Thursday, June 21, 2012

Selamat berjuang Adam Adli-Dapat Kebenaran Mahkamah Cabar UPSI


 
KUALA LUMPUR, 21 Jun:Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim pada Khamis mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan universiti itu menggantungnya kerana dikatakan melanggar peraturan universiti.

Hakim, Abang Iskandar Abang Hashim meluluskan permohonan Adam Adli itu bagipenyemakan penghakiman selepas mendengar hujah kedua-dua pihak dalam kamarnya.

Peguam kepada Adam Adli, Fadiah Nadwa Fikri memberitahu pemberita bahawa hakim memberi kebenaran itu atas alasan permohonan punya merit dan bukan dibuat secara suka-suka.

Peguam itu berkata, mahkamah akan menetapkan kemudian tarikh pendengaran bagipermohonan penyemakan sepatutnya penghakiman tersebut.

Pada 17 April, Adam Adli, 23, pelajar semester kelima Pengajian Inggeris sebagai Bahasa Kedua, memfailkan permohonan dengan menamakan universiti itu, jawatankuasa rayuan tatatertib dan kerajaan sebagai responden.

Beliau memohon supaya Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan jawatankuasarayuan pada 8 Mac yang menolak rayuannya terhadap perintah jawatankuasa tatatertib UPSI yang menggantungnya.

Pada 9 Januari, jawatankuasa tatatertib memerintahkan penggantungan selama tigasemester ke atas Adam Adli yang akan berakhir penghujung September tahun depan.

Dalam permohonannya itu Adam Adli berkata, dia didapati bersalah oleh jawatankuasa tatatertib kerana memburukkan nama universiti itu dan mengganggu ketenteraman serta keselamatan awam. - BERNAMA

1 comment: