Showing posts with label Cikgu Din.. Show all posts
Showing posts with label Cikgu Din.. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

Cikgu Din ,cuba periksa(cek) ,pejabat takut polis letak alat rakaman.

Banyak sangat SMS dan pangilan telefon bertanya khabar Pusat Khidmat DS Nizar di Simpang kena gelidah polis.

Sampai  ada yang minta cek takut polis letak alat rakaman. Mereka cakap semuanya boleh berlaku. Kemudian mereka  bertanya apa faedah polis pergi tandas lama sangat,sudah tentulah ada perancangan.

Aku menjawab ,semuanya insyaAllah selamat.Setakat ini pejabat DS Nizar  ,masih selamat dan terus dikunjungi  masyarakat.

Di sini aku ingin jelaskan ,tiada rampasan peralatan komputer atau telefon. Hanya maklumat diri aku dan Fadhil Idris sahaja diambil.

Wednesday, March 3, 2010

Kalau Tidak Ada Pedinding Jangan Jumpa Najib.

Memang betul Najib PM Malaysia.Justeru itu itu dia keras dan banyak "ilmu".Jadi tidak hairan kini Mohsin Fadzil Samsuri tunduk dengan ubat guna-guna.

Wee Choo Keong juga sudah berjumpa Najib di Putra Jaya.Selalunya mengikut teman sepersilatan orang Cina ini susah sangat untuk ditundukkan dengan "ilmu",kerana mempunyai "kung fu" aras tinggi.Namun kita jangan hairan kerana Wee Choo Keong bekas DAP Bukit Bintang.

Tahniah pengundi Bagan Serai yang sekarang sedang demontrasi di hadapan Pejabat Ahli Parlimen supaya Mohsin jikalau anak Banjar meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen.Semua pengundi Banjar yang kita temui ,menyatakan malunya kerana tidak pernah berlaku anak Banjar menjadi pengkhianat amanah rakyat .

Kita jangan marah sama rakyat jika mereka menyatakan wakil rakyat PKR,tidak tahan diuji dan tidak setiakawan bersama Anwar Ibrahim.Kita jangan marah kerana kita yang menghukum Anwar Ibrahim walaupun mahkamah belum menjatuhkan hukuman.Kita jangan marah jika rakyat menuntut hak mereka untuk PAS bertanding pada PRU 13 di kerusi itu.

Thursday, January 14, 2010

Telah Selamat Menjalani Pembedahan Kecil Di Leher

Terima kasih kepada doktor bedah,pakar bius dan doktor yang datang membuat pemeriksaan kepada penulis.Terima kasih juga kepada jururawat yang memberi perkhimatan yang baik.

Dengan duduk di wad selama 4 hari terasa lamanya.Cuma SMS teman dan kaum keluarga membuat kita terasa lega dan tenang.

Kita telah selamat menjalani pembedahan bermula 10.20 pagi dan hanya sedar pada pukul 2 petang pada 13 Januari 2010.

Sebelum bius diberi kepada kita Dr Haslina tidak salah kita menyuruh kita mengucap.Dalam keadaan kita mengucap kalimah shahadat ,kita pun tidak sedar.

Sebelum menjalani pembedahan itu kita diberitahu risiko yang bakal diterima.Antaranya mungkin kehilangan dan perubahan keatas suara.Kehilangan darah yang banyak.Alhamdulillah semua berjalan lancar,kini dalam proses pemulihan.

Dengan doa para sahabat,rakan,teman dan juga anak murid penulis serta sanak saudara,kita semakin cergas untuk meneruskan tugasan harian.Kini kita sedang berehat di rumah dan sedang mengikut apa yang diarah oleh doktor.Sebentar tadi kita berjumpa doktor,dan doktor menyatakan leher kita dalam proses biasa untuk sembuh.

Tuesday, December 1, 2009

Pimpinan Masyarakat Perlu Proaktif Jangan Harap DS Nizar Saja !

Petang tadi melawat masyarakat kampung yang perlu pembelaan.Mereka telah mengadu kepada pimpinan masyarakat Pas Cawangan ,tetapi hampa.

Mereka mengadu kepada DS Nizar.DS Nizar meminta kita memberi perhatian dan tindakan.Sebenarnya aduan mereka kecil .Masalah mereka boleh diselesaikan oleh Lajnah Kebajikan Pas Cawangan.Namun Pas Cawangan tidak proaktif.

Hanya sekadar minta atap zink dan atap pisang sesikat ,tetapi itupun tidak mampu dilakukan oleh Pas Cawangan.Dahulu perkara ini kita yang menjuarai ,tetapi kita kini mengharapkan sumbangan atau bantuan Ahli Parlimen.

Teringat kita apabila keputusan PRK Bukit Gantang diumumkan.Dulu mereka mengundi kita tetapi sebaliknya tidak.PRK mereka menghukum kita.Mereka menyatakan prestasi kita seperti prestasi UMNO.Malah mereka menyatakan kualiti perkhidmatan ketua kampung kita jauh lebih teruk.

Pimpinan PAS Cawangan perlu menjadi lebih menjuarai isu rakyat dan menjadi pemimpin harapan rakyat.Jikalau kita boleh membantu masyarakat secara bergotong-royong ,kenapa kini kita tidak mahu mendahului rakyat.

Pimpinan PR perlu tahu elaun atau gaji DS Nizar habis digunakan untuk rakyat.DS Nizar tidak ambil satu sen pun gaji Ahli Parlimen.Bagi beliau rakyat keutamaan beliau.