibentuk oleh tenaga pakar mereka.

 Malah dengan keupayaan kewangan dan kuasa yang ada, sudah tentu mereka jauh lebih berkemampuan untuk mendapatkan khidmat pakar dari dalam dan luar negara. 

Namun yakinlah bahawa Allah SWT akan bersama-sama dengan perjuangan yang berteraskan perintah-Nya asal sahaja kita memenuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan dalam perjuangan agama Allah SWT ini. Penangguhan kemenangan juga merupakan hikmah yang Allah SWT berikan kepada kita bagi membuka lebih ruang dan peluang untuk kita bekerja. 

Kekalahan ini perlu diterima dengan berlapang dada tetapi perlu mencari jalan untuk meningkat keupayaan kita dan mengurangkan kelemahan kita agar tiada ruang dibuka untuk membolehkan musuh mengekalkan kemenangan mereka. Paling penting diharapkan semua kita ada saham yang dilaburkan dalam PRU-13 lalu.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Dunia Islam hari ni dikejutkan dengan peristiwa rampasan kuasa di Mesir dan kekejaman yang dilakukan oleh Barsha As Saad di Libya. Kekejaman dan keganasan ini menunjukkan bahawa musuh Islam tidak pernah redha untuk melihat kejayaan yang dimiliki oleh perjuangan yang berlandaskan Islam.

Selain peristiwa di atas, pembongkaran tentang Syiah terutama di negara ini pelu ditangani dengan baik. Sebagai pejuang PAS yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kita perlu memastikan tiada unsur luar menyerap masuk ke dalam jemaah kita. Kepatuhan kita hanya kepada ketetapan yang telah diputuskan dalam PAS.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Dalam kesempatan ini saya memohon daripada semua untuk meneruskan kerja kita terutamanya untuk mengisi kemenangan yang dianugerah oleh Allah SWT. 

Kemenangan bukan sekadar kayu ukur untuk menilai kekuatan dan kelemahan musuh tetapi suatu amanah yang perlu ditanggung oleh kita. Kemenangan yang tidak dipenuhi dengan tanggungjawab akan mengundang kita ke jurang kehancuran pada masa depan. 

Lantaran itu, mengisi kemenangan di Parlimen Bukit Gantang merupakan tanggungjawab kita bersama agar kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada kita dalam PRU ke-13 merupakan suatu pelaburan yang berbaloi. 

Jawatan wakil rakyat bukan jawatan eksekutif tetapi merupakan institusi yang dianggotai oleh semua dalam kalangan kita.

Saya juga ingin menyeru kepada Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat yang merupakan sayap kepada pentadbiran PAS Kawasan agar dapat bergerak sederap dan seiring dengan pimpinan PAS Kawasan menuju matlamat dan tujuan yang sama.

Generasi muda adalah harapan umat menjadi pewaris kesinambungan perjuangan dan tenaga terpenting, mereka juga menjadi sasaran musuh. UMNO/BN lebih suka kalau generasi ini dalam kedaan leka, jahil, miskin dan menganggur, supaya mudah menjadi penyokong mereka, sekurang-kurangnya sekadar menjadi tukang sorak walau pun kampung tergadai.

Oleh itu, Dewan Pemuda perlu sentiasa proaktif sesuai dengan
keanggotaannya. Dewan Pemuda perlu mempunyai aspirasi untuk memimpin dan memandu sebahagian besar anak muda di luar yang masih lagi hanyut dibuai dengan keseronokan dunia yang menjerat mereka. 

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Golongan wanita lebih mudah menjadi mangsa media yang datang dan masuk ke rumah mempengaruhi keluarga, mereka adalah benteng di rumah dan tenaga penting di luar rumah bersama masyarakat. 

Kepada Dewan Muslimat pula yang terkenal dengan kecekalan dan ketabahan menghadapi segala liku perjuangan ini ,perlu mengorak lebih jauh untuk memenuhi kehendak wanita di luar yang sebahagian besarnya masih lagi buta dari hakikat kebenaran. Selama ini pun Dewan Muslimat telah turun ke rumah pengundi sasaran, dengan penuh menghadapi cabaran yang tidak pernah dihadapi oleh muslimin.
Saya menaruh keyakinan dengan keupayaan kedua-dua Dewan ini untuk memenuhi hasrat tersebut.

Kita juga amat berbangga kerana mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Bukit Gantang yang sentiasa bersama-sama kita sama ada ketika kita susah ataupun senang. Persepakatan yang dijalin merupakan suatu anugerah yang Allah SWT berikan kepada kita untuk hidup dalam suasana harmoni dan aman. 

Sebagai sayap parti yang baharu, DHPP perlu terus berusaha meningkatkan kefahaman masyarakat bukan Islam tentang perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat yang akan membawa kehidupan rakyat lebih selesa dengan pemerintahan yang adil dan amanah. Hidup rakyat akan lebih terbela dan masa depan anak-anak kita lebih terjamin.

 Para hadirin dan hadirat sekalian,

Mesyuarat Agong ini dilangsungkan bersama pemilihan kepimpanan tertinggi parti, maka seluruh perwakilan hendaklah meletakkan perkara kepimpinan di atas tanggungjawab amanah yang besar dalam ajaran Islam, yang menjadi dasar dan matlamat perjuangan kita.

Maka hendaklah berpandukan kepada amanah yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW :

  "يا عبد الرحمن بن سمرة، لا تسأل الإمارة، فإنك إن أوتيتها عن مسألة وكِّلت إليها، وإن أوتيتها عن غير مسألة أُعِنْتَ عليها. 

Wahai Abdul Rahman bin Samurah !, jangan sekali-kali meminta jawatan menjadi ketua (pemimpin) . Maka sesungguhnya jika sekiranya kamu diberi jawatan dengan memintanya nescaya dibiarkan memikulnya (tanpa pertolongan Allah), sekiranya diberi jawatan itu tanpa memintanya nescaya kamu diberi pertolongan melaksanakannya. 


إَِّنا والله لا ُنَولِّي َعلَى َھَذا العمل احدا َسأَلَُه َوَلاأََحًدا َحَر َص َعلَْيِه

Sesungguhnya kami, demi Allah tidak melantik memegang jawatan dalam melaksanakan tugas ini ,kepada seseorang apabila dia memintanya dan tidak juga kepada seseorang terlalu ingin menjawatnya.

 Para hadirin dan hadirat sekalian,

Pemilihan dalam Islam mempunyai nilai moral keluhuran dan kemuliaan yang tersendiri, bukan sahaja kelayakan pemimpin yang berteraskan Islam dari aspek iman, akhlak, ilmu, pengalaman dan pengaruh, kemampuan melaksanakan amanah, komited dengan gerakerja, termasuklah cara penonjolan yang berakhlak. 

Ingatlah bahawa kita memimpin bukan untuk menjadi popular, atau supaya digelar orang sebagai pahlawan, tetapi adalah untuk melaksanakan amanah Allah SWT, kerana amanah khilafah ini tidak akan surut hinggalah ke hari kiamat.

Inilah pendekatan yang dihayati oleh PAS di sepanjang jalan, sehingga kita mampu menghadapi ranjau dan gelombang perjuangan yang suci ini. 
Maka tunaikan amanah ini dengan cara dan sifat Islam yang kita junjung selama ini, supaya PAS terus menjadi bahtera penyelamat di dunia dan akhirat.
Akhirnya, saya sekali lagi bagi pihak PAS Kawasan Bukit Gantang mengambil kesempatan merakamkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang sudi menyumbangkan derma bagi menjayakan aktiviti kita sepanjang tahun ini. 
Kepada tetamu yang hadir pada pagi ini dan para perwakilan serta pemerhati, saya merakamkan ucapan terima kasih.  
Sebelum saya mengundur diri marilah kita hayati firman Allah ini:

ان الله يحب الذين يقاتلون في سبيله صفا   كانه بنيان مرصوص.
 Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berjuang dijalanNya dalam saf yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh (daripada bata yang disusun dengan rapi dan diikat dengan teguh)

Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

MOHD NORDIN B. JAAFAR
Yang Dipertua
PAS Kawasan Bukit Gantang

Perwakilan Bukit Gantang masih beri mandat kepada pimpinan sesi lalu.

YB Datuk Paduka Husam Musa sedang berucap di Mesyuarat Agong PAS Kawasan Bukit Gantang kali 46.

Changkat Jering, 29 Sept- Mesyuarat  Agung PAS Kawasan Bukit Gantang kali ke 46 menyaksikan tiga jawatan utama menang tanpa bertanding. YDP masih disandang Ustaz Nordin Jaafar,NYDP Sdr Rahim Ismail dan Ketua Urusan Ulamak,Ustaz Jamnul Azizol Mulkan(menang tanpa bertanding-muka baru) .Sementara itu untuk jawatan TYDP Ustaz Zulkifli Ahmad berjaya mengekalkan jawatan .Untuk jawatankuasa kawasan 16 pemegang sesi 2011-2013  masih diberi mandat oleh perwakilan mesyuarat agung PAS Kawasan Bukit Gantang.

Ahli Jawatankuasa yang dipilih.
1. Mohd Fadhil Idris
2.Abd Rahman Adam
3. Mohd Kerull Ismail
4.Nizam Abdullah
5.Shimah Kasim
6.Bad Ali Mat Noor
7.Nordin Abd Rahman
8.Abdullah Sani
9.Hassan Ahmad
10.Zainuddin Hamzah
11.Jamaluddin Othman
12.Muhyiddin Ismail
13.Jiaranah Yahya
14.Idris Zakakria
15.Mustaffa Wahab
16.Ahmad Shaharuddin Ahmad 

Saturday, September 28, 2013

YDP Pas Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar menang tanpa bertanding.

Mengelu-elukan kehadiran perwakilan dan pemerhati ke Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Gantang kali ke 46.Esok akan diisytiharkan secara rasmi untuk jawatan Yang di-Pertua , Ustaz Mohd Nordin Jaafar  menang tanpa bertanding untuk jawatan Yang di-Pertua Kawasan Bukit Gantang bagi sesi 2013-2015.  

Ustaz Nordin:PAS Bukit Gantang akan hantar petugas terbaik ke Prk Sungai Limau

YDP PAS Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar,TYDP Ustaz Zulkifli Ahmad,Setiausaha PAS Kawasan Bukit Gantang  ,Sdr Fadhil Idris turut sama Solat Jenazah  Almarhum Tan Sri  Ustaz Azizan Razak.

Bukit Gantang- YDP PAS Kawasan Bukit Gantang ,Ustaz Nordin Jaafar  memberitahu PAS Kawasan Bukit Gantang akan menghantar Jentera Pilihanraya   untuk membantu PAS Kedah dalam menghadapi PRK Dun Sungai Limau.

"Kita mempunyai pengalaman dalam menghadapi    PRK Bukit Gantang"tegas Ustaz Nordin Jaafar."Pengalaman itu akan kita guna di Prk Dun Sungai Limau nanti"ujar Ustaz Nordin Jaafar lagi. "Kita tunggu arahan saja"kata Ustaz Nordin Jaafar. 

Thursday, September 26, 2013

N20 Sungai Limau,pilihanraya selewat-lewat 27 November

Kekalkan kemenangan

PETALING JAYA: Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau ekoran kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak akan diadakan selewat-lewatnya 27 November ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, SPR mempunyai tempoh 60 hari dari hari ini (Jumaat) untuk mengadakan pilihan raya kecil.
"Kita akan mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh untuk penamaan calon dan hari mengundi selepas Speaker DUN Kedah memaklumkan kami mengenainya (kekosongan) secara rasmi dalam bentuk bertulis," katanya.
Tiada hari mengundi awal kerana tidak ada polis dan askar mendaftar sebagai pengundi di kawasan itu, katanya.
"Kami mempunyai dua penduduk Sungai Limau yang berdaftar di luar negara. Undi pos akan dibuka kepada petugas media dan kakitangan SPR yang bertugas," kata Aziz.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu, Tan Sri Azizan mempertahankan kerusi yang disandangnya dengan memenangi majoriti undi 2,774 dalam pertembungan empat penjuru.

Wednesday, September 25, 2013

Jenazah Allahyarham Ustaz Azizan dijadual dikebumikan pada 5.30 petang ini.

Salam takziah daripada PAS Kawasan Bukit Gantang  diatas pemergian Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak , Bekas Menteri Besar Kedah yang  telah menghembus nafas terakhir  di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada jam 11.15 pagi tadi.Insya'Allah Allahyarham ditempatkan bersama roh-roh orang soleh dan beriman. 
Untuk ziarah bolehlah pergi ke Kompleks PAS Kedah,Pokok sena dan solat jenazah di Masjid Kompleks PAS pokok sena(Langgar) pada waktu  Asar dan dikebumikan jam 5.30 petang di Muassasah Darululum.Alfatihah.

Rayuan petisyen DUN Pasir Panjang,Manong,Selama dan Lubok Merbau pada 21 Oktober.


Mahkamah Persekutuan menetapkan 21 Oktober depan untuk mendengar secara serentak rayuan enam petisyen pilihan raya.
Petisyen itu ialah bagi kerusi Parlimen Machang dan Ketereh di Kelantan manakala empat lagi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak iaitu Pasir Panjang, Manong, Selama dan Lubok Merbau.
Panel lima hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Razlan Hadri bagi menangguhkan pendengaran rayuan petisyen bagi Machang yang dijadualkan hari ini.
Razlan mewakili calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wan Zawawi Wan Ismail yang tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 kepada Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dari Barisan Nasional (BN).
Ahmad Jazlan, yang juga Ketua Umno Bahagian Machang, menewaskan Wan Zawawi dengan majoriti 805 undi.
Razlan membuat permohonan itu atas alasan beliau mahu keenam-enam petisyen didengar bersama-sama kerana membabitkan isu yang sama iaitu locus standi peguam yang mewakili pempetisyen dan responden dalam petisyen pilihan raya mengikut Kaedah 9 dan Kaedah 34 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.
Terdahulu, Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Ahmad Jazlan, membantah permohonan itu dan berhujah bahawa Razlan serta tiga lagi iaitu Nizamuddin Hamid, Muhammad Afiq Muhammad Noor dan Ranjit Singh, tidak mempunyai locus standi untuk hadir dan berhujah di Mahkamah Persekutuan hari ini kerana mereka bukan peguam yang dilantik oleh pempetisyen mengikut Kaedah Petisyen Pilihan Raya.
Beliau berkata rekod rayuan menyatakan Hisham Fauzi diterima sebagai peguam pempetisyen.
Hafarizam juga berkata petisyen berkenaan tidak sepatutnya didengar bersama-sama kerana membabitkan isu lain.
Pada 16 Julai lepas, Mahkamah Pilihan Raya di Kota Baru menolak petisyen Wan Zawawi bagi membatalkan kemenangan BN di kawasan Parlimen Machang.
Petisyen itu menamakan Ahmad Jazlan, pegawai pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden.
Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh mewakili pegawai pilihan raya dan SPR. - Bernama

Tuesday, September 24, 2013

RM20 juta untuk Pelan Pembangunan Pendidikan,ini jawapan bangang Menteri.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bayaran berjumlah RM20 juta kepada perunding McKinsey and Co untuk menyiapkan Pelan Pembangunan Pendidikan adalah berpatutan.

Bayaran itu mengambil kira kerja-kerja selama dua tahun untuk menyiapkan pelan itu, kata Muhyiddin yang menjelaskan ia turut mengambil kira pandangan pakar pendidikan luar negeri.

"Saya percaya itu satu kadar yang berpatutan sebenar pasal dalam mana-mana usaha yang kita buat pun, kita memerlukan beberapa pihak yang agak lebih pakar membantu.

"Dan saya nak peringatkan usaha yang kita buat itu satu usaha yang besar.

"Ia bukan satu perkara yang kita buat secara persendirian kerana kita buat konsultasi, kita ambil ahli-ahli panel peringkat antarabangsa, kita turun ke setiap negeri kita buat hari terbuka," jelasnya pada satu sidang media pagi tadi.

Penjenayah Melayu paling ramai ditembak mati.


Penjenayah kaum Melayu paling ramai ditembak mati bagi tepoh antara 2009 hingga tempoh (Januari-Ogos) 2013 dengan iaitu 56 orang, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Sementara itu,  bagi penjenayah berbangsa India (41), Cina (23) dan Bumiputera Sabah dan Sarawak seramai empat orang, daripada 114 kes jenayah.
Kenyataan itu diterima daripada jawapan bertulis Kementerian Dalam Negeri kepada pertanyaan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
Pada masa sama, sebanyak 898 senjata api pelbagai jenis dirampas sepanjang tempoh lima tahun berkenaan.
Antara jenis senjata api termasuk senjata semi-auto (319); revolver (120); rifle (22); senapang patah (84); bom tangan (31); air gun (105); pump gun (20); smg (4); dan senjata buatan sendiri (193). - 24 September, 2013.

DS Nizar dituduh saudara Chin Peng.


IPOH  – Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

 Menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah yang amat dahsyat, Mohammad Nizar secara berseloroh menawarkan DNA miliknya untuk dibandingkan dengan DNA milik bekas pemimpin PKM itu bagi membuktikan kesahihan penafiannya.

 "Ini merupakan satu fitnah yang amat dahsyat kepada diri saya. Ambillah DNA saya dan periksalah daripada debu-debu Chin Peng sama ada saya ada hubungan tali kekeluargaan, saya pun nak tahu  juga, kalau mereka buktikan dengan DNA, saya boleh buat pertimbangan semula.

 “Sebenarnya kita semua ini satu keturunan, itu sahaja. Saya menafikan sekeras-kerasnya.. Kalau mereka buktikan dengan DNA, saya boleh buat pertimbangan semula” katanya tersenyum.

 Sebelum ini, beberapa buah blog mendakwa Adun Changkat Jering itu mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Chin Peng, di mana ibunya dikatakan merupakan sepupu kepada bekas pemimpin pengganas itu.

 Memetik dakwaan sebuah blog, Kulaan Niring (http://kulaanniring.blogspot.com), Chin Peng juga adalah bapa saudara kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

 Kor Ming sebelum ini turut menafikan dakwaan tersebut.sumber

Monday, September 23, 2013

Pertandingan jalan meraih pahala- Ustaz Nordin Jaafar.



Saya ingin mulakan ucapan ini dengan mengingatkan kita semua bahawa perjuangan kita Parti Islam Semalaysia (PAS) ini merupakan satu ibadah di medan siasah dan dakwah pasti akan diganjari oleh Allah SWT dengan kebaikan insya-allah. Perlulah diingatkan PAS adalah Gerakan Islam yang menyertai pilihanraya dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Biarpun ruang demokrasi itu kian sempit namun perjuangan untuk membebaskan umat Islam dari kepungan jahiliyah moden ini berpndukan syara' mesti diteruskan walau dengan apa cara sekalipun.

Saya mengajak seluruh pimpinan pemuda pas Bukit Gantang supaya berlapang dada dengan teguran dan kritikan yang mungkin akan bergema sepanjang mesyuarat ini, kerana saya penuh percaya tidak ada perwakilan yang menegur kerana cemburu atau dengki, melainkan kerana keikhlasan mereka ingin melihat Dewan Pemuda Pas Bukit Gantang dan qqgerakan Islam PAS ini bangun dan berdiri untuk memenuhi aspirasi mengejar keredhaan Allah SWT. Ahli-ahli juga, dalam membuat teguran dan kritikan, gunakanlah cara yang paling berhikmah dan ’mauizatul hasanah’ supaya pandangan saudara semua diterima tanpa ada yang terluka. Saya memperakui bahawa mesyuarat ini adalah medan terbaik untuk tuan2 bermuhasabah dan menjadikan ia satu forum tarbiyyah operasional dan pemikiran. Marilah Sama- sama kita manfaatkan mesyuarat agong  ini untuk membolehkan Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang terus melangkah gagah dalam arena jihad ini.

Para Muktamirin sekalian, Allah SWT berfirman:

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ 

تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ  كُنْتُمْ تَعْلَمُون
     
                                                                            

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan satu perniagaan yang boleh menyelamatkanmu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta kamu berjuang menegakkan agama Allah dengan hartabenda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; serta ditempatkan kamu di tempat- tempat tinggal yang baik dalam Syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar. Dan (ada lagi) kurnia yang kamu sukai iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman."
(Surah As-Saff: Ayat 10-13)

PAS  pernah bangun, bangkit dan berada di puncak kejayaan, kita juga pernah rebah, jatuh dan tersungkur dalam meniti perjuangan. Tersungkur kita mencium pasir, terlentang kita minum embun, tetapi direndam kita tidak reput, dibakar kita tidak hangus, patah sayap kita bertongkatkan paruh, namun mengalah sama sekali tidak. Kita mewarisi jiwa perjuangan kepemudaan yang dirintis oleh tokoh- tokoh yang dahulunya mereka bangkit menyatakan kebenaran dan menolak kezaliman. Allah SWT telah merakamkan bagaimana pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan iman dan kebenaran, sanggup menegaskan tauhid di hadapan pemerintah yang menjuarai kezalim. Firman Allah SWT,

نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى ﴿١٣﴾ وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا 

رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَـٰهًا ۖ لَّقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا ﴿١٤﴾

"Kami kisahkan kepadamu (wahai Muhammad SAW) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu adalah pemuda- pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami teguhkan hati (dengan kesabaran dan keberanian) semasa mereka bangun (menegaskan tauhid di hadapan pemerintah yang zalim) lalu berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi; kami sekali- kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran."(Surah Al-Kahfi: Ayat 13-14)


Kita juga ditunjukkan bagaimana pemuda Ashabul Ukhdud sanggup menggadaikan kepentingan dunia, bahkan nyawa semata-mata kerana mahu orang lain mengimani ketuhanan Allah SWT. Dan akhirnya mereka yang dibakar dalam parit api ini diisytihar oleh Allah SWT sebagai,

ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْكَبِيرُ 
”Itulah kemenangan yang besar”.(Surah Al-Buruj: Ayat 11)

Allah SWT telah menggariskan satu panduan yang amat bermakna kepada   pemuda-pemuda yang beriman bahawa orang yang berusaha untuk memastikan hanya Allah SWT sahaja yang berhak disembah, kemudian mereka berusaha melaksanakan syariat Allah SWT serta membina sistem sosial berasaskan akhlak Islam, jika mereka gagal memperolehi sebarang habuan dunia, pasti mereka bakal beroleh kemenangan terbesar disisi Allah SWT. Kita hanya ada dua pilihan dalam perjuangan, sama ada menang atau syahid! Tetapi apalah ertinya kita memperoleh kemenangan di dunia tetapi gagal memastikan kita mendapat keredhaan Allah SWT. Kejayaan kita memenangi kerusi yang banyak atau memperoleh majoriti yang tinggi dalam pilihan raya, tidak mempunyai nilai disisi Allah SWT jika kita gagal mempertahankan dasar aqidah kita, sekali gus kita mengabaikan tujuan sebenar kita untuk menegakkan di dalam negara ini "sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah."

Kita tentu berasa hairan yang amat sangat apabila Allah SWT memproklamasikan bahawa orang-orang yang mati dibakar dalam tragedi 'parit berisi api' itu sebagai mencapai kemenangan yang besar, kerana kita sering berfikir bahawa kemenangan yang besar itu ialah mendapat habuan kekuasaan dan kekayaan di dunia. Sebenarnya, mereka dianggap 'menang besar' oleh Allah SWT adalah lantaran mereka berjaya mempertahankan iman daripada godaan kuasa dan harta dunia. Marilah kita renungkan pesanan Allah SWT kepada kita,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ ﴿٩﴾

"Wahai orang-orang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) hartabenda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun: Ayat 9)

Saya mengajak para muktamirin sekalian supaya tidak leka dengan limpahan nikmat Allah SWT, kerana saya bimbang jika kita alpa, nikmat ini akan bertukar menjadi bala.

Saya mengingatkan diri saya dan pemuda2 sekelian ,supaya mempelajari pengalaman Jaafar bin Abi Talib di Habsyah dan Rubaie bin Umair di Parsi ketika membawa misi politik dan dakwah. Sebagai diplomat yang pintar, mereka bukan sahaja tidak menggadai dasar perjuangan tetapi langsung tidak tersilau oleh tawaran-tawaran keduniaan yang disogokkan. Inilah contoh terbaik yang harus kita jadikan rujukan dalam kita mewakili kepentingan Islam ketika berdialog dengan mana-mana pihak supaya kepentingan kita terjamin dan jerat musuh tidak mengena. Sesiapa yang bertindak bagi pihak PAS dalam misi dakwah dan politik seperi ini hendaklah mestilah mengutamakan kepentingan parti, bukannya kepentingan peribadi. Saya percaya bahawa pimpinan PAS telah melakukan yang terbaik untuk kepentingan jamaah, dan kerana itu saya menyeru pemda-pemuda PAS supaya terus memberikan wala’ dan thiqah mereka tanpa berbelah-bahagi. Yakinlah, hanya dengan kepercayaan yang penuh daripada ahli-ahli dan kejujuran pimpinan akan dapat memperteguh kemenangan ini.

Kita baru sahaja menyambut ulang tahun ke 56 kemerdekaan negara. Rakyat umumnya mengetahui bagaimana kemerdekaan kita ini diperjuangkan dengan keringat, airmata dan darah perwira-perwira negara. Kita membangun setapak demi setapak sehingga apa yang kita telah capai pada hari ini. Sebagai generasi muda satu persoalan yang amat penting ialah bagaimana kita akan menghadapi cabaran mengisi 56 tahun telah di capai.

Dalam proses pembinaan negara bangsa (Nation Building) pengelibatan generasi muda amat penting dan bermakna. Golongan muda bukan hanya bakal mewarasi tanahair mereka malah akan menentukan masa depan bangsa dan negara.

Generasi muda sepatutnya bukan hanya disogok dengan pembangunan tetapi mesti dilibat sama dalam merancang, mengatur dan membangunkan negara sehingga mereka berupaya menjadi peneraju dunia. Isunya sekarang apakah suasana, sistem dan budaya yang ada hari ini menghasilkan generasi pelapis yang berwibawa.

Pegangan hidup yang kukuh berteraskan agama, membina jatidiri, kebijaksanaan dalam meneraju kehidupan, meliliki kezaman politik dan kuasa politik, menegakkan perpaduan dan memperjuangkan kebebasan dan ketenteraman mestilah menjadi visi yang jelas kepada generasi muda yang bertanggungjawab kepada negara.

Terima kasih saya ucapkan kepada Dewan Pemuda yang merupakan salah satu sayap Pas Bukit Gantang 

Akhir kata, saya berharap agar muktamar pada kali ini dapat berjalan dengan lancar dan membuahkan hasil yang terbaik untuk perjuangan PAS. Saya juga dimaklumkan bahawa akan berlaku pertandingan untuk jawatan-jawatan utama di dalam Dewan Pemuda pada kali ini. Harapan saya agar pertandingan berlaku secara adik beradik dan penuh harmoni dan semangat ukhuwwah. Bagi saya, pertandingan sebagai jalan meraih pahala dan rahmat Allah SWT. Semoga para perwakilan dapat membuat pilihan yang paling tepat untuk memilih  pemimpin yang dapat menjalankan amanah sebaik yang mungkin di dalam mengemudi Dewan Pemuda PAS Pusat ini terus maju ke hadapan dalam arena politik tanah air.

Demikianlah amanah yang dapat saya sampaikan di dalam majlis ini. Saya berdoa agar kita semua dapat mengambil manfaat daripada apa yang telah saya sampaikan. Apa yang paling penting, ikhlaskanlah usaha kita kerana Allah. Semoga setiap usaha yang kita lakukan kesemuanya dikira amalan yang baik dan menndapat ganjaran di sisi Allah SWT. Saya sudahi dengan :

أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
teks ucapan YDP Bukit Gantang semasa berucap di Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang.

Pejabat Agung PAS talian telefon telah diceroboh?

Haji Salahuddin Ayob menyampaikan cenderamata kepada ahli yang berjaya mengutip  dana tertinggi untuk  bangunan PAS Taiping  pada 22 September lalu.
Changkat Jering- Penulis mendapat maklumat daripada Tuan Haji Salahuddin ,Naib Presiden PAS sewaktu minum seusai perasmian mesyuarat  agung PAS Taiping,bahawa talian telefon pejabat agung PAS,di Jalan Raja Laut telah diganggu.Menurut Haji Salahuddin ,panggilan masuk dan keluar telefon di pejabat agung PAS  untuk seminggu dua ini seolah-olah diganggu."Seperti ada yang ganggu" kata Tn Haji Salahuddin Ayob.

Ahmad Fakharudin menang tanpa bertanding YDP PAS Taiping.

Tuan Haji Salahuddin Ayob ,Naib Presiden PAS berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Taiping kali ke 36,di Markaz Tarbiyyah PAS PERAK,Air Kuning,Taiping.
Taiping- Empat jawatan tertinggi PAS kawasan Taiping telah dimenangi tanpa bertanding. Ustaz Ahmad Fakharudin Abdul Aziz terus menjawat jawatan Yang Di-pertua,Timbalan YDP Haji Alias Ahmad juga turut menang tanpa bertanding,Sdr Ibrahim Ismail  NYDP juga menang tanpa bertanding  .Untuk Ketua Urusan Ulamak,Ustaz Ridwan Zaidin juga menang tanpa bertanding.

Mat Sabu datang lagi "sokong solidariti ops BUBAR.

Jom pi dengar dan derma   ceramah solidariti ops bubar.

Friday, September 20, 2013

Timbalan Presiden PAS ,Mat Sabu datang Bukit Gantang.

Pada malam ini  Hj Mohamad Sabu akan beceramah di Bukit Gantang.

Dato Haron Din dan Hj Mat Sabu di Bukit Gantang pada 21 September ini.

Esok dua acara berlangsung. Kuliah Maghrib akan disampaikan oleh  Dato Dr Haron Din,Timbalan Mursyidul Am Pas,Malaysia di Masjid Nurul Hidayah,Sungai Bemban , Kuala Trong dalam Dun Trong. Pada  9.30 malam ceramah umum,bertempat di Dataran Batu 9,Kepala Bukit,Jln Changkat Jering-Trong,dalam Dun Kuala Sepetang. Penceramah utama Tuan Haji Mohamad bin sabu,Timbalan Presiden Pas.

Thursday, September 19, 2013

Ops Bubar:Suhana Abdullah,orang kena zalim yang berani.

Suhana Abdullah, 49, seorang ibu tunggal,beralamat 44, Kg Labu Kubong, Lubok Merbau, Kuala Kangsar, Perak merupakan Orang Kena Zalim.Sebentar  lagi akan dibebaskan dengan jaminan RM3000.00 sebelum rayuan untuk dibebaskan dari hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen didengari di Mahkamah Tinggi,Taiping.Beliau ibu tunggal yang berani.Denda yang dikenakan ke atas 13 OKZ ,RM5000.00 mesti dijelaskan dalam tempoh 6 bulan. 13 OKZ tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan media. 

Wednesday, September 18, 2013

13 Orang Kena Zalim ,bangkitkan perjuangan rakyat,yang mula lesu.

OKZ (orang kena zalim)  mendengar penuh sabar keputusan  Hakim Mahkamah Tinggi Taiping memberi keputusan atas rayuan ditangguhkan dulu hukuman .

Pesuruhjaya PAS PERAK  memberi kenyataan. PAS komited bersama  13 OKZ  membela hak rakyat.

13 Orang Kena Zalim bermusafir dari Penjara Tapah ke Penjara Taiping.

Orang Kena Zalim(OKZ)  dari Penjara Tapah ke Penjara Taiping.OKZ telah bergerak dari Penjara Tapah  pada pukul 2.30 petang ke Penjara Taiping. Afidavit  rayuan mereka(13 OKZ) untuk ditangguhkan hukuman akan didengari di Mahkamah Tinggi,Taiping ,esok 19 September 2013. 
Changkat Jering,18 September- Menurut bapa Zulhaizam Zulkifli beralamat No508, Batu 2/5 Jalan Simpang, Taiping, Perak  (Encik ZULKIFLI ) anak  beliau   telah dibawa dari Penjara Tapah ke Penjara Taiping pada pukul 2.30 petang tadi.  Difahamkan 13 OKZ kini telah ditempatkan sementara di Penjara Taiping ,sementara menunggu rayuan tentang hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen,Kuala Kangsar.

Tuesday, September 17, 2013

Esok ,9 pagi di Mahkamah Tinggi Taiping,beri sokongan kepada 13 Orang Kena Zalim.


Esok,19 September,9.00 pagi  ,merupakan hari untuk mendengar rayuan 13 OKZ ops Bubar di Mahkamah Tinggi Taiping.Mereka mohon ditangguhkan hukuman dan dibebaskan sehingga rayuan  itu didengari di Mahkamah Tinggi dan seterusnya.

Maklumat Orang Kena Zalim (OKZ)

Bad Latif Mansor, 47, 
No 17, Taman Mulia, 2/3 Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor.

Suhana Abdullah, 49,
44, Kg Labu Kubong, Lubok Merbau, Kuala Kangsar, Perak.

Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 38, 
G-5-4 Qtrs Institusi Pendidikan, Kg Tawas, Tasik Damai, Ipoh, Perak

Mohd Faiz Mohd Arshad, 26, 
NO23B, Kg Baru, Changkat Tin, Tanjung Tualang, Perak

Zulhaizam Zulkifli, 29, 
No508, Batu 2/5 Jalan Simpang, Taiping, Perak

Isha Riduan Ishak, 59,
No 163 Taman Fasa 2A, Seri Manjung, Perak.

Adi Hilmee Mohd Nasir, 44, 
No 3, Jalan Perpaduan, Taman Perpaduan, Ulu Kinta, Perak.

Yusoff Jaafar, 48, 
D/A Surau Muhamadiah, Kuala Kangsar.

Idris Mohd Thaib,48, 
Padang Changkat, Kuala Kangsar, Perak.

Mohamad Nazeer Hameed, 48, 
79 Taman Pantai Wang, Jalan Sg. Batu, Pantai Remis, Perak.

Khairul Azmi Hassan Basri,48, 
14 Psn Wira Jaya Barat 76, Rapat Setia, Ipoh, Perak.

Mohd Hasri Ismail, 48, 
No 209, Fasa 1A, 32040 Seri Manjung, Perak

Mohamed Ismail S.M Abdul Kadir, 47, 
No 78, Taman Merchu Indah, Kuala Kangsar, Perak

19 September dengar keputusan rayuan 13 Orang Kena Zalim.

Dr  Raja Iskandar Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat di Mahkamah Tinggi Taiping Selepas mendengar keputusan hakim menetapkan 19hb september 2013 untuk mendengar keputusan rayuan menangguhkan hukuman 13 Orang Kena Zalim. Turut kelihatan Ustaz Ahmad Fakharudin ,Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Perak, YB Kuala Sepetang,Chua Yee Ling. 

Peguam failkan penangguhan hukuman terhadap 13 tahanan Ops Bubar.

Puan Nashita Md Noor isteri OKZ bersama peguam Aminuddin Zulkipli, ADUN Aulong DAP Leow Thye YihSaras Psm & kawan2 lain di Mahkamah Tinggi Taiping, failkan permohonan rayuan 13 mangsa terhadap hukuman denda RM5k dan penjara 2 tahun yg dijatuhkan kpd mereka #freePerak13.
Taiping,17 September-Peguam  Aminudin Bin Zulkipli sedang memfailkan penangguhan hukuman terhadap 13 tahanan Orang Kena Zalim(OKZ) di Mahkamah Taiping pada jam 2.33 petang.Turut hadir Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Perak,Ustaz Ahmad Fakharudin dan YB ADUN Aulong,Y.T. Leow  

Friday, September 13, 2013

Mana pergi orang yang berucap berapi-api suruh berdemo di Bukit Chandan itu.

Ustaz Abu Bakar Husein,DS Nizar, Ngeh Koo Ham  memberi sokongan moral kepada 13 orang yang didakwa atas kes demo membantah rampasan kuasa PERAK 2009  ,sebelum Hakim Mahkamah Sesyen, Kuala Kangsar ,jatuh hukum. Orang yang berucap-berapi -api supaya rakyat turun beramai-ramai di Masjid Ubudiah ,Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009  pun tidak turun berdemo pada masa itu.Sekarang rakyat yang rurun berdemo yang kena.Solidariti untuk mereka.