Monday, May 3, 2010

Malam ini Kita Dengar Penjelasan Nizar-Isu Panas

Malam ini 3 Mei Nizar akan datang ke Dun Changkat Jering untuk bertemu rakyat.Jam 10 malam DS Nizar dijangka menyampaikan pandangan.
Banyak isu,isu Perak,isu laporan polis atas ucapan DS Nizar di Hulu Selangor,kes Aminulrashid,Kes serah wilayah kepada Brunei dan isu APCO.Banyak isu akan dikupas DS Nizar.
Jadi jangan lepaskan peluang dengar melalui mulut DS Nizar berkaitan rakyat dan kepentingan menyokong Pakatan Rakyat.
Kalau hendak bersolat Asar berjamaah,jumpa Nizar di Masjid Pengkalan Aor,Jln Taman Kaya.Jom solat bersama DS Nizar asar ini!

Sunday, May 2, 2010

Baiknya Pak Lah Berbanding Najib-Pak Lah tolong orang kampung!

Kita mendengar cerita daripada Pengurus Bank tentang kebaikan Pak Lah semasa memerintah.Beliau memberi contoh terdapat peruntukan tahun 2008 sebanyak lima puluh juta ringgit.Peruntukan ini untuk rakyat miskin luar bandar.Peruntukan ini sempat dibelanjakan pada tahun 2009.

Peruntukan itu untuk kegunaaan rakyat membaiki rumah.Peruntukan itu bernilai RM10,000.Dalam parlimen Bukit Gantang sempatlah Pusat Khidmat menguruskan banyak permohonan.Hanya 8 buah yang siap dibuat.Akhir projek itu senyap begitu sahaja.Pak Lah berhenti Najib tak kisahpun dengan projek tolong rakyat itu.

Walaupun 50 juta untuk semua negeri agak sikit.Tetapi Pak Lah paling kurang ada baiknya,tolong rakyat.Najib tak minat,sebab tidak berkesan untuk tarik rakyat sokong BN.

Najib minat tolong rakyat musim pilihanraya,sebab orang nampak.Setakat tolong rakyat melalui agensi kerajaan atau bank ini semua orang dapat.Jumlah sikit,PRK jumlah juta-juta.Boleh bagi pula cek replika!

Ceramah DS Nizar dan Ustaz Azman Shafawi 3 Mei 2010



CERAMAH 3 MEI 2010
MARKAZ PAS BT 7,CHANGKAT JERING
9 .15 MALAM

PENCERAMAH:
DS NIZAR
USTAZ AZMAN SHAFAWI
Timbala Ketua Pemuda Pas Malaysia

Beza SJKC Sin Min Parlimen Bukit Gantang Dengan SJKC Rasa Parlimen Hulu Selangor

Bijaknya dua daerah mengundi ini.Satu dalam Parlimen Bukit Gantang ,sementara sebuah lagi dalam Parlimen Hulu Selangor!

Dua daerah mengundi majoriti pengundi Tionghua.Dua-dua mempunyai sekolah jenis kebangsaan Cina.Dua-dua dapat peruntukan pada musim pilihanraya kecil.Dua-dua daerah memberi undi kepada PR.

SJKC Sin Min mendapat sejuta ringgit yang disampaikan Muhyiddin Yasin dan SJKC Rasa cek 3 juta ringgit disampaikan Najib Razak.

Pengundi yang bijak tidak menerima rasuah.Pengundi yang memberi sokongan kepada perjuangan rakyat.Daerah mengundi yang mempatkan SJKC Rasa 75 peratus pengundi mengundi Zaid Ibrahim dan daerah mengundi Simpang Lama dan Baru menempatkan SJKC Sin Min Simpang 85 peratus memberi undi kepada DS Nizar.

Jadi Sibu satu harapan baik untuk DAP,satu harapan baik untuk PR.

Saturday, May 1, 2010

Orang jahil sanggup mati ,kenapa kita tidak!

Sebentar pergi ke Markaz Tarbiyyah PAS Perak Air Kuning,Taiping. Cadang hendak ambil gambar dan buat liputan.Tapi terencat,kerana tak boleh masuk dewan mesyuarat.Hari ini juga dalam sejarah tidak dapat masuk dewan Markaz kerana tidak dibenarkan petugas,hanya kerana tidak ada pass masuk.Terasa juga hati kecil kerana kita yang jaga markas tidak dapat masuk program Muktamar Pemuda.Kita pun tak masuk.Hendak pergi bilik air tetamu pun pandang semacam .

Kita pun mencatat isi ucapan perasmi dari pandang sisi dewan.Muktamar Pemuda Perak ini dirasmikan YB Firdaus Jaafar.Ucapan menarik dan kita pun turut bertakbir.

YB Firdaus Jaafar menekankan kenapa orang jahil sanggup mati,sedangkan kita yang bercita-cita syahid bertemu Allah takut untuk mati.Kita sepatutnya sanggup mempertahankan kebenaran dan keadilan.Bukan setakat orang Melayu,Cina dan India juga kita akan bela!

Ustaz Firdaus agak tegas.Beliau menyatakan kenapa orang sanggup untuk membunuh Tok Guru Aziz,ini kerana perjuangan Islam yang dibawa Tok Guru.Jadi YB Firdaus mengulangkan ,kita masuk Pas bukan seronok-seronok!Justeru itu beliau menyatakan pemuda PAS sanggup mati untuk mempertahankan Islam dan keadilan.

Kemudian kita mendengar YB Firdaus mengembalikan fakta sejarah!Beliau memberitahu tidak ada satu kenyataan daripada Pimpinan PAS yang menghina Raja-raja Melayu sejak dulu lagi.Jika pimpinan UMNO dari zaman sebelum merdeka lagi mereka menghina Raja-raja Melayu.

Ketua Polis Paling Bangang Dalam Dunia-Mat Sabu

Kelmarin Hj Mat Sabu berceramah di Pasti Taman Mewah,dalam Dun Kuala Sapetang.Kehadiran memuaskan.Cuaca sentiasa baik.

Terdapat isu-isu penting yang diulas oleh Tuan Haji Mohd Sabu.Antaranya isu bagaimana Yahudi memusuhi para rasul,nabi dan ulamak.Yahudi tidak akan membiarkan mereka yang bukan kaum mereka untuk terus hidup.Yahudi akan membunuh kaum lain.Di sinilah Hj Mat Sabu menyentuh syarikat yahudi APCO menjadi penasihat kerajaan Malaysia.Beliau juga menyatakan mungkin Antantuya hilang mati dibunuh atas nasihat syarikat ini?

Di samping itu Mat Sabu juga menjelaskan terdapat "big mama" yang menjadi suami.Dahulu zaman Perdana Menteri lain,tiada big mama?Kini big mama lebih berkuasa.

Hj Mat Sabu juga menyentuh isu satu Malaysia.Beliau membedri contoh,pembunuhan Kugan,kematian tragis Teoh Beng Hock dan akhirnya Aminulrashid budak yang belum 15 tahun.
Namun sensitif orang tionghua lebih tinggi dengan nyawa.Kes Teoh Beng Hock masih jadi isu sehingga sekarang."Tubuh Suruhan Bebas,untuk menyiasat kes budak ini"tegas Mat Sabu.

Bagi Mat Sabu polis tidak boleh menyiasat polis."Tengok kes mata lebam Anwar"ujar Mat Sabu lagi.

Dalam pada itu Hj Mat Sabu menekankan kali pertama beliau bertemu dengan Ketua Polis Paling Bangang dalam dunia.Sepatutnya sebagai Ketua Polis,Musa Hassan tidak boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu,untuk tidak mengarahkan polis menguatkuasakan undang-undang.

YB Senator Mumtaz Nawi- Dengan 3 S

Kita turut hadir ke perasmian Muktamar Dewan Muslimat Perak.Perasmian dilakukan oleh YB Senator Mumtaz Mohd Nawi Naib Ketua DMP Malaysia.

Kita tidak berapa dengar!.Banyak kenalan ,asyik bersembang.Jumpa pula SB ,lawan berlabon.SB muslimat pun masuk sebagai pemerhati.Tapi kita tidak cam.Serupa je macam Muslimat Pas,pandang lebih, takut nanti kita dituduh miang pula!

Kita melihat kelibat SB lelaki yang meninjau-ninjau.Sempat pula pesan tulis dalam blog boleh baca.

Apa yang sempat kita dengar melalui YB Mumtaz,Muslimat kena jadi tentera pilihanraya.Maksudnya terlatih dan ikut arahan.Kedua YB Mumtaz timbulkan konsep 3 S.Salam,senyum dan sentuh.Lain-lain dengar sayup,kami muslimin mula bersembang.

Kalau tidak silap dengar YB Mumtaz menyentuh isu calon Muslimat Perak untuk DUN dan parlimen.Paling kurang mesti menyediakan 30 nama.Bertakbir Muslimat suka!