Tuesday, May 4, 2010

Kalau Cina MCA boneka Zambry!

Sampai sekarang dekat orang Melayu,UMNO kata Nizar boneka Cina ,jual dan gadai tanah orang Melayu kepada Cina.Nizar tak tolong orang Melayu seperti Sekolah Agama Rakyat.Nizar tak beri tanah pada orang Melayu

Kini Kerajaan BN Negeri umum peruntukan RM 50 ribu kepada setiap MCA Bahagian seluruh Perak untuk tujuan pembangunan.MCA menang satu kerusi,dekat Chenderiang ,Parlimen Tapah.

Semasa PR memerintah peruntukan serjumlah RM 200 ribu diberi kepada wakil rakyat.Pemberian tidak dalam bentuk tunai.Semuanya melalui Pejabat Daerah.

Kita percaya rakyat Perak menentang pemberian ini.Bertambah pula kita yang membayar cukai.Bentuk penyelewengan ini perlu diterangkan oleh PR kepada rakyat.Kita mesti bertindak cepat.

Sekurang-kurannya Zambry jelas boneka Cina MCA dan kuda tunggangan Chua Soi Lek?

Otak menteri UMNO macam budak tadika!

Pos Malaysia mengalami kerugian bagi tempoh tiga tahun lepas berjumlah RM227 juta ekoran pelaburan dalam syarikat penyedia perkhidmatan kargo udara Transmile Group Berhad, dan bukan sebanyak RM546 juta seperti yang dilaporkan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein menafikan laporan sebuah akhbar pada Selasa yang mendakwa Pos Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM546 juta.

Inilah otak pemimpin UMNO.Bukan masalah duit rakyat atau masalah salahguna kuasa atau tak pandai mentadbir.Rugi tetap rugi,bukan masalah sikit atau banyak.

Begitu juga apabila telaga minyak terkaya ASIA kini milik orang.Tetapi tetap menyatakan kita masih untung.Dulu Pulau Batu Putih dekat Johor,tergadai pada Singapura,apabila bicara tak buat kajian dan persiapan.Tetap nyatakan kita tak rugi!

APCO syarikat Yahudi menjadi penasihat pun kita kata bagus,dapat naik imej negara.Kita dapat jumpa Barrack Obama.Dua negara saja dapat jumpa Obama.Tetapi berapa banyak juta kita habis.Jumlah besar sebanyak 77 juta ringgit untuk APCO,lebih baik kita bina rumah rakyat miskin seperti zaman Pak Lah.

'Current Shock' bersalam dengan Tok Guru Nik Aziz- Lau Tek Hai

Kita pun tidak berasa hairan kenapa orang Islam dan pimpinan mengaku Islam tetapi tergamak melukakan hati Tok Guru Nik Aziz.Kini dunia akhir zaman.Kita tahu mereka benci Tok Guru Nik Aziz bukan kerana batang tubuhnya tetapi pendekatan Islam dan kejayaan kerajaan Kelantan yang dibawanya.i

Kelmarin ceramah DS Nizar di BT 7 Changkat Jering.Kita tertarik dengan perkataan atau ucapan Sdr Lau Tek Hai.Beliau menyatakan di Hulu Selangor beliau bersalam dengan Tuan Guru Nik Aziz.

Tidak salah kita Sdr Lau Tek Hai,Setiausaha Cabang PKR Bukit Gantang menyatakan apabila bersalam dengan Tok Guru seolah terdapat "Current Shock".Beliau berasa amat berlainan dan susah untuk gambarkan.Moga-moga sahabat kita itu akan terus mengenali Islam.

Kerajaan Mahkamah Zambry Khianat Rakyat.

Zambry tidak tahu halal haram dalam membelanjakan wang rakyat.Kalau kita membaca tulisan YB Idham Lim ,kita akan bertambah marah dengan kerajaan mahkamah ini.

Duit rakyat boleh digunakan untuk dibahagikan kepada parti MCA anggota BN .Satu bahagian RM 50,000.24 bahagian MCA Perak berjumlah 1.2 juta ringgit.Kita tidak tahu PPP dapat berapa,Gerakan pula berapa dan sudah tentu UMNO berlipat kali ganda.MIC kini sudah senyum sampai ke telinga!

Buat kata penulis anak sengat.seperti harta mak bapak dia.Ini yang kita tahu,yang kita tak tahu berapa juta agaknya.

Duit rakyat dibincang dalam masa 20 minit dalam Sidang Bajet Perak.Kerajaan Mahkamah ini perlu disiasat.SPRM siasatlah segera,boleh tak duit rakyat digunakan untuk parti politik.

Mula sekarang agensi kerajaan seperti JKM,Baitulmal tidak perlu bekerja,kerana MCA sudah mempunyai dana sendiri.

Rakyat Bukit Gantang jumpa MCA minta hak kita.Duit rakyat ada pada mereka!

Benarlah seperti kata Ustaz Firdaus Jaafar sewaktu merasmi muktamar Pemuda Pas Perak Parti Pas mesti menjadi pembunuh Parti UMNO.Jika UMNO masih memerintah mereka boleh buat sesuka hati dengan PERAK dan Malaysia.Mereka boleh bagi hak minyak kita dekat Sarawak pada Brunei.Kawasan pula kawasan minyak terkaya ASIA!

Monday, May 3, 2010

Kata Nizar Dalam Parlimen Sokong Yahudi Luar Parlimen Anti Yahudi.

DS Nizar juga dalam ceramah menyentuh isu Ahli Parlimen UMNO yang menyokong APCO ,satu syarikat Yahudi yang menasihat kerajaan Najib.

Apabila DS Anwar Ibrahim menyentuh kaitan kerajaan Najib dengan syarikat yahudi itu ,mereka bermatian mempertahankan Najib.

Bajet untuk syarikat yahudi-APCO diluluskan 77 juta ringgit oleh Ahli Parlimen BN.Sedangkan PR menentang kerajaan menggunakan APCO untuk menasihat kerajaan.

Dalam parlimen menyokong Yahudi luar parlimen anti yahudi jelas DS Nizar.Dalam ucapannya DS Nizarberhujah satu undi untuk BN seolah satu peluru untuk membunuh rakyat Palestin .Jadi DS Nizar meminta kita tidak terus menyokong BN,kerana menyokong BN kita menyokong kerajaan yang mempunyai penasihat Yahudi.

Beliau menyentuh bagaimana terdapatnya syarikat APCO menyebabkan dua bilion royalti minyak untuk Kelantan dinafikan oleh BN."Saya difahamkan,APCO menasihatkan jangan bagi royalti kepada Kelantan"kata lagi.

Relaks Sat: Siapa S.I Abdul Karim yang disebut Nizar!

Malam kelmarin DS Nizar berceramah di BT 7 Changkat Jering.DS Nizar menyebut S.I Abdul Karim bersama 10 orang pegawai polis yang memantau keselamatan tempat ceramah!

DS Nizar memberitahu setiap kali beliau berceramah dan bergerak terdapat pihak yang mengawal keselamatannya.Hebatnya DS Nizar ,beliau mengetahui nama ketua anggota yang datang dan dengan jumlah kekuatan pasukan polis.

Malam kelmarin juga DS Nizar menjelaskan terdapat syarikat yahudi,Asia Soft yang mengendalikan tingkat dua dan tiga Bukit Aman.Jangkamasa setahun Bukit Aman mempunyai penasihat yahudi.

Kita berharap mereka yang mendengar akan berubah sikap dan tetap setia dengan perjuangan rakyat serta mengikut perlembagaan!

Van Pusat Khidmat DS Nizar di Sabotaj!


Satu laporan polis dibuat oleh Pegawai Khas Nizar berkaitan Van bergambar Nizar diconteng kumpulan nakal.


Gambar DS Nizar yang ditanda dahi,bermisai dan gigi rongak. Van Nizar dikesan pada 10 pagi tadi oleh Pegawai Nizar.Sepanjang van itu diletakkan pada bulan Mei tahun 2009,baru kini van Pusat Khidmat dikhianat.
Minta-minta yang menconteng van Nizar bertaubat dan menjadi pendokong Pakatan Rakyat!