Saturday, December 19, 2009

Ustaz Nordin Jaafar dan Sdr Fadhil Saksi Peristiwa Penting-Kelangsungan Pakatan Rakyat

SHAH ALAM, 19 Dis: Tepat jam 5.30 petang 19 Disember, bertempat di Auditorium MBSA, Dasar Pakatan Rakyat diluluskan sebulat suara dalam konvensyen pertamanya.

Ia diluluskan apabila semua perwakilan berdiri dan mengangkat tangan tanda setuju apabila ditanya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan cadangan Lim Kit Siang.

(Gambar: Tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat menandatangani dokumen Dasar Pakatan Rakyat selepas diluluskan konvensyen)

Dokumen itu kemudiannya ditandatangani oleh tiga pemimpin utama Pakatan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dasar Pakatan Rakyat berupa dokumen yang dipersetujui bersama di kalangan pimpinannya dan diluluskan sebulat suara dalam konvensyen hari ini.

Ia mengandungi empat perkara asas iaitu demokrasi yang telus dan tulin, memacu ekonomi berprestasi tinggi, keadilan sosial dan pembangunan insan dan hubungan persekutuan - negeri dan dasar luar negara.harakah

Sungguh beruntung Ustaz Nordin Jaafar dan Sdr Fadhil Idris yang menyaksikan peristiwa penting sejarah Malaysia abad ke 21.Semoga mereka memimpin PAS Kawasan Bukit Gantang dengan jayanya.

Selaku salah seorang yang terlibat dalam pimpinan Pas Bukit Gantang ,Bukit Gantang bertuah mempunyai ikon masyarakat Malaysia ,DS Nizar Jamaluddin.

Tahniah Ustaz Nordin Jaafar dan Sdr Fadhil Idris anda akan dicatat sebagai ahli konvensyen dalam sejarah Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment