Saturday, October 3, 2009

Misteri undi Pos Bagan Pinang ?

N31 Dun Bagan Pinang mempunyai 4,925 pengundi yang mengundi melalui undi pos. Ini tidak termasuk pengundi pos HARAM.

Bukti dan maklumat di bawah ini mendedah bahawa penipuan secara terancang oleh pihak SPR ternyata tidak dapat disangkal lagi. Malah suara-suara yang menyatakan bahawa SPR adalah kuda tunggangan UMNO-BN ternyata benar.


Maklumat ini saya perolehi dari seorang bekas tentera yang telah bersara dari ATM lebih setahun yang lalu. Katanya, secara kebetulan dia ingin menyemak daftar pemilih abangnya secara online di laman web SPR disini. Namun dia sendiri terkejut apabila dia membuat semakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan semasa tentera yang bermula dengan huruf "T" 1068XXX, namanya juga ada tersenarai dalam undi pos walaupun telah setahun menjadi pesara tentera.


Ini menunjukkan SPR gagal mengugurkan serta membersihkan senarai daftar pemilih bagi tentera yang telah bersara secara menyeluruh yang kini telah mempunyai MyKad. Nombor tentera mereka masih digunapakai sebagai pengundi pos yang sah (dibaca: sebenarnya haram).


Untuk maklumat juga katanya, anggota tentera yang bermula dengan nombor 1068xxx hingga 1070xxx adalah rekrut pengambilan pada bulan November 1986 siri 115 yang berpusat di PLR Port Dickson. Pengambilan ketika itu seramai lebih kurang 1970 orang. Jika dikira tamat tempoh perkhidmatan mereka selama 21 atau 22 tahun bermakna rata-rata mereka ini berpencen pada Nov 2007 dan Nov 2008. Namun sebahagian dari nama mereka, masihdigunakan sebagai pengundi pos secara haram setelah melebihi tempoh perkhidmatan bersara wajib.


Kenyataan di atas hanya merujuk kepada rekrut siri 115 dan belum termasuk rekrut dari perantis putera yang bermula dengan nombor 5337xx hingga 534xxx dimana tarikh bersara hampir sama.


Amat ketara adalah seperti nombor tentera yang berwarna merah di bawah adalah pengundi pos bagi kawasan DUN Bagan Pinang. Terdapat seramai 27 orang tersenarai daripada 362 orang sebagai pengundi pos secara haram. Jika 27 orang tersebut telah beristeri bermakna secara automatik isteri juga pengundi pos dan akan berganda menjadikan tambahan 27 orang lagi. Secara keseluruhannya menjadikan 54 orang pengundi pos haram di DUN Bagan Pinang. Undi ini memberi advantage kepada UMNO-BN.


Anda boleh periksa sendiri mengenai kesahihan sumber ini dengan memasukkan nombor tentera di bawah dengan didahului abjad "T"bagi membezakan tentera dengan orang awam.


1068209, 1068213, 1068217, 1068221, 1068233, 1068236, 1068242, 1068250, 1068251, 1068258, 1068261, 1068263, 1068270, 1068281, 1068283, 1068289, 1068291, 1068294, 1068314, 1068315, 1068322, 1068333, 1068337, 1068339, 1068340, 1068341, 1068343, 1068355, 1068365, 1068367, 1068368, 1068376, 1068382, 1068383, 1068384, 1068390, 1068392, 1068394, 1068399, 1068404, 1068406, 1068409, 1068416, 1068424, 1068432, 1068441, 1068465, 1068467, 1068473, 1068474, 1068477, 1068483, 1068484, 1068489, 1068490, 1068492, 1068498, 1068499, 1068511, 1068518, 1068520, 1068525, 1068527, 1068530, 1068533, 1068548, 1068554, 1068556, 1068559, 1068560, 1068570, 1068573, 1068574, 1068576, 1068579, 1068580, 1068582, 1068589, 1068602, 1068619, 1068626, 1068627, 1068630, 1068637, 1068640, 1068650, 1068654, 1068656, 1068659, 1068666, 1068678, 1068683, 1068687, 1068691, 1068693, 1068694, 1068695, 1068704, 1068709, 1068713, 1068729, 1068731, 1068746, 1068748, 1068750, 1068752, 1068753, 1068760, 1068764, 1068774, 1068775, 1068783, 1068788, 1068795, 1068796, 1068800, 1068802, 1068805, 1068806, 1068808, 1068809, 1068813, 1068816, 1068821, 1068824, 1068825, 1068828, 1068833, 1068836, 1068837, 1068842, 1068847, 1068860, 1068862, 1068870, 1068871, 1068890, 1068891, 1068902, 1068920, 1068934, 1068938, 1068940, 1068941, 1068943, 1068946, 1068947, 1068948, 1068949, 1068951, 1068956, 1068958, 1068962, 1068963, 1068965, 1068967, 1068975, 1068985, 1068987, 1068990, 1068994, 1068997, 1068999, 1069004, 1069005, 1069009, 1069012, 1069015, 1069031, 1069064, 1069078, 1069083, 1069084, 1069093, 1069094, 1069101, 1069110, 1069111, 1069114, 1069121, 1069124, 1069132, 1069133, 1069134, 1069136, 1069142, 1069143, 1069146, 1069148,1069151, 1069155, 1069159, 1069173, 1069181, 1069183, 1069192, 1069198, 1069208, 1069220, 1069227, 1069233, 1069235, 1069240, 1069253, 1069262, 1069265, 1069277, 1069279, 1069282, 1069274, 1069293, 1069297, 1069298, 1069306, 1069315, 1069331, 1069334, 1069338, 1069340, 1069344, 1069354, 1069362, 1069375, 1069379, 1069381, 1069400, 1069411, 1069421, 1069423, 1069424, 1069426, 1069437, 1069438, 1069440, 1069441, 1069442, 1069443, 1069444, 1069449, 1069452, 1069454, 1069456, 1069459, 1069465, 1069468, 1069477, 1069488, 1069494, 1069496, 1069499, 1069501, 1069503, 1069504, 1069505, 1069516, 1069523, 1069525, 1069530, 1069534, 1069536, 1069549, 1069560, 1069561, 1069562, 1069566, 1060571, 1060579, 1069581, 1069584, 1069586, 1069595, 1069597, 1069606, 1069612, 1069621, 1069628, 1069635, 1069636, 1069637, 1069649, 1069651, 1069653, 1069657, 1069668, 1069676, 1069677, 1069678, 1069682, 1069686, 1069690, 1069691, 1069693, 1069699, 1069711, 1069713, 1069714, 1069721, 1069732, 1069736, 1069743, 1069746, 1069742, 1069744, 1069745, 1069777, 1069796, 1069807, 1069812, 1069817, 1069820, 1069822, 1069826, 1069828, 1069829, 1069836, 1069841, 1069845, 1069848, 1069850, 1069853, 1069854, 1069856, 1069858, 1069868, 1069874, 1069875, 1069876, 1069878, 1069880, 1069892, 1069899, 1069900, 1069904, 1069907, 1069908, 1069917, 1069928, 1069929, 1069931, 1069933, 1069936, 1069937, 1069945, 1069949, 1069950, 1069951, 1069952, 1069968, 1069972, 1069983, 1069991, 1069993, 1069998, 1070000, 1070002, 1070014, 1070015, 1070016, 1070024, 1070028, 1070031.


Dengan terbongkarnya rahsia ini, ada kemungkinan besar SPR akan melenyapkan bukti-bukti tadi dengan membersihkannya secepat mungkin dari pangkalan data mereka. Namun saya telah mencetak keluar serta mendownload maklumat tersebut terlebih dahulu agar menjadi bahan bukti jika dinafikan oleh pihak SPR.

team.it.pas

SPRM korup, paling korup di Malaysia! dakwa Gobalakrishnan.


BAGAN PINANG, 4 Okt -
Dalam ceramah umum yang diadakan malam tadi di Markaz Besar Bagan Pinang, Batu 3, Jalan Pantai, ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan berani membuat kenyataan terbuka terhadap SPRM mengenai inkues kes Teoh Beng Hock.

"Antara semua agensi, SPRM ialah agensi kerajaan yang paling korup di Malaysia!" dakwa beliau dengan lantang dalam ceramah yang dihadiri oleh lebih 500 penyokong PAS dan orang awam.


"Saya disepak, diterajang semasa Pilihanraya kecil Permatang Pasir. Lihatlah di laman web youtube bagaimana polis Malaysia memperlakukan sebegitu kejam terhadap seorang ahli Parlimen Malaysia,


"Waran tangkap yang dikeluarkan oleh polis untuk menangkap saya terbukti telah tamat tempoh namun polis masih lagi menahan saya atas alasan menganggu ketenteraman awam," jelasnya.


Menurutnya, beliau lebih suka kenyataan tersebut disiarkan secara langsung oleh media televisyen mahupun dilaporkan oleh akhbar harian kerana tidak takut terhadap tindakan yang bakal diambil terhadapnya.


Dalam ceramah yang sama, calon PAS, Zulkefly Mohammad Omar berkias sejarah kuih bulan sempena pesta tanglung kaum Cina dengan mesej yang sama dibawa oleh Pakatan Rakyat.


"Rakyat di China memberi mesej bantuan untuk membebaskan mereka dari cengkaman zalim kerajaan Mongol sebagaimana kita ingin memberitahu kepada rakyat Malaysia bahawa kita, Pakatan Rakyat membawa mesej membebaskan rakyat dari cengkaman kerajaan BN," jelas beliau meminta pengundi mencontohi sejarah tersebut.


Beliau juga merayu pengundi-pengundi di Bagan Pinang supaya memberi undi mereka kepada PAS yang membawa agenda perubahan kepada rakyat bersama-sama Pakatan Rakyat.

'Tokoh provokasi' di Bagan Pinang Azeez Putra Umno

BAGAN PINANG, 4 Okt - PAS menyifatkan Ketua Putera UMNO, Dato Abdul Azeez Abdul Rahim semalam sebagai mencari publisiti murahan, ujar pengarah pilihanraya PAS Bagan Pinang, Salahuddin Ayub.

Salahuddin dalam sidang media harian PAS di Markaz Induk tadi, insiden yang didakwa Abdul Azeez sebagai dipukul oleh sembilan orang pemuda PAS semasa hari penamaan calon yang berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson semalam sebagai 'tokoh provokasi'.

Malah, jika berdasarkan foto berwarna yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian itu, Abdul Azeez tidak kelihatan seperti mengalami kecederaan seperti yang didakwanya.


Katanya, pengalaman di pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang lalu, Abdul Azeez juga menggunakan taktik kotor dengan menyamar sebagai ejen di tempat mengundi


Salahuddin mendakwa tindakan Ketua Putera UMNO itu semalam memang mempunyai niat untuk sengaja melalui kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan Pakatan Rakyat sekaligus sengaja menimbulkan provokasi.


Ketika ditanya media tindakan yang bakal diambil PAS atas insiden itu, Salahuddin berkata PAS tidak akan membuat laporan polis terhadap Abdul Azeez atas dakwaan tersebut.


Jenazah Allahyarham Noordin Mat Top selamat dikebumi


PONTIAN - Jenazah Noordin Mat Top selamat dikebumi di kampung halamannya sendiri di Kampung Melayu Pontian Besar Kiri, kira-kira jam 7.25 malam di sini, semalam.:

Laungan “Allahhuakbar” sebanyak tiga kali daripada orang ramai ketika jenazah hendak dikebumikan menandakan berakhirnya kisah ’militan nombor satu Asia’ yang selama ini dikehendaki polis Indonesia.

Jenazah allahyarham tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dari Jakarta dengan penerbangan Malaysia Airlines kira-kira 3 petang, dibawa pulang ke Pontian menggunakan van jenazah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Putrajaya dengan diiringi oleh anggota polis.

Abang Noordin, Yahya dan isteri pertamanya, Siti Rahmah Rusdi, seorang guru al-Quran di Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru yang telah ke Jakarta semalam untuk menuntut jenazah allahyarham di Rumah Sakit Kramat Jati, turut mengiringi perjalanan terakhir jenazah kembali ke kampung halamannya.

Jenazah allahyarham kemudian disembahyang dan diimamkan imam Masjid Nurul Iman Kampung Melayu Kayu Ara Pasung, Kassim Kambang dan dibawa ke Tanah Perkuburan Wakaf Islam pada jam 6.32 petang.

Kelihatan seluruh penduduk kampung menyaksikan pengkebumian Noordin serta puluhan wartawan dari dalam dan luar negara hadir seawal jam 9 pagi membuat liputan.

Noordin yang mengetuai kumpulan serpihan JI yang dikenali sebagai “Tandzim Al Qaedat Jihad Indonesia” terbunuh pada 17 September lepas di dalam satu operasi oleh pasukan khas anti keganasan Indonesia Detasmen Khusus 88 di Kepuhsari, Solo, Jawa Tengah.

Turut kelihatan di masjid terbabit adalah tiga orang anak Noordin hasil perkahwinannya dengan Siti Rahmah dan sanak saudara beliau.

Jalan raya menuju ke masjid, rumah keluarga Noordin dan tanah perkuburan di kawal ketat oleh anggota polis bagi memastikan upacara pengebumian allahyarham berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zamani Zahaliman berkata, polis mula mengawal kawasan tanah perkuburan dari jam 8 pagi, melibatkan 50 orang anggota dari Ibu Pejabat Daerah Pontian.

Kakak Kandung Noordin, Zainon, 45, merasa sedih dengan apa yang menimpa adiknya itu bagimana pun menahan air matanya dari mengalir setelah melihat jenazah Noordin.

Sementara abang ipar Noordin, Supriyo Eutekno, 50, melahirkan rasa kesalnya kerana jenazah Noordin disimpan terlalu lama di Indonesia.

“Kita tidak kata kita menyokong tindakan dan aktiviti yang dilakukan Noordin tetapi kita menghormati pendirian dan prinsip allahyarhan kerana dia begitu pendiam dan baik sekali.

“Ketika polis Indonesia mengumumkan kali pertamanya Noordin ditembak mati dan kemudiannya menafikannya kami merasakan seolah-olah dipermainkan ketika itu dan sehingga hari ini kami tidak dapat menahan emosi,” katanya kepada pemberita selepas selesai pengebumian Noordin.

Menurut Supriyo, sejak Noordin terpisah daripada keluarganya mereka tidak tahu samada aktiviti yang dilakukan Noordin itu benar atau tidak.

“Secara peribadi jika ikutkan sifat lemah lembut yang dimiliki Noordin, saya tidak percaya dia boleh melakukan perbuatan seperti yang didakwa.

“Biarlah sejarah sahaja menentukannya. Saya hormati dengan segala pendirian kerajaan Malaysia dan berterima kasih dengan polis negara ini dalam membantu proses pengkebumian Noordin,” katanya.

Supriyo turut mempertikaikan pengurusan jenazah Noordin di Indonesia dikatakan menyimpannya terlalu lama dan berharap kejadian yang sama tidak berlaku kepada yang lain pada masa akan datang.

Noordin anak kelapan daripada 15 orang adik beradik itu antara empat yang terbunuh dalam satu serbuan polis di Solo, Jawa Tengah Indonesia, 17 September lalu selepas kejadian tembak menembak dan letupan.

Noordin yang dikenali sebagai 'Money Man' bagi JI didakwa bertanggungjawab merancang siri pengeboman di Indonesia termasuk serangan ke atas dua buah hotel mewah di Jakarta baru-baru ini yang mengakibatkan sembilan orang terbunuh termasuk dua orang pengebom berani mati.

Kematiannya disahkan Ketua Polis Indonesia, Jen Bambang Hendarso Danuri berdasarkan cap jari dan 14 lagi tanda dan ciri-ciri yang dikenali di badannya.

Sinar Harian

Friday, October 2, 2009

Apa kata Ustaz Misbahul Munir:ZULKEFLY MOHAMAD OMAR BAKAL WAKIL RAKYAT BAGAN PINANG

Saya cukup mengenali beliau sewaktu beberapa penggal sebelum ini bersama saya sebagai EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat, sehinggalah beliu dilantik oleh Presiden PAS sebagai Pesuruhjaya PAS negeri Sembilan. Saya sering bertandang di kawasannya atas jemputan untuk menyampaikan ceramah politik. Beliau seorang anak muda yang profesional, bekhidmat dengan beberapa badan koporat, meletakkan jawatan kerana memberi tumpuan kepada politik. Beliau juga seorang usahawan gaharu yang berjaya, di sekeliling rumahnya dipenuhi dengan benih pokok gaharu.

Beliau telah beberapa kali bertanding dalam pilihanrayua umum di DUN Lenggeng, walaupun tidak menang, undi yang diperolehi sering meningkat, dalam pilihanraya umum yang lepas, beliau hanya kalah dengan majoriti 1000 lebih sahaja. Dalam pilihanraya umum 2004 dan 2008, beliau menang di kebanyakan peti undi orang Cina.

Dalam isu insinerator di Broga, beliau adalah juara dalam isu ini, orang-orang Cina dan India cukup menghormati beliau kerana memperjuangkan isu ini. Orang Melayu sahaja yang agak kurang peka dalam isu-isu yang diperjuangkan oleh beliau, sebab itulah di peti undi orang Cina terutamanya di Broga beliu menang besar. Rumahnya sering menjadi tumpuan orang Cina mengadu masalah, kediamannya menjadi pusat khidmat masyarakat.

Hari ini beliau dipilih oleh parti sebagai calon di Bagan Pinang, keupayaannya dan keserlahannya sebagai pemimpin No 1 di Negeri Sembilan serta pengalaman hubungan yang cukup rapat dengan pengundi terutama pengundi bukan Melayu membolehkan beliau merupakan yang terbaik mewakili PAS dan PR sebagai calon di Bagan Pinang.

Insya Allah saya bersama petugas parti dari seluruh Perak akan membantu keras bagi memastikan kemenangan beliau dalam pilihanraya kali ini. Dari maklumat yang diterima, angin perubahan di negeri Sembilan bertiup kencang bagi menumbangkan BN. Bagan Pinang adalah DUN pertama yang akan ditumbangkan oleh rakyat dalam pilihanraya kali ini. Insya Allah.

Calon Rakyat lawan Calon BN

BAGAN PINANG, 3 Okt - Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PAS Zulkefly Mohamad bin Haji Omar dan calon BN, Tan Sri Isa Samad.

Pengumuman itu dibuat oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang Abdul Wahab Shamsuddin jam 11.20 pagi tadi selepas masa bantahan tamat.

Pertandingan tiga penjuru yang dijangkakan sebelum ini bagaimanapun tidak berlaku apabila, hasrat bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shahruddin Abdul Hamid untuk bertanding sebagai calon Bebas terkubur apabila beliau gagal mengemukakan borang yang lengkap.

Pusat Penamaan Calon Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang pagi tadi berlangsung di Dewan Perbandaran Port Dickson. Dewan tersebut juga akan digunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai Pusat Penjumlahan Rasmi Undi 11 Oktober nanti

JUMPA DS NIZAR DI BAGAN PINANG


Ceramah 1

Masa : 9 malam

Tempat : Markas Besar Bt 3, Jalan Pantai (Hadapan Bangunan Zaitun)

Penceramah :

  • YB Dato Seri Hj Abd Hadi Awang , Presiden PAS
  • YB Dato Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin , Ahli Parlimen Bukit Gantang
  • YB N Gobala Krishnan , Ahli Parlimen Padang Serai
  • Sdr Mazlan Aliman , AJK PAS Pusat
  • Y Bhg Zulkefly Mohamad Hj Omar, Calon PAS N.31 Bagan Pinang

Tarikh : 4 Oktober 2009 (Ahad)


Ceramah 1

Masa : 9 malam

Tempat : Bt 6 ½ Jalan Pantai, Telok Kemang, Port Dickson

Penceramah :

YB Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bukit Gantang

Sdr Shamsul Iskandar Mat Akin, Ketua AMK Pusat

YB N Gobala Krishnan, Ahli Parlimen Padang Serai

Y Bhg Zulkefly Mohamad Hj Omar, Calon PAS N31 Bagan Pinang