Friday, December 2, 2011

Facebook kuasa baru lawan UMNO- Ustaz Nasruddin Tantawi.

Facebook kuasa baru lawan UMNO."Guna bahasa santai dengan orang muda"
Facebook rasmi PAS Kawasan Bukit Gantang kini mempunyai 919 rakan taulan.

Ustaz Nasruddin Tantawi dalam ucapannya menyatakan Facebook merupakan kuasa baru untuk melawan UMNO.Beliau meminta setiap kawasan dan cawangan mempunyai Facebook.

Menurut Ustaz Nasruddin Tantawi kaedah lama seperti ceramah,kuliah dan edaran risalah perlu diteruskan dengan menjadi dunia sekarang yang menggunakan Facebook sebagai satu medan untuk PAS mendekati penduduk.

Ustaz Nasruddin Tantawi menjelaskan orang muda lebih banyak menghabiskan masa menggunakan medium baru .

Apa yang penulis faham ,Ustaz Nasruddin meminta kita semua mengikuti perkembangan semasa sesuai dengan kehendak orang muda.

Beliau juga memberitahu kejatuhan kerajaan seperti Mesir dibantu dengan maklumat melalui Facebook.

No comments:

Post a Comment