Wednesday, March 31, 2010

Nizar -Banyak rupanya ambil kesempatan!


Zainuddin Hamzah ,Penolong Setiausaha Pas Kawasan Bukit Gantang bersama pasukan Unit Amal Kawasan sedang bergotong-royong membina dan menyiapkan tapak kedai Encik Aminuddin Bin Ishak,di Kg Tebuk Trong pada 27 Mac 2010.


Melihat kepada keadaan sekarang kita mendapati rupanya banyak sangat penderma yang "menderma" ke akaun Pusat Khidmat Ahli Parlimen.

Rupa-rupanya derma mereka bersebab.Kita melihat segelintir mereka menderma untuk mengambil kesempatan jika DS Nizar berpeluang menjadi Menteri Besar Perak.Justeru itu sebelum 9 Februari kita difahamkan ramai yang menderma kepada akaun Ahli Parlimen.

Tetapi apabila DS Nizar disahkan bukan Menteri Besar ,derma tidak mencurah lagi.Mereka yang menderma semakin berkurangan.Jumlah derma juga semakin kecil.

Jelas kita melihat individu itu menderma bukan ikhlas membantu rakyat!Jelas, mungkin mereka mengharapkan balasan.Mana tahu dapat balak,dapat pasir ,dapat tender untuk syarikat mereka.

Dalam politik ini kita kena pandai mengatur srategik.Pejuang parti jangan ditinggalkan.Mereka perlu ditanya khabar!

Orang korporat dan orang kaya selalunya mengambil kesempatan.

Tuesday, March 30, 2010

Lim Guan Eng Mimpi Ngeri Buat UMNO

Pemikiran pimpinan UMNO Pulau Pinang telah dipenjarakan oleh media massa arus perdana dan ideologi sempit Melayu.Lim Guan Eng ingin membebaskan masyarakat Melayu supaya lebih merdeka dan Lim Guan Eng juga sedar jika PR tidak membantu rakyat,PR boleh dihukum pada PRU 13.

Saudara Lim Guan Eng satu watak yang digeruni UMNO.Banyak betul program beliau untuk rakyat.

Begitu dengki- khinat UMNO yang memperlekehkan usaha Saudara Lim Guan Eng untuk sekadar memberi RM100.00 untuk warga emas.Mereka mampu mengira berapa sen sehari yang warga emas dapat.Umno melalui tukang karutnya tetap pergi ke kampung orang Melayu menyatakan itu rasuah dan menghina orang Melayu Pulau Pinang.

Malangnya mereka tidak melaporkan kepada SPRM,sekadar riuh sekampung untuk menidakkan program kerajaan PR Pulau Pinang.

Begitu juga apabila Lim Guan Eng membantu Sekolah Agama Rakyat ,itu dianggap tugas kerajaan.Mereka menutup isu jumlah besar yang diberi Kerajaan PR Pulau Pinang.

Begitu juga isu golongan peniaga Melayu yang dipinggirkan oleh UMNO selama ini dipeti sejukkan tetapi apabila gerai haram cuba diatasi oleh kerajaan tempatan ,Sdr Lim Guan Eng dituduh anti-Melayu.

Padahal Lim Guan Eng anti- BN dan anti-UmNo.

penilaian dan perbandingan berhubung persamaan di antara 1Malaysia dan 1Israel

- 1Israel adalah parti gabungan yang dipimpin oleh Ehud Barak yang menang pilihanraya Israel pada tahun 1999. Ia pada asalnya mengumpulkan Parti Buruh, Gesher dan Meimad dan kemudiannya bergabung dengan parti-parti agama Yahudi dan sayap kanan seperti Shas, Meretz dan beberapa parti lain.

- 1Israel menandakan beralihnya dasar Parti Buruh menjadi lebih keras dan bersayap kanan; dengan kemasukan parti-parti lain di dalam gabungan. Ia merupakan gabungan pilihanraya yang mengumpulkan parti-parti perkauman bersayap kanan yang berbeza ideologi dan kepentingannya.

- Sebab itu pendekatan yang diambil oleh Ehud Barak adalah dengan menumpukan kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh 1Israel kepada rakyat untuk mengalih perhatian pengundi daripada perbezaan ideologi parti-parti di dalam 1Israel.

- Platform 1Israel menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan yang lebih baik terutamanya di dalam pendidikan dan kesihatan yang terpampang di papan tanda besar.

- Mesej-mesej yang konsisten di papan tanda besar ini adalah tumpuan 1Israel untuk mendahulukan rakyat; dengan mendahulukan perkhidmatan seperti pendidikan dan kesihatan sebelum meluaskan kawasan penempatan Israel.

- Jadi mesej 1Israel adalah “rakyat didahulukan”, mesej 1Malaysia adalah “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.

-Satu lagi inisiatif utama kerajaan 1Israel adalah dengan merombak sistem kesihatan. Di bawah 1Israel, fungsi Kementerian Kesihatan diubah dengan menjadi perancang dan mengurangkan penekanan kepada rawatan wad dan hospital – sebaliknya rakyat digalakkan mendapatkan rawatan pencegahan sebelum ke hospital; sama ada di klinik atau dengan ubat-ubatan yang diberikan.

- Maka 1Israel penekanannya adalah klinik, di Malaysia kita ada Klinik 1Malaysia.

- Selain itu di bawah 1Israel pelbagai tabung, yayasan dan kempen dilancarkan secara bertubi-tubi; semuanya di bawah payung 1Israel. Begitulah juga di Malaysia tiap-tiap hari kita disuap dengan pelancaran, yayasan (contohnya Yayasan 1Malaysia), tabung, kampung dan pelbagai lagi – semuanya konsep 1Malaysia.

sumber-anwaribrahim.blog.com

Polis Oh Polis!- Sidang Dun Perak


Kita membaca pandangan Ustaz Misbahul Munir berkaitan sikap polis dan "keadilan kelas dunia" polis Malaysia.

Satu persidangan di DUN Perak perlu kawalan polis serta sikap Polis dalam melaksanakan peraturan .Peraturan pula terpilih dan mereka pula mengikut arahan orang atas.

Berikut catatan Ustaz Misbahul Munir berkenaan Polis Malaysia di DUN Perak.

Pintu masuk untuk BN ke dewan tidak ada scan.

Semalam apabila Adun PR cuba masuk ke pintu masuk yang disediakan khusus untuk Adun BN, pihak polis yang mengawal tidak membenarkannya atas arahan Ganesan, polis mengarahkan Adun PR masuk dewan mengikuti pintu yang dikhususkan, lift juga diasingkan penggunaannya.

Tidak pernah berlaku, adanya pengasingan seumpama ini di mana-mana sidang dewan rakyat dan sidang DUN di negeri yang lain melainkan {Perak. Bukan itu sahaja, masa untuk Adun PR dan BN juga memasuki bangunan SUK dan dewan juga berbeza. Adun PR membantah tindakan ini, mereka berhujjah, DUN adalah tempat istimewa para Adun, DUN seumpama pejabat atau rumah Adun, mereka berhak masuk ikut pintu mana sekalipun,selain Adun polis atau pegawai-pegawai kerajaan tidak ada keistimewaan untuk menguasai DUN.

Polis tidak dapat menjawab hujjah Adun PR,akhirnya mereka mengatakan, Adun PR kena masuk ikut pintu yang disediakan kerana melalui pintu tersebut setiap Adun PR yang masuk akan discan. Pecahlah tembelang semua, Adun PR memprotes, ini satu lagi arahan yang tidak patut, pintu masuk Adun PR di scan, pintu masuk Adun BN tidak perlu discan. Polis rasa bersalah kerana terlepas cakap,akhirnya semua Adun PR dibenarkan memasuki pintu yang disediakan untuk BN tanpa discan dan diperiksa dengan ketat.


Polis kuasai bangunan SUK
Pengawal Keselamatan bangunan SUK tidak lagi berfungsi sejak semalam lagi. Pihak polis ambil alih sepenuhnya, malahan Ganesan guna kuasa haramnya mengarahkan pihak polis mengawal semua pintu masuk. Jumlahnya tidak pula sedikit, ada yang beruniform dan ada juga yang berpakaian preman. Mereka berkeliaran di luar pagar dan kawasan pagar SUK. Dalam pagar SUK, deretan trak polis berada di tempat parking kereta. Begitu juga di setiap pintu masuk ke bangunan SUK dan DUN penuh dengan anggota polis. Bukan itu sahaja, dalam dewan sahaja, beberapa anggota polis berkawal di kiri kanan Speaker atas alasan nak jaga keselamatan Tuanku, Sebaik Tuanku masuk, semua yang kononnya nak mengawal Tuanku bergegas keluar. Nampak sangat mereka begitu takut dengan perjalanan dewan, apapun sangkaan jahat mereka, tidak mungkin Adun PR akan bertindak di luar batas undang-undang, Adun PR akan membantah tindakan-tindakan yang melanggar peraturan dengan hujjah berdasarkan peruntukkan dalam Perintah Tetap dan Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Perak.

Sebenarnya merekalah yang langgar undang-undang, polis digunakan untuk kepentingan mereka bukan rakyat. Sidang-sidang yang lepas, kita menyaksikan bagaimana polis digunakan untuk menyekat dan menghalang Adun PR, polis digunakan untuk mengangkat, mengheret dan mengurung Sivakumar, polis digunakan untuk merampas jubah Sivakumar, dan semalam polis digunakan untuk mengawal setiap pintu masuk dewan. Kita bimbang, kalau dalam perdebatan dan pertikaman lidah nanti, Adun BN tidak mampu berdepan dengan Adun PR dari sudut hujjah, polis akan digunakan untuk mengusung dan menghalau Adun PR ke luar dewan.

Penyertaan Ahli Umno dalam Perkasa bukti 1 Malaysia gimik politik-Ustaz Idris Hj Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat penyertaan ahli-ahli Umno dan sokongan mereka terhadap -Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) sebagai bukti jelas bahawa Umno tidak serius dalam gagasan 1 Malaysia. Gagasan berkenaan hanyalah gimik politik bagi menarik kembali sokongan kaum-kaum bukan Melayu kepada Barisan Nasional, sedangkan dalam masa yang sama mereka menyertai dan menyokong Perkasa yang membangkitkan isu perkauman atas nama Melayu.

Sebelum ini, Kerajaan BN dan Umno berpakat mengharamkan pertubuhan Su Qiu dan Hindraf yang dikatakan pelampau Cina dan India yang menyemarakan semangat perkauman. Tetapi bila Perkasa wujud, mereka membelanya atas nama kebebasan bersuara. Di sini memperlihatkan ketidakadilan Umno dalam memberikan hak kepada semua kaum bagi menubuhkan pertubuhan. Malah Perkasa mendapat keistimewaan khas untuk menerbitkan Akhbar mereka sendiri, sedangkan media parti politik seperti Harakah dan Suara Keadilan menunggu bertahun-tahun untuk dapatkan permit.

PAS tidak menafikan hak Perkasa untuk berpersatuan atau mewujudkan organisasinya, tetapi pihak Kerajaan perlu adil dan Umno seharusnya menyatakan pendirian sebenar mereka dalam gagasan 1 Malaysia.

Pengakuan Ketua Pemuda Umno sebelum ini bahawa memang ada ahli Umno menyertai Perkasa membuktikan bahawa Umno sendiri merupakan parti perkauman.

Kehadiran Mukhriz dan Awang Adek dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa baru-baru ini menunjukan pemimpin Umno memang tidak ikhlas dalam gagasan satu Malaysia dan menyokong Perkasa untuk menyemarakan kebencian antara kaum.

PAS melihat bahawa rakyat juga semakin sangsi dengan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat gagal memberikan kefahaman kepada ahli Umno terhadap gagasan 1 Malaysia. Mungkinkah wujud penentangan terhadap Najib dan gagasannya itu sehingga membuatkan ahli dan pemimpin Umno secara terbuka menyokong Perkasa.

Pas berharap agar rakyat menyedari perkara ini dan bersatu menolak pelampau perkauman ini. Pas menyeru rakyat hidup bersatu padu dengan rasa muhibbah tanpa perlu melakukan apa-apa provokasi melampau. Kaum bukan Melayu diseru menghormati hak-hak keistimewaan Melayu yang ditetapkan perlembagaan dan Kaum Melayu diharapkan tidak mendiskriminasikan kaum bukan Melayu. Kesefahaman dan tolak ansur menjadi kunci perpaduan rakyat selama ini dan ianya perlulah dikekalkan.

Gagasan 1 Malaysia tidak perlu jika organisasi perkauman atau parti politik perkauman wujud, kerana merekalah yang sering menyemarakan rasa benci, dendam dan amarah antara kaum dinegara ini.Hatta di diakhirat juga nanti tidak ada atas nama bangsa, samaada Melayu, cina atau India yang dijamin masuk syurga. . Semua manusia sama, yang membezakannya adalah ketaqwaan kepada Allah swt.

Chua Soi Lek- Presiden MCA dan seks luar tabii !

Kini orang Cina semakin menyokong PR.Apabila MCA berketuakan seorang yang mengaku melakukan seks luar tabii orang Cina menjadi malu sangat.

Sehingga teman-teman yang jadi penyokong MCA tegar berasa malu untuk berbicara tentang Chua Soi Lek.Bagi kita teman kita para guru.Mereka boleh menjadi indikator hala tuju politik Cina.

Tanyalah para guru ,guru yang betul pendidik.Semuanya malu kerana UMNO sememangnya suka pimpinan seperti itu ,senang mereka kawal.MCA terduduk diam,mereka tidak berani lagi berbicara tentang PKFZ atau berhujah tentang Perkasa.Bagi Najib ini satu kejayaan.

Chua Soi Lek tidak akan memperjuangkan nasib rakyat.Nasibnya boleh ditentukan Musa Hasan atau Ghani Patail.Banyak cakap ,nanti tidak dapat habuan jadi menteri.

Kita tahu budaya orang Cina,mereka mana boleh terima budaya seks luar tabii.Jikalau mereka kembali kepada ajaran budaya mereka. Chua Soi Lek, Presiden MCA ini merupakan satu tanda kejatuhan kerajaan BN pada PRU 13.

Monday, March 29, 2010

Sekitar Sidang DUN Perak- Adun dan Polis!


The image  “http://www.bharian.com.my/bharian/PixFront/sivakumar” cannot be  displayed, because it contains errors.
Sumber gambar: BHarian.
Terkini 11.26 am : Kenyataan Dato Ngeh
Saya cabar supaya esok hari tidak ada polis. Dan kita akan lakukan sesuatu kalau esok masih ada polis.

Keselamatan kami tergugat dan kami mohon jaminan.

Saya mendapati agenda berikut tidak ada perbahasan, apa sudah jadi?

Polis yang datang hari ini dibawa dari banyak tempat termasuk yang saya kenal sekumpulan dari Manjung.

Terkini 11.21 am : Kenyataan Speaker Sivakumar
Saya tidak nampak media dalam dewan yang seharusnya diketahui oleh rakyat umum. Sepatutnya media semua pihak dan blogger dibenarkan masuk .

Persoalan kenapa ini dibuat dan telah mencemar demokrasi.

Terkini 11.20 am : Kenyataan Media Ds.Nizar
Kami baru balik dari perhimpunan polis, tetapi kami bersama DYMM Pemangku Perak dalam acara perasmian tadi.

Kami dihalang untuk mengadakan sidang media di perpustakaan seperti biasa. Kami tidak dibenar masuk dalam dewan ikut pintu E dan dikatakan itu adalah pintu BN,kami protes dan akhirnya kami dibenarkan masuk.

Hampir 15 minit kami tergendala disitu dan ini cara baru yang dilakukan BN untuk halang kami masuk .Kami lihat dalam galeri penuh dengan polis dan dewan dipenuhi polis. Ini pencemaran dan kami bantah dan kondem dengan arahan kepada polis yang tidak sepatutnya.

Inilah sebab kami ajak berbincang dengan tujuan kami bersidang dengan licin dan mohon sidang selama 5 hari namun ditolak.

Saya juga membisikkan kepada Ganesan tadi dia juga senyum.Kami dapat sms tadi kalau ada kekecohan dalam dewan, kami akan ditangkap, dan saya anggap benar kerana dalam dewan begitu ramai polis.

BN menggunakan cara mengasing-asingkan tempat laluan masuk dewan antara BN dan Pakatan Rakyat.

Terkini 11.11 am : Kami meninggalkan dewan dan berjalan kaki menuju Wisma DAP
Kami keluar dari bangunan dewan dan dengan berjalan kami singgah sebentar di bawah pokok demokrasi dan sempat saya membuat jenaka dengan cadangan supaya diadakan sidang bawah pokok, dan mendapat perhatian dari pihak polis yang ada disitu. Mungkin mereka ingat kami serius atau betul-betul....

Terkini 10.54 am : Sidang Media
Satu sidang media akan diadakan sebentar lagi, semua ADUN PR masih berada di dalam dewan. Dan secara baik mengadakan perbincangan dengan ADUN BN.
Kelihatan Tajol Rosli berkata sesuatu kepada Dato Ngeh sambil diperhatikan ole ADUN yang lain.


Terkini 10.46 am : Bacaan Doa
10.42 am : Bacaan doa oleh Mufti Perak, DYMM Pemangku Raja Perak selesai merasmikan Dewan Perak.
10.45 am : Bacaan doa selesai, Ganesan tangguhkan dewan dan umum dewan ditangguh ke hari Rabu(esok) jam 10 pagi.
10.46 am : DYMM Raja Nazrin meninggalkan dewan.
10.48 am : Setelah Raja Nazrin meninggalkan dewan semua polis berbaju biru meluru masuk mengambil tempat tadi,benar mereka hanya berlakon.


Terkini 10.28 am : Polis yang berkawal didepan Ganesan meninggalkan tempatnya
Macam berlakon, bila Pemangku Raja Perak masuk ke dalam dewan tadi, lalu semua polis itu meninggalkan tempat mereka berdiri.
Sebelum itu ADUN Pengkalan Hulu sempat mempertahankan mereka yang tidak dikenali yang berbaju biru itu adalah untuk menjaga keselamatan Pemangku Raja Perak.
Namun ternyata Tajol Rosli berbohong apabila Pemangku Sultan masuk lalu mereka meninggalkan bahagian depan pentas
utama.Mungkin mereka menjaga kerusi Ganesan takut dirampas oleh kami???


Terkini 10.14am : Semua ADUN hadir
Semua ADUN PR dan BN berjumlah 59 orang berada dalam dewan mengikuti Majlis Perasmian oleh Pemangku Raja Perak.


Terkini 10.13 am : Titah Ucapan Perasmian.
DYMM Pemangku mulai masuk ke dewan dan memulakan titah ucapan perasmian sidang hari ini.


Terkini 10.11 am : Sivakumar menuju ke kerusi Speaker, Ganesan patah balik takut kerusi kena ambil
Apabila Sivakumar cuba menuju ke kerusi Speaker, Ganesan terus berpatah balik ke kerusinya takut diambil oleh Sivakumar sebentar tadi.


Terkini 10.09 am : ADUN PR terus protes supaya polis keluar
ADUN PR terus protes supaya polis keluar, sidang terhenti..Raja Muda belum masuk ke dalam dewan.


Terkini 10.06 am : Permohonan PR ditolak, sidang diteruskan
Selepas bacaan doa oleh SU Dewan Ganesan tetap meneruskan dewan dengan tidak mengindahkan permohonan dari Pakatan Rakyat.


Terkini 10.03 am : ADUN PR protes polis ramai dalam dewan, supaya keluar
ADUN PR diketuai oleh DS. Nizar protes dewan yang dipenuhi oleh ratusan polis dan menjamin dewan akan berjalan lancar walaupun dewan tiada polis, namun ditolak oleh BN.


Terkini 9.57 am : Kami akhirnya dibenar masuk setelah dihalang sekitar 15 minit.
Akhirnya kami dibenarkan masuk setelah berlaku perdebatan dipintu masuk E sebentar tadi.


Terkini 9.55 am: Kami dihalang untuk masuk
Polis tidak ada kerja diluar dan banyak berkumpul di luar dewan. Dalam bangunan dewan untuk menghalang kami masuk melalui pintu masuk yang kami pilih iaitu pintu E.


Terkini 9.40 am : Acara Pemeriksaan Perbarisan disempurnakan oleh DYMM Pemangku Raja Perak
Perbarisan tamat. Acara perbarisan disempurnakan oleh DYMM Pemangku Raja Perak. Raja Nazrin Shah.


Terkini 9.36 am : DYMM Raja Muda Perak tiba di bangunan dewan.
DYMM Raja Muda Perak dan DYTM Raja Puan Besar Perak selamat sampai di bahagian hadapan dewan negeri tempat perbarisan akan diadakan sebentar lagi.
Semua tetamu termasuk dari Pakatan Rakyat berdiri untuk penghormatan bersama dengan lagu NegaraKu yang berkumandang.


Terkini 9.16 am : Speaker haram ambil tempat hormat perbarisan
Kelihatan speaker haram bersama setiausaha Kerajaan Negeri menerima tabik hormat dari pasukan perbarisan yang bertugas.


Terkini 8.56 am : Kami sampai di dataran tempat perbarisan
Semua ADUN PR sudah sampai didewan tempat perbarisan yang akan diadakan pada jam 9.30 pagi nanti.
Maaf, saya sempat tersala duduk di samping katak Changkat Jering, mana tahu kalau ada media yang siarkan, jangan salah faham pula.
Semua ADUN PR telah mengambil tempat masing-masing. Kami pilih tempat di bahagian belakang sekali.


Terkini 8.50 am : Pintu masuk penuh dengan polis
Keadaan pintu masuk bangunan dewan sesak dengan hampir 100 polis yang mengawal ketat pergerakan kami untuk masuk.


Terkini 8.46 am : Kawalan ketat sepanjang perjalanan ke dewan
Kami mendapat kawalan ketat sepanjang perjalanan ke dewan dan mendapat liputan yang meluas dari rakan media.


Terkini 8.44 am : Kami mula bergerak ke dewan
Semua ADUN PR mula bergerak ke dewan sebentar tadi.


Terkini 8.39 am : Masuk dewan pun pintu lain-lain
Menurut surat terakhir yang dihantar oleh Speaker haram dimana antara ADUN BN dan PR masuk ke dewan melalui lif dan pintu berasingan.


Terkini 8.34 am : Semua ADUN PR sudah berkumpul di Wisma DAP
Semua ADUN PR kini berada di Wisma DAP dan sedikit talimat sedang diadakan untuk kami.


Terkini 8.30 am : Wartawan cuma diletakkan dalam bilik audio bercermin gelap
Seorang wartawan yang bertugas memaklumkan kepada saya sebentar tadi bahawa mereka cuma dibenarkan duduk dalam bilik audio semacam bilik pemerhati bercermin gelap.
Ada kemungkinan mereka gagal untuk mengambil gambar apabila diletakkan dalam bilik gelap itu.


Terkini 8.27 am : 150 polis berpakaian biasa dalam bangunan dewan
Menurut maklumat yang kami terima juga didalam bangunan SUK sekarang terdapat sekitar 150 orang pegawai polis yang mengenakan pakaian biasa.
Saya tidak pasti apakah strategi jahat yang diatur oleh BN pada sidang hari ini.


Terkini 8.25 am : Maklumat dikatakan talifon pun tidak dibenarkan masuk
Menurut maklumat yang saya terima alat rakaman akan dihalang masuk ke dalam dewan termasuk juga talifon. Kalau ini menjadi kenyataan maka sekali lagi ADUN PR dihalang untuk merakamkan perkara yang sebenar berlaku di dalam dewan.


Sekitar bangunan Dewan Negeri Perak kembali jadi "Zon Perang "
Ternyata segla jangkaan awal dari kami adalah tepat dimana kawalan ketat akan dilakukan selama sidang akan berlangsung untuk kali. Walaupun beberapa kali dijanjikan oleh pihak Bn saya sudah tidak percaya lagi.
Saksikan lima keping gambar yang saya ambil dalam perjalan ke sini sekitar jam 7.45 minit tadi, siapakah mereka kalau bukan pihak keselamatan yang diarahkan bertugas disekitar Bangunan SUK yang menempatkan Dewan Negeri Perak.
banyak Juga yang berpakaian biasa dan menyamar sehingga ada yang duduk dikedai kopi di bawah Wisma DAP tempat kami berkumpul.
Siapakah mereka ?


Terkini 7.14 am: Polis mula datang untuk buat kawalan.
Seperti yang saya jangkakan dari awal, rupanya benar suasana sidang hari ini akan berlangsung dengan kawalan dari pihak keselamatan seperti sebelumnya sejak BN merampas kuasa di Perak.
Saya menerima SMS dari ADUN Selingsing yang sampai ke lokasi lebih awal dimana pada mula katanya kelihatan 2 orang saja yang berligar disekitar pokok demokrasi.Selepas itu saya menerima sms berikutnya mengatakan mereka datang beramai-ramai seperti biasa.

sumber:RAKYAT MARHAEN