Saturday, December 3, 2011

Lembu ,Shahrizat dan Bung Moktar menunggu batuk Najib.

Bung Moktar bijak berpolitik. Dia berani menyentuh isu Shahrizat.Dia bukan wakil rakyat yang menjilat lidah sendiri.

Isu lembu NFC merupakan liabiliti kepada UMNO. Tapi Najib Razak tidak peduli semua itu.Bung tak perlu khuatir tidak terpilih sebagai calon BN.Peluang untuk dia jadi wakil rakyat di Sabah cerah,walaupun sebagai calon bebas.

Bagi Bung Shahrizat bukannya mendapat sokongan padu perwakilan wanita.Bung melihat tidak ada sokongan padu daripada wanita UMNO.

Sementara itu Najib belum bersin dan batuk.Jika Najib bersin dan batuk Shahrizat sudah tentu kempunan nak jadi menteri sekali lagi.Tapi tahap Mahathir pun Ling Leong Sik boleh menipu beliau dan kabinet,inikan pula kabinet Najib.

Friday, December 2, 2011

Facebook kuasa baru lawan UMNO- Ustaz Nasruddin Tantawi.

Facebook kuasa baru lawan UMNO."Guna bahasa santai dengan orang muda"
Facebook rasmi PAS Kawasan Bukit Gantang kini mempunyai 919 rakan taulan.

Ustaz Nasruddin Tantawi dalam ucapannya menyatakan Facebook merupakan kuasa baru untuk melawan UMNO.Beliau meminta setiap kawasan dan cawangan mempunyai Facebook.

Menurut Ustaz Nasruddin Tantawi kaedah lama seperti ceramah,kuliah dan edaran risalah perlu diteruskan dengan menjadi dunia sekarang yang menggunakan Facebook sebagai satu medan untuk PAS mendekati penduduk.

Ustaz Nasruddin Tantawi menjelaskan orang muda lebih banyak menghabiskan masa menggunakan medium baru .

Apa yang penulis faham ,Ustaz Nasruddin meminta kita semua mengikuti perkembangan semasa sesuai dengan kehendak orang muda.

Beliau juga memberitahu kejatuhan kerajaan seperti Mesir dibantu dengan maklumat melalui Facebook.

Rakyat Perak bakal dapat MB baru?- Dr Raja Ahmad Al-Hiss

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir didakwa tidak lagi akan dipilih sebagai menteri besar Perak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika BN kekal memerintah negeri itu selepas PRU-13.


Sebaliknya beberapa nama dikatakan bakal menggantikan Zambry termasuklah Bekas Menteri Besar, Tan Sri Tajol Rosli, Timbalan Pengerusi Umno Perak Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Umno Bahagian Bruas Datuk Manaf Hashim yang didakwa kini sangat rapat dengan perdana menteri.


Menurut sumber, desas-desus itu sangat kuat diperkatakan kakitangan kerajaan negeri malah usaha lobi-melobi juga jelas dapat dilihat blog-blog politik ahli Umno negeri itu.


Pada masa yang sama, Dewan Pemuda PAS Perak turut mendapat malumat berhubung pergolakan sedang berlaku itu.


Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss dalam satu kenyataan hari ini mencabar Umno negeri itu menamakan calon menteri besar yang baru.


"Adakah Tan Sri Tajol Rosli akan kembali menerajui Umno BN Perak? Ataupun Timbalan Pengerusi Umno BN Perak kini, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yang akan dinamakan bagi menggantikan Datuk Seri Zambry?


"Atau juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini? " soalnya
Beliau juga mendakwa, Najib sehingga kini belum memuktamadkan siapakan calon yang paling layak untuk kerusi ‘orang nombor satu’ di negeri itu.


"Marilah kita tunggu apa jawapan BN Perak dan kami telah pun mengisytiharkan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon Menteri Besar untuk Pakatan Rakyat (PR) Perak kelak," katanya

Melayu UMNO tipu orang Cina Kuala Sapetang,dakwa penduduk.

Ah Sang menerangkan maksud baner kepada Pengerusi LPN Kawasan Bukit Gantang antara lain 'mahu kasi tol sepuluh tahun' .Kemudian ini Melayu kitapun tak kenal.Siapa itu Abdul Razak Baba mahu janji sama orang kampung Port Veld. Penduduk Kuala Sapetang tak kenal dan tak tahu sapa itu Abdul Razak Baba.Mereka hairan macamana gambar "olang' ini boleh berada sama Najib dan Zambry.

Terdapat enam janji dalam banner itu. Yang menarik janji "tol" untuk sepuluh tahun.Jambatan dari darat Kuala Sapetang ke Kg Saberang.Bagitahu jalan sudah buat ,longkang sudah bersih.

Tapi menurut Ah Sang ,semua "kasi olang tipu".

RUU Perhimpunan Aman untuk halang rakyat nyata kerajaan zalim.

IPOH, 2 Disember – Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini menyatakan menyatakan bantahan beliau terhadap Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang telah diluluskan oleh ahli parlimen BN.

Beliau menyatakan undang-undang tersebut bertujuan menyekat kebebasan masyarakat untuk menyatakan bantahan terhadap perbuatan penyelewengan kerajaan BN. Implikasinya adalah negara Malaysia akan menjadi semakin mundur malah semakin tertutup dalam menerima pandangan pelbagai pihak.

Menurut beliau lagi, Rang Undang-Undang tersebut hanya menambah persepsi buruk masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia.

Memetik ucapan beliau " Satu kajian oleh Freedom House, sebuah organisasi antarabangsa, di mana dari segi media akhbar, Malaysia dikategorikan sebagai “tidak bebas”.

" Menurut kajian tersebut, beberapa polisi kerajaan seperti kawalan tidak munasahah ke atas lesen akhbar, monopoli kerajaan ke atas akhbar perdana serta tindakan lain telah menyebabkan akhbar di Malaysia dilihat sebagai berat sebelah dan tidak telus".

" Dari segi internet pula, Malaysia dilihat sebagai “separuh bebas”. Dalam kajian tersebut juga, didapati bahawa pengaliran maklumat di internet masih lagi bebas"

Pesuruhjaya PAS Perak itu kemudian berkata bahawa jelaslah 54 tahun pemerintahan Barisan Nasional tidak membantu masyarakat untuk maju kerana polisi BN untuk menutup minda masyarakat malah membiarkan masyarakat hidup dalam keadaan katak bawah tempurung.

Beliau kemudian memetik ayat Al Quran untuk mengingatkan pemimpin BN bahawa walau apapun strategi mereka untuk menghalang kebenaran, kemenangan dari Allah tetap juga akan datang, kerana itu adalah janji Allah SWT:

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (61:8)

Thursday, December 1, 2011

Bagi RM250 juta ,kami boleh bekal lembu daging.


Seorang penternak lembu memberitahu penulis,beri kami RM250 juta ,mereka boleh penuhi permintaan 30 peratus bekal daging kepada negara.

"Bagi 250 juta,kami tak tipu punya,negara akan punya bekalan daging.." kata seorang penternak lembu.

Tapi penulis memberitahu,,jangan jadi Menteri Lembu tahunan sudahlah.

Ustaz Idris Ahmad digeruni UMNO Bukit Gantang.

Ustas Idris Ahmad ,bersama Hj Zainuddin Hamzah,AJK PAS Bukit Gantang meninjau penduduk kampung menjual durian dari Bukit Gantang kepada peraih di Changkat Ibol.

Ustaz Idris Ahmad jika balik kampung beliau di Kg Sg Petai,Changkat Jering,akan meminta penulis mengaturkan ceramah berkelompok.Hal ini memudahkan beliau menyampaikan mesej bahawa UMNO bukan parti yang membela orang Melayu lagi.

Siri penerangan yang disampaikan beliau sangat ditakuti UMNO Bukit Gantang.Isunya jelas,contohnya isu Lembu dan Shahrizat Ketua Wanita UMNO dapat disampaikan secara mudah dan orang kampung faham .

Sifir beliau mudah ,Muhyiddin bertanding lawan Najib ,yang menang bukannya Chua Soi Lek.