Saturday, July 3, 2010

NUTP jangan sokong bawa rebah apabila UPSR dan PMR mansuh.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) hari ini menyokong cadangan kerajaan untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).Sokongan NUTP berlegar di kalangan Exco bukan berdasarkan kajian.?

Namun begitu dengan syarat satu mekanisme baru perlu diwujudkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi menilai prestasi para pelajar, menurut kata presidennya, Hashim Adnan seperti dilaporkan


Presiden NUTP menjelaskan mekanisme itu penting bagi mengukur serta menilai tahap pelajaran yang diterima oleh para pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah, dan sekaligus mengelakkan para pelajar dan guru hilang tumpuan dan arah tuju.


Apa yang dikesalkan NUTP yang kononnya mewakili ratusan ahli guru tidak berbincang dengan ahli .Jika peperiksaan berdasarkan sekolah ini dilaksanakan,menurut teman-teman guru satu lagi beban perkeranian akan diurus oleh para guru.

Seterusnya teman-teman guru berhujah bahawa sekolah Cina mempunyai Lembaga Peperiksaan sendiri untuk mengendalikan ujian untuk anak-anak mereka.Lembaga Periksaan Sekolah Persendirian Cina ini pula diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran dan negara seperti Taiwan,Singapura dan China.


Akhirnya budak-budak aliran sekolah kerajaan terus ketinggalan kerana mereka tidak diuji dengan peperiksaan akademik.


Teman-teman guru menegaskan penghapusan UPSR atau PMR sebenarnya lebih kepada tidak mempunyai wang untuk membuat kertas soalan,pembayaran kepada pemeriksa kertas serta elaun pengawasan peperiksaan awam itu.


Contohnya mereka berhujah sampai sekarang duit pengawasan peperiksaan SPM belum didapati.Begitu juga bayaran elaun pemeriksa kertas belum diterima .,alaupun sudah menjangkau bulan Julai.


Adakah Kerajaan BN Zalim:Biasiswa Kecil Persekutuan Dipotong.

Beberapa guru yang menguruskan biasiswa kecil persekutuan meminta kita untuk menulis BKP ini.Hampir separuh peruntukan biasiswa kecil persekutuan telah dipotong.

Mereka siap memberi data.Seorang Guru Biasiswa memberitahu kira ,sekolah beliau daripada 70 pemohon hanya 34 orang yang layak.

"Tahun sudah jika kita menghantar 70 borang permohonan ,65 pemohon didapati layak menerima biasiswa"kata teman guru itu.

Beliau meminta kita bayangkan jumlah sekolah luar bandar yang terdapat dalam Larut Matang dan Selama.Berapa banyak yang gagal menerima biasiswa walaupun layak.Semuanya akan menjejas prestasi pelajar luar bandar miskin untuk mendapat peluang pendidikan.

Teman guru itu meminta kita namakan sekolah di anggap luar bandar di Parlimen Bukit Gantang.Lalu kita kemukakan SMK Dato Wan RashdI,SMK Tatbeng,SMK Tengku Menteri,SMK Matang.Bagi SBAK Maahad Tarbiyah Bt 8, Maahad Diniah Jelutung,Maahad BT 9.

Teman guru tadi meminta kita mendarab 30 dengan 7. Kita pun menjawab 210 orang.Jelas di kawasan Parlimen Bukit Gantang sebanyak 210 keluarga telah dinafikan hak untuk mendapat biasiswa kecil persekutuan.

Kita berharap Kerajaan BN memberi balik peruntukan RM 1,000 bilion yang telah ditarik dari peruntukan Kementerian Pelajaran.Dengan biasiswa dipotong,rakyat miskin luar bandar akan terjejas teruk.Mereka tidak lagi dapat menikmati pendemokrasian pendidikan.Akhirnya orang Melayu yang miskin terus tertinggal.

Beliau meminta kita semua bayangkan kesan pelajar miskin seluruh Malaysia.Mungkinkah ini tanda-tanda BN tidak lagi berada di Putrajaya pada PRU 13.?

Salam Takziah Buat Keluarga Allahyarham Ustaz Shuib Husein


ke kuala sangga
Tinggal kenangan:
Allahyarham Ustaz Shuib Husein semasa hayatnya memegang jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya Pas Perak.Kelihatan dalam gambar Hj Asmuni Awi dan Ustaz Nordin Jaafar .Gambar diambil sempena kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang .Membantu kempen PR memenangi Parlimen Bukit Gantang.

Pas Kawasan Bukit Gantang mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Shuib Husein.Semoga roh Allahyarham Ustaz Shuib ditempatkan bersama orang soleh dan beriman.Alahyarham meninggal dunia awal pagi tadi dan telah selamat disemadi pada kira-kira pukul 11 pagi tadi

Ustaz Nordin Jaafar merakamkan penghargaan ke atas segala jasa dan pengorbanan Ustaz Shuib Husein sewaktu PRK Bukit Gantang 2009.Bagi Ustaz Nordin,jasa-jasa Ustaz Shuib akan dikira sebagai amal soleh,insyaAlllah.Alfatihah.

Thursday, July 1, 2010

Kejayaan Kami Masuk UMNO judi bola dibatalkan?

Bila Ustaz Fathul Bari, dan Ustaz Fadlan serta 40 orang ulama' muda baru serah borang menjadi Ahli UMNO,PM Najib bersetuju untuk membatalkan lesen judi sukan bolasepak.Berkesannya mereka.!

Ulama-ulama sebelum ini seperti Datuk Pirdaus, Imam Besar Masjid Negara, Yusof Nor, Hamid Othman, Nakhaie Ahmad, Hamid Zainal Abidin, Abdullah Md Zin, Mashitah, Jamil Khir dan lain-lain telah lama menyertai UMNO pun gagal menasihat Najib.


Mashitah Ibrahim misalnya masih gagal menyelesaikan masalah anak luar nikah yang sedang meningkat.


Jamil Khir pula tidak berkeupayaan untuk membantu Sekolah Agama Rakyat dalam era Negara Maju ini.


Orang kampung memberitahu kita,supaya mengucapkan syabas kepada 40 ulama' muda kerana dengan bangga berjaya menyebabkan Gerak Mansuhkan Judi hanya buat program mereka hanya di Masjid Negara.


Kini mereka boleh bongkak,takbur dan riak kepada Jamil Khir dan Mashitah,kejayaan menyerah borang UMNO sudah boleh mengubah minda Najib.



Jemput semua pengundi aku: Aku dah kaya!

Kita dikhabar YB Osman Pengkhianat(gelaran orang kampung) akan mengadakan majlis pada 10 Julai ini ,bertempat di Warung Zeti Mi Udang dekat Changkat Jering.Majlis bermula pada pukul 10 pagi.

Kita difahamkan Osman Katak(gelaran pengundi Cina) memanggil semua orang .Di sini kita diberitahu Osman Jailu akan memberi sumbangan kepada semua orang yang datang.

Jadi mereka yang memerlukan duit boleh bertemu Osman di sini.Untuk keterangan lanjut bagi mendapat habuan dan bantuan sila telefon Osman Pengkhianat 019-5518838.

Bung Moktar betul-betul menerima cabaran 3 TA


Bung dan isterinya, Zizie tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini. - Foto THE STAR Oleh K.K. SHAM

Rayuan Bung Moktar di Mahkamah Tinggi Syariah akan berlangsung pada 4 Ogos bulan depan.

Ahli Parlimen Kinabatangan ini tidak selantang dulu.

Bung betul-betul menerima ujian 3 ta,tahkta,harta dan wanita.

Ujian harta nampaknya wakil rakyat itu mampu hadapi,bebas rasuah dan SPRM pun tidak mencari masalah dengan Bung.

Tahkta juga Bung berjaya untuk terus istiqomah.Projek 16 September beliau tidak terliur.Beliau tetap mantap bersama Dato'Pandikar Amin .

Namun dengan wanita si Zizie terpaksa berhadapan cabaran ,naik turun mahkamah.

Rumusannya buat kata budak -budak sekolah yang tengah naik."Perempuan punya pasat kita punya ada naik".

Nampak gayanya suara Bung Moktar masih belum nyaring di Dewan Rakyat.Kita tetap menunggu kerana PRU 13 peluang Bung mungkin pudar.

Selamat pengantin baru-Daftar Undi Di Walimahtulurus.:Fikirkan.

Tahniah,semoga dirahmati Allah s.w.t .Moga-moga anak cucu tetap bersama perjuangan Islam.

Tahniah ,dari Nizar.Teruskan sokongan kepada Pakatan Rakyat.
DS Nizar dan isteri menunggu pegantin lelaki belum sampai lagi.
Damak,Selamat Pengantin Baru.
Bentara Pakatan Aman Sejahtera ingin bergambar kenangan.
Apabila bersama DS Nizar memenuhi jemputan penduduk Bukit Gantang ke majlis perkawinan anak mereka atau kaum keluarga.Jelas sekali sambutan penduduk khususnya orang muda terhadap PAS dan PR tetap tinggi.

Terfikir selepas ini kita bawa Team Daftar Undi untuk menarik golongan muda Melayu mengundi kerajaan baru.Kerajaan siapa,kerajaan rakyatlah.