Saturday, September 28, 2013
Ustaz Nordin:PAS Bukit Gantang akan hantar petugas terbaik ke Prk Sungai Limau
Monday, September 3, 2012
Kenapa chairman you tak tanding???
Monday, October 17, 2011
Selamat berjuang Dr Aziz Bari,jangan peduli tukang salak UMNO
Penulis pernah berbual dengan Dr Aziz Bari. Dr Aziz Bari bukan peduli dengan pangkat .Jadi beliau tidak seperti Prof Zainal Kling atau Prof Khoo Kay Kim.Beliau seorang profesor yang tiada tolok bandingnya.
Beliau seorang ahli akademi ,beliau mempraktikkan ilmu yang beliau belajar.Selamat berjuang Dr Aziz Bari.
Jangan pedulikan dengan Ezam Mohd Nor dan Zulkifli Nordin.Mereka hanya tukang salak UMNO. Biarkan mereka terjun dengan labu-labunya.Kapal yang mereka tumpang sudah bocor.
Sunday, July 31, 2011
Perkukuhkan Takwa dan Perjuangan.-Ustaz Nordin Jaafar
Bagi pihak PAS Kawasan Bukit Gantang YDP Ustaz Nordin Jaafar mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al.-Mubarak kepada seluruh umat Islam dalam parlimen Bukit Gantang dan Malaysia.Bulan ini bulan menjadi tetamu Allah Swt,menyahut seruan Allah Swt dengan firmanNya yang bermaksud'Wahai orang -orang yang beriman,diwajibkan ke atas kamu berpuasa.Sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu di kalangan mengikut Nabi-nabi di zaman dahulu,supaya kamu menjadi orang-orang bertakwa kepada Allah Taala"
Sehubungan dengan itu PAS Kawasan Bukit Gantang mengharapkan jentera parti terus bekerja menyantuni rakyat dan berusaha keras untuk mencari pengundi baru.
"Sambil solat taraweh ,ingatkan jemaah muda supaya mendaftar sebagai pengundi"kata Ustaz Nordin Jaafar.
Selamat berpuasa .
Monday, May 2, 2011
Dua kegembiraan Ustaz Nordin Jaafar,YDP Bukit Gantang.
Selamat ulangtahun perkahwinan Ustaz Nordin Jaafar yang ke 15 dengan Puan Nik(asal Terengganu) pada hari ini 2 Mei 2011, dari kita sekeluarga.Ustaz Nordin Jaafar hari ini menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 15 serentak dengan terpilih sekali lagi untuk jawatan Yang diPertua Pas Kawasan Bukit Gantang tanpa bertanding.Mesyuarat juga berjalan lancar.
Friday, April 29, 2011
Ustaz Nordin Jaafar ,ziarah orang sakit satu keperluan.

Ustaz Nordin tersenyum ,apabila diberitahu kita akan buat berita Ustaz Nordin ziarah Ahmad Nizam Abdullah yang kemalangan jalanraya. Nizam masih berada di Hospital Columbia Taiping.Taiping:-
YDP Pas Bukit Gantang ,Ustaz Nordin Jaafar ,pemimpin yang memahami orang lain yang sakit.Justeru itu ziarah orang sakit satu kemestian ,bagi beliau.
Anak beliau Mujahid Mohd Nordin, 10 tahun menghidap talasemia.Darah perlu diganti pada setiap minggu.Jadi beliau tahu mereka yang sakit perlu diberi sokongan dan perhatian.
Sunday, November 21, 2010
Darah tidak mercik di baju ustaz.
Thursday, October 7, 2010
Bukit Gantang Bersedia Untuk Bertugas Di PRK Galas
"Dengan pengalaman kita sewaktu PRK Bukit Gantang dan taburan pengundi pula sama seperti Bukit Gantang,kita bersedia bantu PAS Kelantan di Galas" kata Ustaz Nordin Jaafar.
Menurut Ustaz Nordin Jaafar PAS Perak ditugaskan di Bandar Lama Gua Musang,majoriti pengundinya Cina.
"PAS Bukit Gantang sudah bersedia dan kita mempunyai petugas yang terlatih" tegas Ustaz Nordin.
Monday, September 6, 2010
Teruskan bertakbir :Ustaz Nordin Jaafar
“Jangan hanya nak bertakbir pada pagi hari raya, sebaliknya pada malam rayapun kita digalakkan bertakbir banyak-banyak,” ujar YDP Kawasan Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar.
Ustaz Nordin Jaafar pada hari raya tahun ini balik ke kampung isteri beliau berdekatan Kuala Terengganu.
Ustaz Nordin juga meminta kaum ibu dan muslimat jangan biarkan diri dengan kesibukan itu tanpa sempat bertakbir di malam raya.
Beliau juga mengingatkan surirumah supaya tidak terlalu boros menyambut kedatangan Syawal yang bakal menjelang beberapa hari lagi.
Menurutnya, dengan kenaikan harga barang yang semakin melambung tinggi, umat Islam seharusnya tidak terlalu boros.'"Membazir itu amalan syaitan"kata Ustaz Nordin Jaafar.
YDP Pas Bukit Gantang berharap Ahli Pas Bukit Gantang gunakan satu Syawal ini untuk menziarahi penduduk yang memerlukan perhatian.
"Sebagai parti politik dan dakwah kita perlu terus menyantuni rakyat"ujar Ustaz Nordin Jaafar.
Di samping itu Ustaz Nordin Jaafar mengharapkan anak rantau yang kembali ke kampung halaman berhati-hati di jalanraya.
Bagi yang berkedenderaan jangan lupa membaca doa naik kenderaan,ujar Ustaz Nordin Jaafar.
Monday, August 23, 2010
Kita sertai Pas Bukit Gantang menyantuni rakyat-Jom derma.
Semua sumbangan akan diagihkan dalam bentuk hamper dan wang ringgit kepada mereka yang disebutkan tadi pada 5 September ini sebelum menjelang aidil fitri.
Sumbangan akan disampaikan oleh Ahli Parlimen DS Nizar Jamaluddin.
Ustaz Nordin Jaafar meminta para dermawan yang ingin menyumbang seikhlasnya boleh 'bank in' sumbangan ke akaun Pas Kawasan Bukit Gantang BIMB O8040010013314 .
Beliau meminta segala sumbangan memaklumkan melalui mesej ke 019-5403449 atas nama Sdr Fahil Idris untuk rekod.
Beras fidyah juga boleh diagihkan melalui Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen nombor telefon 04-8483950 .
Atas segala sumbangan yang diberikan ,PAS Kawasan Bukit Gantang mengucapkan ribuan terima kasih.
Tuesday, July 13, 2010
Saman Ekor Mansuh Jika Pakatan Rakyat Perintah Putrajaya?
"Sepatutnya kita dibicara dan biarkan mahkamah menentukan hukuman.Kita mendengar DS Nizar akan membawa kes Saman Ekor Rakyat dalam sidang parlimen."tambah Ustaz Nordin dalam blognya.
"Menurut DS Nizar ini salah dari segi undang-undang.Kata DS Nizar menghukum orang tanpa bicara."tegas Ustaz Nordin,YDP Bukit Gantang.
Sementara mengikut kata YB Khalil ,polis pukul curi.Saman ekor secara sembunyi celah pokok dan lalang. Tulis YDP Bukit Gantang lagi.
"Zaman telah meleset,kerajaan cari duit melalui saman ekor?Mungkin PR boleh batalkan saman ekor jika memerintah.Bolehkan?" Ustaz Nordin seolah-olah berharap.sumber
Saturday, July 3, 2010
Salam Takziah Buat Keluarga Allahyarham Ustaz Shuib Husein
Tinggal kenangan:
Pas Kawasan Bukit Gantang mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Shuib Husein.Semoga roh Allahyarham Ustaz Shuib ditempatkan bersama orang soleh dan beriman.Alahyarham meninggal dunia awal pagi tadi dan telah selamat disemadi pada kira-kira pukul 11 pagi tadi
Ustaz Nordin Jaafar merakamkan penghargaan ke atas segala jasa dan pengorbanan Ustaz Shuib Husein sewaktu PRK Bukit Gantang 2009.Bagi Ustaz Nordin,jasa-jasa Ustaz Shuib akan dikira sebagai amal soleh,insyaAlllah.Alfatihah.
Tuesday, June 29, 2010
Ke arah Putrajaya:Hidupkan Bilik Gerakan UPU-Ustaz NordinJaafar
Setiap UPU terus bergerak mencula undi dan daftar pengundi baru khusus orang Melayu.Di samping itu mendaftar mereka sebagai ahli PAS di cawangan masing-masing.
Dengan pengundi muda tidak dipedulikan UMNO yang berkuasa ,Pas Cawangan perlu bertindak pantas untuk menarik orang muda geng kita.
Dalam pada itu kita mengharapkan setiap UPU sudah mengumpul dana pilihanraya PRU 13.Guna kesempatan dan ruang yang ada untuk mencari dana dan derma penduduk setempat.
Marilah kita kerja ,ke arah Putra Jaya.sumber blog YDP
Sunday, June 6, 2010
ADUN Trong,YB Rosli Husein ingin masuk PAS-kata Ustaz Nordin.
Trong-6 Jun:
Apabila kita bertanya kepada Ustaz Nordin ,apa yang dibisikkan YB Rosli?Menurut Ustaz Nordin Jaafar,"YB Rosli Husein akan masuk PAS. "
Mungkin isu terkini isu judi bolasepak membuat YB Rosli Husein minat dengan PAS.Mungkin juga YB Rosli ,berasa PAS parti yang sesuai dengannya ,yang majoriti rakyat marah dengan Najib dan UMNO kini.
Kita doakan Adun Trong akan masuk PAS.Semoga dengan kemasukan YB Rosli Husein PAS Bukit Gantang terus kuat dan PR mempunyai harapan untuk Kerajaan Baru PRU 13.
Wednesday, May 12, 2010
Tiga Wakil Bukit Gantang Bantu Kempen Prk Sibu.
Ustaz Nordin Jaafar dan pimpinan Bukit Gantang akan membantu jentera PR di daerah mengundi yang pengundi Islam banyak.
Mereka dijangka bersama DS Nizar untuk menguatkan lagi pasukan PAS Perak yang kini telah berada di Sibu.
Sunday, February 28, 2010
Ustaz Nordin Jaafar pemimpin harapan rakyat..Tetap bekerja walaupun tidak dipilih sebagai calon 2008.
Ustaz Mohd Nordin Jaafar merupakan Yang Dipertua Pas Kawasan Bukit Gantang.Berasal dari Pekan Bukit Gantang.Pernah menjadi calon Pas dalam pilihanraya 2004 bertanding di DUN Changkat Jering.
Apabila parti tidak mencalonkan beliau dalam pilihanraya 2008,Barisan Alternatif meletakkan PKR,iaitu Osman Jailu,bagi Ustaz Nordin tetap bersemangat menyokong Osman Jailu.
Mungkinkah PRU 13 Ustaz Nordin Jaafar calon pilihan rakyat?Dengan pimpinan Ustaz Nordin Jaafar ,cawangan Pas Bukit Gantang bertambah dan kita menang dalam PRU 12.Di mana Bukit Gantang bukan parlimen yang disasar untuk menang.
Sunday, February 7, 2010
PAS Bukit Gantang dan Ahli Parlimen Raikan Masyarakat Tionghua
Beras,gula dan barangan keperluaan harian bersama Ang Paw telah disumbangkan masing-masing dari PAS dan PKR kepada 30 orang kurang kemampuan .Dengan harapan sedikit sumbangan dari PR akan dapat mengurangkan Kos Beban hidup yang semakin tinggi buat masa ini.
Sementara itu program seumpama ini akan diadakan khusus untuk DUN Trong pada 12 Feb dimana seramai 41 orang kurang kemampuan akan disumbangkan oleh YB DS Nizar bersama Pas Kawasan Bkt Gantang.
Sumbangan untuk masyarakat Dun Trong dijangkakan pada 6 petang di Pusat Khidmat AP Sg Kerang.
Muslimat dan pimpinan cawangan berdekatan turut serta dalam program masyarakat itu.
Wednesday, February 3, 2010
Konspirasi 2 : Rayuan DSAI Pohon Akses Bukti Pendakwaraya Diketahui Selewatnya Jumaat Ini
Tindakan berterusan menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan dokumen relevan bagi menyediakan pembelaan rapi akan merencat proses keadilan.
Peguam Karpal Singh berkata amalan memberikan dokumen relevan kepada pihak tertuduh adalah proses biasa di kebanyakan negara namun Anwar nampaknya dikecualikan daripada mendapat hak itu.
Beliau berkata demikian setelah menemui Hakim kanan Mahkamah Persekutuan Tan Sri Alauddin Mohd Shariff di Putrajaya.
Tan Sri Alauddin berjanji menetapkan tarikh pada minggu ini untuk Mahkamah Persekutuan mendengar permohonan Anwar untuk menyemak semula keputusan mahkamah sama menafikan Anwar dari mendapatkan dokumen berkenaan.
“Selewat-lewatnya hari Jumaat untuk mendapatkan tarikh semakan semula perbicaraan. Malah saya minta untuk dipercepatkan kalau boleh esok saya mahu tahu tarikhnya” kata Karpal.
Bukti tambahan yang dipohon oleh Anwar termasuk rakaman video, nota ahli kimia dan laporan perubatan oleh doctor yang memeriksa Saiful Bukhari Azlan .
“Kami mahu perbicaraan yang adil. Perbicaraan adil hanya boleh wujud jika pihak peguambela diberikan peluang untuk memiliki dokumen. Walaupun mendapatkannya semasa perbicaraan. Peguambela berhak mendapatkan dokumen supaya kami boleh membina strategi. Seperti negara lain. Tetapi ia tidak sepertimana yang berlaku di sini" ujarnya lagi.
Menurut Karpal, pihaknya akan turut mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan esok berhubung keputusan Mahkamah Tinggi semalam untuk menolak permohonan menggugurkan tuduhan berkenaan terhadap Anwar.
Perbicaraan Konspirasi dua membabitkan tuduhan liwat terhadap Anwar akan bersambung di
Mahkamah Tinggi pada pukul 2.30 petang nanti.
Anwar akan memohon sepina meminta supaya Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya dipangggil sebagai saksi kerana mereka bertemu dengan pengadu Saiful Bukhari Azlan sebelum Saiful membuat dakwaan itu.
Najib pada mulanya berdolak dalik mengenai pertemuan itu pada tahun lalu tetapi kemudian mengakuinya apabila berita pertemuan itu bocor dan tersebar di media alternatif.
Jika disabit kesalahan Anwar menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Mantan Timbalan Perdana Menteri ini menghabiskan masa enam tahun dalam penjara atas tuduhan sama sebelum dibebaskan pada tahun 2004.
Tuduhan itu dianggap oleh banyak pihak termasuk pengamal undang-undang dan bekas hakim di dalam dan luar negara sebagai berasaskan bukti yang direkacipta untuk menjatuhkan karier politik Anwar serta mengaibkan keluarganya.
Saturday, December 19, 2009
Ustaz Nordin Jaafar dan Sdr Fadhil Saksi Peristiwa Penting-Kelangsungan Pakatan Rakyat
SHAH ALAM, 19 Dis: Tepat jam 5.30 petang 19 Disember, bertempat di Auditorium MBSA, Dasar Pakatan Rakyat diluluskan sebulat suara dalam konvensyen pertamanya.
Ia diluluskan apabila semua perwakilan berdiri dan mengangkat tangan tanda setuju apabila ditanya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan cadangan Lim Kit Siang.
(Gambar: Tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat menandatangani dokumen Dasar Pakatan Rakyat selepas diluluskan konvensyen)
Dokumen itu kemudiannya ditandatangani oleh tiga pemimpin utama Pakatan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Dasar Pakatan Rakyat berupa dokumen yang dipersetujui bersama di kalangan pimpinannya dan diluluskan sebulat suara dalam konvensyen hari ini.
Ia mengandungi empat perkara asas iaitu demokrasi yang telus dan tulin, memacu ekonomi berprestasi tinggi, keadilan sosial dan pembangunan insan dan hubungan persekutuan - negeri dan dasar luar negara.harakah
Sungguh beruntung Ustaz Nordin Jaafar dan Sdr Fadhil Idris yang menyaksikan peristiwa penting sejarah Malaysia abad ke 21.Semoga mereka memimpin PAS Kawasan Bukit Gantang dengan jayanya.
Selaku salah seorang yang terlibat dalam pimpinan Pas Bukit Gantang ,Bukit Gantang bertuah mempunyai ikon masyarakat Malaysia ,DS Nizar Jamaluddin.
Tahniah Ustaz Nordin Jaafar dan Sdr Fadhil Idris anda akan dicatat sebagai ahli konvensyen dalam sejarah Pakatan Rakyat.
