Sunday, June 24, 2012

Bob Lokman sesak nafas pagi tadi,kini beransur pulih.

 Doktor Hospital Taiping sedang meneliti laporan kesihatan Bob Lokman. Turut kelihatan, Ustaz Ahmad Fakharudin,Pengerusi Lajnah Kebajikan Pas Perak,yang juga YDP PAS Taiping.
Ustaz Akmal Kamaruddin ,salah seorang yang terawal menziarah  Bob Lokman di Hospital taiping,di Wad D4.

Taiping- Bob Lokman yang mempunyai  program di sekitar Taiping dan Larut ,dikatakan sesak nafas ,awal pagi tadi,di rumah penginapan di Kamunting. Beliau dibawa ke Hospital Taiping untuk mendapat rawatan.

Sebantar tadi,kira-kra 4 petang, beliau telah dibenarkan keluar dari WAD D4 Hospita   Taipng. Menurut Zam sahabat beliau ,Bob Lokman kini dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Buluh,Selangor.

Friday, June 22, 2012

Petang ini DS Nizar jumpa peguam untuk saman TV3

 
 Foto  ini diambil  pada 5 Jun lalu, DS Nizar sedang menjawab panggilan telefon dipercayai pegawai polis dari Johor.Penulis mendengar Ustaz Idris Ahmad menasihat DS Nizar mengambil tindakan dengan menyaman  TV3,Akhbar Utusan dan anak buah dia Kosmo atas fitnah yang disiarkan dalam TV3 dan akhbar milik Utusan.


Taiping- Pada lewat  petang ini,23 Jun , di Ipoh ,DS Nizar akan bertemu para peguam beliau   berkaitan isu WWW1 yang dimain atau disiarkan oleh TV 3 dan akhbar Utusan.DS Nizar akan menyaman TV3 kerana telah menjejaskan reputasi dan kredibiliti  beliau pada masyarakat,wal hal DS Nizar tidakpun berniat untuk menghina sesiapa pun.  

TV 3 dalam siaran mereka beberapa minggu lalu telah memfitnah DS Nizar dengan kononnya DS Nizar telah menghina DYMM Sultan Johor.Terdapat berita yang disiarkan  oleh TV3 khususnya merupakan bohong dan berniat jahat kepada DS Nizar.

Pada sebelah malamnya DS Nizar akan berceramah bersama DS Anwar Ibrahim di Taman Ria,Simpang berdekatan dengan Pusat Khidmat beliau di Taman Damai,SIMPANG.

Maghrib ini di Lenggong bersama Tok Guru Haji Salleh Musa

Munajat Perdana Mohon Pertolongan Allah S.W.T. Bagi mereka yang berdekatan dengan Lenggong dan Grik serta Padang Rengas bolehlah  pergi ke Dataran Kak Yam,Lenggong  untuk bersama Tok Guru Haji Salleh Musa dari Sik Kedah untuk bersama-sma bermunajat. Tok Guru Musa bukan calang orang. Dengan umur lebih 80 tahun ,mampu berjalan sejauh tiga kilometer  untuk menyertai Bersih 3.0. Kena gas pemedih mata, macam cuci muka je!    

Thursday, June 21, 2012

Kesan Muhyiddin Yasin suruh tepuk tangan.,sampah merata-rata.

Foto menunjukkan kesan kehadiran Tmbalan Perdana Menteri,TS Muhyiddin Yassin ke  ADTEC (Pusat Latihan Industri Lanjutan) Kamunting Raya pada 17 Jun lalu.TS Muhyiddin Yassin sebanyak tiga kali meminta  penduduk yang mendengar ucapannya bertepuk tangan.
 
Budak-budak sekolah memberitahu ,Muhyiddin Yassin  datang sampah mesti banyak bersepah.Kalau dekat sekolah Pengarah Program kena marah dengan pengetua. Sekarang mungkin Rosli Husein,Ketua UMNO Bukit Gantang,telah dimarahi TPM TS Muhyiddin Yassin. Bikin malu,sudahlah penduduk PERAK tepuk tangan hanya tiga kali sahaja,itupun disuruh Muhyiddin.

Selamat berjuang Adam Adli-Dapat Kebenaran Mahkamah Cabar UPSI


 
KUALA LUMPUR, 21 Jun:Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim pada Khamis mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan universiti itu menggantungnya kerana dikatakan melanggar peraturan universiti.

Hakim, Abang Iskandar Abang Hashim meluluskan permohonan Adam Adli itu bagipenyemakan penghakiman selepas mendengar hujah kedua-dua pihak dalam kamarnya.

Peguam kepada Adam Adli, Fadiah Nadwa Fikri memberitahu pemberita bahawa hakim memberi kebenaran itu atas alasan permohonan punya merit dan bukan dibuat secara suka-suka.

Peguam itu berkata, mahkamah akan menetapkan kemudian tarikh pendengaran bagipermohonan penyemakan sepatutnya penghakiman tersebut.

Pada 17 April, Adam Adli, 23, pelajar semester kelima Pengajian Inggeris sebagai Bahasa Kedua, memfailkan permohonan dengan menamakan universiti itu, jawatankuasa rayuan tatatertib dan kerajaan sebagai responden.

Beliau memohon supaya Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan jawatankuasarayuan pada 8 Mac yang menolak rayuannya terhadap perintah jawatankuasa tatatertib UPSI yang menggantungnya.

Pada 9 Januari, jawatankuasa tatatertib memerintahkan penggantungan selama tigasemester ke atas Adam Adli yang akan berakhir penghujung September tahun depan.

Dalam permohonannya itu Adam Adli berkata, dia didapati bersalah oleh jawatankuasa tatatertib kerana memburukkan nama universiti itu dan mengganggu ketenteraman serta keselamatan awam. - BERNAMA

Kembalilah Zul Fazli , datuk dan nenek merinduimu.

Mohd Zul Fazli bin Mohd Hisham yang bersekolah di SABK Diniah ,Jelutong,Changkat Jering  belajar dalam tingkatan 3. Berumur 15 tahun. Sudah hampir 2 minggu tidak bersekolah.Kini difahamkan sudah bekerja dan tinggal bersama keluarga angkat.

Datuknya, Hj Zainuddin Hamzah telah membuat laporan kehilangan Zul Fazli Mohd Hisham. pada 18 Jun lalu.Sehingga hari ini Zulfazli masih belum ditemui dan didakwa bekerja sambil bersembunyi di Daerah Larut,Matang Selama.

Bagi teman-teman dan rakan-rakan Zul Fazli yang bertemu dengan remaja ini,bolehlah berhubung dengan Haji Zainuddin Hamzah 019-5205025 atau Pusat Khimat AP Bukit Gantang 05-8483950.

Wednesday, June 20, 2012

Orang Melayu tak cabut lari tengok DS Nizar.

Orang muda dari Simpang,Taiping memanggil DS Nizar .Pemuda ini merokok,sempat simpan rokok  di belakang tanda hormat dengan pemimpin yang digeruni UMNO itu.

 Orang muda minta diambil fotonya bersama DS Nizar,sewaktu bertembung dengan YB DS Nizar di Pasar Minggu Ckt Jering pada 16 Jun lalu.
Tersenyum suka dapat bertemu DS Nizar.

 Budak kecil didukung DS Nizar untuk diambil gambar oleh ayahnya.
Gadis  Johor  tidak kekok untuk bergambar sama DS Nizar.
 Tak ada pula peniaga Melayu tak menjual kepada DS Nizar .DS Nizar membeli ulam-ulaman.
Nenek ini sempat bersembang dengan YB Bukit Gantang,Mak Cik ini tidak pula cabut lari atau termakan hasutan UMNO.


Changkat Jering- Nizar  sewaktu hendak ke Himpunan Hijau Perak di Bagan Serai malam 16 Jun lalu. Sempat singgah Pasar Minggu Changkat Jering yang berusia seratus tahun itu.Orang Melayu tidak marah dan cabut lari atau tidak terpengaruh dengan fitnah UMNO .Mereka tetap senang dengan YB Bukit Gantang itu