Thursday, April 4, 2013

Perak,PAS sasar 18 DUN dan 4 Parlimen

IPOH: PAS Perak mensasarkan 18 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen untuk dimenangi dalam pilihan raya umum ke 13 ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Perak, Haji Asmuni Awi berkata, jumlah kerusi sasaran itu adalah berdasarkan peluang untuk menang di kerusi-kerusi berkenaan.

"Berdasarkan gerakerja yang telah dibuat, saya yakin kita boleh mencapai sasaran itu," kata Asmuni kepada Harakahdaily.

(Asmuni di depan salah satu Markas Pilihan raya di kawasan DUN Manjoi)

Dalam pilihan raya umum lalu, PAS menang dua kerusi Parlimen dan enam kerusi DUN.

Kerusi-kerusi itu adalah Parlimen Bukit Gantang dan Parit Buntar manakala kerusi DUN adalah Pasir Panjang, Selinsing, Titi Serong, Gunung Semanggol, Changkat Jong dan Lubuk Merbau.

Ekoran kemenangan itu, Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilantik sebagai Menteri Besar.

Namun kerajaan Pakatan Rakyat Perak itu hanya bertahan 11 bulan sahaja apabila dua Adun PKR dan satu Adun DAP meninggalkan parti masing-masing menjadi Adun bebas yang menyokong BN.

Berdasarkan ranking di bilik gerakan PAS, DUN Pasir Panjang yang diwakili oleh Nizar menduduki tempat pertama.

Ia telah dimenangi oleh Nizar dengan majoriti 4,447 mengalahkan calon BN dari MIC, Vasan Sinnadurai.

Namun dalam pilihan raya akan datang ini Nizar disebut-sebut akan bertanding di Changkat Jering, salah satu DUN di bawah Bukit Gantang yang beliau menang dalam pilihan raya kecil lalu.

Tempat beliau di Pasir Panjang katanya akan ditandingi oleh seorang tokoh Muslimat kawasan Lumut.

Asmuni sendiri dikatakan akan bertanding di DUN  Manjoi iaitu kawasan yang menjadi tanah tumpah darah beliau sehingga sekarang.

Dalam pilihan raya kali ini, PAS dijangka akan bertanding 22 DUN manakala PKR19 dan DAP 18.

DAP mempunyai peluang cerah untuk memenangi kesemua DUN yang ditandingi itu.

Untuk kerusi Parlimen pula, PAS dijangka akan bertanding tujuh kerusi, PKR 10 dan DAP tujuh.

Tuesday, April 2, 2013

Bubar Parlimen,malam ini saksikan pembongkaran Tiga Jeneral.

Bahang semakin terasa,marilah penduduk Parlimen Bukit Gantang,Parlimen Beruas,Parlimen Taiping dan Parlimen Padang Rengas kita mendengar pandangan Tiga Jeneral  Ex-ATM berhujah ,mengapa kita perlu tolak UMNO /BN dalam PRU 13 ini. 


Panas-ceramah 3 Jeneral.

Saksikan hujah dan pendapat tiga bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Diraja Malaysia pada malam ini.Lokasi bagi penduduk luar Taiping. Ceramah ini akan berlangsung di Batu 9,Kg Kepala Bukit,Jalan Changkat Jering- Trong.

Monday, April 1, 2013

Anak murid Mufti Perak,ceramah di Pentas PAS

Ustaz Juraij Bin Haji Sulaiman,Bekas Qadi Daerah Taiping(Nama Jawatan Sekarang Pegawai Tadbir Agama)  kini menjadi Ahli PAS seumur hidup(ahli yuran sekaligus). Ahli PAS Kawasan Bukit Gantang.Sekarang berceramah di Pentas PAS,beliau amat menghormati  Tan Sri  Harusani Mufti Perak.Bagi beliau Mufti Perak merupakan guru beliau.Sudah dua kali Ustaz Haji Juraij Haji Sulaiman berceramah atas Pentas PAS.Pertama kali ,di Kg Kubu ,Bukit Gantang,,pada kali kedua ,31 Mac lalu di Mussalo Bt 8,Jln Trong berceramah dalam Majlis Urusan Ulamak Parlimen Bukit Gantang.

Walaupun berceramah dalam bentuk kuliah,Ustaz Juraij Haji Sulaiman berjaya mengupas isu -isu dengan baik.

Putrajaya:Kerajaan Pakatan Rakyat akan pastikan tidak ada huru-hara.

Papan tanda  "huru-hara" dinaikkan UMNO/BN di Pekan Simpang Taiping.


Pembangkang akan buat huru-hara.Kerajaan Baru nanti akan memastikan  PDRM bertindak adil .Mereka yang buat huru-hara akan diadili.