Thursday, July 1, 2010

Kejayaan Kami Masuk UMNO judi bola dibatalkan?

Bila Ustaz Fathul Bari, dan Ustaz Fadlan serta 40 orang ulama' muda baru serah borang menjadi Ahli UMNO,PM Najib bersetuju untuk membatalkan lesen judi sukan bolasepak.Berkesannya mereka.!

Ulama-ulama sebelum ini seperti Datuk Pirdaus, Imam Besar Masjid Negara, Yusof Nor, Hamid Othman, Nakhaie Ahmad, Hamid Zainal Abidin, Abdullah Md Zin, Mashitah, Jamil Khir dan lain-lain telah lama menyertai UMNO pun gagal menasihat Najib.


Mashitah Ibrahim misalnya masih gagal menyelesaikan masalah anak luar nikah yang sedang meningkat.


Jamil Khir pula tidak berkeupayaan untuk membantu Sekolah Agama Rakyat dalam era Negara Maju ini.


Orang kampung memberitahu kita,supaya mengucapkan syabas kepada 40 ulama' muda kerana dengan bangga berjaya menyebabkan Gerak Mansuhkan Judi hanya buat program mereka hanya di Masjid Negara.


Kini mereka boleh bongkak,takbur dan riak kepada Jamil Khir dan Mashitah,kejayaan menyerah borang UMNO sudah boleh mengubah minda Najib.



No comments:

Post a Comment