Wednesday, February 1, 2012

DS Nizar bertanding satu kerusi sahaja.

DS Nizar acapkali juga menyatakan ,beliau jika dicalon oleh PAS Pusat dengan restu Majlis Syuro Ulama' akan hanya bertanding satu kerusi sahaja.


Melihat senario seperti apa yang diucapkan pimpinan seperti Lim Kit Siang,Lim Guan Eng dan juga Ustaz Idris Ahmad "Pakatan Rakyat akan memilih DS Nizar sebagai Menteri Besar Perak" ,DS Nizar berkemungkinan bertanding di kerusi DUN sahaja.


Bagi DS Nizar kekangan jadual yang padat untuk masyarakat ,bukan saja di parlimen Bukit Gantang tetapi memenuhi komitmen sebagai Ahli Parlimen Malaysia.Beliau dijemput masyarakat di kawasan lain untuk mendengar juga permasalahan rakyat di tempat mereka.


Kurang dari sebulan selepas Dato Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pilihannya untuk jadi nelayan biasa apabila ada calon Perdana Menteri yang dapat memenuhi kehendak politik Islam, beliau menyampaikan pula hasratnya jika disetujui untuk melepaskan salah satu dari kerusi wakil rakyat yang disandangnya – ADUN atau Anggota Parlimen.



Tugas wakil rakyat bagi dua kerusi yang disandangnya adalah berat baginya ditambah pula oleh tanggungjawabnya sebagai Timbalan Ketua Penerangan PAS.


Dalam keadaan itu DS Nizar tetap bersedia menerima apa saja keputusan parti ,sama ada bertanding di DUN atau Parlimen.


Bagi masyarakat Bukit Gantang,sudah tentu bersedia menerima beliau di Parlimen Bukit Gantang atau di DUN Changkat Jering.


No comments:

Post a Comment