Sunday, May 5, 2013

Ketua UMNO Bahagian yang dipancung,bukan Nizar.

DS Nizar ,UMNO cuba pancung  beliau di Changkat Jering. Isu yang dimain  bukan orang tempatan.Isu yang dimain  ,Bukit Gantang tak maju-majupun. Isu yang dimain  Nizar  tak tengok longkang,tak tengok sampah ,Nizar tak pernah jumpa orang.Alhamdulillah ,Dun Changkat Jering milik PR..
Kita nak beritahu tukang kempen UMNO.Sebagai Ahli Parlimen,DS Nizar seorang pembuat Dasar,bukan buat kerja teknikal.Buat kerja teknikal,kita ada Ketua Kampung,JKKK,Ahli Majlis,ada D.O ,ada YDP MPT dan kita ada ADUN khianat Osman Jailu dan ada Adun Trong ,Rosli Husein.

Untuk pengetahuan peruntukan Ahli Parlimen dipegang oleh Ketua UMNO Bahagian,satu tahun satu juta ringgit. Pada masa PRU 13 ,Rm 2 juta.

KEPUTUSAN DUN PERAK

Terima kasih Bukit Gantang ,lain kalilah kita ke Putrajaya.

Terima kasih pengundi Parlimen Bukit Gantang yang berjaya mempertahankan Bukit Gantang dan mengekalkan Kuala Sepetang dan merampas kembali Changkat Jering.

Bagi pihak YB Ustaz Idris Ahmad,YB DS Nizar dan YB Chua Yee Ling  ,mengucapkan ribuan terima kasih kepada petugas dan pengundi. Semoga pengorbanan masa,tenaga dan wang ringgit dikira sebagai amal soleh.


Keputusan Parlimen.

PR sudah menang kata DS anwar.



Lampiran petikan dari Twitter Anwar Ibrahim
Lampiran petikan dari Twitter Anwar Ibrahim
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat (PR) telah memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Proses pengiraan undi sedang berlangsung.

Sehubungan itu kata Anwar, beliau berharap Umno dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak "melarikan" kemenangan mereka itu.

"PR telah menang. Kami menggesa Umno dan SPR supaya tidak membawa lari keputusan," katanya menerusi akaun twitter .sumber


Parlimen Bukit Gantang,Dun Kuala Sepetang PKR mendahului.

Keputusan tidak rasmi di Dun N13, Kuala Sepetang,Parlimen Bukit Gantang. PKR 2632 ,BN 2581 ,Bebas  118 dan rosak 1111. Keputusan lain masih dalam perjalanan .


7 2.40 pm ,right now Kuala Sepetang : PKR leading majority 1520.PKR 5427, BN 3907, Bebas 178, Rosak 191

Calon PAS mendahului di Parlimen Bukit Gantang.

Setakat ini  calon Parlimen Pas Ustaz Idris Ahmad  dan calon Dun Changkat Jering DS Nizar  masih mendahului .Dijangka jam lapan malam  pengumuman siapa yang menang akan diketahui.

Penjumlahan masih berlangsung sehingga ini ,bermula 6 petang tadi.

Saturday, May 4, 2013

Awas mereka menyamar ,mereka buat provokasi,mereka tangkap.

Kalah Cerita SIVAJI THE BOSS... Dalam Media Arus Perdana, Mereka Menyatakan Pergaduhan Di Ipoh Berpunca Dari Penyokong PR Yang Memulakan Provokasi Dahulu... Sekarang Nie Lihat Rakaman Gambar Siapa Yang Merusuh Dahulu Dengan Memukul Peserta FLASHMOB Di Ipoh Petang Tadi.... Dengan Media Milik Arus Perdana Kamu Boleh Menipu Tapi Tidak Di Media Alam Siber & Video Rakaman.... Depan ALLAH Di Akhirat Kelak, Kamu Akan Rasa Balasannya Akibat Penipuan Kamu Itu... Jangan Ingat Kamu Hidup Untuk Selama-Lamanya Untuk Membolehkan Kamu Menghalalkan Penipuan... Ingat Tue... Kerja Kerana Allah & Bukannya Kerja Mengampu Pemimpin....

Video : http://www.youtube.com/watch?v=qurP_8XkFZY
Awas dalam kumpulan PR juga ada mereka yang menyamar. Contohnya Flashmob Bukit Gantang,didakwa terdapat anggota polis "SB" yang menyamar sebagai anak muda.Akhirnya mereka yang buat provokasi, salah satu kesalahan budak-budak muda  yang ditahan dekat IPD Taiping "menghalang penjawat awam menjalankan tugas".

Samseng UMNO sudah mengganas di Bukit Gantang.

Kereta seorang penyokong PR Bukit Gantang diketuk oleh sekumpulan samseng UMNO di hadapan Pejabat UMNO Bukit Gantang dekat Simpang,Taiping.

Kereta kemek dipukul dengan besi oleh sekumpulan samseng UMNO.

Kereta cermin depan juga diketuk.

Changkat Jering- Kereta seorang penyokong PR Bukit Gantang dipecah cermin di hadapan Pejabat UMNO  Bukit Gantang,,Simpang Taiping lewat malam  tadi.Beliau bersama keluarga tidak berani keluar sewaktu keretanya diketuk sekumpulan orang samseng didakwa  ahli UMNO.

Sementara itu pula didakwa  terdapat ahli UMNO dan SB yang menyamar sebagai ahli PAS didakwa turut serta dalam konvoi malam tadi.Ahli UMNO dan SB ini masuk dalam kumpulan pemuda PAS hanya untuk membuat kacau.