Friday, October 2, 2009

Bagan Pinang dari Team IT Pas -Satu lawan Satu






11.30 pagi : Calon kedua-dua parti kini sedang mengadakan sidang akhbar. Helikopter PDRM sedang berlegar-legar kembali diruangan udara sekitar penamaan calon dan kawasan berhampirannya.


11.20 pagi : Sah, hanya satu lawan satu di Bagan Pinang. Pegawai Pengurus Pilihan raya kecil itu, Abdul Wahab Shamsuddin sedang mengumumkan Zulkefly Mohamad (Pas) lawan Tan Sri Isa Samad (BN). Laungan takbir bergema dari kumpulan penyokong Pakatan Rakyat.


11.00 pagi : Pegawai Pengurus Pilihan Raya umum tempoh bantahan calon selama sejam tamat. Semua sedang menunggu pengumuman dari pegawai SPR yang bertugas.
10.40 pagi :
Pihak polis bertindak merampas gendang yang dimainkan sekumpulan kaum India - penyokong Pakatan Rakyat. Polis sedang meminta penjelasn ketua kumpulan gendang tersebut. Tindakan polis itu bagaimanapun dibantah penyokong Pakatan Rakyat yang lain. Sekarang berada di Balai Polis Port Dickson.


10.30 pagi : Kekecohan kecil yang berlaku sejak pagi tadi bagaimanapun diberitakan masih terkawal.


10.20 pagi : Hujan lebat mula turun kembali. Penyokong Pakatan Rakyat lari berlindung di bawah khemah yang disediakan di pusat penamaan calon. Ada yang menggunakan payung dan sesetengahnya menggunakan kain rentang untuk berlindung dari hujan.

10.10 pagi : Satu lagi ketegangan kecil timbul apabila sebilangan penyokong BN melemparkan botol-botol minuman ke arah kumpulan penyokong Pakatan Rakyat. Penyokong Pakatan menjerit kepada pihak polis supaya mengambil tindakan.


10.05 pagi : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang berucap di hadapan penyokong Pakatan Rakyat. Beliau menegaskan matlamat PAS bertanding adalah untuk menang dan bukan setakat mahu mengurangkan majoriti BN di Bagan Pinang.


10.00 pagi : Tempoh serah borang pencalonan tamat jam 10 pagi. Hanya calon BN, Tan Sri Isa Samad dan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar yang menyerahkan borang pencalonan.


Diluar, semakin ramai penyokong Pakatan Rakyat sedang berhimpun. Pertama kalinya penyokong Pakatan Rakyat seramai ini.


9.54 pagi : Di sekitar luar dewan berhampiran, lagu tema PAS berkumandang di kawasan penamaan calon. Sementara itu, kelihatan pegawai-pegawai SPR bersalaman dengan pimpinanan PAS.



9.40 pagi : Kekecohan berlu disekitar jalan raya sepanjang jalan menuju ke pusat penamaan calon, 30-50 konvoi bermotor dan 10 buah kereta yang melakukan kekecohan dipercayai didalangi kumpulan BN - membawa bendera BN.


9.38 pagi : Calon PAS, Zulkefly Mohamad bin Haji Omar bersama calon Barisan Nasional, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus Pilihanraya Abdul Wahab Samsudin di Pusat Penamaan Calon Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang, Dewan Perbandaran Port Dickson.


9.35 pagi : Aktivis PKR, Shahruddin Abdul Hamid, yang telah menyatakan hasratnya bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil ini muncul berbaju putih diserbu wartawan media. Beliau yang bertindak keluar dari PKR itu dikatakan akan menyerahkan borang bertanding baru memasuki dewan.


9.30 pagi : Berlaku sedikit ketegangan di luar pusat penamaan calon berikutan kedua-dua pihak mula timbulkan provokasi. FRU kelihatan bergegas ke bawah bagi mengawal keadaan.


9.00 pagi : Sesi penyerahan borang pencalonan secara rasminya telah dibuka. Ia berlangsung selama sejam dan diikuti sesi bantahan, juga selama sejam. Hanya calon, penyokong, pencadang dan pegawai SPR yang dibenarkan masuk.


8.50 pagi : Calon PAS, telah masuk ke dewan penamaan calon. Proses penamaan calon akan berlangsung sedikit masa lagi. Diluar hujan telah reda, tetapi orang ramai sudah basah lencun.


8.40 pagi : Calon PAS, Zulkefly Mohamad Bin Haji Omar telah sampai ke Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson diringi Presiden PAS dan pimpinan Pakatan Rakyat. Semua ahli parlimen Pakatan rakyat dan keseluruhan ketua Dewan Muslimat negeri-negeri kelihatan sama tiba di sana.


8.30 pagi : Bersama calon ketika ini ialah Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, AJK PAS Pusat Ustaz Abu Bakar Chik, Timbalan Presiden PKR, Azmn Ali dan Pimpinan DAP Perak. Manakala calon BN, Tan Sri Isa Samad baru sampai bersama penyokongnya.


Calon bebas, Shaharuddin Abdul Hamid 15 minit memasuki dewan tadi keluar semula. Dimaklumkan pencadangnya - dari Lukut bukan dari Bagan Pinang. Penyokongnya penduduk Bagan Pinang. Beliau ketika ini sedang mencari pencadang dari kalangan penduduk tempatan.


8.30 pagi : Sejumlah 20 ribu penyokong PAS yang berjalan kaki sejauh 5 kilometer sampai di simpang dewan tempat penyokong Pakatan Rakyat berhimpun. Hujan lebat yang tidak


8.20 pagi : Trafik menuju ke Pusat Penamaan calon masih sesak dengan kenderaan. Menurut laporan petugas kesesakan bermula dari persimpangan masuk ke arah bandar Port Dickson dan Teluk Kemang.


8.00 pagi : Perarakan penyokong PAS masih berarak berjalan menuju ke simpang dewan berkenaan. Perjalanan bermula kembali setelah hujan reda sedikit. Pertama kali hujan mewarnai pagi penamaan calon siri pilihanraya kecil ini.


7.35 pagi : Isteri calon, Saeiah bt Tarmizi turut berarak menuju ke tempat penamaan calon diirngi YB Zailah dan Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah.


7.25 pagi : Penyokong PAS dan Pakatan Rakyat sedang berjalan kaki dari Masjid Qariah Bagan Pinang menuju ke Pusat Penamaan calon.


7.00 pagi : Solat hajat akan diadakan pada jam 7.15 pagi - Masjid Qariah Bagan Pinang, berdekatan Markaz Induk PAS.


Sepanjang jalan menuju ke Jalan Pantai - Pusat Penamaan calon mulai sesak.


Jalan raya utama di kawasan itu, Jalan Pantai akan mula ditutup mulai pukul 7 pagi secara berperingkat-peringkat.


6.30 pagi : Lebih 500 orang petugas dari Unit Amal Negeri-negeri sudah mula bertugas seawal selepas subuh bagi menjaga keselamatan lalulintas.


Pusat penamaan calon akan berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, KM 1, Jalan Pantai bermula jam 9 pagi.

SMS dari teman ,Bagan Pinang ,kehadiran sehebat PRK Bukit Gantang

Sms dari teman di Port Dickson,kehadiran penyokong Pakatan Rakyat dijangkakan 20,000.

Bukit Gantang sahaja yang pergi satu bas,berpuluh-puluh kereta dan van pergi secara sukarela.Mereka pergi menggunakan duit poket sendiri.

YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar mengetuai ahli PAS Kawasan Bukit Gantang untuk memberi sokongan moral.

Malam ini DS Nizar dijangka berceramah bersama TG Hj Abdul Hadi ,di Markaz Besar ,Batu 3,Jalan Pantai.







gambar sumber wartamaya.blogspot.


YDP Bukit Gantang,"Pos Malaysia Untung RM 3.00,kerana rakyat terpaksa bayar denda Setem."

Ustaz Nordin menerangkan beliau terpaksa bayar denda RM3.00 ,sebab terima bungkusan bersetem 50 sen."POS Malaysia sudah cekik darah rakyat" dakwa Ustaz Nordin Jaafar.


Semalam Sya diberitahu oleh YDP PAS Kawasan Bukit Gantang Ust Nordin Jaafar mengenai sebuah bungkusan yang dikirimkan ke alamat beliau di Bukit Gantang.

Sewaktu menerima bungkusan tersebut beliau diminta membayar denda sejumlah 3 ringgit lagi apabila pengirim sampul surat itu hanya meletakan setem yang bernilai 50 sen sahaja yang mana ia tidak sepadan dengan berat bungkusan tersebut.Beliau yang ketika itu tidak mengetahui isi kandungan bungkusan tersebut terus membayar bayaran denda yang ditetapkan.

Apabila sampul itu dibuka terdapat didalamnya sebuah buku yang bertajuk `The Tales Of Mat Bond-Anwar sodomy 2'dan juga sebuah akbar yang bertajuk `The Screw Opener ' yang mana kedua-duanya mengandungi isi yang memburukkan pemimpin Pakatan Rakyat.Walaubagaimanapun kedua-dua bahan ini tidak diterakan siapa pembuatnya.

Perbuatan ini disifatkan sebagai satu tindakan terdesak yang cuba dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan fitnah dan dakyah palsu UBN.Jika ada sesiapa lagi yang menerima bungkusan ini diharapkan supaya memaklumkan ia kepada pihak yang sewajarnya agar tindakan ini tidak berterusan.

dipetik dari sya-reformis

Gambar Hj Nizar Pun UMNO Takut

Hj Nizar menjadi kebanggaan pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI).Mereka suka lihat gambar Hj Nizar.


Kita mendapat maklumat Van Pusat Khidmat dan Kereta Pick-up Pusat Khidmat yang mempunyai gambar DS Nizar amat ditakuti UMNO Bukit Gantang.

Sehingga penceramah UMNO dalam siri penerangannya menyatakan DS Nizar hanya gambarnya sahaja yang kelihatan ,sedangkan DS Nizar pun tidak kelihatan.

Van Pusat Khidmat Hj Nizar sememangnya digunakan sepenuhnya sehingga keseluruhan Parlimen Bukit Gantang telah dilawati.

Dari musibah banjir,ribut,kematian,kebakaran dan membawa bentara atau petugas,tidak kira untuk program parti atau kelab,van dan kereta akan digunakan. Kereta Pick-up misalnya pernah digunakan untuk membawa jenazah,perkhidmatan percuma!

Maklumat ketakutan UMNO dengan gambar Nizar,dikemukakan Pegawai Kanan Kerajaan di Taiping."Cikgu Rosli sindir Nizar ,kerana gambar sahaja yang datang"kata pegawai kerajaan yang namanya tidak mahu disebut.

Penulis mendapat maklumat pergerakan Hj Nizar di Parlimen Bukit Gantang mesti diawasi polis cawangan SB.Contohnya pengedaran bubur lambuk pada 12 September 2009,diekori 3 orang SB,berpakaian preman.

Bagi kita berkesannya perkhidmatan Ahli Parlimen Bukit Gantang sehingga gambar Hj Nizar di van pun UMNO takut.Rakyat mendoakan kesihatan yang baik untuk Hj Nizar.

Tetapi anak murid penulis berbangga cikgu mereka bergambar bersama Nijar!"Nijar bagus punya olang"kata anak murid penulis.

Thursday, October 1, 2009

Sekali Lagi Mahkamah diuji:Speaker DUN Kedah saman SPR


KUALA LUMPUR, 1 Okt: Speaker Dewan Negeri Kedah memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menolak permohonannya agar diadakan pilihan raya kecil di Dun Kota Seputeh.

Permohonan itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan KuasaKuasa Khas) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini melalui firma guaman Tetuan Chooi & Company.

Speaker, Datuk Dr Abdul Isa Ismail, 61, menamakan Adun Kota Seputeh, Datuk Abu Hasan Sharif dan SPR sebagai responden.

Pada 1 Sept lepas, SPR memutuskan bahawa tiada kekosongan pada kerusi DUN Kota Siputeh dan kerusi itu masih disandang oleh Abu Hassan yang memenanginya pada pilihan raya umum ke12 tahun lepas.

Keputusan itu dibuat berikutan pemakluman yang diterima SPR pada 17 Ogos lepas daripada Abdul Isa berhubung kekosongan luar jangka yang dikatakan berlaku bagi kerusi DUN Kota Siputeh.

SPR dalam membuat keputusan itu mendapati Abu Hassan tidak menghadiri dua mesyuarat berturutturut di dalam dua penggal yang berbeza, bukan dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama.

Sementara surat cuti sakit Abu Hasan sebagai penjelasan kepada ketidak hadirannya pada sidang DUN negeri Kedah yang diadakan pada 9 Ogos lalu, dan mendapati kelewatannya untuk menghantar surat cuti sakit itu kepada Abd Isa selewat-lewatnya pada 9 Ogos lalu tidak menjadikan surat cuti sakit itu terbatal.

ImageDalam permohonannya, Abdul Isa mahu mahkamah mengeluarkan perintah untuk mengistiharkan Abu Hasan dari Barisan Nasional (BN) bukan lagi ADUN kawasan berkenaan berikutan kegagalan beliau menghadiri dua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Berikutan itu, Abdul Isa, memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi DUN bagi kawasan Kota Siputeh adalah kosong dan seterusnya mahu SPR mengadakan pilihan raya kecil.

Speaker itu juga mahu satu perintah injunksi dikeluarkan oleh mahkamah untuk menghalang Abu Hasan atau ejenejennya daripada menjalankan tugas sebagai ADUN kawasan itu.

Selain itu, Abdul Isa juga menuntut ganti rugi, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam permohonannya, Abdul Isa mendakwa keputusan SPR untuk mengekalkan Abu Hasan sebagai ADUN Kota Siputeh serta tindakan Abu Hasan yang tidak hadir pada sidang dewan akan mengganggu tugas dan kewajipan Abdul Isa sebagai Seaker DUN Kedah untuk memastikan pentadbiran dijalankan dengan lancar.

"Keputusan SPR dan tindakan Abu Hasan telah membawa kehinaan kepada DUN Kedah, dan mungkin akan mengakibatkan kekecohan kepada prosidingprosidingnya, apabila ADUN yang telahpun hilang kelayakan sebagai ADUN masih dapat kononnya menonjolkan diri mereka sebagai seorang ADUN," katanya. _

harakahdaily.net

Kerajaan Hong Kong Rampas Wang Musa Aman?

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin berlepas ke Hong Kong sebentar tadi untuk mendesak Badan Pencegah Rasuah Hong Kong menyoal siasat sekutu Ketua Menteri Sabah Musa Aman berhubung kes penyeludupan dan pengurupan wang RM16juta.

Michael Chia ditahan di Hong Kong pada Ogos lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa di Hong Kong apabila cuba berlepas dari wilayah China itu menuju Kuala Lumpur, membawa wang berkenaan.

Shamsul mengesahkan beliau akan membuat laporan terhadap Chia dengan pihak berkuasa Hong Kong esok. Laporan itu bertujuan mendesak supaya siasatan terperinchi dijalankan terhadap Chia dan Musa bersabit wang berkenaan.

Wang itu dikatakan mempunyai hubung kait dengan lesen membalak di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik Barisan Nasional di negeri itu.

Blog-blog di Sabah telah memberikan liputan meluas kepada penangkapan Chia.

Berikut disiarkan satu daripada laporan itu yang dipetik dari blog "Deep Throat Sabah" yang mendakwa Chia ialah adik angkat Ketua Menteri Sabah.

Penangkapan adik angkat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman iaitu Michael Chia di Hong Kong pada jam 2.35 petang khamis (14 Ogos 2008) telah membongkar misteri di sebalik enigma.

Michael Chia ditangkap polis Hong Kong di Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong ketika ingin menyertai penerbangan ke Kuala Lumpur.

Menurut sumber rapat Polis Hong Kong dan Interpol, mereka telah memantau kegiatan haram Michael Chia sejak tiga tahun lalu dan akhirnya berjaya menangkap Michael bersama bukti wang tunai Singapura bernilai RM16 juta yang diseludup keluar daripada Hong Kong di dalam beg pakaiannya.

Setelah disoalsiasat, Michael merayu agar dibebaskan kerana wang berkenaan milik Musa Aman dan beliau hanyalah agen membawa keluar wang berkenaan ke Kuala Lumpur bagi membantu meringankan beban kewangan Barisan Nasional dalam proses penamaan calon di Permatang Pauh dan sebahagiannya untuk kegunaan pilihanraya kecil berkenaan.

Penangkapan ini membuatkan Musa Aman berang dan bimbang beliau akan terjerat berikutan penahanan Michael Chia bersama bukti dan lebih malang lagi apabila akaunnya di beberapa bank di Hong Kong dibekukan serta merta.

“CM (Musa) marah betul atas kebodohan Michael Chia kerana bawa wang tunai. Kenapa tidak TT (Telegraphic Transfer) saja? Saya rasa CM kita dalam bahaya,” ujar Datuk Amin Khan, seorang proksi Musa Aman ketika memberitahu rakannya yang juga Datuk melalui telefon di sebuah coffe house hotel terkemuka yang sempat didengar wakil Malaysia Today di Sabah yang secara kebetulan menikmati makan malam di situ.

Penangkapan suspek ini mengejutkan semua pihak terutama Badan Pencegah Rasuah Sabah kerana Michael Chia tidak boleh meninggalkan Negara ini tanpa mendapat izin BPR kerana pasportnya dalam simpanan BPR atas beberapa pertuduhan rasuah bersama Loh Man Heng.

Michael yang sebelum ini ditangkap bersama rakan kongsi Musa Aman, Loh Man Heng dan Chong ‘Khung Long’ (Chong Dinasour) kemungkinan akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Hong Kong pada hari ini bagi menghadapi pertuduhan penyeludupan wang dan pengurupan wang haram (Money Traficking dan Money Laundering).

Penangkapan Michael ini memberi tamparan hebat kepada Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan kerana desas desus yang tersebar meluas mengatakan bahawa Kes Rasuah Loh Man Heng telah ditutup berikutan pengakuan Loh Man Heng sendiri bahawa beliau telah membayar sejumlah RM4 juta melalui pegawai kanan BPR, Mohd Jamidan Abdullah yang sebelum ini menutup kes Musa Aman dalam kegiatan pembalakan haram di Keningau.

Sebelum ini, Pengurus Besar Operasi Kumpulan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong yang sering kelihatan bersama dengan Michael Chia di Hong Kong dan Singapura untuk menjalankan transaksi kewangan bagi pihak Musa Aman.

Namun bak kata pepatah moden, sepandai-pandai ayam melompat, akhirnya menjadi KFC, Michael Chia terjebak walaupun sebelum ini telah berjaya melakukan traksaksi pemindahan wang dalam jumlah yang besar, namun kali ini tertangkap kerana gelojoh membawa wang tunai dengan jumlah melebihi had yang dibenarkan.

Musa Aman begitu mempercayai Michael Chia kerana syarikat bapa Michael, Chia & Sons telah banyak membantu Musa di era beliau membina kerjaya dalam bidang pembalakan dan kontrak, terutama penyewaaan skau (tongkang) untuk menarik kayu balak Musa.

Apabila Musa menjadi Pengarah Yayasan Sabah dan Ketua Menteri Sabah, Michael telah menjadi ‘Taiko’ dalam bidang perhutanan terutama di konsesi Yayasan Sabah.

Michael turut dibantu oleh Chong ‘Khung Long’ atau yang digelar ‘Dinosour’ kerana kegiatannya dalam bidang pembalakan haram untuk membekalkan balak kepada Michael selain daripada konsesi dengan kerjasama Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan @ Sam Singh.

Berita penangkapan Michael Chia belum diketahui umum namun tidak mengejutkan penduduk Sandakan kerana selama ini beliau menunjukkan kekayaan luar biasa dan hidup mewah dengan memiliki sekurang-kurangnya dua bungalow dan 17 kereta mewah, selain harta yang dibeli di Hong Kong dan Singapura.

TVAntara.com

Ringkas Dari Hj Nizar-Terima kasih Encik Shafie SB "Kawal keselamatan malam ini"

SMS dan telefon kepada penulis tidak dapat dijawab semua ,antara lain bertanya,siapa Shafie yang selalu bersama Nizar?

Kita hanya menjawab kini apabila DS Nizar bertolak dari Ipoh untuk ke Bukit Gantang untuk melawat kawasan beliau akan diawasi pegawai polis unit "SB".

29 September sewaktu DS Nizar dari Ipoh ,beliau dipantau 9 anggota unit cawangan khas diketuai Pegawai bernama Shafie,untuk ke tempat ceramah di Markaz Pas Matang Road,Jebong.

Kelmarin ,30 September ceramah DS Nizar sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada pegawai polis Encik Shafie yang mengawal beliau dari Ipoh bersama 4 anggota.

"Terima kasih kepada Encik Shafie dari cawangan SB yang mengawal keselamatan ,malam ini." kata DS NIzar sebelum meneruskan ucapan.

7.30 petang saya dimaklumkan oleh Ketua Penerangan Kawasan,terdapat satu panggilan untuk apa ceramah diadakan di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Zon Trong ? Mengapa tidak memohon kebenaran?

Ketua Penerangan menjawab,PAS membuat ceramah di premis sendiri.

" Kita tidak akan memohon permit ditempat premis kita?" tegas Ustaz Nordin Jaafar ,YDP Bukit Gantang.