Tuesday, September 1, 2009

DS Nizar 3: Tazkirah Marilah Kita Berubah-Teoh Beng Hock tidak bunuh diri

Apabila DS Nizar pulang ke Parlimen Bukit Gantang,penulis selalu mengikuti DS Nizar sama ada menaiki kereta yang sama atau mengiringi beliau dengan Van Pusat Khidmat.

Banyak maklumat yang dapat,banyak maklumat kita boleh berubah.Beliau sering menekan rebutlah peluang Bulan Ramadhan Al- Mubarak untuk kita menjadi lebih baik,berjuang untuk semua rakyat dan politik tanpa diskriminasi.

Terdapat tiga perkara penting yang boleh dikongsi bersama :

1.DS menyatakan Teoh Beng Hock bukan bunuh diri.Beliau berhujah berdasarkan pengalaman sebagai jurutera perunding,mengendalikan banyak projek bangunan tinggi.Sewaktu beliau mengendalikan projek,terdapat dua kes buruh binaan Indonesia jatuh bangunan tingkat 7 mati.

"Mati jatuh bangunan tinggi,selalunya pecah kepala,mata tersembur keluar dan kebiasaannya darah mercik sehingga tingkat 2" tegas DS Nizar.

"Teoh Beng Hock masih elok,darah tidak mercik.kita pun hairan"tambah Hj Nizar.

2.Hari kebangsaan kali ini tidak mendapat sambutan."Tiga juta bendera Malaysia diedar,kita tidak melihat rakyat Malaysia kibar bendera di kereta" tambah Hj Nizar."Mereka semua sudah getik"kata DS Nizar lagi.Kebetulan kami berkereta di bandar Taiping,kedai yang mengibar bendera Malaysia boleh dikira.

3.DS Nizar menerangkan Osman Jailu ingin bertanding lagi pada pilihanraya negeri.Kita menjawab insyaALLAH ,Osman akan kalah ,bukan Osman ,UMNOBN juga ditolak rakyat.

No comments:

Post a Comment