Saturday, September 28, 2013
Ustaz Nordin:PAS Bukit Gantang akan hantar petugas terbaik ke Prk Sungai Limau
Thursday, September 26, 2013
N20 Sungai Limau,pilihanraya selewat-lewat 27 November
![]() |
| Kekalkan kemenangan |
PETALING JAYA: Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau ekoran kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak akan diadakan selewat-lewatnya 27 November ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, SPR mempunyai tempoh 60 hari dari hari ini (Jumaat) untuk mengadakan pilihan raya kecil.
"Kita akan mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh untuk penamaan calon dan hari mengundi selepas Speaker DUN Kedah memaklumkan kami mengenainya (kekosongan) secara rasmi dalam bentuk bertulis," katanya.
Tiada hari mengundi awal kerana tidak ada polis dan askar mendaftar sebagai pengundi di kawasan itu, katanya.
"Kami mempunyai dua penduduk Sungai Limau yang berdaftar di luar negara. Undi pos akan dibuka kepada petugas media dan kakitangan SPR yang bertugas," kata Aziz.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu, Tan Sri Azizan mempertahankan kerusi yang disandangnya dengan memenangi majoriti undi 2,774 dalam pertembungan empat penjuru.
Wednesday, September 25, 2013
Jenazah Allahyarham Ustaz Azizan dijadual dikebumikan pada 5.30 petang ini.
Salam takziah daripada PAS Kawasan Bukit Gantang diatas pemergian Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak , Bekas Menteri Besar Kedah yang telah menghembus nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada jam 11.15 pagi tadi.Insya'Allah Allahyarham ditempatkan bersama roh-roh orang soleh dan beriman.
Untuk ziarah bolehlah pergi ke Kompleks PAS Kedah,Pokok sena dan solat jenazah di Masjid Kompleks PAS pokok sena(Langgar) pada waktu Asar dan dikebumikan jam 5.30 petang di Muassasah Darululum.Alfatihah.
Rayuan petisyen DUN Pasir Panjang,Manong,Selama dan Lubok Merbau pada 21 Oktober.
Mahkamah Persekutuan menetapkan 21 Oktober depan untuk mendengar secara serentak rayuan enam petisyen pilihan raya.
Petisyen itu ialah bagi kerusi Parlimen Machang dan Ketereh di Kelantan manakala empat lagi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak iaitu Pasir Panjang, Manong, Selama dan Lubok Merbau.
Panel lima hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Razlan Hadri bagi menangguhkan pendengaran rayuan petisyen bagi Machang yang dijadualkan hari ini.
Razlan mewakili calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wan Zawawi Wan Ismail yang tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 kepada Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dari Barisan Nasional (BN).
Ahmad Jazlan, yang juga Ketua Umno Bahagian Machang, menewaskan Wan Zawawi dengan majoriti 805 undi.
Razlan membuat permohonan itu atas alasan beliau mahu keenam-enam petisyen didengar bersama-sama kerana membabitkan isu yang sama iaitu locus standi peguam yang mewakili pempetisyen dan responden dalam petisyen pilihan raya mengikut Kaedah 9 dan Kaedah 34 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.
Terdahulu, Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Ahmad Jazlan, membantah permohonan itu dan berhujah bahawa Razlan serta tiga lagi iaitu Nizamuddin Hamid, Muhammad Afiq Muhammad Noor dan Ranjit Singh, tidak mempunyai locus standi untuk hadir dan berhujah di Mahkamah Persekutuan hari ini kerana mereka bukan peguam yang dilantik oleh pempetisyen mengikut Kaedah Petisyen Pilihan Raya.
Beliau berkata rekod rayuan menyatakan Hisham Fauzi diterima sebagai peguam pempetisyen.
Hafarizam juga berkata petisyen berkenaan tidak sepatutnya didengar bersama-sama kerana membabitkan isu lain.
Pada 16 Julai lepas, Mahkamah Pilihan Raya di Kota Baru menolak petisyen Wan Zawawi bagi membatalkan kemenangan BN di kawasan Parlimen Machang.
Petisyen itu menamakan Ahmad Jazlan, pegawai pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden.
Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh mewakili pegawai pilihan raya dan SPR. - Bernama
Tuesday, September 24, 2013
RM20 juta untuk Pelan Pembangunan Pendidikan,ini jawapan bangang Menteri.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bayaran berjumlah RM20 juta kepada perunding McKinsey and Co untuk menyiapkan Pelan Pembangunan Pendidikan adalah berpatutan.
Bayaran itu mengambil kira kerja-kerja selama dua tahun untuk menyiapkan pelan itu, kata Muhyiddin yang menjelaskan ia turut mengambil kira pandangan pakar pendidikan luar negeri.
"Saya percaya itu satu kadar yang berpatutan sebenar pasal dalam mana-mana usaha yang kita buat pun, kita memerlukan beberapa pihak yang agak lebih pakar membantu.
"Dan saya nak peringatkan usaha yang kita buat itu satu usaha yang besar.
"Ia bukan satu perkara yang kita buat secara persendirian kerana kita buat konsultasi, kita ambil ahli-ahli panel peringkat antarabangsa, kita turun ke setiap negeri kita buat hari terbuka," jelasnya pada satu sidang media pagi tadi.
Penjenayah Melayu paling ramai ditembak mati.
Penjenayah kaum Melayu paling ramai ditembak mati bagi tepoh antara 2009 hingga tempoh (Januari-Ogos) 2013 dengan iaitu 56 orang, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Sementara itu, bagi penjenayah berbangsa India (41), Cina (23) dan Bumiputera Sabah dan Sarawak seramai empat orang, daripada 114 kes jenayah.
Kenyataan itu diterima daripada jawapan bertulis Kementerian Dalam Negeri kepada pertanyaan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
Pada masa sama, sebanyak 898 senjata api pelbagai jenis dirampas sepanjang tempoh lima tahun berkenaan.
Antara jenis senjata api termasuk senjata semi-auto (319); revolver (120); rifle (22); senapang patah (84); bom tangan (31); air gun (105); pump gun (20); smg (4); dan senjata buatan sendiri (193). - 24 September, 2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)



