Sunday, February 5, 2012

Shahrizat tiga kali dalam dua setengah bulan pergi Mekah,tak makan gaji buta ke?

Mengapa saya pergi ke Mekah tiga kali dalam dua setengah bulan? Kerana saya takut kepada tuhan, saya minta petunjuk dan bimbingan dari Allah," kata Shahrizat, yang juga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Friday, February 3, 2012

Parlimen akan dibubarkan minggu depan, tidak pasti tarikhnya bila.

Maklumat terkini yang diterima, Parlimen akan dibubarkan minggu depan, tidak pasti tarikhnya bila.

Apapun keputusan yang akan dibuat oleh Pemerintah yang ada sekarang, rakyat wajib bangkit bersatu & bersama-sama menumbangkan Kerajaan UMNO/BN dalam PRU-13 yang akan diadakan bila-bila masa saja dari tarikh Parlimen dibubarkan. Haji Husam Musa
Maklumat terkini yang diterima, Parlimen akan dibubarkan minggu depan, tidak pasti tarikhnya bila. Apapun keputusan yang akan dibuat oleh Pemerintah yang ada sekarang, rakyat wajib bangkit bersatu & bersama-sama menumbangkan Kerajaan UMNO/BN dalam PRU-13 yang akan diadakan bila-bila masa saja dari tarikh Parlimen dibubarkan.sumber facebook

Thursday, February 2, 2012

UMNO perintah 12 peratus rakyat Malaysia sakit mental.

SUNGAI PETANI: Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.


Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) Dr Abdul Kadir Abu Bakar berkata statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental.


"Macam kemurungan ada dua peratus, sakit risau ada 1.8 peratus dan psikosis ada satu peratus. Penyakit mental yang serius adalah macam psikosis, dan kemurungan...penyakit keresahan itu pun kronik juga dan kemudiannya penyakit ringan-ringan yang lain," katanya ketika ditemui di sini.


Katanya, Tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan itu juga mendapati wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki.


"Puncanya bagi wanita kerana masalah dengan pasangan dan masalah dengan anak-anak...kedua-dua ini punca yang penting. Bagi lelaki pula punca lebih kepada kemalangan jalan raya yang mana mengalami kecederaan otak dan penyalahgunaan dadah," katanya.


Sehubungan itu, beliau menyarankan agar golongan wanita mendapatkan rawatan doktor secepat mungkin jika mengalami kemurungan dan kerisauan berlanjutan dalam tempoh melebihi dua minggu bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk.


"Kalau kita (wanita) risau baca (surah) Yassin banyak, bincang dengan mak dan ayah serta suami...dapat kurangkan tetapi jika kita tidak dapat berbincang dan kurangkan, itu akan bagi masalah," katanya.


Beliau berkata terdapat 45 jabatan psikiatri di seluruh negara di samping empat buah hospital mental untuk pesakit mental menjalani rawatan pemulihan dengan sebaik mungkin. - BERNAMA

Wednesday, February 1, 2012

DS Anwar dan Ustaz Azizan perlu puasa sunat Isnin dan Khamis.

DS Anwar Ibrahim dan Ustaz Azizan Razak perlu mengamalkan puasa suanat Isnin dan Khamis untuk mengelakkan sering bercakap yang boleh menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya.


“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.
“


Sementara itu Ustaz Azizan tetap mempertahankan tindakan KUIN atas isu penggantungan lima orang pelajarnya.


Antara Ustaz Azizan dan DS Anwar ,gamaknya siapa yang tersasul dalam mengemukakan pendapat masing-masing.Mengurangkan kesilapan kecil boleh membantu Pakatan Rakyat mudah ke Putrajaya. Aduhai pemimpin, orang bawah sudah bekerja,...kita pula buat silap....???

DS Nizar bertanding satu kerusi sahaja.

DS Nizar acapkali juga menyatakan ,beliau jika dicalon oleh PAS Pusat dengan restu Majlis Syuro Ulama' akan hanya bertanding satu kerusi sahaja.


Melihat senario seperti apa yang diucapkan pimpinan seperti Lim Kit Siang,Lim Guan Eng dan juga Ustaz Idris Ahmad "Pakatan Rakyat akan memilih DS Nizar sebagai Menteri Besar Perak" ,DS Nizar berkemungkinan bertanding di kerusi DUN sahaja.


Bagi DS Nizar kekangan jadual yang padat untuk masyarakat ,bukan saja di parlimen Bukit Gantang tetapi memenuhi komitmen sebagai Ahli Parlimen Malaysia.Beliau dijemput masyarakat di kawasan lain untuk mendengar juga permasalahan rakyat di tempat mereka.


Kurang dari sebulan selepas Dato Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pilihannya untuk jadi nelayan biasa apabila ada calon Perdana Menteri yang dapat memenuhi kehendak politik Islam, beliau menyampaikan pula hasratnya jika disetujui untuk melepaskan salah satu dari kerusi wakil rakyat yang disandangnya – ADUN atau Anggota Parlimen.



Tugas wakil rakyat bagi dua kerusi yang disandangnya adalah berat baginya ditambah pula oleh tanggungjawabnya sebagai Timbalan Ketua Penerangan PAS.


Dalam keadaan itu DS Nizar tetap bersedia menerima apa saja keputusan parti ,sama ada bertanding di DUN atau Parlimen.


Bagi masyarakat Bukit Gantang,sudah tentu bersedia menerima beliau di Parlimen Bukit Gantang atau di DUN Changkat Jering.


Seloka Dato' Adnan Ibrahim- bagilah lebih banyak Angpow!

Al-kisah adalah kononnya sesaorang mengungkit-ungkit kembali cerita semasa ""Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang, beberapa tahun yang lalu; tersebut lah kononnya puak Orang-Bulan telah datang ke kampung-kampung memberi orang kampung ""buah-tangan"" sebanyak dua (2) kampit GULA PASIR (= dua kilogrem) yang bernila...i kira-kira RM5.00 sahaja.

Kononnya itu lah ""amalan yang sangat keji @ RASUAH"". Tanpa beliau menyedari, semasa kempen PRK Bukit Gantang tersebut seluruh jentera Parti Melayu Tunggul telah datang rumah ke rumah membagi sampul ""angpow"" yang mengandungi WANG TUNAI bernilai di antara RM200 hingga RM500 bagi setiap rumah ! Inya berlaku secara terang-terangan dan tanpa segan silu; sambil mereka berpesan ""JANGAN LUPA UNDI lah BatangNibung"" .


Ternyata bila keluar keputusan PRK; YB Ir Nizar Jamaluddin (Calun Bulan Purnama) telah menang Parlimen Bukit Gantang dengan penuh bergaya ! Phuiiiii......Angpow RM500 pun boleh KALAH dengan dua kampit GulaPasir ""Bulan"" yang hanya bernilai RM5 sahaja !!!! Pesanan saya: ""Lain kali, bagi lah lebih banyak Angpow lagi !"

FAM kalut dengan rasuah,Safee Sali jutawan bolasepak pertama negara.


Lupa sejenak Hasan Ali atau isu rasuah bolasepak negeri Perlis.Jom kita bersantai bersama Safee Sali.


Harap-harap Safee Sali jangan berpolitik UMNO.Politik UMNO penuh rasuah dan kezaliman.


PETALING JAYA: Penyerang sensasi negara, Safee Sali pada Rabu mencatat sejarah sebagai jutawan bolasepak pertama negara apabila membuat keputusan nekad untuk terus menyambung semula kontraknya bersama kelab Pelita Jaya FC, Jakarta Indonesia selama dua tahun lagi.


Kontrak bernilai RM2 juta itu ditandatangani di Jakarta, Indonesia pada Rabu.


Keputusan itu disahkan oleh Pengurusnya, Zakaria Rahim menerusi satu kenyataan media.


Menerusi kontrak terbarunya, Zakaria berkata, Safee akan menerima pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur bernilai lebih RM2 juta bagi tempoh dua tahun.


Menurutnya, keistimewaan tersebut disediakan oleh Kelab Pelita Jaya FC sebagai tanda penghormatan kepada Safee selaku ketua pasukan kelab tersebut.


“Beliau juga akan menerima pakej tambahan iaitu hak imej. Kelab tersebut akan mendapatkan sokongan komersial bagi pelbagai produk di Indonesia untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran,” katanya dalam satu kenyataan.


Zakaria berkata, bekas penyerang Selangor itu bukan saja dilantik sebagai Duta Sekolah Sepak Bola Pelita Jaya di Sawangan, Jawa Barat, Indonesia malah akan dipertimbangkan untuk menerima saham pemilikan Akademi Sepak Bola milik kelab tersebut untuk masa depannya.

“Akademi itu sudahpun memiliki 600 pelajar di Jakarta dan mempunyai cawangan di daerah lain di Indonesia,” katanya.


Zakaria turut menyambut baik keputusan Safee untuk kekal menyarung jersi Pelita Jaya FC dan yakin penyerang tersebut sudah meneliti perkara itu sedalam-dalamnya dengan mengambil kira pelbagai aspek dan risiko.


Jelas Zakaria, komitmen dan pengorbanan Safee dilakukan demi membantu menaikkan imej bola sepak negara dan meniup semangat pemain muda untuk mengikut jejak langkahnya.
Sementara itu, Zakaria berkata, kehadiran bekas jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Rachmad Darmawan lebih menyakinkan Safee untuk terus menyarung jersi bersama kelab tersebut.


“Safee juga akan bergandingan dengan penyerang sensasi Indonesia, Greg Nwongkolo, bekas penyerang kebangsaan Montenegro, Alex Bajevski yang pernah beraksi pada Liga Juara-Juara Eropah dan kapten bawah 23 tahun Indonesia, Egi Mergiansyah.

Ekoran prestasi yang memberangsangkan bersama Pelita Jaya FC, Safee turut mendapat tawaran dari Muangthong FC dan Buriram FC di Thailand.


Malahan, difahamkan empat pasukan tanah air iaitu Kelantan FA, Negeri Sembilan FA, Johor FA dan Selangor FA turut berminat untuk mendapatkan khidmatnya.


Safee bagaimanapun jelas Zakaria hanya akan kembali berentap dalam saingan liga tempatan selepas beraksi sekurang-kurangnya lima tahun lagi di luar negara.


“Dia lebih mengambil sikap ingin bermain daripada ingin bersama. Safee lebih mengutamakan peluang bermain untuk meningkatkan tahap permainannya selepas mengetahui faktor umur yang menjadi kayu pengukur kebanyakan kelab,” katanya.


Pada Selasa, akhbar Warta Kota Indonesia melaporkan Safee bakal menerima gaji sekitar Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan jika memperbaharui kontrak bersama kelab tersebut.
Kontrak Safee selama setahun dengan kelab Pelita Jaya berakhir semalam (31 Januari).sumber mstar