Tuesday, May 4, 2010

Otak menteri UMNO macam budak tadika!

Pos Malaysia mengalami kerugian bagi tempoh tiga tahun lepas berjumlah RM227 juta ekoran pelaburan dalam syarikat penyedia perkhidmatan kargo udara Transmile Group Berhad, dan bukan sebanyak RM546 juta seperti yang dilaporkan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein menafikan laporan sebuah akhbar pada Selasa yang mendakwa Pos Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM546 juta.

Inilah otak pemimpin UMNO.Bukan masalah duit rakyat atau masalah salahguna kuasa atau tak pandai mentadbir.Rugi tetap rugi,bukan masalah sikit atau banyak.

Begitu juga apabila telaga minyak terkaya ASIA kini milik orang.Tetapi tetap menyatakan kita masih untung.Dulu Pulau Batu Putih dekat Johor,tergadai pada Singapura,apabila bicara tak buat kajian dan persiapan.Tetap nyatakan kita tak rugi!

APCO syarikat Yahudi menjadi penasihat pun kita kata bagus,dapat naik imej negara.Kita dapat jumpa Barrack Obama.Dua negara saja dapat jumpa Obama.Tetapi berapa banyak juta kita habis.Jumlah besar sebanyak 77 juta ringgit untuk APCO,lebih baik kita bina rumah rakyat miskin seperti zaman Pak Lah.

No comments:

Post a Comment