Friday, July 27, 2012

Rohingya: Kerajaan digesa guna saluran diplomatik




Foto-foto menunjukkan penghapusan etnik Rohingya di Arakan oleh Kerajaan Myanmar.

MARANG: PAS menggesa kerajaan Malaysia agar dapat menggunakan saluran diplomatik dan pertubuhan antarabangsa bagi menekan kerajaan Myanmar yang disifatkan zalim serta kejam ke atas etnik Rohingya.


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendesak agar tindakan zalim dan kejam pihak pemerintah Myanmar terhadap umat Islam Rohingya yang minoriti dihentikan segera.


“Kita mengajak supaya pihak kerajaan menggunakan saluran diplomatik dan pertubuhan antarabangsa untuk menekan kerajaan Myanmar supaya berhenti dari tindakan yang zalim dan kejam itu.


“Satu tindakan antarabangsa perlu diambil terhadap rejim Myanmar dan pihak pertubuhan antarabangsa perlu melakukan penyiasatan yang bebas dan mereka yang terlibat dengan jenayah kemanusiaan perlu dibawa ke mahkamah antarabangsa,” tegas beliau.


Beliau berkata demikian selepas Ceramah Isu Semasa sempena kepulangannya dari lawatan ke Maghribi, Tunisia dan Mesir di pekarangan Masjid Rusila, semalam.


Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mengajak semua pihak agar menunjukkan rasa simpati terhadap bencana yang dialami oleh penduduk Islam Rohingya di Myanmar.


“Di atas nama kemanusiaan dan Islam, PAS mendesak semua pihak supaya menunjukkan simpati yang sesungguhnya terhadap bencana yang dialami oleh penduduk Islam di Burma, yang diperlakukan di luar perikemanusiaan.


“Tindakan yang diambil oleh rejim Burma dengan membunuh, membakar kediaman, meroboh rumah ibadat, menghalang beramal dengan agama adalah satu tindakan yang tidak bertamadun dan tidak patut berlaku di zaman sekarang,” ujarnya.


Hadir sama pada majlis tersebut Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Timbalan Pesuruhjaya (I) dan Setiausaha PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Yahaya Ali.

Thursday, July 26, 2012

Cikgu jangan marah, Nizar jumpa penduduk lagi.

DS Nizar menyuap air zam-zam kepada adik Ashraf Abdullah.Lokasi di Kg Air Kuning,Taiping.

Encik Azhar (baju hijau) bapa Ashraf sedang mengaminkan doa  .
Berkat budak kecil ini (berumur 6 bulan)  yang dijadikan anak angkat.Sekarang ibu angkatnya sedang mengandung.Nizar seperti biasa memenuhi hajat penduduk kampung untuk mendoakan anak mereka.
Foto DS Nizar sedang mendoakan adik Ashraf  Bin Abdullah.Maaf cikgu, Nizar bukan meracuni budak ini.



Pada 28 Julai ini DS Nizar akan berbuka dengan penduduk Bukit Gantang.Lokasi dipilih pada kali ini di Surau Ahmadiah,Kg Sungai Petai.

Pada program  28 Julai ini ,DS Nizar juga akan menyampaikan bantuan kepada penduduk miskin,OKU,ibu tunggal dan anak yatim.Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Bukit Gantang  ,untuk program  pada kali ini  menyampaikan bantuan serta sumbangan  terus ke kampung-kampung terpilih.Tahun lepas dibuat secara berpusat.

Jadi diharap cikgu Azli Azlita tidak marah dengan DS Nizar yang bertemu penduduk Bukit Gantang.Bukankah DS Nizar Ahli Parlimen Bukit Gantang. ?   

Wednesday, July 25, 2012

Dermasiswa Yayasan Perak tangguh dulu kerana Nizar.


DS Nizar dengan orang muda.di Pekan Minggu Changkat Jering.

Esok pada 3 petang ,Jumaat penyampaian dermasiswa Yayasan Perak di Pusat Khidmat Adun UMNO Kamunting.

Penulis difahamkan oleh pelanggan  pusat khidmat Ahli Partlimen Bukit Gantang permohonan dermasiswa mereka dalam proses.Walhal  penerima dermasiswa Yayasan Perak  di Parlimen Taiping itu memohon sama bulan dan tarikh dengan pemohon dermasiswa dari parlimen Bukit Gantang . Pelajar-pelajar  dari Taiping akan dapat  "cek " esok. Pelajar-pelajar dari Parlimen Bukit Gantang didakwa masih dalam proses.

Parlimen Bukit Gantang diwakili Nizar seolah-olah didera oleh pihak UMNO.Yayasan Perak tetap profesional dalam menjalankan tugasnnya,tapi pemimpin UMNO seolah-olah mendera pelajar dari Parlimen Bukit Gantang.

"Kami sudah menelefon Yayasan Perak"kata seorang pengadu."Tapi ,jawapannya untuk Bukit Gantang dalam proses" kata pengadu lagi.

Syabas untung atas angin. diberi hak untuk menaikkan tarif air sehingga lima kali.


Kaum kerabat kami pun banyak dekat Lembah Klang.Jadi kami pun terasa dengan tindakan rakus BN hendak merampas Selangor dari Pakatan Rakyat. Terima kasih Mat Sabu ,kita ajar kerajaan BN dengan  demontrasi air.

KUALA LUMPUR: Lebih banyak demonstrasi mungkin diadakan sehinggalah rakyat Selangor diselamatkan dari perjanjian konsesi air yang menindas mereka, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. 
 
"Kalau kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang sehingga ini masih menguasai Putrajaya terus berdegil dan bersikap memihak kepada perjanjian konsesi air yang menindas pengguna-pengguna di Selangor dan Wilayah Persekutuan, ia bermakna mereka memaksa rakyat yang terlibat turun ke jalan raya," katanya.

Mohamad tidak menolak berlaku perhimpunan raksasa seperti perhimpunan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil seperti yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).

"Kalau kerajaan Umno BN terus memihak kepada kepentingan kroni mereka, Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor), tidak ada yang boleh menghalang perkara itu berlaku.

"Sekarang, perkara itu tidak berlaku kerana kerajaan Pakatan Rakyat (PR) pimpinan Tan Sri (Abdul) Khalid (Ibrahim) yang mentadbir Selangor berjaya menghalang kerakusan Syabas hendak menaikan tarif air di negeri itu dan di Wilayah Persekutuan," katanya.

Mohamad juga menyokong rancangan kerajaan Selangor hendak mengadakan referendum untuk mencari penyelesaian berhubung isu pengambilalihan Syabas.

"Belum buat referendum lagi, cadangan itu sudah mendapat sokongan banyak pihak.

"Kalau Umno BN terus menguasai kerajaan Persekutuan dan tidak setuju dengan referendum itu, ia bermakna mereka menjemput dan memaksa rakyat turun ke jalan raya dan terus berdemonstrasi sehingga mereka tidak lagi ditindas dalam isu air itu.

"Sama ada rakyat akan turun ke jalan raya atau tidak, ia bergantung kepada keputusan kerajaan  Umno BN - sama ada menyebelahi rakyat atau menyebelahi Syabas," katanya.

Mohamad mengecam tindakan kerajaan Umno BN yang membuat skrip dan menjadi pengarah wayang krisis air di Selangor.

"Apabila kerajaan Umno BN berkata catuan air dibatalkan setelah mereka tertekan dengan keputusan kerajaan Selangor, terbuktilah kerajaan Umno BN membuat wayang krisis air itu," katanya.

Beliau menyifatkan tindakan kerajaan Umno BN itu tidak bertanggungjawab kerana sanggup menganiaya rakyat lebih-lebih lagi melibatkan air yang menjadi salah satu keperluan asasi mereka yang utama.

Kerajaan seperti itu, kata Mohamad, amat zalim dan mesti dihukum habis-habisan dalam pilihan raya umum akan datang.

Berdasarkan perjanjian dengan kerajaan BN yang memerintah Selangor sebelum pilihan raya umum 2008 dahulu, Syabas diberi hak untuk menaikkan tarif air sehingga lima kali.

Pada tahun 2009 dahulu Syabas dibenar menaikkan tarif setinggi 37 peratus. Selepas itu, pada 2012, diberi lagi kebenaran untuk menaikkan tarif setinggi 25 peratus (2012).

Tidak cukup dengan itu, pada 2015, Syabas mendapat kebenaran lagi untuk menaikkan tarif air setinggi 20 peratus (2015). Selepas itu, ada lagi habuan untuk meningkatkan keuntungan apabila Syabas dibenarkan menaikkan tarif sehingga 10 peratus pada tahun 2018 dan lima peratus pada tahun 2021.

Bagaimanapun, kerakusan itu dihalang oleh kerajaan PR yang memerintah Selangor selepas pilihan raya umum 2008

Kami mahu jadi warga negara bukan kemerdekaan- Halimullah Salim



Foto-foto menunjukkan penghapusan etnik Rohingya di Arakan oleh Kerajaan Myanmar.
"Kami hanya mahu hak sebagai warganegara dan dilayan seperti manusia.Itu saja ,kami bukannya mahu kemerdekaan atau wilayah pemerintahan sendiri "kata Halimullah Salim,53,aktivis kemanusiaan Rohingya di Chitaggong,Bangladesh.

Jumaat ini Dewan Pemuda Pas Malaysia bersama NGO akan mengadakan munajat selamatkan Umat Islam Rohingya di semua Masjid Negeri.Marilah kita beramai-ramai pergi menandakan sokongan Umat Islam Malaysia atas kekejaman kerajaan Burma ke atas umat Islam Rohingya.  

Tuesday, July 24, 2012

Lagi foto kezaliman ke atas Umat Islam Rohingya








Pemuda PAS buatlah sesuatu.Jumaat ini di setiap Masjid Negeri selepas solat Jumaat kita bersama Munajat untuk keselamatan umat Islam Rohingya.Kita pun hairan mana pergi Menteri Luar Malaysia,mana pergi Menteri  agama Jamil Khir dan mana pergi pimpinan Malaysia yang mempunyai kuasa politik.

Munajat Perdana bantah kekejaman ke atas orang Rohingya










KUALA LUMPUR: Sempena Ramadhan al Mubarak, seluruh ummat Islam prihatin digesa untuk mengadakan Munajat Perdana dan Bantah Kekejaman ke atas Ummat Islam Rohingya.


Munajat dan bantahan ini akan dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri dengan kerjasama ngo - ngo Islam yang lain di setiap masjid negeri masing - masing di seluruh negara.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, program ini akan diadakan serentak di seluruh negara selepas Solat Jumaat 27 Julai 2012 ini di semua masjid negeri seluruh negara.


"Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan seluruh Ummat Islam bangkit berdoa dan bermunajat kepada Allah Azza wa Jalla agar menyelamatkan Ummat Islam Rohingya sekaligus menghancurkan regim zalim yang melakukan pembersihan etnik ke atas ummat Islam Rohingya," kata Nasrudin dalam kenyataannya.


Pemuda PAS, katanya, turut menggesa agar Kerajaan Malaysia mengambil satu langkah berkesan untuk memastikan ummat Islam Rohingya tidak lagi disembelih dan dibantai sedemikian kejam.


Melalui Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia,  katanya, memorandum rasmi akan dihantar ke Wisma Putra dan juga kepada pihak bertanggungjawab di peringkat antarabangsa seperti OIC, NAM dan lainnya untuk segera mengambil tindakan menghentikan kekejaman tersebut.