Sunday, December 4, 2011

Awang Hitam bermaharajalela ,,UMNO patut dipersalahkan?

MANTIN: Akibat berang melihat rakan senegara mereka ditahan, lebih 200 Awang Hitam mengepung membantah tindakan anggota penguat kuasa dalam satu operasi di penempatan ‘Mini Afrika’ di sebuah pangsapuri berhampiran sebuah kolej swasta, di sini, semalam.


Dalam Ops Ajar yang bermula jam 9 malam dan berakhir lapan jam kemudian, seramai 111 anggota Jabatan Imigresen termasuk 30 anggota dari Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), empat anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tujuh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan enam petugas media dikepung sekumpulan pelajar warga Afrika terbabit selepas seorang daripada mereka menyekat laluan utama keluar dari kolej kediaman berkenaan menggunakan sebuah kereta.



Difahamkan, tindakan kurang ajar pelajar asing itu menyebabkan seorang anggota imigresen cedera ketika bergelut untuk menggari lelaki yang membuat halangan itu, malah keadaan tegang sehingga ada antara mereka melepaskan tumbukan serta tendangan liar ke arah kenderaan penguat kuasa.


Walaupun cuba ditenteramkan, Awang Hitam terbabit melawan dan mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat dan lucah selain membuat alasan supaya rakan mereka yang seramai 16 orang termasuk seorang wanita yang ditahan di beberapa rumah di pangsapuri itu dalam operasi pertama kerana kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa di negara ini secara haram, dibebaskan.



Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman, berkata dalam kejadian itu, pihaknya menahan dua lelaki warga Nigeria menghalang tugas penjawat awam.



“Kami cuba meminta mereka bekerjasama, tetapi sebahagian daripada kumpulan itu menggunakan kekuatan fizikal untuk mengelak ditahan,” katanya.HM

UMNO diperlembukan-- TG Haji Hadi

SHAH ALAM, 4 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara sindiran mendakwa adalah lebih baik PAS 'diperkuda' berbanding Umno yang 'diperlembu'.


Berucap pada majlis Rapat Rakyat di Stadium Malawati di sini, malam ini beliau menjelaskan, kuda diguna untuk berjuang tetapi lembu hanya untuk disembelih.


"Sudah tiba masanya buat perubahan, jangan peduli dengan tohmahan PAS diperkuda DAP, DAP diperkuda PAS.


"Umno diperlembukan. Lebih baik diperkuda dari diperlembu kerana kuda diguna untuk perjuangan tetapi lembu untuk disembelih," katanya disambut sorakan gemuruh kira-kira 10,000 hadirin.


Ucapan sinis tersebut sebagai membidas tuduhan pimpinan Umno khususnya Perdana Menteri dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Perhimpunan Agung Umno bahawa PAS diperkuda oleh DAP.


Menjelaskan tuduhan itu, Presiden PAS itu berkata, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP dibuat atas dasar bersama mahu membawa keadilan dan menentang kezaliman.


Beliau yang juga ahli Parlimen Marang berkata, ianya juga atas dasar mahu membina hubungan antara kaum yang lebih kuat yang gagal dibuat Umno BN sepanjang lebih lima dekad merdeka.


Kegagalan itu kerana Umno masih menggunakan sistem penjajah iaitu melaga-lagakan pelbagai kaum dan pada masa yang sama menolak Islam.


"Kegagalan ini kerana Umno mendahulukan Melayu dan membelakangkan Islam.


"Perjuangan mereka pula untuk menyelamatkan diri pemimpin dengan mengapi-apikan perkauman, bukan mahu menyelamatkan negara," katanya lagi.


Turut hadir dan berucap pada program malam ini adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said dan pimpinan PR Selangor termasuk Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

UMNO kereta tiada brek-TG Nik Aziz.

SHAH ALAM, 5 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno sebagai 'kereta tiada brek' kerana tidak mempedulikan suruhan dan larangan Allah SWT.


Ini kerana, katanya Umno berpegang kepada dasar kebangsaan dan membelakangkan Islam dalam perjuangannya sehingga menyebabkan tidak ada kawalan dalam melakukan perkara duniawi.


Katanya, kerana membelakangkan Islam, maka Umno menolak mukallaf iaitu seseorang itu dipertanggungjawab menjalankan perintah dan larangan-Nya setelah mencapai usia dewasa atau akil baligh.


"Mukallaf ini Umno tak peduli. Kerana apa? Kerana Umno ini dasarnya kebangsaan. Agama kemudian. Jadi mana mukallaf? Umno sudah buang satu kerja yang ditetapkan oleh Allah bahawa tiap-tiap manusia bila akil baligh mesti buat ini, dan mesti tinggal itu.


"Dalam Umno, sebab dia singkir Islam dan ambil kebangsaan, maka tidak ada mukallaf. Sebab itu timbul rasuah, timbul dadah, pecah rumah, rompak, jual bayi, timbul macam-macam perkara kerana rakyat di bawah pemerintahan Umno sudah hilang brek. Kereta tak ada brek. Kereta lumba pun ada brek," kata beliau sewaktu berucap di majlis Rapat Rakyat di perkarangan Stadium Malawati, dekat sini malam tadi.


Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan, brek bagi seseorang manusia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum ialah takwa kepada Allah.


Jika tiada takwa katanya, manusia akan melakukan apa sahaja yang disukainya.


"Brek ialah takwa kepada Allah. Tiap-tiap manusia Allah bekalkan dengan nafsu. Ada nafsu amarah dan nafsu-nafsu lain.


"Nafsu amarah, kerja dia turut nafsu. Apa sahaja yang nafsu nak, kena buat. Breknya apa? Tak ada.


"Sebab itu Allah suruh bertakwa. Melayu ke kamu, Cina ke, India ke, Orang Asli ke, kena bertakwa. Ini brek. Brek ini ialah bila ada rasa sayang kepada Allah.


"Mahu tidak mahu, Melayu khususnya Melayu muslim kena ingat, takwa kepada Allah ialah brek untuk mengikat nafsu amarah," katanya sambil mengingatkan, syurga dan neraka tetap wujud sama ada manusia yakin atau tidak dengan kewujudannya.

"Syurga, neraka ini bukan projek kerajaan, projek Allah," katanya di hadapan kira-kira 10,000 yang hadir.

Rapat Rakyat itu diadakan sebagai menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu yang berakhir Sabtu lalu.

Turut berucap ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan ahli jawatankuasa DAP, Teresa Kok.

Ubah Sekarang,Selamatkan Malaysia daripada pemerintahan UMNO.


Pada 10 Disember ini akan berlangsung Rapat Rakyat peringkat negeri Perak. Bermula seawal 7 malam sehingga 12 malam.


Bertempat di Pekan Beruas, penduduk Perak akan mendengar ucapan pimpinan utama DS Anwar Ibrahim,TG Haji Abdul Hadi dan Lim Guan Eng.


Jom kita bersama rakyat PERAK untuk mendengar amanat pimpinan utama.Selamatkan Malaysia daripada genggaman UMNO.

Siakap senohong ... 54 tahun BN terus berbohong. Gelama ikan duri. Harta rakyat UMNO terus curi.

Siapa bohong, antara Najib,Muhyiddin dan Chua Soi Lek. Dua orang Islam dan seorang kafir.

'PAS mengikut telunjuk DAP' yang turut disokong Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, YB Lim Kit Siang menyatakan , ianya sangat berbeza dengan pandangan MCA terhadap mereka.


"Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan sekutu beliau pula menuduh DAP dengan menyatakan 'DAP mengikut telunjuk PAS'.kata Lim Kit Siang.


"Siapa yang telah berbohong? Najib dan Muhyiddin atau Chua Soi Lek?," soal Lim Kit Siang.


Mengulas lanjut beliau berkata, tiada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat bertindak sebagai 'Big Brother' malah kesemua parti memainkan peranan bersama.


"Tidak seperti BN di mana Umno adalah hegemoni dan parti-parti politik yang lain tunduk kepada agenda dan kepentingan Umno," kata Lim Kit Siang.


Siakap senohong ... 54 tahun BN terus berbohong. Gelama ikan duri. Harta rakyat UMNO terus curi.

Saturday, December 3, 2011

“Dana 250 juta, itu hanya kecil saja. Skandal Scorpene RM500 juta. Itu baru komisen,” DS Anwar

KUALA LUMPUR, Dis 3: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyelewengan melibatkan RM250 juta bagi projek lembu adalah jumlah kecil bagi pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).


Ini kerana katanya, mereka sudah biasa dengan penyalahgunaan kuasa duit rakyat melibatkan jumlah lebih besar seperti skandal Scorpene, lapor KeadilanDaily.


“Dana 250 juta, itu hanya kecil saja. Skandal Scorpene RM500 juta. Itu baru komisen,” kata Ketua Umum PKR ketika menyampaikan Ceramah Perdana, ‘Malaysia Tanpa Umno’ di Hulu Selangor semalam.


Akhbar Suara Keadilan sebelum ini pernah mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.


Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara-negara dunia ketiga termasuk Malaysia.


Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia dibayar kerajaan Malaysia sendiri.


Dalam ceramah sama, Anwar turut menemplak amalan nepotisme Umno BN yang memberikan pelbagai peruntukan kepada kaum keluarga Menteri dan pimpinan Umno.


“Apa istimewanya anak menteri untuk dapat jawatan tinggi (dalam NFC), ingat dia nak pegang lembu?” kata Anwar merujuk kepada skandal lembu NFC membabitkan peruntukan lebih RM250 juta daripada kerajaan kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.


NFC adalah syarikat menternak lembu kebangsaan yang dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dan menerima RM250 juta daripada kerajaan.

Setakat ini operasinya mengalami kerugian tetapi pada masa sama NFC didedahkan membeli dua buah kondominum mewah di Bangsar, membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara, dan pakej umrah.


Terbaru, NFC didedahkan membeli kereta Mercedes berharga RM534,622 serta dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya.

Najib ajak DS Anwar bersumpah.

Menurut Najib beliau diserang dan difitnah selama tiga tahun, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor juga diserang.


"Isteri saya duduk diam-diam, kena serang... Saya dah bersumpah di masjid, empat kali saya bersumpah.


Dan Najib cuba menegakkan benang basah.Anwar pula diminta bersumpah.


"Saya nak tanya dia, berapa kali dia bersumpah?. Di dalam masjid? di luar masjid?... Di mahkamah, tak berani (bersumpah), masuk dalam kandang tak berani bersumpah... Ini kes Saiful lawan dia, tidak ada kena mengena dengan Umno.


Najib betul-betul macam budak sekolah.Silap sikit sumpah.Harap-harap Najib bukan sesumpah??