Monday, August 6, 2012

Jalur malang,apa kata Nizar?

Sabtu lepas, DS Nizar didakwa oleh Zambry  telah  mengeluarkan tweet: "'Janji ditepati' malang perayaan kemerdekaan tahun ini dibuat oleh Kabinet BN, luntur semangat nak kibarkan Jalur Gemilang, jalur malang!", 

Jadi untuk mengetahui apa yang didakwa itu ,satu Ceramah Merdeka akan diadakan pada 8 Ogos ini,pada 10 malam .Lokasi ceramah di Markaz Pas Batu 6,Changkat Jering.

Turut berceramah kerabat diraja Perak, YM Dr Raja Ahmad Iskandar atau lebih dikenali Ku Is.

Sunday, August 5, 2012

Mohamad Nor Manuaty boleh bertanding 3 kerusi.

Dr Mohamad Nor Manuaty sedang menyatakan sesuatu kepada DS Nizar dan YB Nga Kor Meng.Mereka bertemu pada majlis Jamuan Dap Simpang 28 Julai lalu.    

Penulis pelik betul dengan Dr  Mohamad Nor Manuaty ini. Mahu bertanding sampai tiga kerusi. Satu Dun Batu Kurau( Parlimen Larut),kemudian Dun Changkat Jering dalam Parlimen Bukit Gantang,beliau juga mahu bertanding di Parlimen Bagan serai.

Apabila ditanya orang PKR Larut ,mereka juga umum ,Mohamad Nor Manuaty betanding  di Dun Batu Kurau.Tanya pula dengan orang PKR Bagan Serai ,mereka juga memberitahu Mohamad Nor bertanding di Bagan Serai.

Di DUN Changkat Jering,heboh orang PKR kata Mohamad Nor Manuaty yang akan bertanding.

DS Nizar pun  menegaskan hanya  satu kerusi beliau  bertanding,dan DS Nizar hanya berminat dengan DUN Pasir Panjang.Begitu juga YB Nga Kor Meng juga hanya bertanding satu kerusi. Tapi lain sungguh dengan Ketua Penerangan PKR Malaysia ini,tiga kerusi nama dijaja untuk bertanding.Macam PKR Perak  tiada pimpinan lain.Macam tamak sungguh dan takut kalah tak boleh jadi wakil rakyat.

Jangan marah Dr Mohamad Nor Manuaty, pengundi juga ingin tahu .!

Friday, August 3, 2012

66 ribu ringgit diperlukan.

Ustaz Idris Ahmad dan Ustaz Nordin Jaafar serta Haji Zainuddin Hamzah bersama penerima sumbangan. 
Inilah sahaja yang kami mampu beri .
Seorang bapa yang memerlukan kos tinggi untuk menyara anak yang OKU turut menerima sumbangan.
Changkat Jering,4 Ogos- PAS Kawasan Bukit Gantang bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen hari ini telah menyampaikan  bantuan kepada fakir miskin,oku,ibu tunggal dan anak yatim.

Pada pagi tadi sebanyak 64 orang penerima sumbangan di Unit Peti Undi Bukit Gantang dan 43 orang penerima sumbangan di Unit Peti Undi Changkat Jering.

Sumbangan disampaikan oleh Ustaz Idris Ahmad dan isteri Ustazah Kamariah Mat Ali. Setiap fakir miskin,Oku dan ibu tunggal mereka menerima Rm50.00 dan sekampit beras. Untuk anak yatim setiap seorang menerima RM30.00.

Sehubungan dengan itu dermawan yang berminat untuk memberi sumbangan,bolehlah masuk derma ke akaun tabung prihatin May Bank 558051304442.Pada tahun ini PAS Bukit Gantang memerlukan RM66,000.00 untuk meringan masyarakat yang memerlukan.

Pada petang ini  di Unit Peti Undi Pengkalan Aor dan Simpang Lama/Simpang Baru  ,Ustaz Idris Ahmad akan menyampaikan sumbangan.Dianggarkan  60 orang penerima sumbangan akan hadir. 

Thursday, August 2, 2012

Bodohnya hujah suruh Nizar pulangkan Dato Seri.

DS Nizar sedang menyampaikan tazkirah sebaik selesai solat witir bersama penduduk Dun Changkat Jering.Tiada pula penduduk dalam parlimen Bukit Gantang menyuruh DS Nizar pulang balik pingat Dato' seri.
Penulis upahan "Buletin Suara Perak"    
Buletin Suara Perak (2)05 2012 seolah-olah menjadi Buletin UMNO Perak.Dengan memasukkan artikel mengkritik Nizar dan  Pas . Buletin Suara Perak sepatutnya lebih ke arah menerangkan pembangunan negeri.Sekali lagi wang rakyat telah disalahgunakan oleh UMNO Perak.

Penulis sebenarnya tak mahu ulas isu suruh Nizar pulang balik pingat Dato Seri,.Namun begitu  apabila Buletin Suara Perak boleh membenarkan penulis Yusof Harun  untuk menulis artikel Nizar perlu pulang balik "Dato Seri' pada  halaman 17  ,terpanggil rasanya untuk menasihatkan Ketua Pengarang Suara Perak milik kerajaan Perak supaya jangan guna duit rakyat untuk buat berita ini.

Kalau betul hendak kritik dan bagi pandangan tak setuju dengan Nizar,buat buletin sendiri,guna duit sendiri namakan Buletin UMNO Perak.Jangan kerana UMNO tak mampu lawan hujah dengan DS Nizar,guna agensi kerajaan untuk lawan Pakatan Rakyat.

Wednesday, August 1, 2012

Apa Dato Seri Nizar cakap itu betul.

Seorang ahli jemaah Surau  Simpang Sentosa  ,Taiping memberitahu ,pandangan DS Nizar tentang DS Najib Razak bertemu  pegawai-pegawai tinggi tentera untuk meminta bantuan Angkatan tentera jika BN kalah dalam PRu13 nanti adalah betul."Dato' Seri,anak saya berpangkat Major,bagitau apa yang Dato'Seri cakap betul"kata seorang jemaah seusai jamuan .Dalam pada itu DS Nizar menjelaskan kepada ahli jemaah surau,beliau masih dalam sisatan polis,berkaitan pandangan Najib jumpa tentera minta bantuan selamatkan kerajaan BN.  'Satu lagi dalam siasatan kes WWW1'kata Nizar

Nak duit buat undang-undang gila.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam hari ini mencadangkan agar pengguna jalan raya yang dikenakan saman perlu membayar saman berkenaan pada masa yang sama ia dikeluarkan.

  
Pengerusinya Tun Zaki Azmi berkata jika pesalah berkenaan gagal berbuat demikian, kenderaan mereka dicadangkan agar ditahan pihak berkuasa terbabit.

  
Bagi kesalahan yang membabitkan kesalahan meletak kenderaan pula katanya, kenderaan berkenaan akan dikunci dan ditarik.

  
"Sehingga kini berjuta-juta saman seluruh negara yang tidak dibayar, tetapi hanya diketepikan sahaja seperti tak menghormati undang-undang negara. Jadi kita kena paksa dia hormat undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat suruhanjaya khas berkenaan bersama agensi-agensi penguatkuasaan pengangkutan jalan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

  
Mesyuarat itu turut dihadiri wakil Kementerian Pengangkutan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan termasuk Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Kuantan dan Majlis Bandaraya Kuching.


Zaki berkata antara jumlah tunggakan saman yang diketahui pada masa ini adalah RM5 juta bagi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur  (DBKL), RM2.5 juta bagi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPPJ), RM5 juta untuk Majlis Bandaraya Kuching dan RM600,000 bagi Majlis Perbandaran Kuantan, tidak termasuk bagi PDRM.
  
Zaki berkata cadangan itu juga terpakai untuk semua agensi penguatkuasaan kesalahan jalan raya, dan untuk semua jenis kesalahan jalan raya termasuk tidak mematuhi had laju, melanggar lampu isyarat dan memotong di garisan berkembar, dan ia telahpun dilaksana di negara-negara lain termasuk Singapura dan London.

  
Beliau berkata soal membebankan pengguna jalan raya tidak timbul kerana yang perlu berbuat demikian hanya mereka yang melakukan kesalahan jalan raya.   


Beliau berkata tambahan lagi, bayaran saman kini boleh dilakukan melalui penggunaan kad kredit, jadi ia tidak membawa sebarang masalah.

  
Cadangan itu akan dipanjangkan kepada kerajaan dalam masa terdekat, dan ia diharap dapat memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya sempena musim perayaan ini, katanya.

  
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata Cuepacs menyokong penuh saranan itu dan menyeru agar semua penjawat awam membayar semua saman mereka, jika ada, bagi menunjukkan bahawa penjawat awam menghormati undang-undang negara.

  
Beliau berkata apabila cadangan berkenaan dilaksanakan, ia akan memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya terbabit dan  mampu mencegah mereka daripada melakukan kesalahan sama pada masa hadapan. - Bernama

Bukit Gantang:Cikgu Disiplin tampar pelajar.

Ibu dakwa anak ditampar guru hingga hampir pekak
Syed Hafiz ketika menerima rawatan.Pelajar didakwa bersekolah di SMK Tengku Menteri,Changkat Jering.

Changkat Jering – Gara-gara memotong rambut mengikut trend terkini seorang pelajar tingkatan tiga didakwa ditampar oleh guru disiplin di sebuah sekolah, di sini.


Ibu pelajar, Norhayati Mansor, 40, berkata, anaknya Syed Hafiz Al Raimi Syed Mohamad Amin, 15, ditampar dengan kuat di bahagian telinga kiri oleh guru disiplinnya pada 25 Mei lalu, sehingga menjejaskan pendengaran.




Dia kesal dengan tindakan itu dan mendakwa anaknya dihukum hanya kerana gaya rambut mengikut trend terkini yang disembunyikan di sebalik songkok.



“Sikap guru yang tidak mahu bertanggungjawab di atas perkara yang dilakukannya itu menyebabkan saya sangat kecewa.



“Sudahlah permohonan maaf tidak diberikan setelah memperlakukan anak saya sebegitu, dengan saya juga dia tidak mahu berjumpa,” katanya kepada Sinar Harian.



Bagi Norhayati, jika benar anaknya itu melakukan kesalahan tidak perlulah menghukumnya hingga cedera.



“Disebabkan kes itu saya meminta guru berkenaan memohon maaf atau membayar ganti rugi sebanyak RM6,000 sebagai memberi pengajaran kepadanya.



“Tetapi permintaan itu dibalas dengan kata-kata kesat oleh guru terbabit,” katanya. Mengikut cerita Syed Hafiz, pada hari kejadian sekitar jam 9.30 pagi dia berdiri berhampiran meja kantin sebelum ditampar secara tiba-tiba oleh guru disiplin dari arah belakang sehingga menyebabkan gegendang telinganya berdesing.



Laporan Perubatan dari Pakar Perunding Telinga, Hidung, Tekak dan Pembedahan Kepala dan Leher, KPJ Taiping Medical Center, Dr Lee Kean Teong mengesahkan menerima pesakit pada 16 Jun 2012 lalu.




Menurutnya, beliau telah memeriksa Syed Hafiz di Klinik Pesakit Luar Telinga Hidung dan Tekak pada 12 Jun lalu dan sekali lagi pada 15 Jun lalu di Taiping Medical Centre.



“Pesakit didapati ada masalah kurang dengar dan sakit di telinga kiri sejak 25 Mei lalu di mana pesakit mendakwa dia telah ditampar dengan kuat oleh seorang guru pada telinga kirinya serta mengemukakan satu laporan polis dari  Balai Polis Changkat Jering.



“Pemeriksaan klinikal pada 12 Jun lalu mendapati masalah kulat (Otomycosis) pada telinga kiri pesakit,” katanya.



Masalah itu turut mendapat perhatian, Pegawai Pelajaran Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Kamal Mansur yang memohon maaf atas segala yang berlaku.




Bagaimanapun katanya, ketika kes itu berlaku, beliau belum bertugas di Pejabat Pelajaran daerah ini dan hanya dipindahkan sekitar Jun lalu.



“Beri saya masa untuk menyiasat ke semua data-data serta laporan kes ini. Saya berjanji akan mengadakan pertemuan antara ibu bapa mangsa dan guru terlibat bagi meyelesaikan kes ini,” katanya.sumber sinar