Tuesday, September 1, 2009
Sivakumar Speaker Sidang Dun Perak 2 September
7 orang ditahan polis,YB Ngeh Koo Ham,YB Chang Ming Kai,YB Keshvinder dan 4 orang awam termasuk seorang wartawan.Sidang ditangguh pada pukulo 1.30 petang.
gambar malaysiakini
Bicara Ketua Kampung Kerajaan Nizar Tangguh
11.30 am- Ipoh:Bicara saman Ketua Kampung Pakatan Rakyat lawan Kerajaan Haram Zamri ditangguhkan.Perbicaraan sepatutnya hari ini 2 September ditunda ke 13 Oktober 2009.
Penangguhan dibuat Hakim Mahkamah Tinggi kerana wakil pihak Kerajaan Haram Zamri tidak hadir dalam sebutan hari ini.
Difaham kesemua wakil kerajaan Zamri berkumpul di Bangunan SUK.
Difahamkan 13 Oktober ini Hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan walaupun sekiranya wakil pihak Kerajaan Haram Zamri tidak hadir.

Ringkas: Sidang Dun Perak Pindah SMS dari S/U DS Nizar
10.50 a.m mendapat satu SMS dari Sdr Amran Haron,Setiausaha Politik DS Nizar.Beliau menyatakan Bangunan SUK tidak dibenarkan masuk,dihalang polis.Sidang Dun dipindahkan ke Hotel Heritage,Ipoh.
Menurut DS Nizar semasa berkunjung ke Parlimen Bukit Gantang,Sidang Dun perlu diadakan setelah cukup 6 bulan .2 September perlu bersidang kerana 2 Mac lalu sidang DUN Perak,bawah pokok(juga dihalang polis)

Jalan ke Bangunan SUK Perak ditutup.

Kesemua jalan itu termasuk dua jalan utama menuju dua pintu masuk ke SUK iaitu Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan Jalan Istana.
Sekatan jalan raya dibuat lebih 30 meter dari kawasan bangunan SUK di mana terletak di dalamnya Dewan Negeri yang dijangka digunakan oleh Speaker dan kesemua ADUN Pakatan Rakyat untuk bersidang hari ini.
Tinjauan mendapati sekatan jalan itu bagaimanapun hanya memberi laluan kepada Ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk kesekolah, pekerja di bangunan SUK dan mereka yang bekerja di premis dalam kawasan lingkungan sekatan.
Kesemua ADUN Pakatan dijangka berkumpul di bangunan Wisma DAP berhampiran bangunan SUK sebelum bergerak ke Dewan DUN jam 9.30 pagi.
Sidang DUN dijangka berlangsung jam 10 pagi ini.
petikan bumiperak .blogspot
Nizar @ 2 Sept. 2009 - Inilah ikon rakyat !!

Mohamad Nizar Jamaluddin tidak akan dikenali ramai sebelum diangkat menjadi Menteri Besar Perak. Beliau sekadar di luar dunia publisiti, tiada apa yang menarik untuk dipersembahkan kepada umum. Beliau sekadar seorang jurutera yang berjaya dalam dunia perniagaan kejuruteraannya.
Memang Datuk Seri Ir Haji Nizar tidak dikenali umum (ketika itu), termasuk di kalangan penyokong PAS sendiri kerana sikapnya yang low profail dan bukan mengejar jawatan. Pernah bertanding bagi kerusi dewan undangan negeri sebelum PRU2008, tetapi tewas. Itu gambaran ringkas mengenai Nizar. Beliau adalah seorang yang humble dan bersahaja pada sesiapa juapun sebelum, semasa dan selepas diangkat menjadi Menteri Besar Perak.
Setelah diragut daripada menduduki kerusi Menteri Besar yang disandangnya selama 11 bulan. Perjuangan tetap diteruskan. Beberapa kali saya bertanya padanya akan perasaannya. Jawabnya ringkas: "tiada apapun kecuali tidak dapat meneruskan kerja buat yang dirancangkan".
Nizar sesungguhnya manusia yang lurus, melihat dan bertindak ke atas sesuatu atas hakikat dan hakiki Islam. Landasannya mesti benar dan tanpa niat buruk pada sesiapa jua meskipun Umno.
Tiga bulan lepas, katanya, beliau bertembung dengan Kapt (B Osman Jailu pada satu majlis perkahwinan di Taiping. Beliau bertanya khabar seperti biasa. Kemudian dia menelefon (Adun Behrang) Jamaluddin Radzi. Tapi tak dijawan panggilannya. Kagum dan hairan saya mendengar kata-katanya yang secara langsung mengambarkan ketelusan dirinya menerima apa sahaja yang ditohmahkan oleh dua manusia itu terhadap dirinya.
Semua orang tahu bahawa dua manusia itulah yang melompat dan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Dua orang inilah pula yang menghentam Nizar walaupun sebelum itu telah mengangkat sumpah rahsia.
Nizar kini mengisi waktunya melawat kawasan Dun Negeri dan Parlimen Bukit Gantang. Menyampaikan ceramah dan tazkirah. Alangkah ruginya manusia Islam Perak membiarkan seorang pemimpin yang telus dan tulus ini yang dianugerahi Allah.
Sesungguhnya amat jauh bedanya antara DS Dr Zambry Abdul Kadir dengan Nizar daripada segi sahsiah diri dan semangat keislamanannya. Zambry tidak akan mampu meniru atau mengikuti apa yang dilaksanakan Nizar (walaupun sekarang Zambry sedang menirunya). Rakyat dapat menilainya.
Bicara Nizar penuh keyakinan. Beliau kini umpama lilin membakar dirinya untuk menyuluh kehidupan rakyat Perak. Keihlasan Nizar jelas terbayang kerana meskipun tidak lagi berada di persada negeri, beliau meneruskan kerja-kerja seperti biasa meskipun menghadapi pelbagai kekangan.
Alangkah ruginya kalau karisma Nizar ini terbiar begitu sahaja. Tidak diketengahkan atau dimajukan lagi. Nizar mungkin akan tenggelam dalam arus masa jika dibiarkan sendirian. Pakatan Rakyat harus memberi ruang yang lebih meluas pada Nizar. Beliau adalah ikon penting dalam Pakatan Rakyat.
Kesempatan harus diberikan pada Nizar. Pernah saya bertanya padanya mengapa tidak bertanding Naib Presiden PAS ?(semasa muktamar lepas). Nizar menjawab sambil tersenyum nanti orang kata saya keterlaluan kerana naik mendadak. Sesungguhnya jika Nizar bertanding jawatan Naib Presiden, beliau insyallah akan memenangi jawatan itu.
Kemenangan beliau menduduki kerusi Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dengan jumlah undi tertinggi mengambarkan segalanya. Beliau ikon terbaru PAS dan Pakatan Rakyat. Nizar juga seharusnya dikelilingi penasihat yang hebat (untuk ilmu) agar melonjakkan terus namanya dalam persada politik tanah air.
Sesungguhnya PAS atau Pakatan Rakyat tidak wajar membiarkan Nizar bersendirian. Nizar adalah ikon masa depan negara.
dipetik dari al-banjari online 2009

DS Nizar 3: Tazkirah Marilah Kita Berubah-Teoh Beng Hock tidak bunuh diri
Apabila DS Nizar pulang ke Parlimen Bukit Gantang,penulis selalu mengikuti DS Nizar sama ada menaiki kereta yang sama atau mengiringi beliau dengan Van Pusat Khidmat.
Banyak maklumat yang dapat,banyak maklumat kita boleh berubah.Beliau sering menekan rebutlah peluang Bulan Ramadhan Al- Mubarak untuk kita menjadi lebih baik,berjuang untuk semua rakyat dan politik tanpa diskriminasi.
Terdapat tiga perkara penting yang boleh dikongsi bersama :
1.DS menyatakan Teoh Beng Hock bukan bunuh diri.Beliau berhujah berdasarkan pengalaman sebagai jurutera perunding,mengendalikan banyak projek bangunan tinggi.Sewaktu beliau mengendalikan projek,terdapat dua kes buruh binaan Indonesia jatuh bangunan tingkat 7 mati.
"Mati jatuh bangunan tinggi,selalunya pecah kepala,mata tersembur keluar dan kebiasaannya darah mercik sehingga tingkat 2" tegas DS Nizar.
"Teoh Beng Hock masih elok,darah tidak mercik.kita pun hairan"tambah Hj Nizar.
2.Hari kebangsaan kali ini tidak mendapat sambutan."Tiga juta bendera Malaysia diedar,kita tidak melihat rakyat Malaysia kibar bendera di kereta" tambah Hj Nizar."Mereka semua sudah getik"kata DS Nizar lagi.Kebetulan kami berkereta di bandar Taiping,kedai yang mengibar bendera Malaysia boleh dikira.
3.DS Nizar menerangkan Osman Jailu ingin bertanding lagi pada pilihanraya negeri.Kita menjawab insyaALLAH ,Osman akan kalah ,bukan Osman ,UMNOBN juga ditolak rakyat.

Subscribe to:
Posts (Atom)