Monday, March 5, 2012

Dato Phahrolrazi dan Dr Ismail macam kamikaze

Fail:Navy Kamikaze Lieutenant.jpg

foto hanya hiasan

"Kami buat baru-baru ini macam kamikaze untuk meminta pimpinan memberikan perhatian kepada apa yang berlaku di Kedah ini. Sekarang semua dah beri perhatian dan mekanisma pentadbiran juga dibentuk melalui Jawatankuasa Pemandu, kami akan sertai semula exco selepas diarahkan," katanya kepada Harakahdaily."


Apakah itu kamikaze seperti yang dikatakan Phahrolrazi?


Kamikaze (Bahasa Jepun: 神風 "angin ketuhanan") ialah istilah bahasa Jepun yang asalnya diberi kepada sebuah taufan yang menyelamatkan negara Jepun dari serangan Empayar Mongol dengan menghancurkan seluruh armada Mongol pada abad ke-13. Dalam penggunaan antarabangsa, perkataan kamikaze memaksudkan pasukan tentera udara berani mati Empayar Jepun dan serangannya terhadap kapal-kapal Kuasa-Kuasa Bersekutu pada tahun-tahun terakhir Perang Dunia Kedua.


Ramai di kalangan masyarakat barat yang percaya bahawa istilah kamikaze digunakan oleh tentera Jepun untuk juruterbang, tetapi nama yang sebetulnya ialah tokubetsu kōgeki tai (特別攻撃隊? unit serangan khas), atau singkatannya tokkōtai (特攻隊?). Pasukan juruterbang serangan berani mati Tentera Laut pula dipanggil shinpū tokubetsu kōgeki tai (神風特別攻撃隊? Unit Serangan Khas Angin Ketuhanan). Pihak penterjemah Amerika Syarikat tersalah catat transkripsi tulisan kanji bagi shinpū (神風) sebagai kamikaze. Maka larisnya penggunaan istilah kamikaze, sehingga diterima oleh masyarakat Jepun selepas perang.sumber wikipidia

Dato Phahrol Razi dan Dr Ismail,lebih baik tutup mulut.





Sepatutnya kedua-dua pemimpin ini ,Dr Ismail , dan Dato'Phahrol Razi tutup mulut ,jangan sangat suka buat sidang media. Sidang media menyebabkan orang bawah yang bekerja terasa hati.Bukan setakat negeri Kedah,negeri lain orang bawah juga terasa.Jumpa pimpinan lain,jumpa media lain. Jadi untuk selamat,tutup mulut.(klik berita terkini)

Sunday, March 4, 2012

Dr Mashitah insaflah dan bertaubatlah..jangan jadi seperti mulut jamban?

Tulisan YB Dr Mashitah di bawah ,amat menyentuh perasaan umat Islam Malaysia. Menuduh Tuan Guru Haji Hadi mempunyai skandal ,satu fitnah. Dan Ingatah YB Dr Mashitah,jangan jadi seperti mulut jamban seperti kata budak sekolah.Nampak saja cantik , tetapi hati tuhan sahaja yang tau.


Penangkapan Ahli Mahlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan minggu lalu adalah kesinambungan krisis moral yang membabitkan ramai pemimpin pakatan pembangkang. Gelaran ustaz dan orang kuat Anwar Ibrahim tidak menjadikan beliau kebal; malah dilaporkan dibelasah sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Pahang.


Mengikut laporan, beliau mempertahankan diri dengan beri alasan cuba membantu isteri yang lari daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis rumah tangga. Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan sementara kesnya disiasat.


Berlakunya penangkapan ini dalam waktu persiapan pilihan raya umum tidak lama lagi pasti meletakkan pakatan pembangkang dalam keadaan tertekan. Mereka perlu lakukan damage control, apatah dengan pelbagai krisis yang dihadapi di Kedah (pemberontakan ahli Exco Pas terhadap Menteri Besar), Selangor (skandal curi pasir dan longgokan sampah) dan Pulau Pinang (diskriminasi terhadap orang Melayu dan projek kroni). Kewujudan Pas yang berpuak-puak di Kelantan serta perkelahian antara parti komponen Pakatan Rakyat di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor dan Perak benar-benar menguji persediaan pembangkang menghadapi PRU ke-13 nanti.

Apa pun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya sendiri di Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu. Ketika itu beliau Ahli Parlimen Kubang Kerian. Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di dalam bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala. Beliau dibicarakan di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan.


Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi. Khabarnya kes ini terpaksa diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.


Penyokong parti pembangkang diketahui sering menyimpan rahsia keburukan pemimpin-pemimpin mereka, terutama berkaitan skandal seks, projek atau rasuah. Mereka cuba menonjolkan imej baik dan maksum. Namun, adakala bagai menutup bangkai dengan nyiru.
Skandal membabitkan bos Badrolamin – Anwar Ibrahim – berlarutan 20 tahun. Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, beliau dibebaskan atas sebab-sebab teknikal. Namun, majoriti rakyat, terutama mereka yang mengenali beliau secara rapat, tahu latar belakang dan orientasi seksnya.

Semasa diberi peluang menjawab tuduhan salah laku seks di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2 September 1998, Anwar menzahirkan kemarahan dengan menumbuk meja. Beliau tidak menjawab tuduhan, malah pusing cerita mengatakan bahawa beliau juga boleh berkonspirasi menjatuhkan Presiden parti dengan menghantar wanita kepada Tun (ketika itu Datuk Seri) Mahathir Mohamad. Maksudnya, beliau diperangkap.


Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad Sabu, yang memberinya gelaran Anwar al-Jub***. Namun, bila Mat Sabu sendiri terbabit dengan skandal seks, dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh Umno telah memerangkapnya. Tidak mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga juga akan menuduh Umno dalang dalam kes khalwatnya.


Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan. Begitu juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama, tanpa pengetahuan isteri pertamanya. Perkahwinan bekas Adun Pas Melor dengan wanita Kemboja yang berakhir dengan perceraian mendapat liputan media secara meluas kerana kesnya berlarutan beberapa tahun di mahkamah. Dilaporkan bekas isterinya menuntut pampasan RM3 juta kerana mengetahui Adun Pas itu mampu serta memiliki harta yang banyak.


Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang. Hakikatnya mereka adalah ahli politik yang boleh tergoda dengan wanita dan memiliki nafsu seperti orang lain. Mereka juga boleh terpalit dengan dosa walaupun pada waktu yang sama menuduh orang lain kafir.sumber

Saturday, March 3, 2012

Sekolah di Parlimen Bukit Gantang diserang VIRUS.

Aduh,Virus!.Siapa mengamuk ni? Habis heboh dalam parlimen Bukit Gantang khususnya di kawasan penduduk campuran seperti Simpang,Matang,Changkat Jering dan Air Kuning dan Trong , terdapat individu seolah diupah untuk mengugut rakyat.Individu itu didakwa ditaja oleh UMNO akan pergi ke Mesyuarat PIBG untuk menghasut penduduk Melayu membenci kaum lain.

"Jika DAP perintah,orang Melayu hendak pergi mana?. Pergi Singapura,banyak Cina,Pergi Thailand, tembak-menembak berlaku dekat sempadan.Hendak pergi Indonesia,kena ganyang dari Indonesia." kata pegawai dari agensi mirip BTN?


Sampai satu peringkat memberi amaran jangan undi PAS di Bukit Gantang.Sampai satu peringkat seolah-olah mereka Tuhan,jika undi Pakatan Rakyat negara akan kucar-kacir.Hanya BN yang boleh memerintah.

Justeru itu ,selepas ini,ibu-bapa yang mengikuti dan menghadiri mesyuarat PIBG kena lawan hujah dengan mereka .Minta mereka jangan bawa isu menghina kaum lain ,jangan rasis dan mesyuarat PIBG bukan untuk kempen sokong BN.Sekolah bukan untuk berpolitik UMNO.

Jaga-jaga dengan VIRUS perosak minda masyarakat ini,jangan percaya dengan aku janji Najib Razak seperti ucapan Najib di Baling dan Selangor.

Pegawai Kesihatan Daerah Taiping, Dr Syed Mud Puad Syed Amran terbaik,, mengaku silap!!!!

TAIPING – Berang dengan sikap dua kakitangan sebuah klinik kesihatan, seorang pesakit ingin mengambil tindakan kerana tidak berpuas hati dengan layanan yang diterimanya.


Pesakit, Charles Chew, 50an, berkata, sikap kakitangan yang berada di bahagian kaunter itu bakal memburukkan imej klinik kesihatan tersebut.


Menurutnya, dia sering mendapatkan perkhidmatan di klinik berkenaan sebelum ini, tetapi akibat kejadian tersebut dia menjadi trauma untuk mendapatkan rawatan di pusat kesihatan tersebut.


“Saya juga boleh bertindak untuk menyaman kakitangan berkenaan kerana mencerobohi privasi ketika saya berada di bilik doktor untuk pemeriksaan dan mereka sepatutnya meminta maaf ketika itu,” katanya .


Sementara itu, Pegawai Kesihatan Daerah, Dr Syed Mud Puad Syed Amran berkata, insiden berkenaan boleh diselesaikan dengan cara baik dan pihaknya menerima teguran pesakit terhadap dua kakitangannya secara terbuka.


Katanya, pihak jabatan akan cuba membaiki keadaan itu supaya selepas ini tiada lagi masalah sedemikian.


“Kami memang mengalu-alukan maklum balas daripada pelanggan agar segala kelemahan dapat diatasi segera dan pelanggan boleh terus berhubung dengan Panel Kesihatan klinik ini.


“Bagi dua kakitangan yang terlibat pula, mereka akan dipindahkan ke bahagian lain yang tidak berhubung dengan pelanggan,” katanya.sumber

Friday, March 2, 2012

Pembunuh yang disyaki bunuh Nurul Aein,16 tahun jiran sendiri..

TAIPING: Polis yakin kes pembunuhan kejam Nurul Aien Mohd Saimon, 16, yang ditemui mati dengan kepala dan separuh badan terendam dalam air kolah dipenuhi air di bilik mandi rumahnya, dekat sini, pada 24 Februari lalu, selesai susulan penahanan seorang remaja di Pulau Pinang, semalam.



Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah, berkata suspek berusia 17 tahun itu ditahan di Tasik Gelugor, Seberang Prai, kira-kira jam 4 pagi.



Katanya, suspek yang membantu perniagaan keluarganya tinggal berhampiran rumah mangsa dan mengenali remaja wanita terbabit.



“Polis menemui telefon bimbit mangsa pada suspek sebaik dia ditangkap. Suspek juga pernah terbabit dengan kes jenayah lampau mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) iaitu mendatangkan kecederaan kepada orang lain, kira-kira satu setengah tahun lalu.



“Berikutan tangkapan ini, kita percaya kes bunuh ini dapat diselesaikan walaupun kita masih menjalankan siasatan lanjut mengenai motif sebenar pembunuhan itu,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.



Suspek terbabit dipercayai lari dan menyembunyikan diri di Pulau Pinang selepas kejadian pembunuhan itu.Yusuf berkata, polis mempunyai keterangan cukup bahawa suspek terbabit dalam kes bunuh berkenaan.



Katanya, suspek direman selama seminggu dan disiasat lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.“Dua lagi remaja yang ditahan sebelum ini tiada kaitan dengan kes berkenaan dan sudah dibebaskan,” katanya.



Akhbar sebelum ini melaporkan seorang ibu tunggal tidak menyangka anak perempuannya berusia 16 tahun yang ditinggalkan berseorangan dibunuh kejam, dipercayai cuba dirogol dan dicabul di rumah mereka di Kampung Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering.



Nonri Musa, 40, yang ketika kejadian menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Wan Ahmad Rasdi, hampir pengsan melihat mayat Nurul Aien yang separuh badan termasuk kepala terendam dalam kolah dipenuhi air, manakala kakinya terjuntai keluar.

Road Show DS Anwar Ibrahim

Maaf penduduk Bukit Gantang DS Anwar Ibrahim dikhabarkan tidak datang untuk Hi Tea di Parlimen Bukit Gantang.Jadi untuk bersama DS Anwar Ibrahim bolehlah bersama beliau di Parlimen Lumut dan Parlimen Parit.Jadual DS Anwar Ibrahim boleh dilihat di bawah.


4 Mac 2012 (Ahad)


1)
7.15 – 8.30 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib – Parlimen Lumut
Lokasi: Madrasatul Dakwah Islamiyah, Seri Manjung

2) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 1 – Parlimen Lumut
Lokasi : Marina Hall, Teluk Murok, Lumut (Luar Kem TLDM)

Penceramah:
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YBhg Mat Sabu
iii. YB Dato’ Ngeh Ho Kam
iv. YBhg Dr Muhammad Nur Manuty
v. YB Manikasagam


3) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 2 – DUN Bota,Parlimen Parit.
Lokasi : Kg Teluk Bakong, Bota Kanan

Penceramah:
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YBhg Dr Muhammad Nur Manuty
iii. YBhg Mustafa Kamil Ayub
iv. Sdri Siti Aisyah Shaik Ismail