Friday, November 4, 2011

NGO bercanggah dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia menempelak sekeras-kerasnya kempen Seksualiti Merdeka yang dilihat mencabuli Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948.

Pengarahnya, Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi berkata, ironinya, NGO-NGO Malaysia yang menyokong kempen Seksualiti Merdeka pada dasarnya merupakan penyokong tegar kepada Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (Universal Declaration of Human Rights 1948).


Contohnya, kata beliau mereka tanpa jemu memperjuangkan hak seseorang itu untuk menukar agama termasuk untuk murtad dari agama Islam kononnya ia selaras dengan Perkara 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948.


“Namun sekarang beralih arah pula kepada isu homoseks, lesbian, biseksual dan transeksual,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Jelasnya, Juham berpandangan bahawa hidup sebagai homoseks, lesbian, biseksual atau transeksual adalah bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia itu sendiri.


Secara asasnya, ujar beliau prinsip hak asasi manusia ini sebenarnya bersumber daripada prinsip dan nilai agama itu sendiri.


Hal itu, katanya ditegaskan oleh pengkaji hak asasi seperti Michael J. Perry (The Idea of Human Rights: Four Enquiries, Oxford University Press, New York, 1998) bahawa idea berkaitan hak asasi ini sebenarnya jauh tertanam di dalamnya prinsip keagamaan.


“Hal ini kerana penghormatan hak manusia ini telah lama ditegaskan di dalam mana-mana agama,” katanya.


Menurutnya, idea yang sama juga dikongsi oleh Jerome J. Shestack, (The Philosophic Foundations of Human Rights – Human Rights Quarterly 20 (1998) 201-234). Oleh itu, sebenarnya idea yang disebarkan oleh Seksualiti Merdeka adalah idea sekular yang tidak mempunyai asas hak asasi yang sebenar.


Jelas beliau lagi, Perkara 16 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 pula dengan jelas menyebut bahawa hak asasi seseorang individu itu untuk berkahwin adalah melibatkan antara lelaki dan wanita, bukannya yang antara sesama jantina.


“Oleh itu, atas dasar apakah NGO-NGO ini turut bersama kumpulan Seksualiti Merdeka ini memperjuangkan agenda songsang ini?” soalnya.


Justeru, ujarnya Juham berpendirian tegas bahawa kempen itu sebenarnya tidak berpaksikan kepada prinsip hak asasi manusia yang berasaskan kepada Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 sebaliknya hanya muncul sejak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja.


Kata beliau, walaupun terdapat suatu Prinsip Yogyakarta yang diluluskan pada tahun 2006 untuk membuat suatu kajian yang berlegar di bahawa tajuk diskriminasi dan orientasi seks yang antara lainnya menyentuh mengenai hak seseorang individu untuk berpegang dan mengamalkan seks sesama jantina, namun resolusi tersebut hanyalah bersifat kajian semata-mata dan bukannya mengikat Negara-negara yang menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.


Malah, katanya terdapat 57 Negara yang menentang Resolusi tersebut termasuk Malaysia.


Kesimpulannya, jelas beliau kempen Seksualiti Merdeka itu sebenarnya telah mencemarkan kempen hak asasi manusia secara keseluruhannya termasuk mencemarkan prinsip Rukunegara yang pertama iaitu ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’.


Tambahnya, tiada mana-mana agama di dunia ini yang menyuruh penganutnya mengamalkan hidup sebagai seorang homoseks atau lesbian.


Malah, katanya kempen sebegini sebenarnya memberikan kesan moral dan kesihatan kepada rakyat Malaysia.

“Selain itu, kempen sebegini langsung tidak didukung oleh mana-mana undang-undang di Malaysia samada oleh Bahagian II, Perlembagaan Persekutuan iaitu Kebebasan Hak Asasi mahupun undang-undang domestik yang lain,” katanya.


Oleh itu, beliau berkata Juham berpendirian NGO-NGO yang menyokong kempen ini sebenarnya telah mengamalkan sikap double standard dalam memperjuangkan hak asasi manusia yang sifatnya bukan sahaja menyalahi mana-mana agama yang dianuti oleh semua rakyat Malaysia, malah ia bercanggah dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang diagung-agungkan oleh mereka selama ini.


“Juham juga menggesa supaya pihak berkuasa dan berwajib menangani isu dengan sewajarnya selain mengambil pendekatan untuk bersemuka dan berbincang untuk membetulkan kembali persepsi sebenar berkaitan hak asasi ini,” ujarnya lagi.

Thursday, November 3, 2011

Suami rimas didekati isteri

Soalan

Saya sudah berbulan-bulan tidak tidur bersama suami kerana dia menjauhkan daripada saya. Setiap kali saya mendekatinya dia merungut “panas, rimas dan jauh daripada aku, aku tidak boleh mendekati kamu.” Apabila saya mengajaknya berubat dia enggan, sebaliknya mendakwa saya yang sakit dan perlu diubati. Ramai pengubat yang saya temui mengatakan suami saya disihir. Jika benar, apakah yang perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah ini yang semakin genting.

Aniza,
Kuala Lumpur


Jawapan Dato'Haron Din

Masalah dalam rumah tangga memang banyak. Salah satu daripadanya berkenaan kisah yang puan paparkan. Permasalahan sebegini banyak berlaku dan saya selalu diadukan hal-hal seperti ini.

Ramai ahli perubatan mudah menyimpulkan dan mengaitkan masalah ini dengan sihir. Bagaimanapun saya sendiri tidak pandai untuk mengatakan bahawa suami disihir kerana saya tidak mengetahui perkara yang sebenar.


Sebenarnya tiada orang yang boleh tahu ia adalah fenomena daripada sihir.


Sihir memang wujud. Ia perkara ghaib. Nama atau istilah sihir itu sendiri bermakna sesuatu yang disembunyikan atau tersembunyi daripada orang ramai.


Jika ia sihir, ia dilakukan secara sulit dan penuh rahsia. Jika ia rahsia, bagaimana para pengubat boleh mengatakan ia adalah sihir.

Jika pengubat berkenaan memberitahu bahawa suami puan terkena sihir, maka ertinya dia mengetahui perkara ghaib.


Saya pernah menjelaskan dalam ruangan ini sebelum ini, bahawa insan mana pun tidak akan mengetahui perkara yang ghaib kerana Allah berfirman (mafhumnya): "Katakanlah ‘Tiada sesiapapun mengetahui perkara yang ghaib sama ada yang menghuni langit atau bumi, melainkan Allah SWT sahaja...(hingga akhir ayat)." - Surah an-Naml ayat 65


Firman Allah (mafhumnya): "Allah sahajalah yang mengetahui segala yang ghaib, maka ada yang dizahirkan keghaiban itu kepada sesiapapun.” - Surah al-Jinn, ayat 26.


Dalam peristiwa lain dalam hadis sahih diceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. disihir seorang Yahudi yang bernama Labeed bin al-A'ksam dan baginda sendiri tidak mengetahui disihir sehinggalah diberitahu oleh Jibril a.s.

Jika Rasulullah s.a.w. sendiri tidak mengetahui disihirkan, bagaimana kita mudah-mudah mengetahui ada orang disihirkan?


Oleh yang demikian saya berfikir kes puan ada kaitannya dengan permasalahan suami isteri.

Ada kalanya saya bersetuju, apa yang dipaparkan ia ada kena mengena dengan sihir. Salah satu senario sihir seperti Firman Allah (mafhumnya): "...Dalam pada itu ada yang mempelajari ilmu sihir daripada Harut dan Marut, dengannya boleh menceraikan antara suami dan isteri...(hingga akhir ayat)." - Surah al-Baqarah, ayat 102.


Ayat ini jelas menunjukkan wujudnya ilmu sihir dan antara perkara yang boleh berlaku adalah (dengan izin Allah) memusuh, melaga-lagakan sehingga mencerai beraikan suami isteri.

Apa yang puan alami adalah kerengangan yang merosakkan fungsi perkahwinan. Seolah-olah telah hilang kemesraan dan kasih sayang sudah bertukar kepada permasalahan yang membawa keadaan yang tidak diingini.


Kejadian seperti ini tidak semestinya daripada sihir perbuatan orang. Jika tidak kerana disihirkan pun, boleh terjadi kejadian sedemikian itu.


Mungkin antaranya adalah kerana suami berpenyakit mati pucuk (sebagai contoh), dia malu memberitahu isterinya, lalu bersikap dingin, menyalahkan orang lain, kononnya dia disihirkan.

Atau, suami hilang minat kepada isteri di atas kelemahan-kelemahan isteri yang suami tidak tahu untuk mengatasinya dan tidak mahu membincangkannya.


Atau, kerana perangai-perangai isteri yang keterlaluan hingga menyebabkan suami menyampah terhadapnya.

Atau dengan sebab-sebab lain seperti ada campur tangan pihak ketiga dan sebagainya yang menyebabkan suami hilang minat terhadap isteri, maka berlakulah perkara yang puan sebutkan tadi.


Saya tidak bermaksud untuk meletakkan hal-hal yang sedemikian itu berlaku kepada puan. Saya sekadar ingin mengajak puan dan semua yang berlaku kes seumpama ini pada diri mereka, melihat dahulu faktor-faktor fizikal melanda kehidupan kita.


Sekalipun berlaku apa yang puan sebutkan itu, maka ubatilah masalah itu dengan bersungguh-sungguh tanpa melabelkan ia perbuatan sihir.

Ada kemungkinan bahawa hal seperti ini berlaku kerana gangguan syaitan yang tidak disuruh mana-mana atau dipergunakan ilmu sihir yang berinsusiasi dengan makhluk halus.


Sememangnya syaitan itu musuh utama yang sentiasa berusaha memporak perandakan kehidupan anak Adam. Pun demikian tidak dikatakan sihir, walaupun tanda-tandanya semacam sihir. Jika mudah-mudah dianggap sebagai sihir, ia menimbulkan satu lagi penyakit iaitu sakit hati kepada orang yang buat sihir.


Lebih malang lagi jika ada yang menuding jari 'si pulan itu membuatnya, si anu itu membuatnya' atau lebih teruk mendakwa jiran, kawan sepejabat atau orang terdekat melakukannya. Keparahan itu menyebabkan penyakit tidak terlerai, penyakit tidak disembuhkan.

Apapun puan perlu cuba mengubati orang yang berpenyakit, cuba berjumpa orang yang diyakini boleh menolong, tiada penyakit yang tiada penawarnya.


Sekurang-kurangnya puan dan suami berdoa ke hadrat Allah untuk disembuhkan, beramal dengan ayat-ayat al-Quran seperti yang tersebut dalam hadis-hadis sahih.


"Nabi menyuruh keluarganya beramal dengan membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Naas, ayat al-Kursyi dan lain-lain." (Hadis riwayat A'ishah r.anha)


Atau puan dan suami boleh tambah membawa 11 ayat dalam Surah al-Baqarah, ayat 1, 2, 3, 4 dan 5, baca ayat 255, 256, 257 dan 284, 285 serta 286.

Berbuatlah demikian, lakukan cara yang disarankan oleh syarak untuk mengubati penyakit suami puan.

Wallahua'lam.

Seksualiti Merdeka dan Elton John ,UMNO main wayang.

Jangan terperangkap dengan UMNO. Tiada perbezaan antara SEKSUALITI MERDEKA dengan Elton John.Dua-dua menuntuk hak untuk hidup untuk mengamal seks secara bebas ,sama ada lesbian,homoseks dan seumpamanya.

UMNO pandai main wayang.Semakin dekat PRU 13,semakin banyak pelakon tambahan .Baik polis,SPRM,SPR dan agensi kerajaan menunjukkan mereka terlalu prihatin dengan kehendak rakyat .

PAS perlu mendahului UMNO untuk mendepani masalah umah. UMNO sudah rosak moral mereka.Tidak cukup sekadar untuk ke Mekah ,bagi meminta ampun,tetapi rakyat dibiarkan bergelumang dengan tahi.

Wednesday, November 2, 2011

Polis perlu jaga keselamatan negara bukan keselamatan BN-Ustaz Idris Ahmad

KUALA LUMPUR, 2 Nov: Polis perlu cekap bertindak terhadap pencetus provokasi sebagaimana mereka agresif bertindak kepada himpunan aman Bersih 2.0, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Beliau mengulas ucapan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mohd. Sofian Md. Makimuddin di taklimat Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Sabah seolah-olah apa yang berlaku ialah kerana Pakatan Rakyat.


Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria.


Idris berkata, sedangkan banyak peristiwa-peristiwa yang bersifat provokasi dimulakan oleh penyokong Umno antaranya demo memijak kepala lembu di Shah Alam.


Begitu juga, ujarnya demo menghantar hadiah keranda, kek hitam, bunga hitam, pakaian dalam wanita dan usung keranda di Pulau Pinang.


Menurutnya, sudah berpuluh-puluh demo yang diadakan seolah-olah mereka dilesenkan walaupun ia boleh membawa kepada kekacauan kaum.


Terbaru, tambahnya demo Mat Rempit di Pulau Pinang yang dikaitkan dengan seolah-olah kerajaan Pakatan meminggirkan Melayu.


“Syukur kepada Allah kerana penyokong Pakatan tidak melatah kerana tahu bahawa ini adalah perangkap,” katanya kepada Harakahdaily.


Sepatutnya, kata beliau polis kena cekap bertindak semacam polis agresif bertindak kepada himpunan aman Bersih 2.0, kerana ia cukup merbahaya kepada perpaduan kaum.


Tegasnya, polis mesti bersifat profesional di dalam menegakkan undang- undang dan keadilan.


Beliau berkata, polis perlu menjaga keselamatan negara bukan keselamatan BN.


“Siapa sahaja melanggar undang-undang sila bawa ke muka pengadilan tanpa memilih bulu.


“Jangan sampai imej polis dipandang sebagai pelindung kepada BN,” ujarnya.

Betulkah SPM penentu masa depan.

Seusai ibadah haji DS Najib, dijangka bubar Parlimen 18 Disember ini.

Najib dan Rosmah dikawal ketat tentera Arab Saudi sewaktu melakukan ibadah di Tanah Suci.

DS Najib dijangka membubarkan Parlimen pada 18 Disember ini.Najib akan mengadap DYMM Agong untuk perkenan bubar Dewan Rakyat.

Dijangka lewat Disember berlangsung PRU 13.Sekembali Najib dan selesai peperiksaan awam ,Najib akan mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat.

Tok Guru Haji Hadi,pakar rujuk Gerakan Islam Dunia-Ustaz Suid Din

Ustas Suid Din menyerahkan bendera besar PAS kepada Sdr Zailani ,Ketua Cawangan PAS Larut Tin,tanda simbolik persiapan PAS Bukit Gantang menghadapi pilihanraya.

Dalam Liqa al Fikri Kawasan Bukit Gantang 1 November,malam kelmarin,Ustaz Suid Din,Ketua Dewan Ulamak PAS Perak ,menegaskan Presiden PAS seorang tokoh yang menjadi rujukan gerakan Islam seluruh dunia.

Menurut Ustaz Suid Din,PAS dengan pengalaman menjadi parti yang lama terlibat dengan pilihanraya dan membentuk kerajaan negeri-negeri menjadi rujukan parti-parti gerakan Islam seperti Mesir,Turki dan Tunisia.

Kehebatan Tok Guru terserlah di peringkat antarabangsa.Ustaz Suid juga menasihatkan ahli PAS supaya tidak terpengaruh dengan orang lain,yang menidakkan kekuatan PAS dan kewibawaan pimpinan PAS.


Tuesday, November 1, 2011

Harus guna wang zakat dan daging qurban untuk bantu bukan Islam-Ustaz Suid Din

Pada malam kelmarin 1 November , berlangsung Liqa alfikri Kawasan Bukit Gantang.Dengan Naqibnya Ustaz Suid Din. Utstaz Suid Din menyatakan adalah harus menggunakan wang zakat dalam membantu jiran-jiran bukan Islam ,ataupun mereka yang baru berjinak dengan Islam .

Beliau menyatakan pernah berlaku di zaman Khalfah Umar ibn Alkhatab ,menggunakan wang baitulmal untuk membantu penduduk bukan Islam yang dalam kesusahan.

Jadi kita, juga harus membantu jiran-jiran bukan Islam ,sahabat-sahabat ataupun mereka yang berjinak dengan Islam dengan menggunakan wang zakat.Di samping menggunakan wang derma orang Islam.

Dalam pada itu juga Ketua Dewan Ulama Pas Perak,juga menyatakan harus memberi hadiah daging qurban dan daging aqiqah kepada jiran-jiran bukan Islam ,dalam usaha menjinakkan mereka dengan Islam.